Friday, August 29, 2008

Aku Bimbang.....

Aku bimbang….

Antara tanda akhir zaman ialah Allah akan mengangkat Ilmu dengan mematikan ulamak-ulamak atau orang yang mendalami ilmu agama. Manusia pada zaman itu berada didalam kesesatan terumbang-ambing dalam mengejar dunia yang sementara ini, Segala kemungkaran yang telah berlaku pada zaman nabi-nabi terdahulu kembali pada zaman ini, zina, hubungan sejenis, bunuh kanak-kanak, perang saudara, penindasan orang yang bawah, pemimpina yang zalim dan sebagainya.



Aku Bimbang…

Kerana timbul persoalan, adakah tiada seorang pun ustaz atau orang yang tahu agama berada pada zaman tersebut? Aku pernah berbincang dengan guru, ustaz serta pensyarah ku, mereka masing-masing menyatakan pada zaman tersebut, ada orang yang mengaji agama, ada ustaz, ada ulamak, ada mufti, ada Ngo islam akan tetapi mereka hanya sekadar nama, mereka bercakap tentang Islam tetapi hanya sekadar melepaskan batuk ditepi tangga tetapi tiada perlaksanaan.



Aku Bimbang…

Hari ini kita sudah boleh tengok dengan jelas kesan atau tanda-tanda ini berlaku didalam negara yang kebanyakannya beragama Islam. Ada antara mereka berani mencabar hudud dengan mengatakan hudud tidak “releven” untuk dilaksanakan dalam negara sedangkan dia lepasan pengajian Islam. Pucuk bercambah elok daripada benih yang elok, turun temuruh ia tumbuh dengan elok sekali akan tetapi bila sampai masanya, hanya berpucuk tetapi akar sudah dimamah oleh virus-virus dimana jika pohon itu ia berbuah akan mendatangkan kemudaratan kepada si pemakan.



Aku Bimbang…

Sebab sekarang ini ramai sahabat-sahabat berada dialam bidang pengajian Islam dalam dan luar negara dalam pelbagai bidang seperti Usuluddin, Syariah, Dakwah, Al-Quran Dan Sunnah, Qiraat Serta Bahasa Arab. Akan tetapi dalam jumlah yang ramai ini tidak semua berbuah dengan subur iaitu menampilkan ciri-ciri pelajar agama bermula daripada pakaian hingga kepada amalah atau perbuatan mereka seharian.



Mereka tahu bergaulan antara lelaki dan perempuan ada had dan peraturannya tetapi ada juga mereka yang berseledudukan bukan mahram, seperti makan bersama, “Study Group” kononnya, bergurau senda macam biasa serta tidak ketinggalan juga mereka yang telah terlanjur hingga ke ranjang malah juga yang selamat melahirkan anak yang comel tetapi dilahirkan oleh ibu bapa mereka yang derhaka kepada Allah dan banyak lagi kes-kes atau perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pelajar berpendidikan Islam.



Yang paling Aku Bimbang…..

Penyataan diatas tadi banyak memberi gambaran kepada masyarakat sekitar dan kepada orang lain. Tetapi bagaimana pula Aku yang juga mengambil Pengajian agama? Adakah aku termasuk bersama mereka… semoga Allah menjauhi aku dan menguatkan Iman yang terunkir di Hati agar tiak terhakis oleh hawa nafsu yang di pandu oleh Syaitan laknatullah yang direjam.



Memperbanyakkan ibadat kepada Allah, serta mengamalkan segala apa yang di ajar dengan bersama-sama rakan-rakan dalam persatuan gerakan Islam agar biah atau pendirian kita dapat dikawal dengan adanya mereka yang bersifat islamiah. Hanya doa yang makbul,kekuatan iman, menghayatan amalan dan kekuatan ukhuwwah dalam gerakan islam yang bersemangat untuk menegakkan Islam yang dapat membantu dalam pembentukan diri daripada tersasar jauh biarpun kita dipanggil lebih awal oleh Allah swt…

Wednesday, August 27, 2008

Aku Bimbang...

Sabagaimana yang pernah di ceritakan oleh nabi SAW pada sebelum terjadinya Qiamat, akan terjadi pelbagai kejadian sebagai tanda Hari Qiamat sudah hampir tamat. Antaranya ialah diangkat ulamak-ulamak oleh Allah SWT iaitu dimatikan semua orang-orang yang arif dalam bidang agama, akan tetapi timbul persoalan adakah manusia pada zaman tersebut tinggal hnya orang jahil? adakah semua orang yng ambil bidang agama semua akan dimatikan?

Aku pernah berbincng dengan para alim seperti ustaz dan pensyarah malah Prof. Dato' Dr. Haron Din pun pernah menyatakan pada akhir zaman Allah akan menarik ilmu-ilmu dengan mematikan para Ulama', tetapi adakah semua orang yang mengaji agama? tidak.... pada zaman itu ada orang lepasan pengajian agama tetapi mereka mengamalkan pelajarannya dengan tidak jujur iaitu dengan cara yang salah seperti mengaharamkan yang halal.

Aku bimbang kerana sekarang sudah ada tanda-tanda tersebut, Orang agama yang rasuah, yang main nombor ekor, mengeluarkan fatwa yang bercanggah kerana takut dengan pihak atasan, membenarkan apa yang salah ,ada juga yang terlalu alim sampaikan mengubah aturan atau hukum-hakam yang telah ditentukan oleh Allah dan yang paling parah ialah orang yang tidak mengaji agama pun "memandai" yang bercakap tentang agama, kalau betul tak apa tetapi bercanggah , seperti isu tutup aurat wanita, hukum hudud dan kuasa mahkamah Syariah.

Apa yng aku bagitahu segala penyataan diatas ini adalah yang telah terjadi dalam masyarakat kita, mungkin terjadi di sekeliling kita tnpa disedari kecuali jika kita seorang yang berpegang teguh dengan agama dengan melaksanakan tugas seperti berada didalam gerakan Islam.

Itu adalah sekilas gambaran suasana masyarakat umum, masalah ini juga jelas berlaku kepada si penuntut, di IPT jika kita peka Mahasiswa pengajian Islam langsung tidak berimejkan pelajar berpendidikan agama, bukan bermaksud imej itu kena pakai kopiah atau labai atau jubah selalu, tetapi kesopanan permakaian dan sahsiah atau perangai itu juga amat penting bagi menjunjukan kita sebagai orang yang berpendidikan agama.




Monday, August 25, 2008

Bai’ah tak semestinya wala’

Ketua, rais, amir, presiden dan sebagainya walau apa jua gelaran bagi seseorang ketua, mereka adalah kepala ataupun penggerak utama dalam sesebuah jemaah atau organisasi.setiap ketua mesti mempunyai ramai pembantu seperti timbalan, setiausaha dan ahli jawatankuasa yang lain dimana mereka ini hendaklah mematuhi arahan ketua mereka dalam melaksanakan apa-apa tindakan.


Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu mentaati Allah, dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemimpin-pemimpin dalm kalangan kamu”.

