Monday, August 25, 2008

Bai’ah tak semestinya wala’

Ketua, rais, amir, presiden dan sebagainya walau apa jua gelaran bagi seseorang ketua, mereka adalah kepala ataupun penggerak utama dalam sesebuah jemaah atau organisasi.setiap ketua mesti mempunyai ramai pembantu seperti timbalan, setiausaha dan ahli jawatankuasa yang lain dimana mereka ini hendaklah mematuhi arahan ketua mereka dalam melaksanakan apa-apa tindakan.


Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu mentaati Allah, dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemimpin-pemimpin dalm kalangan kamu”.

Ayat di atas ini menerangkan bahawa ketaatan yang mutak keatas Allah serta Rasulnya dan taat kepada pemimpin yang berada dipihak yang benar dan haram jika ikut pemimpin yang menyeru kepada kemungkaran.


Apa yang ingin saya menerangkan disini ialah tidak semestinya kita wajib patuh kepada ketua biarpun kita telah bai’ah kepada mereka dan tidak semestinya segalanya arahan daripadanya kena patuh tanpa memikirkan risiko atau baik buruknya. Ada sebuah jemaah yang mengamalkan bai’ah kepada pemimpin danu orang-orang bawahan hendaklah patuh dan jangan bantah arahan. Ahli-ahli yang sudah bai’ah tidak boleh menyertai mana-mana jemaah atau mana-mana persatuan secara bebas kerana terikat dengan bai’ah.


Ada juga ketua yang ”spesis” tidak suka kepada perbincangan sebelum melaksanakan sesuatu tindakan sebab mereka beranggapan tidak semua perkara kena syura atau berbincang, sedangkan nabi pun yang bersifat maksum dan selalu menerima wahyu daripada Allah pun menanyakan pendapat sahabat-sahabat baginda tentang strategi perang seperti peperangan Badar dan banyak lagi peristiwa-peristiwa lain yang berkaitan dengannya.


Sebagai kesimpulannya perlantikan seseorang ketua tidak bermakna dia seorang yang berkuasa untuk memerintah apa sahaja kepada orang bawahannya tanpa tidak berbincang terlebih dahulu kecuali perkara itu sudah termaktub di dalam Al-Quran dan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam Sirah Nabawi, itu pun mesti diberitahu dan bertanyakan pendapat daripada ahlijawatankuasa dan ingatlah mereka juga adalah ketua yang dilantik khas dari Allah kerana Rasulullah pernah bersabda : "Setiap Kamu Adalah Pemimpin dan Setiap Pimpinan Kamu akan di persoalkan di akhirat kelak.”


Kita semua adalah pemimpin dan kita semua berhak untuk memberi pendapat dan ketua berhak untuk mendengar serta mengambil berat tentang cadangan yang diberi jika cadngan itu tidak ”Releven”, terima cadangan itu serta memberi nasihat atau hujjah yang munasabah serta dengan cara berhikmah ( berfikiran matang ).