Tuesday, April 28, 2009

Kepimpinan ulama sentiasa terbuka, pastikan PAS mantap - Haron Din

Oleh : Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh

KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh)
- "Kepimpinan Ulama hanyalah satu arah tuju yang dilihat sebagai pengemudi parti. Ulama laksana juruterbang yang membawa kapal terbang atau nahkoda bagi sebuah kapal. Namun itu bukan kerja dia seorang tetapi beserta kakitangannya. Hal ehwal penumpang, kebajikan, keselamatan diuruskan oleh yang bukan 'pilot'. Kesinambungan itu yang membuatkan sesuatu perjalanan menjadi lancar."

Demikian antara petikan kata Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din ketika diminta memberi pandangan berhubung kepimpinan ulama dalam PAS yang telah pun menjangkau 25 tImageahun sejak mula diperkenalkan

Kata Haron Din walaupun kepimpinan ulama baru melintasi suku abad, namun pelbagai kejayaan telah dikecapi silih berganti menandakan keberkesanan ulama memimpin PAS menjadikannya sebuah parti yang dihormati, disegani dan semakin mendapat sokongan sekaligus memikat hati rakyat. Image

Tanpa kecuali beliau menyatakan peri pentingnya gabung-jalin antara ulama dengan golongan profesional dalam PAS demi memastikan hala tuju parti tercapai seterusnya memantapkan kecemerlangan perjuangan Islam sepanjang masa.

"Dalam PAS itu masing-masing ada kelebihannya dan saling tampung-menampung. Oleh itu kelangsungan kepimpinan ulama mestilah diteruskan. Gandingan dengan tenaga profesional harus terus dimantapkan.

"Untuk berdepan dan menyaingi mereka (parti lawan), kita perlukan bukan sahaja ulama tetapi juga tenaga dan buah fikiran golongan profesional untuk memantapkan parti dan bergerak memastikan kejayaan perjuangan Islam ini," katanya dalam temubual eksklusif Harakah di kediaman semalam

Sementara itu, ditanya berhubung salah faham, kelemahan dan kritikan terhadap kedua-dua golongan ini di dalam PAS, beliau menjelaskan isu itu sewajarnya diperbaiki sebaiknya dan bukan untuk diperbesarkan Image

"Begitu juga dengan hal peperangan, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa menerima pandangan daripada sahabat yang arif berperang. Itu bukan kesilapan tetapi petunjuk ringkas daripada Rasullulah bahawa pemimpin boleh ditegur, dibantu dan diberi pandangan.

"Begitu juga dalam PAS. Kelemahan kepimpinan ulama bukan untuk diperbesarkan tetapi diperbetulkan. Kita kena ingat, semua orang mempunyai kelemahan dan sewajarnya ditampung bersama. Adakah dengan menukar kepimpinan maka kelemahan dan kesilapan tidak akan wujud sama sekali?" kata Haron Din lagi.

Beliau menasihati pihak media, blog dan internet sepatutnya berlaku adil kepada kepimpinan ulama jika berlaku kelemahan ataupun salah faham dengan membuat pertemuan dan mengadakan perbincangan sebelum membuat sebarang ulasan ataupun kesimpulan.

"Saya lihat keterbukaan kepimpinan ulama tidak mempunyai sebarang halangan untuk bersua dan mendapatkan penjelasan. Mereka sedia bertemu dan berbincang demi untuk kukuhkan parti sekaligus memantapkan perjuangan Islam yang menjadi dasar dan teras PAS selama ini," katanya. - azm

(Ikuti wawancara eksklusif bersama Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din dalam keluaran Harakah edisi Jumaat akan datang) _

Sumber :http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020502&Itemid=85

Tuesday, March 24, 2009

Tahniah.... Ust Nasaruddin Dan Cg. Zuhairi

Alhamdulillah pada awal pagi ini aku berasa sungguh semangat selepas pulang daripada Muktamar Dewan Pemuda PAS kawasan Kota Bharu iaitu bertempat di dewan Gelanggang Seni Negeri Kelantan pada 23 Mac 2009 bermula dari jam 8 malam hingga 1 pagi he..he..


Sejak di bangku sekolah menengah lagi aku di dedahkan benda kepartian,almaklumlah di Kelantan ini pengaruh politik lebih-lebih lagi PAS amat kuat sehinggakan dapat bertahan selama 18tahun walaupun semasa kemenangan besar parti kerajaan.


Dengan keberkatan semangat perjuangan yang tidak tunduk kepada mana-mana habuan Negeri Kelantan malah bersama 4 lagi negeri menang besar pada pilihan raya umum pada Mac 2008 yang lalu walaupun salah satunya telah diramapas selepas 14 bulan memerintah.


Apa yang aku nak ceritakan disini ialah dua orang individu yang bertanggungjawab memimpin serta membimbing aku serta beberapa rakan didalam kepimpinan pelajar atau muda ini sehinggakan aku dan rakan-rakan lain boleh member khidmat ditempat lain yang juga bertunjuangkan dakwah dan juga tarbiah.


Bukan bermaksud aku ini sudah hebat sekarang dan mempu menggegarkan dunia, tetapi daripada pentarbiahan dan juga bimbingan diperingkat asas aku dapat meneruskan perjuangan diperingkat seterusnya seingga sekarang walaupun diperingkat ini kami mempunyai pembimbing yang lain bersesuaian dengan semasa.


Sudah lama aku impikan dua orang tokoh (bagi aku) ini untuk mendapat ganjaran walaupun mereka tidak meminta, diatas apa yang mereka telah korbankan kudrat mereka ini ketika masih bergelar guru disebuah sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK),di jalan Long Yunus di belakang taman bunga yang dikenali sebagai Maktab Pengajian Islam (Kini Maahad Pengajian Islam) MPI.