Ayat di atas ini menerangkan bahawa ketaatan yang mutak keatas Allah serta Rasulnya dan taat kepada pemimpin yang berada dipihak yang benar dan haram jika ikut pemimpin yang menyeru kepada kemungkaran.


Apa yang ingin saya menerangkan disini ialah tidak semestinya kita wajib patuh kepada ketua biarpun kita telah bai’ah kepada mereka dan tidak semestinya segalanya arahan daripadanya kena patuh tanpa memikirkan risiko atau baik buruknya. Ada sebuah jemaah yang mengamalkan bai’ah kepada pemimpin danu orang-orang bawahan hendaklah patuh dan jangan bantah arahan. Ahli-ahli yang sudah bai’ah tidak boleh menyertai mana-mana jemaah atau mana-mana persatuan secara bebas kerana terikat dengan bai’ah.


Ada juga ketua yang ”spesis” tidak suka kepada perbincangan sebelum melaksanakan sesuatu tindakan sebab mereka beranggapan tidak semua perkara kena syura atau berbincang, sedangkan nabi pun yang bersifat maksum dan selalu menerima wahyu daripada Allah pun menanyakan pendapat sahabat-sahabat baginda tentang strategi perang seperti peperangan Badar dan banyak lagi peristiwa-peristiwa lain yang berkaitan dengannya.


Sebagai kesimpulannya perlantikan seseorang ketua tidak bermakna dia seorang yang berkuasa untuk memerintah apa sahaja kepada orang bawahannya tanpa tidak berbincang terlebih dahulu kecuali perkara itu sudah termaktub di dalam Al-Quran dan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam Sirah Nabawi, itu pun mesti diberitahu dan bertanyakan pendapat daripada ahlijawatankuasa dan ingatlah mereka juga adalah ketua yang dilantik khas dari Allah kerana Rasulullah pernah bersabda : "Setiap Kamu Adalah Pemimpin dan Setiap Pimpinan Kamu akan di persoalkan di akhirat kelak.”


Kita semua adalah pemimpin dan kita semua berhak untuk memberi pendapat dan ketua berhak untuk mendengar serta mengambil berat tentang cadangan yang diberi jika cadngan itu tidak ”Releven”, terima cadangan itu serta memberi nasihat atau hujjah yang munasabah serta dengan cara berhikmah ( berfikiran matang ).

Thursday, August 21, 2008

Erti Kemerdekaan

Tidak lama lagi negara kita akan menyambut hari memperingati kemerdekaan ke-51 bagi mengenang jasa pejuang-pejuang tanah air yang sanggup berkorban demi mengembalikan tanah melayu ini kepada tuan penduduk asal serta boleh mentadbir negara dengan cara tersendiri dan tidak bergantung kepada mana-mana kuasa atau negara.

Sebelum kita menyebut atau melaungkan perkataan kemerdekaan ini dengan penuh semangat, adakah kita faham erti kemerdekaan yang sebenar? adakah sekarang ini kita telah betul-betul merdeka? Pengertian kemerdekaan generasi semasa pemerintahan penjajah berbeza daripada kefahaman generasi sekarang. Kerana orang dahulu memahami erti kemerdekaan iaitu berusaha untuk membebaskan diri daripada mengawalan pihak menjajah, ingin memerintah negara sendiri dan tinggal di negara yang tiada penjajah dan pendatang.

Mungkin pengertian atau pemahaman oleh generasi sekarang tentang erti kemerdekaan sudah berubah mengikut kefahaman melalui apa yang mereka lihat, iaitu apabila tiba hari kemerdekaan mesti ada expo, konsert, tari menari atau suka-suka pendek kata pada hari kemedekaan semua rakyat kena bergembira atau "enjoy" tanpa batasan, itukah kemerdekaan yang dimaksudkan sampaikan anak-anak muda sepatutnya bangga dan sama melaungkan kemerdekaan, menyambut kemerdekaan dengan cara yang tidak bermoral yang jauh lagi dari adat kita sebagai kaum peribumi negara ini.

Betullah maksud kemerdekaan itu adalah membebaskan diri daripada dibawah kawalan penjajah lebih-lebih lagi mereka itu bukan Islam dan dalam masa yang sama mereka menyebarkan agama dan budaya mereka yang sekarang ini kita boleh lihat. Tetapi itu tidak kekal lama jika kemenangan untuk kemerdekaan ini tidak diisi dengan sesuatu yang boleh mengekalkan semangat cintakan negara seperti seorang pelajar yang ingin mendapat 20A dan dia berjaya mendapatkannnya akan tetapi kejayaan nya tidak diisi dengan pendidikan sahsiah atau moral sebagai seorang manusia dan ramai mereka yang tergelincir dialm lurah fitnah.

Kemerdekaan tidak cukup hanya orang melayu dapat memerintah negara, orang melayu dapat biasiswa, orang melayu menjadi jutawan dan orng melayu dapat menjelajah ke angkasa lepas. tetapi ia perlu diisi dengan kefaham agama iaitu Islam, dengan didikan atau fahaman Islam ini menjadi peganggan kepada seorang dalam menceburi apa-apa bidang yang diminati.

Jika sekarang ini kitab boleh lihat secara terang-terang budaya rasuah dalam kalangan pembesar negara, mahasiswa yang rosak akhlaknya, isteri-isteri pemimpin yang tidak tutup aurat, sistem pendidikan yang tidak menekan agama dan hanya menekankan tentang kecemerlangan pelajar bukan kualiti ilmu. Pembunuhan,merompak merogol, gejala sosial yang meningkat tdan tindas-menindas disana-sini, dimanakan yang dikatakan sebuah negara aman dan merdeka?

Sebab itula pentingnya pengisian cara Islam dalam kemenangan yang kita dapat ini, betul kita sekarang hidup dalam masyarakat majmuk, tetapi adakah ajaran Islam mengajar ummatnya menindas orang yang bukan penganutnya? tentu sekali tidak kerana islam mengamalkan kesejahteraan dn bersifat tidak memaksa orang masuk Islam tetapi menghentam orang yang keluar Islam.

Susah ke perlembagaan nagara mengikut kaedah Al-Quran, Assunnah, Ijma' dan Qias? Percayalah jika selagi Islam tidak diamalkan sepenuhnya dalam negara ini, segala masalah tidak akan selesai bahkan semakin banyak masalah-masalah baru akan timbul. Ingatlah Islam adalah segala-segalanya.




Wednesday, August 20, 2008

Ke Festival Sketsa Kemerdekaan


Pada 17 Ogos saya di pelawa oleh sahabat seperjuangan dari USIM iaitu saudara Najib pelajar diploma pendidikan Islam ke kampus nya untuk menyaksikan satu majlis atau festival yang diberi nama Festival Sketsa Kemerdekaan peringkat akhir yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP-USIM).


Program sebegini dianjurkan sempena hari kemerdekaan yang akan tiba supaya memperingati perjuangan generasi pada zaman itu. Sketsa ini di sertai mengikut wakil falkulti dan di peringkat akhir ini hanya kumpulan sahaja yang berjaya iaitu Falkulti Sains Dan Teknologi dan Falkulti satu lagi saya tak pasti.



