Sunday, December 7, 2008

PKPIM-KUIS mengucapkan Takziah kepada mangsa tanah runtuh bukit Antarabangsa.


Bulan Disember merupakan bulan kebiasaan bagi rakyat pantai timur kerana musim tengkujuh dan banjir akan melanda di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang akan tetapi Pada 6 Disember 2008, rakyat Malaysia digempari satu lagi ujian Allah iaitu tanah runtuh yang terjadi keatas penduduk perumahan di Bukit Antarabangsa,Ulu Klang.

Kejadian itu terjadi pada awal pagi dalam pukul 5 itu mengikut laporan dalam televisyen pukul 11malam, seramai 4 orang yang maut termasuk seorang pembantu rumah warga Indonesia . mengukut pakar goelogi, tanah runtuh terjadi kerana pergerakan air dalam tanah yang merenggangkan antara struktur tanah yang lain berikutan hujan yang lebat beberapa hari kebelakangan ini.

Walauapapun fakta yang dinyatakan semuanya perlu kembali kepada apa yang diberitahu dalam Islam sebagaimana Firman Allah bermaksud “Setiap perkara dengan sebab”. Ini bermakna Allah SWT memberi pengajaran, ujian dan petunjuk kekuasaannya dengan sebab atau dengan melakukan apa-apa perkara tidak kira manusia suka atau tidak sebab dialah yang paling berkuasa didunia dan di akhirat.

Kepada mangsa-mangsa tanah runtuh perbanyakkan istigfar kepada Allah, kemungkinan dia hendak menguji iman anda atau pun ingin menegur kepada mereka yang mungkin membuat kemungkaran dan melanggar peraturan-peraturan Allah tetapkan. Bala’ atau malapetakan tidak berlaku kepada orang yang membuat akan tetapi seluruh mereka yang berada berhampiran pun akan terlibat sama segala baik,buruk akan di selesaikan di akhirat kelak, mati didunia adalah sementara sahaja.

Saya mewakili sahabat saya dalam Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, (PKPIM-KUIS) serta warga mahasiswa KUIS mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa tahan runtuh dan apa yang boleh kami bantu hanyalah member peringatan supaya bersabar dan anggaplah ia suatu ujian kepada kita selaku hamba Allah dan sentiasa memperbaiki diri takut-takut ada sesautu yang kurang dalam diri ini.

Sekian,

“Hidup Biar Berjasa”.

MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD

Amir Kampus,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia,
Kolej Universiti Islam Anatarabangsa Selangor (PKPIM-KUIS)

0 comments: