Wednesday, December 31, 2008

Buat Diri Yang Bergelar Perempuan

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya.

Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan.

Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang.

Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:
"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53.....

Friday, December 26, 2008

Serangan Pemikiran Melalui Alam Siber

Sejarah dahulu telah lama meninggalkan kita iaitu sejarah dimana zaman kegemilangan ummat Islam di mata dunia. Pada masa itu ummat Islam terkenal dengan pelbagai Ilmu selain dari perkembangan ilmu terhadap agama Islam, seperti ilmu Hisab (matematik), sains,perubatan,kimia,geologi iaitu berkaitan dengan kajian bumi dan juga falsafah iaitu satu ilmu yang berkaitan dengan bidang pemikiran.

Dalam masa ummat Islam terus maju dalam bidang Ilmu yang berpusat di Spanyol dan Baghdad, orang Kafir Laknatullah tidak pernah berhenti bekerja dan memikirkan strategi untuk menyerang Ummat Islam dengan pelbagai cara. Sejarah telah membuktikan bahawa ummat Islam sentiasa akan memenangi perangan dengan cara menghunus pedang.

Oleh itu, mereka mencari formula dan mengkaji kelemahan ummat Islam dan dari situ mereka bersepakat(bergabung semua jenis kristian dengan Yahudi) untuk menyerang secara halus dimana cara ini tidak menzahirkan tindakan kafir untuk menghancurkan Islam. Mereka menyerang dengan cara halus ini dengan menggunakan pelbagai cara antaranya melalui hiburan dengan mencipta televisyen,radio, MP3, walkman, VCD dan lain-lain lagi.

Apa yang ingin diketengahkan dalam artikel ini ialah mendedahkan satu lagi cara penyerangan musuh Islam ini ialah dengan menggunakan Informatian Teknologi atau dalam bahasa melayunya Teknologi maklumat atau ringkasannya “IT”.

Semua orang tahu apa itu IT, dan sekarang telah berkembangnya ilmu ini sehinggakan diwujudkan bidang khas untuk mempelajari ilmu ini dan IT ini mempunyai banyak cabang , apa yang saya maksudkan disini ialah Internet. Semua orang tahu menggunakannya labih-labih lagi anak-anak muda.

Kepentingan atau keperluan internet ini amat luas sehinggakan orang memperniagakan atau cari makan dengannya dengan membuka Kafe Siber (Cyber Café). Ini adalah salah satu cara musuh Islam untuk merosakkan pemikiran ummat Islam kerana Internet merupakan perhubungan tanpa batasan, tidak kira sempadan daerah, kampung, Bandar, negeri malah Negara. Anda boleh mengetahui isu dari Negara orang lain, boleh berhubung dengan teman-teman yang berada di luar Negara dan boleh menyebarkan maklumat tanpa sekatan.

Inilah keburukannya kerana jika ia digunakan dengan cara yang baik, baiklah jadinya dan jika ia disalah gunakan amat tinggi risikonya atau kesannya dalam merosakkan aqidah ummat Islam kerana dan Internet sesiapa sahaja boleh menyebarkan maklumat dengan menggunakan produk-produk darinya seperti laman web atau yang popular sekarang ini iaitu Blog. Dengan menggunakan produk tadi, ini kita boleh menulis apa sahaja dan tulisah kita boleh di baca oleh semua manusia yang berada di bumi ini.

Selain penyebaran berbentuk tulisan, ia juga boleh disebarkan melalui bentuk Visual seperti laman web terkenal YouTube.com. Dengan adanya produk ini sesiapa sahaja boleh memuatnaik pelbagai visual atau video tanpa sekatan atau larangan oleh sesiapa pun seperti penyebaran fahaman sesat atau menayangkan video lucah. Dengan cara ini lah Musuh Islam Kafir Laknatullah ini menyerang fahaman,fikiran dan pegangan ummat Islam .

Selain dari menyebar fahaman atau pemikiran, cara ini juga menjadi hiburan kepada ummat Islam lebih-lebih lagi anak muda yang suka kepada keseronokan seperti menggunakaan produk internet yang juga tidak krang popularnya seperti Friendster dan MySpace. Benda-benda ini membolehkan pengguna meletakkan gambar mereka dan boleh berhubung dengan sesiapa sahaja walaupun mereka tak kenal pun oarng yang mereka hubungi. Dari situlah antara punca gejala sosail dalam Negara ini semakin serius kerana satu sahaja, iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Apa yang boleh kita lakukan dalam membasmi perkara ini ialah kembali kepada perana ibu bapa dalam menjaga dan mendidik sepenuhnya dengan didikan ISLAM dan membuatkan anak-anak mereka betul-betul faham dan menghayati apakan itu Agama Islam.

Selain itu peranan pihak sekolah dalam memberi penerangan tentang keburukan Internet ini dan member tunjuk ajar untuk manfaatkannya .Kepada Kerajaan yang bertanggungjawab dalam memasukkan teknologi ini harap tidak melepas tangan dalam memerhati perkembangan internet ini lebih-lebih lagi kesan kepada ummat Islam dan anak muda dalam nagara ini bukan hanya tahu nak menjaga periuk nasik dan mencari kesalahan orang atau membuat nama.

Tuesday, December 23, 2008

Mahfuz menang lawan Utusan

Harakahdaily | Foto Nasir Sudin
Tue | Dec 23, 08 | 2:43:26 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS tersebut.

Mahfuz, selaku plaintif, menfailkan saman itu pada 2001 dengan menamakan ketua pengarang kumpulan akhbar berpengaruh Utusan Malaysia (ketika itu) dan penerbitnya sebagai defendan-defendan.

Beliau mendakwa defendan pertama telah dengan sengaja dan niat jahat membenarkan penerbitan dan percetakan kata-kata yang mengandungi unsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001.