Saya sampai disana dalam pukul 9.30malam pada masa itu kumpulan pertama sudah bermula buat persembahan. Tiba-tiba dalam kumpulan tersebut mata saya macam mengcam sesuatu, oh rupa-rupaya Dalila kawan dalam Skuad Ibu Pejabat (SIP BBNK) terut sertai persembahan tersebut.


Festival tersebut berkahir jam 11.45malam dan kumpulan Falkulti sains dan teknologi yang disertai oleh kawan saya itu menang manakala si Najib tadi dapat anugerah pelakon lelaki harapan dimana dia sendiri pun terkejut dan selepas itu beliau menhantar saya pulang ke rumah sewa.



Saya amat tertarik dengan idea festival sketsa kemerdekaan yang memupuk kembali penghayatan perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan dimana golongan muda sekarang sudah menyalahgunakan malam kemerdekaan yang asalnya menjadi symbol kebebasan daripada kongkongan pihak asing kepada menjadi gambaran menyambut kemerdekaan dengan perkara yang tidak bermoral dan ia telah disalah ertikan.



Begitulah jika kemerdekaan ini hanya berjuang untuk mendapatkannya sahaja bukan untuk membawanya dengan mengisi nilai-nilai Islam dan tidak bercita-cita untuk mengembalikan kegemilangan Islam di tanah Melayu pada ketika pemerintahan Sultan Melaka dahulu.



Semoga aktiviti sebegini boleh di “Upgred” kan dengan memperbanyakan dengan pengisian nilai-nilai Islam kerana bangsa Melayu dengan agama Islam diibaratkan kuku dengan isi yang tidak boleh dipisahkan hanya orang yang berotakkan binatang sahaja sanggup meninggalkan agama yang suci lagi benar ini.

Saturday, August 16, 2008

Islam Dan Sains

Akhir2 ini berita gembira bisa dinikmati oleh para Cendekiawan Muslim (Moslem Scholar ) karena para Ilmuwan (Scientist ) sudah banyak yang mempercayai adanya Allah berdasarkan analisa keilmuan mereka (golongan Ilmuwan baikdari kalangan Ilmu-ilmu exact maupun dari kalanganIlmu-ilmu sosial). Meskipun ada juga yang tetap atheis yaitu dari golongan "seeing is believing", pingin lihat bukti langsung adanya Allah kasat mata. Adapaun obyek yang mereka telaah yang populer ada 7 sbb;

  1. Bumi berputar dengan kecepatan 1000 mil/jam pada sumbunya. Mengapa 1000 mil/jam ? kalau saja hanya 160 mil/jam berarti lamanya siang dan malam akan 10 kali lebih lama alias 240 jam. kemudian panasany matahri selama 240 jam ini akan membakar semua tumbuh2an dan makhluk didtidakunia, sebaliknya dengan malam selama 240 jam, semua akan membeku !

    Matahari panasnya 12.000 derajat F dan jaraknya cukup jauh dengan bumi, sehingga kita semua enak ! kalau saja matadhari hanya memberikan 1/2 panasnya dari keadaan sekarang, maka dunia akan membeku ! Ingat juga bahwa poros bumi membentuk sudut 23derajat dengan garis vertikal. mengapa 23 derajat ? kalau saja vertikal tidak ada deklinasi, maka uap air yang terbentu dilautan karena panasnya matahari akan berkumpul di kedua kutub saja dan membentuk benmua es yang makin besar dari waktu kwe waktu, tidak tersebar seperti sekarang ini. kemudian kalau jarak buan dengan bumi tidak seperti sekarang, tarohlah lebih dekat, akan terjadi gelombang pasang surut yang mematikan dan menghancurkan.

    Berdasarkan fakta ini maka para Ilmuwan sependapat bahwa mesti ada yang mengatur "Universal intelligent " ini, siapa lagi kalau bukan Allah the Almighty .

  2. Jutaan species dari Flora dan Fauna dengan segala keunikannya dan kespesifikannya sukar diterima kalau itu tidak ada yang mengatur. Semua ada pola, siklus, spesifik,seimbang,dll. tentu ada Universal Itelligent yang mengatur. Ya, siapa lagi kalau bukan Allah !

  3. Kebijaksanaan dunia binatang yang selalu mempunyai instink yang menakjubkan, meskipun mereka tidak dilengkapi dengan akal adalah sangat menakjubkan. perhatikan kehidupan ikan Salmon yang hidup sekian tahun di laut, lalu hijrah ke hulu sungai didarat, sangat terpola dan bersiklus. Amuba, bacteri,virus,dlll. Ach pasti semuanya ada yang mengatur. Universal Iintelligent lagi. ya, tentulah Allah !

  4. Manusia mempunyai instink lebih super dari binatang. Mengapa ? Karena ada seseorang yang membedakannya ! Siapa ? Universal Iintelligent yaitu Allah ! Para ilmuwan menyebutnya "the power of reason"

  5. Diketahuinya "gene" yang mikroskopis yang membedakan mahluk dari satu dengan yang lainnya. Sukar diterima akal kalau tidak ada yang mengatur. Ini pasti kerjaan Universal Iintelligent, Allah yang Maha Besar !

  6. Setiaap makhluk selalu dicipatakan "antinya" untuk tidak berkembang tidak terkontrol. Contoh di Australia pernah ada yang membawa Cactus awal 1900, kemudian ternyata tumbuh sangat cepat dan tidak terkendali menyerang pemukiman penduduk. Par Ilmuwan menemukan bahwa predatornya yaitu sejenis insek, tidak terbawa. maka didatangkanlah dari Mexico. sekarang tumbuhnya terkendali, Australia aman dari serangan Cactus !

  7. Allah tidak kelihatan, tapi manusia bisa mngetahui bahwa Allah itu ada !Ini yang dinamakan "power of concept" and "power of imagination". Dikenallah istilah "spiritual reality". Mengapa otak manusia begitu super. pasti kerjaanya Universal Iintelligent , ya Allahku !

Dalam berbagai kajian, diramalkan Ilmuwan seperti inilah nyang nantinya akan ikut menopang adanya keesaan Allah, dan bagi Cendekiawan Muslim (Moslem Scholar) dan Ilmuwan Muslim (Moslem Scientist) merupakan tantangan untuk lebih mempromosikan Syiar Islam dengan cara yang lebih konseptual, universal, rasional dan Islami, karena support awal sudah ada. Ketujuh alasan Ilmuwan itu pernah diterbitkan di majalah Reader Digest 1948 dan diulang tahun 1960 oleh Cressy Morrison. Wassalam

Tahniah Buat Sahabat UiTM tetapi….

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan kebangkitan sahabat-sahabat dari seluruh kampus UiTM kerana berasa marah dengan “cadangan” yang dikeluarkan oleh kerajaan Selangor tentang kouta sebanyak 10% pelajar-pelajar dari bukan melayu untuk masuk ke ipt yang dikhas kan untuk rakyat bumiputra Negara ini.

