Thursday, March 12, 2009

Penggunaan Nama Allah Oleh Agama Lain Perlu Di sekat

Baru-baru ini gempar apabila sebuah akhbar agama Kristian Ketholik telah menggunakan Istilah Allah bagi merujuk kepada tuhan kepercayaan mereka. Penggunaan perkataan Allah itu telah diterbitkan didalam akhbar Ketholik bernama Helard.


Isu ini mendapat tentangan oleh Ngo-ngo Islam seperti ABIM dan PKPIM serta meminta kerajaan mengharamkan perkataan Allah digunakan oleh penganut agama lain untuk merujuk kepada tuhan kepercayaan mereka. Akan tetapi malanganya kerana pada mulanya pihak kerajaan dibawah Kementerian Dalam Negeri ( KDN) telah membenarkan dalam penggunaan perkataan Allah ini untuk agama lain tetapi didalam cetakan mereka serta ditulis agama masing-masing.


Selepas mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak termasuk pihak Jakim, Menteri yang bertanggungjawab didalam Keselamatan Dalam Negeri Ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa pembenaran penggunaan perkataan Allah ini oleh pihak KDN adalah kesilapan teknikal dan ditarik balik kebenaran tersebut.


Penggunaan perkataan Allah di oleh agama lain tidak patut di biarkan kerana ia akan menimbulkan kekeliruan bagi orang awam iaitu mereka yang tidak mempelajari secara khusus dalam pengajian Islam. Apabila semua agama menggunakan Allah sebagai merujuk kepada tuhan kepercayaan masing-masing ini akan menimbulkan salah sangka atau fitnah kerana orang-orang awam akan menganggap semua agama itu sama dan menggunakan tuhan yang sama didalam konteks kepercayaan agama masing-masing.


Ada satu lagi isu yang ditimbulkan oleh pihak media, apabila menemu ramah YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Bin Hj. Nik Mat iaitu Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan apabila pihak media mewar-warkan kenyataan bahawa tidak mengapa agama lain untuk menggunakan Allah sebagai nama tuhan agama lain.


Kenyatan Tuan Guru merujuk kepada ayat Quran dimana Allah swt bertanya kepada semua manusia siapakah tuhan mu, maka seluruh manusia mengakui bahawa Allah adalah tuhan mereka termasuk orang Kafir. Kenyataan yang diberi tidak salah bagi mereka yang faham dan untuk member kefahaman memerlukan masa yang panjang kerana ini khas untuk mereka yang mengambil bidangnya sahaja.


Didalam situasi sekarang ini dimana timbulnya pelbagai fahaman (…isme) seperti Libralisme, sekularisme dan lain-lain lagi memerlukan penelitian yang amat terperinci dalam sesuatu isu lebih-lebih lagi yang melibatkan aqidah ummat Islam.


Jika dibenarkan penggunaan perkataan Allah didalam semua agama ia akan menyumbang kepada kebangkitan Pro-Libralisme yang gempar pada suatu ketika di Malaysia dikenali sebagai I.F.C dimana gerakan ini memperjuangkan kesamarataan kesemua agama dimana sesiapa sahaja bebas menganut mana-mana agama.


Kita harus menentang sekeras-kerasnya dalam isu penggunaan perkataan Allah oleh semua agama ini kerana kita tidak mahu menjadi seperti apa yang telah berlaku di Negara jiran iaitu Indonesia dimana Libralisme semakin meluas dan penggunaan perkataan Allah boleh digunakan oleh semua agama. Ini akan menjadi kekeliruan kepada generasi akan datang yang lahir didalam Islam tetapi melihat akan semua agama adalah sama.


Dalam isu ini juga tidak menolak kemungkinan bahawa ini adalah salah satu strategi musuh Islam untuk melenyapkan Aqidah ummat Islam didalam menyakini agama Islam. Oleh itu isu ini harus lah di ambil perhatian oleh semua pihak dan harus menentang sekeras-kerasnya.

1 comments:

Unknown said...

Cuma ada dua perkara sahaja yang akan saya ketengahkan di sini.

1) Adakah perkataan ALLAH ini terdapat di dalam kitab suci agama lain di mana kitab suci mereka ini menggunakan bahasa asal kitab itu diturunkan, contohnya adakah perkataan ALLAH ini ada terdapat di dalam kitab suci agama Yahudi atau Kristian yang menggunakan bahasa ‘Hebrew’, iaitu bahasa asal kitab ini. Kalau tiada mengapa perlu menggunakan ALLLAH.
2) Mengapa perkataan ALLAH ini yang merujuk kepada tuhan digunakan di Indonesia atau Malaysia tetapi tidak digunakan secara menyeluruh di seluruh dunia seperti di Eropah, USA, Russia? Perkataan ALLAH adalah bahasa Arab, dan ia digunakan oleh orang Melayu Islam, ia tidak digunaka oleh orang Melayu bukan Islam. Orang Melayu bukan Islam sebelum kedatangan Islam, hanya mengenal Tuhan sahaja.

Bukankah ini maksudnya ada udang disebalik batu?