Mentor yang aku maksud kan ialah Ust Nasaruddin Mahmud Muhyiddin dan Cikgu Zuhairi. Izinkan aku menceritakan sedikit latar belakang mereka, Ust Nasaruddin atau dipanggil Ust. Din oleh anak-anak muridnya, Kelulusan Ijazah dalam bidang Usuluddin ( Pengajian Al-Quran) di Universiti Al-Azhar, Mesir. Mengikut cerita beliau semasa kecil bukan lah seorang yang petah kerana ibunya pernah menyindir “Din ni malu kecek po ado Mas dale mulut”(jgn mrh ust J) tetapi siapa sangka beliau pernah menjadi ketua pelajar Kelantan semasa di Mesir walaupun jenis yang suka menolak jawatan.


Selepas setahun berada di MPI daripada Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka(MADA), beliau kembali berkhidmat di MADA pada 2005,dimana aku pada masa itu berada di tingkatan 5. Aku akur diatas pemindahanya kerana beliau dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan (Pentadbiran Sekolah) di sana dan selepas 3tahun disana beliau dinaikkan pangkat lagi sebagai pengawai khas kepada ADUN Bunut Payong YB.Taqiyuddin Hassan yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.


Seterusnya Cikgu Zuhairi Ismail, aku mulai kenal beliau semasa tergerak hati untuk menceburi bidang kepimpinan sekolah pada 2003 sebagai pengawas dan juga badan dakwah. Beliau Kelulusan dalam bidang Diploma Akaun di UKM. Sebelum pindahnya Ust. Din ke MPI, beliaulah yang banyak menggerakan kepimpinan pelajar dengan memberi dorongan dalam pelbagai aktiviti pelajar yang tidak menyimpang dari dakwah dan tarbiah. Biarpun aku nun dinasa sedang menuntut ilmu aku masih mendengar segala maklumat terkini beliau iaitu Cg Zul dilantik menjadi Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Menengah Agama (Arab) Azahariah, Melor.


Aku berpuas hati dengan apa yang mereka capai sekarang tetapi pada Muktamar DPP Kota Bharu “tadi” aku semakin berbangga kerana itulah cita-cita aku selama ini iaituu mereka mendapat kepimpinan majlis tertinggi dimana Cikgu Zuhairi telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Kota Bharu manakala Ust. Din dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda PAS ( baru je aku sindir “ Ust ni suka menolak jawatan” Masa makan tadi (jangan mare lagi..).


Apa yang berlaku keatas mereka ini akan aku jadilah inspirasi untuk meneruskan perjuangan Islam dalam kerja-kerja dakwah ini dengan tenang walaupun dalam Kapal yang berlaina tetapi laut yang sama J, terima kasih aku dan rakan-rakan kepada mereka diatas bimbingan yang tidak terputus sehingga sekarang. Dan Ust..Cikgu…. ini janji saya. Saya akan meneruskan perjuang ini hingga keakhir hayat dan “Jika sekumpulan burung berterbangan kemerata dunia tetapi burung-burung itu akan kembali kepada habitat asal mereka..jangan risau ..

Sunday, March 22, 2009

Dengan Wang anda hanya boleh membeli tilam yang tebal,
Bukan kenyenyakan tidur.

Dengan wang anda hanya boleh membeli buku,
bukan kebijaksanaan.

Dengan wang anda hanya boleh membeli makanan,
bukan kepuasan selera.

Dengan wang anda hanya boleh membeli ubat,
bukan kesihatan

Dengan wang anda hanya boleh membeli rumah
bukan keluarga

Dengan wang anda hanya boleh membeli tubuh-badan
bukan cinta

Dengan wang anda hanya boleh membeli perhiasan
bukan kecantikan

Dengan wang anda hanya boleh membeli

Dengan wang anda hanya boleh membeli

Dengan wang anda hanya boleh membeli

Dengan wang anda hanya boleh membeli

Dengan wang anda hanya boleh membeli

Dengan wang anda hanya boleh membeli

Monday, March 16, 2009

Pertahankan Institusi Ulamak.

Perkataan ulamak adalah perkataan arab berasal daripada perkataan “Ilm” bermaksud ilmu dan perkataan ini di jamakkan atau di sandarkan kepada seuatu yang banyak menjadi perkataan “Ulamak” yang bermaksud seseorang yang banyak ilmu.


Ulamak selalunya disandarkan kepada orang alim atau orang yang pakar dalam bidang agama Islam, akan tetapi sebenarnya ulamak ini boleh juga di kaitkan dengan seseorang yang pakar dalam bidang “professional” tetapi menjurus kepada konsep atau pun amal Islami.


Akhir-akhir ini institusi ulamak sudah luntur dari segi penghormatan mereka didalam masyarakat. Banyak isu-isu yang di putuskan oleh ulamak sudah berani dicabar atau ditakwil oleh pelbagai pihak seperti isu fatwa, dimana ulamak yang dikenali sebagai mufti telah bersidang untuk memutuskan sesuatu perkara yang melibatkan keselamatan Aqidah umat Islam. Seperti isu fatwa mengharamkan rokok di Selangor dan fatwa mengharamkan gejala Pangkid dan meditasi Yoga.


Kita boleh melihat masyarakat Islam Malaysia bermula daripada anak-anak muda, ahli-ahli professional hinggalah kepada golongan VIP ini sanggup membuat demonstrasi bantahan supaya fatwa itu ditarik balik. Begitulah cabaran golongan ulamak sekarang dalam menghadapi kejahilan masyarakat, lebih teruk lagi apa bila golongan VIP yang berpengaruh dengan isltana telah menghasut institusi raja-raja untuk campurtangan didalam urusan cendikiawan-cendikiawan Islam ini.


Kejahilan masyarakat kita ( Malaysia) ini sudah parah kerana kuatnya gelombang hidorisme ataupun serangan pemikiran melalui hiburan yang melampau menjadikan anak-anak muda sudah tidak mempedulikan ajaran agama hanya kerana Islam menentang hiburan yang melampau ini.