Mereka keluar beramai-ramai berarak dengan membuat demonstrasi membantah “cadangan” itu supaya MB Selangor menarik balik dan meminta atas “cadangan” tersebut. Dengan semangat kebangsaan yang mereka miliki mereka membantah dengan alas an… kalau dimasukkan pelajar melayu ke sini, orang melayu nak pergi kemana?

Alhamdulillah,baguslah mereka sedar akan tahap orang melayu sekarang dan bersemangat untuk mempertahankannya kerana nak membela nasib orang melayu yang sekarang ini ditindas dan terkambus didalam arus kemajuan.

Tetapi harus diingat, kamu sendiri hendaklah menjawab segala persoalan yang berlaku.. dimanakah orang melayu? Apa yang terjadi kepada pelajar-pelajar melayu? Kenapa takut sangat jika orang bukan melayu menguasai kampus? Saya rasa sahabat-sahabat boleh menjawabnya sendiri.

Hendak membantah atau berdemonstrasi, buatla untuk menunjukan kita peka akan nasib orang melayu sekarang yang kurang dalam institute pengajian ini akan tetapi ia perlu diisi dengan sesuatu, perlu diambil tindakan jangan hanya selepas membantah, kembali seperti sediakala sampaikan sanggup mebuat dialog dengan MB Selangor untuk membincangkan perkara ini.

Kaum melayu sebenarnya ramai, tetapi ramainya mereka betukar kaum dengan mengambil tabiat daripada budaya luar,budaya penjajah, budaya orang bukan Islam yang sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan “Umat Islam”. Usah melihat kepada Palastin, usah dilihat kepada Iraq, Usah dilihat kepada Iran dan usah dilihat kepada Dafur…,lihatlah kepada diri kita itu sendiri,kita adalah umat ISLAM yang sepatutnya mengamalkan seluruh ajaran Islam.

Orang Melayu sudah sinonim dengan beragama Islam, sampaikan orang bukan Islam mengaggap oarng yang baru memeluk Islam memasuki Melayu. Tetapi ada dalam kalangan kaum melayu ini mengada-mengada menukar agama mereka dengan agama-agama yang lain, ada juga orang melayu labih teruk perangai daripada orang bukan melayu seperti gejala social, membuang anak, merempit, minum arak, gangster, bunuh orang dan lain-lain lagi.

Apa yang ingin diharapkan oleh kami daripada ipt yang bukan khs untuk orang melayu ini ingin men”cadangkan” kepada sahabat-sahabat “pembela hak” orang melayu ini agar pembelaan itu perlu diisi dengan sesuatu seperti menekankan soal pendidikan kepada orang melayu dan memberi kesedaran agar mereka rasa bersemangat untuk bangkit untuk membangunkan kaum sendiri seperti kalian semua.

Terusn terang saya katakana pengisian yang paling berkesan ialah dengan menekankan pengamalan agama Islam dalam kampus, tidak semestinya kepada ipt Islam sahaja, seperti saya nyatakan tadi Melayu dan agama Islam sudah menjadi sinonim tidak perlulah timbul persoalan mengapa nak di tekankan aspek nilai serta amalan Islam dalam ipt bukan Islam. Sekali lagi saya tegaskan hanya mengamalkan ajaran Islam semua aspek kehidupan yang dapan menyelamatkan manusia di bumi dan khasnya di akhirat nanti.

Monday, August 4, 2008

ikutan sepanjang zaman.

Rasulullah Idola Sejati

Setiap perbuatan Rasulullah saw mengandungi perintah (thalab) baginda terhadap perbuatan tersebut. Perbuatan tersebut tidak menunjukkan makna wajib, sunah atau mubah. Hanya melalui indikasi (qarinah) tertentu dapat dipastikan samada perbuatan baginda saw tersebut membawa status wajib, sunah ataukah mubah. Kerana itulah, hukum asal perbuatan baginda saw hanya menunjukkan adanya perintah (thalab), bukan yang lain. Kemudian, qarinahlah yang menentukan status perbuatan tersebut samada wajib, sunah atau mubah.

Terdapat dua aspek yang berkaitan dengan perbuatan Rasulullah saw. Aspek pertama adalah yang berkaitan dengan hukum mengikuti perbuatan baginda (hukmu al-ittiba’). Di dalam aspek ini, setiap muslim wajib menjadikan Rasulullah saw sebagai rujukan ketika melaksanakan suatu perbuatan. Aspek kedua ialah hukum melaksanakan perbuatan baginda (al-qiyam bihi). Di dalam aspek ini pula, status setiap perbuatan itu mesti ditentukan melalui indikasi yang terdapat di dalamnya; iaitu samada ianya adalah termasuk di dalam perkara wajib, sunah ataupun mubah.....
***************

RASULULLAH IDOLA SEJATI

Pada 15hb April 2005 yang lalu, Program Fiesta Media Idola telah dirasmikan oleh Sultan Pahang di Stadium Darul Makmur. Fiesta Media Idola (FMI) ini dianjurkan dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan diantara pihak media, artis, bintang sukan dan rakyat. Acara yang diadakan pada 15-17 April itu dikatakan telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat. Ini tidaklah menghairankan memandangkan ramai artis popular dan bintang sukan yang terlibat di dalam acara yang dipertandingkan.

peminat sudah tentunya tidak mahu melepaskan peluang untuk berinteraksi dengan artis yang selama ini menjadi idola mereka. Namun hakikatnya, disebalik ‘kejayaan’ penganjuran program tersebut, tidakkah kita tertanya-tanya samada menjadikan artis dan bintang sukan sebagai idola akan benar-benar dapat membina shakhsiah para remaja Islam kita hari ini? Kejadian-keajadian tidak bermoral yang begitu banyak dilaporkan sejak kebelakangan ini sudah tentu membimbangkan kita dan kewajaran diadakan Fiesta sebegini perlulah dipersoalkan.

Apa yang kita perlukan bukanlah idola yang akan terus menjerumuskan rakyat, terutamanya para pemuda-pemudi kita ke lembah kekusutan, namun apa yang diperlukan adalah idola yang akan dapat mengembalikan kegemilangan dan keunggulan umat yang digelar Allah swt sebagai umat yang terbaik. Hanya selang beberapa hari selepas Fiesta ini, sambutan Maulidur Rasul diadakan bagi memperingati hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Bukankah sewajarnya, pada hari itu dan hari-hari seterusnya, kita menghayati rahmat yang telah Allah turunkan untuk alam semesta ini dan memahami tujuan sebenar Rasulullah saw diutus kepada umat manusia.

Inilah idola yang sewajarnya dijadikan contoh oleh umat manusia, terutamanya para pemuda-pemudi yang merupakan harapan kaum muslimin dalam mengembalikan kegemilangan Islam. Kesedaran yang lahir daripada kefahaman tersebut seharusnya membuatkan kita insaf terhadap apa yang berlaku kepada sebahagian besar kaum muslimin diseluruh dunia. Umat Islam di seluruh dunia pada masa ini sudah tidak lagi dianggap sebagai umat yang terbaik. Umat Islam hari ini sudah jauh ketinggalan di dalam banyak aspek kehidupan. Bahkan, di sesetengah negara, umat Islam berada didalam keadaan yang cukup hina.

TUJUAN RASULULLAH SAW DIUTUS

Firman Allah swt:
“Tidaklah kami mengutus kamu selain sebagai rahmat bagi semesta alam”
[ TMQ Al Anbiyaa’(21) : 107]
“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama, meskipun orang-orang musyrik membencinya.”
[TMQ Ash Shaff (21) : 9]
“Dialah yang mengutus Rasul-Nya(dengan membawa) petunjuk (Al Quran) dan agama yang benar agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”.

[TMQ At Taubah(9):33]

Ayat-ayat di atas menerangkan kepada kita dengan jelas bahawa Allah swt telah mengutus Muhammad saw sebagai Rasul-Nya yang terakhir dengan membawa petunjuk yang merupakan Deenul Haq, mengatasi kesemua ajaran batil yang lain. Rasulullah saw melaksanakan tugas dakwahnya dengan berpandukan kepada wahyu. Jika kita mengharapkan kejayaan sepertimana yang telah dicapai oleh Rasulullah saw, maka pilihan yang ada hanyalah dengan memahami thariqah Rasulullah saw dan menjadikannya sebagai rujukan utama dan idola di dalam kehidupan kita.

Nabi saw menyeru kepada umat manusia keseluruhannya dan mengajak mereka untuk menerima kekuasaan Allah swt. tanpa menyekutukanNya dalam apa-apa bentuk sekalipun. Rasulullah saw telah memperuntukkan sebahagian besar hayatnya untuk menghapuskan kekufuran dan menegakkan agama Allah secara menyeluruh. Rasulullah saw telah membuktikannya melalui penubuhan negara Islam yang pertama di Madinah. Bahkan baginda tidak pernah berhenti dan usaha tersebut diteruskan oleh para sahabat dan para tabi’in sehingga hampir dua pertiga dunia tunduk kepada kedaulatan hukum Allah swt.

HUKUM MENGIKUTI PERBUATAN RASULULLAH

Setiap perbuatan Rasulullah saw mengandungi perintah (thalab) baginda terhadap perbuatan tersebut. Perbuatan tersebut tidak menunjukkan makna wajib, sunah atau mubah. Hanya melalui indikasi (qarinah) tertentu dapat dipastikan samada perbuatan baginda saw tersebut membawa status wajib, sunah ataukah mubah. Kerana itulah, hukum asal perbuatan baginda saw hanya menunjukkan adanya perintah (thalab), bukan yang lain. Kemudian, qarinahlah yang menentukan status perbuatan tersebut samada wajib, sunah atau mubah.

Terdapat dua aspek yang berkaitan dengan perbuatan Rasulullah saw. Aspek pertama adalah yang berkaitan dengan hukum mengikuti perbuatan baginda (hukmu al-ittiba’). Di dalam aspek ini, setiap muslim wajib menjadikan Rasulullah saw sebagai rujukan ketika melaksanakan suatu perbuatan. Aspek kedua ialah hukum melaksanakan perbuatan baginda (al-qiyam bihi). Di dalam aspek ini pula, status setiap perbuatan itu mesti ditentukan melalui indikasi yang terdapat di dalamnya; iaitu samada ianya adalah termasuk di dalam perkara wajib, sunah ataupun mubah.

Di dalam kitab-kitab sirah nabawiyah, kita akan mendapati bahawa sebahagian besar isi kandungannya adalah berkaitan dengan perjuangan Rasulullah saw dalam menegakkan hukum Allah swt di muka bumi ini. Perjuangan yang ditempuh oleh Rasulullah saw di dalam mengembangkan dakwah Islam dan mendirikan negara mempunyai kaedah (thareqah) tertentu dan dilakukan secara berterusan tanpa henti. Ini menunjukkan kepada kita bahawa tanggungjawab untuk mengembang dakwah dan mendirikan negara Islam tidak boleh dinafikan dan ditinggalkan oleh mana-mana individu muslim.

MENEGAKKAN NEGARA ISLAM YANG PERTAMA

Setelah mengkaji sirah secara terperinci, kita akan mendapati bahawa titik bermulanya Islam tersebar ke seluruh dunia adalah melalui kekuatan sebuah negara. Rasulullah saw berjaya membuka kota Mekah dan berjaya mewujudkan rasa gerun di kalangan kuasa-kuasa besar dunia ketika itu, iaitu Rom dan Parsi. Melalui sirah Rasulullah saw juga, kita akan dapati bahawa perjuangan yang dilalui oleh Rasulullah saw bukanlah suatu kebetulan, akan tetapi ianya telah dirancang dengan teliti melalui petunjuk daripada Allah swt. Perjuangan Rasulullah saw menubuhkan negara Islam dapat dibahagikan kepada tiga tahap di mana tahap sebelumnya menjadi prasyarat kepada tahap kemudiannya. Ia bermula dengan tahap Sirriyah, tahap Dzahriyah dan kemudiannya tahap Thalabun Nusrah bagi meraih sokongan dan kekuasaan politik untuk menerapkan Islam.

Tahap 1 : Dakwah Sirriyah

Pada tahap yang awal ini, Nabi saw menyampaikan risalah Islam kepada para sahabat dan kerabatnya. Melalui bantuan kerabat dan sahabat dekat yang telah masuk Islam, Nabi saw mampu mengajak orang-orang lain untuk memeluk Islam. Misalnya, Abu Bakar ra mengajak Utsman bin Affan, Abdurrahman bin Auf, Sa’ad bin Abi Waqqash dan yang lainnya untuk memeluk Islam.

Sepanjang tahap awal ini, yang berlangsung selama tiga tahun, Islam disampaikan secara individu, serta belum ada pertembungan pemikiran atau ideologi dengan orang-orang musyrik dan kehidupan jahiliyyahnya. Pada masa ini, Nabi saw membina dan mengembangkan nafsiyyah dan aqliyyah para sahabat agar berjalan sesuai dengan Al-Quran serta menanamkan keyakinan yang kuat terhadap akidah Islam. Tanpa keyakinan akidah dan thariqah yang mendalam pada diri individu, seperti yang ada pada para sahabat Rasulullah saw, setiap gerakan yang menyeru kepada perubahan akan cenderung untuk melakukan kompromi dan mengelak daripada mencipta sebarang konflik

Oleh kerana itu, Rasulullah saw sangat mementingkan pembinaan keperibadian Islam yang kuat di kalangan para sahabatnya. Proses mendirikan sebuah negara Islam bukanlah bersifat individu. Rasulullah saw sendiri telah mendirikan parti yang terdiri daripada diri beliau sendiri dan para sahabatnya. Ia merupakan usaha yang bersifat kolektif dan pada peringkat Sirriyah inilah, Rasulullah saw telah membentuk sahabat-sahabatnya menjadi suatu unit yang bersedia untuk menempuh tahap seterusnya.