Perana Ulamak ini sangat penting didalam masyarakat Islam kerana mereka inilah yang akan mendaji tempat rujukan kepada orang ramai sebagaimana Sabda nabi : “Ulamak Pewaris Kenabian”. Ini bukan bermaksud ulamak adalah nabi kerana Nabi Muhammad Rasulullah adalah penutup dan penghulu segala kenabian. Tetapi ulamak inilah yang akan meneruskan dakwah baginda dalam mempertahankan dan juga menyebarkan Islam.


Batapa hormatnya para ulamak atau candikiawan ini, mereka dilarang untuk ikut serta didalam peperangan kerana takut lupusnya orang-orang yang arif didalam sesuatu bidang dan peperangan juga wajib untuk orang-orang muda yang masih sihat dan cergas, bukan menggunakan peluang muda untuk berhibur atau “Enjoy”.


Begitujuga apabila Rasulullah memberitahu tentang-tentang tanda-tanda Kiamat antaranya ialah kurangnya Ulamak. Ini bukan beerti pada masa itu tiada langsung ulamak, tetapi allah menganggkat ilmu-ilmu dan juga martabat seseorang ulamak itu hanya tinggal ulamak-ulamak yang jahil.


Oleh itu marilah kita tingkatkan kesedaran akan penghormatan terhadap ilmuan-ilmuan Islam ini dan juga sentiasa bekerjasama dengan ulamak-ulamak ini agar masayarakat Islam akan terus terpelihara daripada segala penyakit hati dan juga gejala sosial.

Thursday, March 12, 2009

Penggunaan Nama Allah Oleh Agama Lain Perlu Di sekat

Baru-baru ini gempar apabila sebuah akhbar agama Kristian Ketholik telah menggunakan Istilah Allah bagi merujuk kepada tuhan kepercayaan mereka. Penggunaan perkataan Allah itu telah diterbitkan didalam akhbar Ketholik bernama Helard.


Isu ini mendapat tentangan oleh Ngo-ngo Islam seperti ABIM dan PKPIM serta meminta kerajaan mengharamkan perkataan Allah digunakan oleh penganut agama lain untuk merujuk kepada tuhan kepercayaan mereka. Akan tetapi malanganya kerana pada mulanya pihak kerajaan dibawah Kementerian Dalam Negeri ( KDN) telah membenarkan dalam penggunaan perkataan Allah ini untuk agama lain tetapi didalam cetakan mereka serta ditulis agama masing-masing.


Selepas mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak termasuk pihak Jakim, Menteri yang bertanggungjawab didalam Keselamatan Dalam Negeri Ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa pembenaran penggunaan perkataan Allah ini oleh pihak KDN adalah kesilapan teknikal dan ditarik balik kebenaran tersebut.


Penggunaan perkataan Allah di oleh agama lain tidak patut di biarkan kerana ia akan menimbulkan kekeliruan bagi orang awam iaitu mereka yang tidak mempelajari secara khusus dalam pengajian Islam. Apabila semua agama menggunakan Allah sebagai merujuk kepada tuhan kepercayaan masing-masing ini akan menimbulkan salah sangka atau fitnah kerana orang-orang awam akan menganggap semua agama itu sama dan menggunakan tuhan yang sama didalam konteks kepercayaan agama masing-masing.


Ada satu lagi isu yang ditimbulkan oleh pihak media, apabila menemu ramah YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Bin Hj. Nik Mat iaitu Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan apabila pihak media mewar-warkan kenyataan bahawa tidak mengapa agama lain untuk menggunakan Allah sebagai nama tuhan agama lain.


Kenyatan Tuan Guru merujuk kepada ayat Quran dimana Allah swt bertanya kepada semua manusia siapakah tuhan mu, maka seluruh manusia mengakui bahawa Allah adalah tuhan mereka termasuk orang Kafir. Kenyataan yang diberi tidak salah bagi mereka yang faham dan untuk member kefahaman memerlukan masa yang panjang kerana ini khas untuk mereka yang mengambil bidangnya sahaja.


Didalam situasi sekarang ini dimana timbulnya pelbagai fahaman (…isme) seperti Libralisme, sekularisme dan lain-lain lagi memerlukan penelitian yang amat terperinci dalam sesuatu isu lebih-lebih lagi yang melibatkan aqidah ummat Islam.


Jika dibenarkan penggunaan perkataan Allah didalam semua agama ia akan menyumbang kepada kebangkitan Pro-Libralisme yang gempar pada suatu ketika di Malaysia dikenali sebagai I.F.C dimana gerakan ini memperjuangkan kesamarataan kesemua agama dimana sesiapa sahaja bebas menganut mana-mana agama.


Kita harus menentang sekeras-kerasnya dalam isu penggunaan perkataan Allah oleh semua agama ini kerana kita tidak mahu menjadi seperti apa yang telah berlaku di Negara jiran iaitu Indonesia dimana Libralisme semakin meluas dan penggunaan perkataan Allah boleh digunakan oleh semua agama. Ini akan menjadi kekeliruan kepada generasi akan datang yang lahir didalam Islam tetapi melihat akan semua agama adalah sama.


Dalam isu ini juga tidak menolak kemungkinan bahawa ini adalah salah satu strategi musuh Islam untuk melenyapkan Aqidah ummat Islam didalam menyakini agama Islam. Oleh itu isu ini harus lah di ambil perhatian oleh semua pihak dan harus menentang sekeras-kerasnya.

Monday, March 9, 2009

Rasulullah Contoh Sifat Seorang Pejuang


Setiap mulanya diawal pagi dan dia tidak diakhiri dengan malam kerana esok pagi itu akan kembali lagi dan mata ini akan menutup dan membuka kembali pada pagi nya jika diizin Allah. Sedar tak sedar, kita telah lama membuat kelakuan seperti itu bermula sewaktu kita keluar dari perut Ibu hinggalah sekarang, sementara menunggu mata itu menutup tanpa membukanya lagi.