Tahap 2 : Tahap Dzahriyah ( Interaksi Terbuka)

Firman Allah swt:

“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada ( kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokan (kamu), (yaitu) orang-orang yang menganggap adanya tuhan yang lain di samping Allah; maka mereka kelak akan mengetahui ( akibatnya)” [TMQ Al Hijr(15) : 94-96]

Ayat ini menandakan proses perubahan dakwah Rasulullah saw dari tahap pertama ke tahap kedua. Rasulullah saw memasuki tahap kedua melalui wahyu Allah swt. Ini dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa penentuan setiap tahapan dakwah itu bukanlah berbentuk uslub (cara) yang bersifat mubah tetapi ianya adalah hukum perintah yang mesti diikuti.

Pada tahap kedua ini, Nabi saw mula secara terbuka mengajak orang-orang Mekah untuk menerima dan menyembah Allah swt semata-mata; agar mereka meninggalkan kehidupan jahiliah dan memeluk Islam. Beliau memilih sejumlah uslub untuk membawa Islam ke arena yang lebih terbuka. Misalnya, beliau pernah mengundang sejumlah kerabat, diantaranya terdapat pemimpin-pemimpin Quraisy untuk menghadiri jamuan makan di rumah beliau. Di dalam majlis itu, Rasulullah saw menyampaikan Islam kepada mereka.

Nabi saw juga telah menampilkan kaum muslim sebagai kelompok tersusun dan bersistem (jama’ah mutakattilah) yang beri’tikad untuk menentang dan mengubah masyarakat dari segi nilai-nilai, adat-tradisinya yang bertentangan dengan ajaran Islam, pemikiran dan perasaannnya, serta sistem pemerintahan dan sistem pengaturan urusan kehidupannya. Perjuangan kolektif itu mampu mencipta pandangan awam tentang dakwah Islam dan hal ini membantu penyebaran Islam ke seluruh Mekah. Orang-orang yang masuk Islam adalah mereka yang mempunyai pemikiran dan hati yang memahami kemurnian, kebijaksanaan dan kebenaran Islam.

Ketika menjalankan tugasnya, Nabi saw, terus menyerang sistem jahiliyyah tanpa melalui jalan kompromi atau penyimpangan. Ketika Quraisy tidak mampu menghentikan dakwah Rasulullah saw dengan pemikiran dan perdebatan, mereka kemudian cuba untuk melakukan kompromi dan tawar menawar. Para pemimpin Quraisy mengirim sejumlah delegasi kepada Nabi saw untuk menawarkan harta, kepimpinan dan kekuasaan.

Namun, Nabi saw. menolak segala bentuk kompromi dan terus menyerukan dakwah Islam secara terbuka. Kerana kegagalan tersebutlah menyebabkan pemimpin-pemimpin Quraisy mula melakukan kekerasan untuk menghentikan dakwah Rasulullah saw. Mereka menyeksa dan membunuh kaum muslimin. Mereka juga mengarahkan serangan secara langsung terhadap Nabi saw dengan cara memfitnah, menyebarkan kebohongan dan propaganda untuk menghina beliau, serta usaha untuk membunuh beliau. Namun begitu, usaha-usaha itu juga langsung tidak dapat menghentikan dakwah bahkan kaum muslimin semakin termotivasi. Pada tahap ini, Nabi saw berjuang dengan lebih bersungguh-sungguh.

Ketika Nabi saw menyedari bahawa orang-orang Quraisy tidak akan mendokong penerapan hukum Islam di Mekah, beliau mula mencari dokongan dan kekuasaan dari suku selain Quraisy, misalnya Bani Tsaqif, Kindah, Bani Amir bin Sha’sha’ah, Bani Kalb dan Bani Hanifah. Bukti bahawa Rasulullah saw mencari sokongan dan kekuasaan politik daripada bani-bani tersebut dapat dilihat di dalam catatan sirah merujuk kepada kata-kata suku Amir Sha’sha’ah kepada Rasulullah saw, “ Kami harus menyerahkan leher kami pada pedang orang-orang Arab (membahayakan diri dalam peperangan) demi melindungimu, akan tetapi ketika kemenangan diraih, kekuasaan diberikan kepada kamu?” ( Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam).

Sesungguhnya usaha yang dilakukan oleh Rasulullah saw didalam mencari sokongan dan kekuasaan politik tanpa henti-henti sehingga menempuh kejayaan menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah saw ketika itu menginginkan adanya suatu insitusi yang memiliki kekuatan sebagai pelindung dan penyebar untuk menolong agama ini. Fenomena seperti ini menunjukkan bahawa jalan dakwah Islam bukanlah hanya dengan memanifestasikan kesabaran ketika menghadapi gangguan, malah ia juga dimanifestasikan dengan usaha untuk mewujudkan kekuatan yang boleh melindungi umat Islam.
Lebih dari itu, semua peristiwa dan huraian di atas merupakan batu asas yang merupakan tapak kukuh bagi tertubuhnya Daulah Islamiyyah. Daulah Islamiyyah inilah yang kelak akan menerapkan Islam di tengah-tengah masyarakat, mengembangkan risalahnya yang bersifat global kepada umat manusia seluruhnya, serta yang memiliki kekuatan yang mampu melindunginya sekaligus menghapuskan segala rintangan fizikal yang menghalang penyebarannya.

Tahap 3 : Menerapkan dan Mengembang Islam

Akhirnya usaha Rasulullah saw berjaya mendapat dokongan dan kekuasaan untuk menegakkan Islam. Rasulullah saw berjaya menarik perhatian rombongan haji dari Madinah sehinggalah terjadi peristiwa Bai’ah Aqabah ke 2 . Bai’ah Aqabah ke 2 merupakan janji setia diantara wakil-wakil penduduk Madinah dengan Rasulullah saw. Semasa bai’ah ini, mereka berjanji akan melindungi dan memberikan dokongan serta kekuasaan kepada Rasulullah saw.

Setelah meneliti perkembangan dakwah di Madinah, Rasulullah saw akhirnya memerintahkan kaum muslimin berhijrah ke Madinah. Hijrah ke Madinah merupakan momentum perpindahan fasa dakwah dari aktiviti yang bersifat lisan dan penuh kesabaran ke fasa penerapan syariat Islam melalui sebuah institusi negara, yakni Daulah Islamiyyah. Fasa ini menjadikan dakwah Rasulullah saw dilakukan dengan cara yang sangat berbeza iaitu melalui institusi negara. Negara inilah yang memerintah dengan Islam serta menerapkannya secara menyeluruh dan mendakwahkannya dengan hujah dan bukti yang nyata, sekaligus mengembangkannnya dengan kekuatan yang mampu melindungi dakwah dari kekuatan kufur.