Sedarkah kita selama kita melaluli peristiwa yang semalam dan meninggalkan untuk hari esok, kita sikit demi sedikit telah jauh meninggalkan zaman bermulanya Islam, zaman kegemilangan Islam dan zaman kejatuahan Islam. Apakah tidakan kita sebagai jenerasi sekarang adakah mengekalkan zaman terakhir itu, atau mengembalikan zaman selepas Rasul atau memulakan seperti zaman Rasul. Keputusannya terletak kepada tangan, kesedaran,pengetahuan dan juga kekuatan yang ada pada diri setiap indivitu Islam.

Ingin saya membawa anda mengimbas kembali perjuangan baginda SAW untuk menyebarkan Islam sehingga umat Islam bertaburan dimerata dunia. Baginda terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan juga cabaran daripada masyarakat Mekah pada Zaman jahiliyyah itu. Hasil kegigihan dan juga kesabaran yang dikurniakan Allah kepada baginda, kebanyakan mereka yang menentang itu akhirnya memeluk Islam malah memperjuangkan Islam hingga tersebar keseluruh dunia.

Dengan sifat yang digelar Al-Amin yang bermaksud beramanah kepada Baginda itu akhirnya dapat menundukan hati-hati yang keras seperti batu bagaimana kisah saidina Abu Bakar menerima Islam hanya dengan mendengar ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh adik perempuannya yang pada masa itu telah memeluk Islam secara sembunyi.

Begitu juga kisah Saidina Umar Al-Khattab yang terkenal dengan kekerasannya yang digeruni, apabila memeluk Islam beliau mengistiharkan KeIslamannya keseluruh penduduk Mekah dan mencabar sesiapa yang menghalangnya beliau akan potong kepala mereka.

Banyak lagi kisah-kisah bagaimana sahabat-sahabat baginda memeluk Islam biarpun pada mulanya penentang utama dakwa Baginda Rasulullah SAW hanya melihat kepada kejujuran dan juga kesabaran baginda dalam menyampaikan risalah Allah.

Sehinggalah selepas kewafatan baginda, perjuangan untuk menyebarkan Islam diteruskan sahabat-sahabat baginda didalam Zaman Khulafa' Arrasyidin dimana pada zaman itu Islam berjaya dijulang dan ditonjolkan dalam setiap sudut baik kepimpinan, ekonomi, Islmuan, pembangunan dan lain-lain lagi, biarpun pada mulanya sahabat berasa lemah semangat bila mengenang pemergian kekasih Allah.

Alhamdulillah hingga sekarang Islam masih boleh dinikmati akan tetapi, kita diakhir zaman ini mempunyai tugas yang sangat berat kerana terpaksa menghadapi cabaran-cabaran yang akan mencabar kepercayaan aqidah umat Islam.

Dizaman ini biarpun kemodenan yang dikecapi tetapi serangan untuk memansuhkan kepercayaan Iman dialam diri umat Islam juga amat sengit. Kita boleh lihat orang-orang kafir menyerang dengan cara halus seperti serangan berbentuk pemikiran atau pemahaman seperti Sekularisme, Libralisme, Hidorisme, orientalisme,Kapitalisme dan lain-lai lagi dimana pemahama-pemahan ini menyerang dalam sudut pemisahan antara agama dan juga kehidupan seharian, penyamaan antara semua agama, memberi hiburan yang melampau kepada golongan muda, pengeliruan dalam pendidikan agama, melalui ekonomi dan lain-lain lagi.

Oleh itu marilah sama-sama kita mengambil semangat perjuangan baginda dan juga sahabat-sahabatnya dalam kita untuk memartabatkan kembali Islam ini dan kukuhkan Iman dan juga kesabaran dan juga semangat untuk meneruskan perjuangan ini didalam Gerakan Dakwah yang sedang kita sertai ini dan akhirsekali jagalah ukhuwwah dan bersatulah dalam melaksanakan kerja Islam ini.

Akhir sekali marilah sama-sama kita berselawat keatas baginda...

PEMIKIRAN BARAT

Pemikiran di Barat melalui pelbagai peringkat bermula dengan zaman kegelapan (Dark Age) sebelum kurun ke-18M. Kemudian, muncul zaman pencerahan dan zaman kebangkitan Eropah Barat (Renaissance) yang banyak mempengaruhi tamadun kebendaan hari ini.

Zaman Kegelapan (Zaman Penguasaan Gereja)

Eropah pada kurun-kurun pertengahan hidup dalam iklim yang didominasi oleh kejahilan dan khurafat. Gereja menguasai segenap aspek kehidupan. Ia menjadi seperi kuasa negara dengan mahkamah tersendiri dan banyak penjara. Rakyat diwajibkan tunduk sepenuhnya kepada ‘orang-orang agama’. Mereka juga mereka-reka perantaraan dalam hubungan manusia dengan Tuhan. Hak mentafsir dan memahami teks kitab Bible dikhususkan untuk Pope dan ahli majlisnya. Individu lain di luar lingkungan gereja dilarang dari cuba mentafsir Bible atau berbincang tentangnya. Pengakuan terhadap dosa dan sijil pengampunan dijadikan ritual agama. Manusia tidak boleh berhubung dengan Tuhan melainkan dengan melalui paderi. Taubat tidak diterima kecuali setelah mereka duduk di atas kerusi pengakuan di hadapan paderi. Agama sudah berubah menjadi koleksi rahsia dan simbol yang hanya difahami oleh ‘orang agama’. Orang ramai perlu tunduk kepada mereka.secara buta. ‘Orang-orang agama’ ini berperanan menguruskan segala perkara termasuk taubat, istighfar dan lain-lain, dengan syarat mereka dibayar.

Selepas itu, gereja mengadaptasi pemikiran dan teori-teori dalam ilmu geografi, perubatan, biologi dan lain-lain. Mereka memberikan sedikit nilai kesucian sehingga ilmu-ilmu itu dianggap menjadi sebahagian dari agama Kristian sendiri. Sesiapa pun tidak boleh menyanggahinya. Orang yang membawa idea yang bercanggah dengan ajaran gereja dianggap kafir dan mulhid (atheis), wajib dihukum. Mereka mengadakan mahkamah yang menyiasat. Dalam tempoh 18 tahun (1481 – 1499M), institusi ini telah mensabitkan seramai 10,220 orang dengan hukuman bakar hidup-hidup. 6,860 orang pula dihukum gantung (bunuh). Manakala 97,023 disabitkan hukuman-hukuman lain. Antara mereka Galelio Galelie (mengatakan bumi berputar), Newton (memperkenalkan konsep graviti), Copernicus, Bhotrus Albano, Giordano Braund (dibakar dan abunya ditabur di angin) dan lain-lain.

Ini adalah gambaran kecil tentang keadaan mereka secara umum dan gambaran gerakan pemikiran secara khusus di Eropah. Kebanyakan maklumat benar tentang sains disembunyikan dalam dada kerana takut kepada kebengisan gereja.

Dalam keadaan seperti inilah berlakunya peperangan Salib antara kaum Muslimin dan bangsa Eropah. Ia berlaku sepanjang kurun ke-11 dan 12 Masihi. Dalam suasana inilah, golongan Salib terpengaruh dengan umat Islam dan mereka melihat sifat Islam dan keindahan pemikiran Islam dari dekat. Ia meliputi pelbaghai bidang ilmu dan seni di Andalus, utara Afrika dan lain-lain. Di sinilah terdapat banyak sekolah dan universiti di setiap tempat dalam negara umat Islam. Institusi ini dikunjungi oleh para penuntut ilmu termasuk dari kalangan bangsa Eropah sendiri. Mereka datang belajar dari para ilmuan Islam dan setengah karya-karya diterjemah ke bahasa Eropah.

Selepas itu, peperangan Salib mula membuahkan hasilnya dalam pemikiran Eropah. Martin Lurther (1438-1546) membangkitkan gerakan reformasi dengan kempen pemisahan dari kuasa gereja. Beliau memrangi ajaran gereja yang dilabelkan sbegai ajaran syaitan. Sijil keampunan dianggap sebagai satu bentuk penghinaan dan perhambaan yang perlu dihentikan. Beliau diikuti oleh Calvin (1509-1564) dengan alioran yang sama. Gerakan ini telah mengubah banyak konsep dan aliran fikiran di Eropah. Namun ia masih menjadikan Bible sebagai sumber dalam urusan berkaitan dengan kepercayaan.

Zaman Pencerahan

Keadaan itu berterusan sehingga bahagian kedua kurun ke-18 yang dikenali sebagai Zaman Pencerahan dalam sejarah falsafah Eropah. Bentuk pemikiran yang berbeza pada zaman ini adalah “dominasi akal sebagai sumber pengetahuan tanpa yang lain” (lain bermaksud agama iaitu Kristian). Zaman pencerahan bermaksud zaman bermulanya kempen menjauhkan agama dari urusan kehidupan dan meletakkan akal di tempat agama tadi. Juga bermaksud menundukkan agama kepada akal dan memberi hak kepada akal untuk mengkritik agama. Seterusnya masyarakat dibimbing oleh para filosof aliran ini secara individu dan kumpulan. Antara mereka adalah John Locke (di England).

Pada penghujung kurun ke-18M, bermulalah zaman positivisma dan dominasi aliran tabi’i. Falsafah kurun ini cenderung ke arah dominasi aliran tabi’i mengatasi agama dan akal sekaligus. Realiti dianggap sebagai sumber pengetahuan yang benar berbanding agama dan akal. Agama dan wahyu hanyalah khayalan dan penipuan. Akal pula lahir dari alam tabi’i yang menjelma dalam pewarisan, persekitaran dan kehidupan ekonomi. Inilah titik mula aliran positivisma Kant, falsafah Hagel dan Marxisma Karl.

Serangan Pemikiran

Definisi: Percubaan menanam pemikiran asing yang tertentu pada sesorang individu atau sesebuah masyarakat. Secara spesisik, ia bermaksud: Percubaan orang-orang Barat untuk meruntuhkan pemikiran Islam dalam masyarakat Islam dan menanam pemikiran mereka yang asing sebagai gantinya.

Manusia dapat dipimpin dengan akal, pengetahuan dan prinsip dalam fikirannya. Selepas kekalahan bangsa Eropah dalam Peperangan Salib dan mereka juga menyaksikan kekuatan rohani dan pencapaian ilmu umat Islam, mereka memikirkan cara lain untuk menghadapi Islam dan umatnya. Cara itu adalah mengubah pemikiran umat Islam yang akan menyebabkan perubahan akidah mereka. Allah SWT telah menegaskan kekuatan akidah umat yang menjamin kekuatan barisan umat dalam hidup mereka. Firman Allah SWT:

{.. إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ ... }الرعد11

Maksudnya: 11. .. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri...

{ذَلِكَ بِأَنَّ اللّهَ لَمْ يَكُ مُغَيِّراً نِّعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَى قَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمْ وَأَنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ }الأنفال53

Maksudnya: 53. (balasan) Yang demikian itu, ialah kerana Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat Yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Cara yang berkesan untuk mengubah prinsip masyarakat adalah menimbulkan keraguan terhadap prinsip atau pemikiran tersebut. Kemudian mendorong mereka supaya berpegang dengan prinsip yang lain. Sekiranya mereka berpuas hati dengannya, mereka sendiri akan terus meninggalkan prinsip lama dan berpegang kepada prinsip baru. Orang-orang Barat telah berputus asa untuk berhadapan dengan kaum Muslimin kekuatan fizikal dan bersenjata selama 200 tahun. Justeru mereka beralih kepada taktik lain, iaitu serangan pemikiran. Kelebihan serangan pemikiran adalah:

i. Bebanannya lebih ringan dari serangan tentera yang menumpahkan darah dan menghabiskan banyak harta dan tenaga.

ii. Kesannya lebih mendalam dalam masyarakat sasaran dan berpanjangan puluhan tahun, bahkan kadang-kadang ratusan tahun.