KEJAYAAN RASULULLAH SAW

Menjadikan Rasulullah saw sebagai idola bukanlah hanya sekadar mengambil nilai-nilai murni akhlak baginda. Ianya adalah lebih daripada itu. Tujuan sebenar Rasulullah saw diutus dapat difahami melalui hasil perjuangan dakwahnya - tertegaknya sebuah negara dan Islam diterapkan secara sempurna dan menyeluruh( kaffah). Sebagaimana firman Allah swt:
“Hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah aku cukupkan untuk kamu nikmatku, serta aku redha Islam sebagai agama kamu” [TMQ Al Maidah(5) : 3]
Kejayaan yang dicapai oleh Rasulullah saw sebelum kewafatan baginda adalah menerapkan Islam secara kaffah. Pernyataan bahawa kita menjadikan Rasulullah saw sebagai idola sejati membawa pengertian bahawa kita juga mesti mempunyai matlamat untuk berjuang menerapkan Islam secara kaffah.

Islam tidak boleh diterapkan sebahagian demi sebahagian kerana apabila kita menerapkan Islam secara sebahagian, bermakna kita akan menerapkan hukum kufur pada sebahagian yang lain sedangkan menerapkan hukum dengan hukum selain Islam adalah bertentangan dengan apa yang telah Allah tetapkan. Tidak wajar juga sekiranya Islam diambil hanya sekadar contoh dan suri teladan semata-mata atau menjadi tempelan kepada sistem kapitalis dengan berwajahkan berbagai nama yang indah-indah – namun hakikatnya risalah Rasulullah ini masih tidak diterapkan. Allah swt berfirman:
“Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa telah diturunkan oleh Allah swt mereka itu adalah orang-orang yang fasiq” [TMQ Al Maidah (5)]

WAHAI KAUM MUSLIMIN!

Idola kita yang sebenar adalah Nabi Muhammad saw. Baginda tidak ada tolok bandingannya dengan tokoh-tokoh dunia yang lain, artis mahupun bintang sukan. Tidaklah wajar bagi individu muslim menjadikan tokoh-tokoh selain baginda sebagai idola. Para sahabat dan para tab’in telah menjadikan Rasulullah saw sebagai titik rujukan dan idola mereka. Dengan ketaqwaan dan semangat yang mereka ikuti dari idola ini, mereka telah berjaya membawa Islam ke seluruh dunia dan suatu ketika pernah menguasai dua pertiga dunia. Tidak pernah dunia mengecap keadilan, keharmonian dan kerahmatan selain dari waktu ini.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan ( kedatangan) hari kiamat dan ia banyak mengingati Allah” [TMQ Al Ahzab (33) : 21]

Obor perjuangan menegakkan Islam telah dinyalakan, hanya menunggu paluan gendang. Pendayung sudah ditangan mengapa termenung kelu dan membisu. Masa kian suntuk, bukalah minda lihatlah dunia dan kita akan tertanya-tanya…adakah ketenangan dan keharmonian di sekeliling kita ini suatu realiti? Ataukah mungkin hanya fatamorgana? Fikir-fikirkanlah.
Wallahua'lam

Tamrin PKPIM-KUIS

Alhamdulillah hari ini telah selesai satu program latihan untuk kami iaitu tamrin bagi pempinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (PKPIM-KUIS) pada 3 Ogos 2008, bertempat di kelas BT2114, bermula jam 8.30pagi hingga 3.00petang.

Tamrin ini dihadiri oleh Sembilan orang daripada pimpinan PKPIM-KUIS dan kami di beri latihan oleh dua orang daripada pimpinan pusat iaitu Abang Firdaus iaitu Timbalan Presiden PKPIM dan Abang Naim iaitu Setiausaha Agung PKPIM.

Program ini dimulakan dengan ucapan pembukaan atau dipengerusikan oleh Amir kampus dengan memberi kata-kata penghargaan kepada tetamu dan kepada peserta-peserta yang hadir. Seterusnya slot yangmana kami diberi sabatang jarum dan kami dikehendaki supaya mengadap pasangan (mengikut jantina) masing-masing dan seterusnya menyucuk pada pasangan.


Seterusnya ialah slot debat kami dipecah kepada dua kumpulan dan diberi tajuk yang berlawanan, kami dikehandaki berdebat tentang kebebasan mahasiswa untuk menyertai mana-mana Ngo,persatuan dan parti politik atau bebas untuk buat apa sahaja tiada had dan sekatan.


Dan slot terakhir ialah resolusi dan perlantikan rasmi jawatankuasa PKPIM-KUIS. Dalam resolusi kami hendaklah memberi ucapan harapan kepada PKPIM-KUIS dan bagaimana untuk menggerakkannya. Alhamdulillah sahabat-sahabat telah memberi harapan yang cukup tinggi dan cadangan-cadangan yang jitu serta sanggup melakukannya.


Seterusnya harapan dan pesanan daripada Abang Firdaus dan Abang Naim ialah tentang perjuangan dalam PKPIM dalam melaksanakan dakwah yang akan menempuhi pelbagai cabaran yang kadang-kadang melumpuhkan semangat, tetapi jika maklamat itu jelas sagala permasalahan yang kecil dan besar akan dapat diatasi serta peranan sebagai khalifah dan hamba Allah.

Bagi saya sendiri, perjuangan dalam menegakan agama Allah tidak berpaksikan kepada mana-mana platform dan persatuan, kerana Islam itu sendiri peranannya cukup-cukup luas dan pelbagai. Begitu juga gerakan Islam yang ada sekarang yang banyak dan pelbagai. Ia merupakan pelangkap dimana setiap gerakan Islam mempunyai peranan dan tumpuan yang berbeza, ada yang lebih menumpukan kepada pembentukan sahsiah, politik, ekonomi dan sebagainya.

Saya tidak begantung kepada sokongan manusia, kerana jika berbuat demikian, sakiranya berlaku masalah didalam organisasi dan berpecah, semangat saya tidak akan berubah kerana bergantung dengan kekuatan dan keyakinan kepada Allah yang maha berkuasa keatas setiap kumpulan, persatuan atau kerajaan (organisasi).

Maka diharap sahabat-sahabat sekalian dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya, bukan kerana Amir atau majlis tertinggi, bukan kerana inginkan pujian dan bukan kerana kita adalah PKPIM, titapi buatlah kerja dengan keinginan sendiri yang ingin melihat hasil kerjayang yang berkualiti hasil daripada kerjasama sesama kita dan ingatlah “Jika berada di daratan, berperananlah didaratan. Jika hidup dilaut, berperananlah sebagai dilaut.”


Slot 1 : Ukuwwah sesama Islam





Slot kedua : Debat





Slot Resolusi :
Nasihat daripada Timb. Presiden & Setiausaha Agung PKPIM Pusat



Muktamar ABIM Kelantan Ke-35

Alhamdullillah aku selamat sampai kembali dengan kuasa Allah ke rumah sewa ku (Vista) selepas beberapa hari ke Kelantan untuk menghadiri Muktamar ABIM Kelantan yang berlangsung pada 19 Julai 2008 bertempat di Rumah Putri Harapan,Pengkalan Chepa (Anak yatim).


Aku bertolak dari hentian bas Putra pada 18 Julai jam 9.30 pagi hari jumaat dengan menaiki bas Daru Naim dan selamat tiba di Kelantan Jam 6 petang. Aku di jemput oleh Kak Izat, kak Sureen dan Kak Syarifah kemudian aku menginap di pejabat ABIM Kelantan selepas makan malam bersama mereka.


Pada keesokan harinya aku bertolak ke Rumah Putri Harapan bersama-sama sahabat yang lain iaitu

En. Alami, Farid dan Arif. Aku dan En. Alami menaiki Van manakala yang lain menaiki motosikal masing-masing. Dalam muktmar tersebut, aku bertugas sebagai tugas-tugas khas (Jururakam).


Muktamar ABIM Kelantan pada kali ini bermula dengan bacaan doa oleh Ust. Tarmizi, Timbalan YDP ABIM Kelantan,nyanyian lagu Negaraku dan ABIM seterusnya ucap utama oleh En. Ariffin, Setiauaha Agong ABIM Pusat dan di rasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan. Kemudian sesi pembahagian sijil pelantikan ahli jawatankuasa Skuad Sukarelawan Remaja, Sukarelawan Muda IOA dan Aspirasi Sri Al-Hikmah (Alumni SRI Al-Hikmah).


Pada sesi kedua, merupakan slot wacana pendidikan yang bertajuk, “Wacana Pendidikan Ke Arah Amalan Terbaik Institusi Pendidikan Taski & SRI ABIM Kelantan" yang telah dibentangkan oleh Puan Hjh. Halimah Malkan iaitu penasihat MGT Kelantan, yang juga pernah menjadi anhi terawal ABIM Kelantan dan ahli PKPIM semasa belajar dahulu. Beliau banyak menerangkan tentang pengenalan serta peranan taski yang merupakan rebung yang perlu di bentuk dan beliau sengat menekankan tentang institusi pendidikan yang perlu di gerakkan melalui ABIM.


Seterusnya sesi ini diteruskan dengan pebentangan oleh En. Kamaruzaman iaitu Ketua Agensi Sekolah Rendah Islam Al-Hikmah, beliau juga merupakan antara pengasas Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) dan exco ABIM Kelantan. Beliau member taklimat tentang SRI Al-Hikmah.


Muktamar ABIM Kelantan pada kali ini bermula dengan bacaan doa oleh Ust. Tarmizi, Timbalan YDP ABIM Kelantan,nyanyian lagu Negaraku dan ABIM seterusnya ucap utama oleh En. Ariffin, Setiauaha Agong ABIM Pusat dan di rasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan. Kemudian sesi pembahagian sijil pelantikan ahli jawatankuasa Skuad Sukarelawan Remaja, Sukarelawan Muda IOA dan Aspirasi Sri Al-Hikmah (Alumni SRI Al-Hikmah).


Muktamar diteruskan dengan sesi perbahasan belanjauan dan minit mesyurat sesi lepas, penambahbaikan, serta cadangan membina daripada setiap perwakilan dan pembubaran serta pengumuman exco ABIM 2008/09. Muktamar di akhiri dengan ucapan penangguhan oleh wakil dari setiap daerah dan YDP ABIM 08/09 iaitu Ust. Faisal bin Abdullah .

Doa Oleh ust Tarmizi (TYDP ABIM Kelantan)


YDP ABIM Kelantan

S.U Agung ABIM Pusat


Pengarah Jabatan Belia & Sukan Kelantan


Perlantikan Aspirasi (Alumni SRI AL-Hikmah ABIM)


Perlantikan Islamic Outreach ABIM


Perlantikan SkuadSukarelawan Remaja (SSR-BBNK)

Briged Bakti Kelantan


Puan Hjh. Halimah Malkan


Ust. Abdullah (YDP ABIM Pengkalan Chepa)


Cg Kamaruzzaman


Pimpinan ABIM 08/09

Sesi soal jawab


Jururakam Amator he..he..


Jom Lunch!!


Saturday, August 2, 2008

RM10.....10 Biji Durian!!!


Pada suatu petang sabtu 27 julai 2008,sedang-sedang tengah lepak di rumah tiba-tiba Suhaimi iaitu sahabat serumah aku dari Samporna Sabah mengajak aku dan juga Saripuddin atau Din yang juga orang Sandakan Sabah mengajak ke pasar malam yang terletak tidak jauh daripada rumah kami.


Kami keluar berjalan kami daripada rumah dan apabila sampai di tempat pasar malam, seperti biasa proses tawaf selama berkali-kali sambil meng “usya2” sebelum membeli makanan dan mencuci mata. Tetapi tiba-tiba kami terdengar suatu suara yang memanggil dengan ayat yang sungguh mengejutkan suaru itu melaung-laungkan “ Durin-durian RM10…10biji”!!!



Apabila terdengar seruan tersebut, kami pun mula bertidak balas dengan mengeluarkan wang masing-masing serta berbincang….”RM10 banagi dengan 3orang…. Jd?” kata Suhaimi. Lalu aku pun member cadangan “seorang RM3..RM3..RM4 ok tak ?” mereka setuju dan yang tak “best”nya yang RM4 tu aku yang kena baguih punya kawan.



Olehyangdemikian dengan tidak membuang masa, aku pun menyerbu kedai durian itu dan memilih durian yang sesuai dan “Molek” disini timbul pula masalah, “Sape yang reti pilih durian?” aku menimbulkan persoalan. Din dan Suhaimi masing-masing kurang dalam memilih durian ni. Lalu kami memilih buah durian tersebut dengan penuh tawakkal.



Setelah habih kesepuluh buah durian, penuh satu beg plastik timbul pula macamana nak buat balik? Lalu kami bermesyuarat lagi berbincang bagaimana nak buat balik biah durian yang banyak ini kerana tuan punya kedai itu hanya member satu beg plastik je. Akhirnya persoalan terjawab persepakatan terbina iaitu kami telah memutuskan Din pergi mengambil motor.



Aku dan Suhaimi menunggu si Din membawa motor kesini punya la lama dekat sejam lebih juga sampaikan beg plastic yang diisi dengan durian pun terkoyak, lalu Suhaimi pergi membeli beg plastic yang lain. Selepas itu berulah Din muncul dengan membawa Motor, rupa-rupanya Din bertemu dengan sahabat perempuan yang juga sama-sama dalam persatuan yang juga inginkan durian.



Aku dan Din pun bertolak dengan membawa durian separuh dalam raga dan separuh aku pegang dengan penuh menahan kesakitan janji durian dapat murah dan banyak. Sampai sahaja dalam kawasan pansapuri (VISTA), kami singgah di rumah sahabat perempuan dengan memberimereka empat biji durian.



Selepas itu, barulah kami balik dengan membawa enam biji durian kerumah walaupun terasa berah dihati ini “ kenapala bagi durian tu kepada mereka tu, kalo aku jual kan untung”…. Tetapi aku buat derk je. Selepas kami meletakan durian dirumah lalu kami ke pasar malam balik kerana makanan tak beli lagi dan buah durian tersebut kami “terkam” selepas solat maghrib.