Contoh Serangan

Umat Islam telah berhadapan dengan pelbagai serangan pemikiran. Ada di antaranya yang gagal dan ada yang berjaya buat sementara waktu ini. Umat Islam pula masih berusaha menghadapi serangan tersebut sehingga hari ini. Antara serangan tersebut adalah:

i. Percubaan oleh kafir Quraisy yang gagal ketika cuba mempengaruhi Rasulullah SAW. Mereka mencadangkan agar: “kamu ikut sedikit agam kami dan kami ikut sedikit agama kamu.” Namun, baginda menolak percubaan ini dan menjelaskan kesan-kesannya. Lalu Allah SWT menurunkan ayat yang menjelaskan bahawa syariat Islam bebas dan berlainan dari ajaran agama-agama lain mahupun pemikiran yang berdasarkan nafsu manusia. Firman Allah SWT:

{ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيعَةٍ مِّنَ الْأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاء الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ }الجاثية18

Maksudnya: 18. Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka Turutlah syariat itu, dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu orang-orang Yang tidak mengetahui (perkara Yang benar).

ii. Percubaan yang berjaya sementara waktu dan kesannya masih dirasai oleh Umat Islam. Ia adalah percubaan kaum Yahudi memasukkan pendustaan ke dalam hadis-hadis Rasulullah SAW. Ini termasuklah memasukkan khurafat dan kisah-kisah palsu dalam tafsir al-Quran. Namun, para ulama dalam bidang hadis dan tafsir berjaya memadam kesan-kesan yang terbit dari percubaan ini. Mereka membersihkan hadis-hadis Rasulullah SAW dari berita-berita yang diada-adakan (hadis mawdu’) dan membersihkan tafsir dari isra’iliyyat.

Walaupun umat Islam yang berjaya mengatasi serangan pemikiran isra’iliyyat dan serangan tentera Salib , namun mereka tidak dapat menzahirkan kekuatan yang sama dalam menghadapi serangan pemikiran Eropah dalam zaman moden. Serangan ini adalah kes yang paling menyakitkan dan paling teruk kesannya ke atas asas kehidupan dan tamadun Islam sepanjang sejarah Islam.

Ia berkait dengan huru-hara yang dirasai oleh dunia Barat akibat kejatuhan Costantinople dan keruntuhan Kerajaan Rom Timur (Byzantine) di tangan kaum Muslimin pada tahun 1453M. Peristiwa berkenaan telah meletakkan Eropah umpama berada di depan rahang singa, iaitu dengan kehadiran kaum Muslimin di Timur Laut Eropah (Costantinople) dan di Barat Daya Eropah (Andalus). Bangsa Eropah menganggap azan yang dilaungkan di penjuru Eropah dari menara Costantinople dan Andalus sebagai suara amaran yang disahut dengan kepanikan. Sedangkan mereka sepatutnya menerimanya dengan pemikiran terbuka dan pengamatan terhadap prinsip-prinsip dan hidayah Islam.

Eropah cuba mengenali faktor tersembunyi di sebalik siri kemenangan kaum Muslimin sepanjang sejarah. Walaupun kekuatan material umat Islam biasanya menyamai kekuatan musuh atau lebih rendah, namun kemenangan sering berpihak kepada mereka. Tidak sukar bagi bangsa Eropah memahami bahawa sesuatu bangsa mendapat kemenangan kerana dua faktor:

i. Faktor kekuatan maknawi: Kekuatan yang lahir dari akidah dalam jiwa bangsa.

ii. Faktor kekuatan material: Kekuatan yang lahir dari kaedah persediaan dan kelengkapan perang.

Kekuatan maknawi yang kahir dari akidah Islam dalam jiwa mujahidin adalah perkara yang pasti. Seorang Muslim yang memasuki medan peperangan percaya bahawa dia akan mendapat salah satu dari dua kebaikan, iaitu sama ada menang atau mati syahid. Justeru, dia tetap beruntung walaupun tidak menang.

Rahsia itu tersimpan dalam Islam dan sistemnya. Gardner berkata: “Kekuatan yang tersimpan dalam Islam itulah yang menakutkan Eropah.” Lawrence Braun pula menjelaskan: “tetapi bahaya sebenar tersimpan dalam sistem Islam, kekuatannya untuk tersebar dan menundukkan, dalam hidupnya... kerana ialah satu-satunya tembok yang mendepani penjajahan Eropah.”

Akhirnya, Eropah mehamai bahawa peperangan yang sebenar yang perlu diharungi adalah menghadapi Islam sebagai agama, akidah, dasar hidup, sistem masyarakat, politik dan ekonomi. Sasaran utama dan permulaan untuk menguasai kaum Muslimin adalah dengan menggoncang Islam dalam hati dan sistem hidup. Namun, bagaimana rupanya pertempuran menghadapi akidah, kepuasan, budaya, adat, sistem dan kehidupan yang berdiri atas akidah?

Perang menghadapi pemikiran mestilah dengan pemikiran juga. Perang menghadapi prinsip mesti dengan prinsip lain yang berbeza. Ini kerana pemikiran dan akidah tidak dapat diperangi dengan senjata. Sepasukan tentera yang berani tidak akan dapat mempengaruhi manusia supaya mengubah pemikiran dengan kekuatan dan ketajaman pedang.

Di sinilah bermulanya percubaan serangan pemikiran Eropah untuk melemahkan akidah dalam diri kaum Muslimin. Percubaan ini dijalankan melalui kaedah misionari yang berusaha menjayakan penguasaan pemikiran Eropah dan tenteranya ke atas keupayaan kaum Muslimin.

Langkah-langkah Serangan Pemikiran

Serangan pemikiran melalui beberapa peringkat. Antara langkah pentingnya:
i.               Gerakan Oreintelisme (dibincangkan dalam tajuk khusus).
ii.              Gerakan mengubah kehidupan Islam dengan cara mengubah asas akidah dan pemikiran yang menjadi asas sistem masyarakat.
Dengan kata lain, mengubah falsafah asasi dalam sistem masyarakat, politik dan ekonomi. Percubaan ini bergerak dalam bentuk proses pembaratan dan sekularisasi bangsa Islam dengan memisahkan agama dari negara seperti yang berlaku di Eropah. Kemudian ia menghala kepada menjadikan komunisme sebagai asas kehidupan dalam masyarakat Islam (selepas munculnya gerakan komunis).
iii.            Mewujudkan kumpulan serpihan agama dan menggalakkan gerakan sesat yang didokong oleh setengah kelompok umat yang lemah akidah. Contohnya gerakan Babiyyah, Bahai dan Qadiyani.
 
Rasulullah SAW telah mengingatkan tentang bahaya ini dalam hadis baginda seperti diriwayatkan oleh al-Bukhari:
 

عن أبي سعيد رضي الله عنه : أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لتتبعن سنن من قبلكم شبرا بشبر وذراعا بذراع حتى لو سلكوا جحر ضب لسلكتموه. قلنا يا رسول الله اليهود والنصارى ؟ قال: فمن.

 

Maksudnya: “Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Kamu akan terikut-ikut dengan perjalanan ajaran orang-orang yang terdahulu daripada kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak, kamu akan ikut masuk sama. Lalu para sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Kristian, ya Rasulullah? Jawab Rasulullah s.a.w.: Maka siapa lagi?”


Disemak Oleh:

Ybhg. Ust. Abu Zaki,
Ketua Jabatan Pengajian Usuluddin,
Akademi Islam (AI)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Friday, March 6, 2009

Hari-hari dalam hidup ku dan kisah satu persoalan

Baru-baru ini seluruh masyarakat dunia menyambut tahun baru 2009, ia bermakna 2008 juga sudah berlalu, begitu juga semasa sambutan awal 2008 dahulu, kita juga telah meninggalkan tahu sebelumnya juga. Begitulah tahun demi tahun kita sentiasa akan menyambut perkara yang sama Cuma cara yang berbeza mengikut zaman tersebut.

Sebagaimana kita juga, semakin hari akan meninggalkan sejarah, adakah perkara baik atau buruk itu terpulang kepada kita, Firman Allah: “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri yang mengubahnya”. Dan sebagaimana juga kita semakin hari yang kita lalui, semakin jauh kita berjalan dan melangkah demi melangkah mengikut jalan pilihan masing-masing.

Begitu juga aku, sekarang baru ku sedar aku telah jauh melangkah dan telah lama berjalan diperhentian ini, tidak kusangka aku telah melalui zaman bayi ku, zaman kanak-kanak, zaman tabika, zaman sekolah rendah, selepas itu keperingkat menengah hinggalah melangkah ke IPT. Zaman ini di panggil zaman remaja.

Pada mulanya aku merasa bangga bila berada ditahap ini sebab itu lah cita-cita aku di masa lampau. Pada waktu aku berumur 6-7 tahun aku menginginkan kedewasaan kerana pada masa kecil semua dikawal rapi oleh ibu bapa termasuk ekonomi. Apa yang aku hendak semua tak boleh, mahal lah itulah inilah, walaupun aku tahu ibu bapa ku bukan lah orang berada. Tetapi apalah sangat kesedaran ku pada masa itu seperti kanak-kanak lain walaupun aku seorang yang pendiam dan bercakap dengan orang kenal sahaja.

Tetapi bila aku mencapai impian ini, aku ingin masa lalu ku berulang, aku ingin kembali ke zaman kanak-kanak. Kenapa? Mungkin anda pun inginkan nya. Pada zaman ini barulah aku tahu betapa hebatnya dugaan, seperti yang diberitahu sebelum ini, zaman ini aku berjuahan dengan keluarga, lebih-lebih lagi aku seorang lelaki yang suka mencari sesuatu yang baru.

Segalanya aku melakukannya seperti menyelesaikan masalah, tinggal dirumah sewa bersama rakan-rakan, berayau dari Bangi hingga ke Kuala Lumpur, hadapi cabaran dengan pelbagai jenis manusia dan juga budaya. Masa depan terletak pada keputusan yang dibuat oleh diri ku sendiri,tidak seperti zaman kecilku, semuanya orang dewasa yang membantu ku dan membimbingku.

Pada zaman ini juga aku akan dan telah melalui peristiwa-peristiwa dimana dahulu aku hanya perkara terjadi orang dewasa aau orang berjuahan denganku, iaitu Kelahiran, Perkahwinan dan juga kematian. Aku tidak menyangkan rakan sebaya ku dan ada 2orang anak, tidak kurang juga yang semakin hari semakin ada sahabat yang menamankan zaman bujangnya dengan pasanagan pilihan dan yang paling sulah ku nak lalui ialah peristiwa kematian yang berlaku kepada rakan sebaya….

Aku tidak menyangka pada zaman ini aku juga berani untuk membuat pilihan calon teman hidup,bukan aku sengaja tetapi naluri yang membawa diri ini. Aku pada zaman kecil sudah biasa berkawan dengan orang perempuan kerna, aku anak tunggal lelaki daripada 4orang saudaraku. Begitu juga spupu dan kerabat terdekat, kebnyakan mereka perempuan.

Sangka aku telah biasa dengan mereka dan faham isihati setiap kaum hawa, tetapi sekarang…lainlah. Kadang aku tak faham apa yang mereka hendak, apa yang mereka sangka pada ku,ada yang cukup rapat dengan ku, kadang-kadang terfikir die ni syok kat aku ke? Tepi kadang-kadang gaya macam tak syok kat aku.

Ada yang terbaru, seorang teman (perempuan) yang dikenali dalam persatuan belia, selalu mengantar mesej (SMS) pada ku bermula sebelum hari raya Aidil Adha pada akhir tahun 2008. Pada mulanya tidaklah serangcak sekarang dan jarang-jarang “chit-chat “ dengannya tetapi dia sentiasa menghantar sms dan aku melayan atas sebab orang dikenali walaupun tidak lah rapat. Ia terus berlaku sehingga sekarang dan kebanyakannya dia yang memulakan menghantar sms.

Dia pernah cerita sebelum ini ramai lelaki yang sms dengannya tetapi bila lelaki itu meluahkan perasaan dia buat perangai yang menyampah menyebabkan lelaki-lelaki tersebut tidak lagi melayannya. Aku menafsirkan perkara itu pun akan berlaku kepada ku “Jika” aku membuat seperti lelaki-lelaki tadi. Dia pernah menyatakan, beliau suka sms dengan lelaki tetapi mung oorang perempuan ini tidak memahami sifat seorang leki tidak boleh dihadiri seorang perempuan yang mereka kenali akan paras rupa dan pendidikan mendekati mereka. Hati Lelaki ini akan tibulkan perasaan akan perempuan yang mendekatinya.

Aku ingin akhiri diari ini dengan persoalan ini…mengapa??(Anda tolong bagi pendapat)

Monday, February 23, 2009

Ilmu hitam RM30-Harian Metro

http://www.hmetro.com.my/Monday/BeritaUtama/20090223083644/Article
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Salman Hamat

am@hmetro.com.my
snin, 23 Februari 2009

KUALA LUMPUR: Pelbagai jenis ilmu pembomohan dijualnya, bahkan berunsur jahat semata-mata untuk mendapatkan wang.

Dengan hanya membayar RM30, sesiapa saja boleh mempelajari ilmu seperti perangsang, (membangkit berahi wanita), menghilangkan diri, pelaris, membuat minyak pengasih, penunduk, tarik duit, cinta berahi dan memikat suami yang ditawarkan sebuah laman web ilmu pengasih.

Laman web itu bagaimanapun mencampur adukkan ayat suci al-Quran dengan pelbagai mentera yang dianggap menyeleweng daripada ajaran Islam.

Ini seolah-olah memperdagangkan ayat suci al-Quran untuk kegiatan ke arah kesesatan.



Ilmu pembomohan itu tidak ubah seakan tuisyen gaya pos yang popular satu masa dulu apabila individu boleh mempelajari sendiri ilmu berkenaan selepas menerima panduan dikirim menggunakan e-mel pelanggan.

Bagi mengumpan pelanggan, pengendali laman web terbabit turut mendakwa ilmu ditawarkan bukan saja laris di pasaran tempatan tetapi juga luar negara.

Antara pelanggan luar yang dikatakan menempah ilmu terbabit dari New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat, Britain serta beberapa lagi negara Eropah.

Dakwa pengendali itu lagi, ada pelanggan dari luar negara yang taksub mempelajari ilmunya sanggup berbual melalui telefon berjam-jam untuk mendapatkan petua, keberkatan serta menjamin kemujaraban ilmu dipelajari daripadanya.

Bukan itu saja, dia yang mendakwa sudah berkahwin menceritakan kisah hidupnya sebelum ini yang dipenuhi peristiwa duka.

Tetapi, kini, kehidupannya berubah selepas dia mengamalkan pelbagai ilmu berkenaan daripada seorang guru.

Apabila merasakan hidupnya mulai senang, dia mengambil keputusan untuk berkongsi amalan terbabit dengan menjualnya kepada umum melalui online.

Bagi individu berminat melanggan produknya, mereka diperlukan membuat bayaran menggunakan akaun bank atau kad kredit.

Curiga dengan laman web terbabit, wartawan Harian Metro cuba menghubungi pengendali laman web berkenaan menggunakan telefon bimbit tertera.

Namun, panggilan tidak dijawab dan sengaja diputuskan.

Sementara itu, pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, ketika diminta mengulas kewujudan laman web aneh itu, berkata teknik pembelajaran sedemikian tidak digalakkan agama berikutan boleh mengakibatkan akidah umat Islam disongsangkan.

Katanya, doa daripada ayat suci al-Quran serta mentera yang diragui maksudnya boleh menyesatkan umat Islam.

“Ia dicurigai menyeru makhluk lain jika diamalkan tanpa meminta nasihat daripada pakar agama.

“Lebih merisaukan mengikut hadis Rasulullah, teknik pembelajaran tanpa berguru boleh diibarat seperti berguru dengan syaitan, khasnya jika diamalkan golongan muda yang masih mentah serta kadang-kadang terlalu ghairah mempelajari ilmu seperti itu.

“Berikutan itu, bagi mereka yang ingin mendalami ilmu agama hendaklah berguru agar kesilapan atau sebarang perkara tidak jelas boleh dirujuk terus pada guru masing-masing,” katanya yang menjelaskan aktiviti jual beli ayat suci al-Quran adalah ditegah.

Menurutnya, beliau sendiri hampir terjerat dengan ilmu pembomohan apabila diminta menghuraikan maksud mentera dalam bahasa jawa dicampur aduk dengan ayat Kursi dan Al-Fatihah kononnya untuk menghalau jin oleh seorang wanita.

“Ketika mula dibaca, saya merasakan ia gabungan ayat yang mantap, bagaimanapun selepas dikaji mentera terbabit, didapati mengarut kerana turut memuja makhluk halus bagi membantu menghalau makhluk halus mengganggu manusia,” katanya.

Berikutan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu taksub dengan tawaran mendapatkan ilmu dengan harga serendah RM30, sebaliknya merujuk pada pakar agama.