Mahfuz mendakwa penerbitan perkataan-perkataan itu menyebabkan dia menanggung malu dan menjejaskan kredibiliti di kalangan masyarakat. Image

Beliau yang bertindak sebagai Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan mengarahkan defendan meminta maaf serta menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya.

Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada Mac 2002 pula menyatakan artikel "Demonstrasi Mahfuz isytihar bersama Keadilan" yang disiarkan itu adalah benar dari segi kandungan dan fakta dan menafikan bahawa ia bersifat fitnah.-azm

(Berita lanjut menyusul akhbar Harakah akan datang)_

Monday, December 22, 2008

Berenang Sungai Golok selepas kena tembak


KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim melawat Darus yang dirawat di Hospital Pasir Mas, semalam.

KOTA BHARU: Walaupun terkena tiga das tembakan dan terhumban ke dalam Sungai Golok, seorang peniaga Malaysia yang diserang tiga lelaki Thailand masih dapat menyelamatkan diri dengan berenang menyeberangi sungai itu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi di Kampung Munduk, Selatan Thailand itu, Darus Mohd Daud, 37, juga terpaksa merangkak menaiki tebing sungai berkenaan bagi meminta bantuan penduduk kampung.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi, berkata sebelum itu mangsa dibawa tiga lelaki itu ke tempat kejadian dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.

"Mangsa dipukul dan ditolak ke dalam Sungai Golok sebelum tiga lelaki itu melepaskan tujuh das tembakan dengan tiga daripadanya menembusi tubuh badannya," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Abd Rahim berkata, Darus menyelamatkan diri dengan berenang menyeberang sungai itu hingga ke Kampung Jeram Perdah, Rantau Panjang.

Katanya, mangsa merangkak menaiki tebing sungai itu sebelum meminta bantuan penduduk yang kemudian menghubungi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Mangsa dikejarkan ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini bagi mengeluarkan tiga butir peluru dalam badannya.

Abd Rahim berkata, pihaknya sudah menghubungi Polis Thailand bagi memaklumkan mengenai kejadian itu sebelum tindakan susulan diambil.

"Berdasarkan siasatan awal, kita percaya kejadian itu bermotifkan urusan perniagaan," katanya.

Sementara itu, Darus yang tinggal di pekan Sungai Golok sejak beberapa tahun lalu kerana berkahwin dengan warga Thailand, ketika menceritakan detik cemas itu menyifatkan dirinya seperti mati hidup semula.

"Sebaik sampai ke tebing sungai dekat Kampung Jeram Perdah, saya merangkak naik tebing dalam keadaan gelap sambil menahan sakit," katanya.

Tengku Ahmad Rithauddeen kecil hati dakwaan Mubarak

KUALA LUMPUR: "Kecil hati saya," kata Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen berhubung dakwaan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) kononnya lembaga itu lambat bertindak mengendalikan laporan amalan politik wang dan rasuah dalam parti.

“Mereka (anggota Lembaga Disiplin) kadang-kadang sehari atau dua hari tak balik rumah, tapi mereka (Mubarak) kata kita ini tak bertugas.

“Kecil hati saya. Mereka ini senanglah kata kepada kita. Ahli Lembaga Disiplin ni bukan (orang) muda. Nak cari (pilih) mereka ini bukan senang kerana mereka perlu terdiri daripada veteran, perlu jujur, bekerja untuk parti dan negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mubarak, dalam satu kenyataan Jumaat lalu, berkata kelewatan Lembaga Disiplin Umno itu seakan-akan mahu perkara yang diadu itu dilupakan secara perlahan-lahan.

Timbalan Presiden Mubarak, Datuk Abdul Aziz Rahman mencadangkan supaya Lembaga Disiplin mengambil langkah segera bagi memastikan perkara itu dapat ditangani.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata bahawa sejak 29 Januari, panel penyiasatan lembaga berkenaan sudah bersidang 39 kali bagi mengendalikan laporan salah laku membabitkan 39 bahagian manakala Tribunal Lembaga Disiplin sudah bersidang sebanyak 10 kali membabitkan 25 bahagian dan panel rayuan sebanyak dua kali membabitkan dua bahagian.

Beliau juga mengedar kepada media senarai enam halaman mengandungi tarikh persidangan panel penyiasatan, tribunal dan panel rayuan.

Katanya dengan senarai itu boleh dilihat berapa hari mereka bertugas bukan sahaja di Kuala Lumpur, malah di negeri kerana kesukaran pengadu dan saksi datang ke ibu pejabat parti di sini untuk memberi keterangan kerana ia membabitkan kos.

“Kita bersedia untuk pergi ke tempat berkenaan untuk siasat apa yang berlaku atas aduan yang kita terima dari mana-mana mesyuarat cawangan, bahagian dan kini pemilihan Majlis Tertinggi pula,” katanya.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata Lembaga Disiplin tidak mahu mendengar aduan berbentuk cakap dengar sahaja sebaliknya ia perlu memastikan setiap aduan itu tulen dan tidak ada unsur berniat jahat terhadap sesiapa.

Beliau juga berkata 11 anggota baru telah dilantik ke Lembaga Disiplin itu sejak minggu lalu untuk mempercepatkan siasatan dan bagi mendengar kes.

Mereka terdiri daripada bekas hakim mahkamah tinggi, bekas hakim mahkahmah rayuan, bekas anggota Badan Pencegah Rasuah (BPR), bekas anggota polis dan bekas anggota tentera.

Jumlah anggota jawatankuasa badan itu kini 25 orang.

Mengenai kenyataan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dari Parti Keadilan Rakyat, yang mendakwa tahu mengenai wujudnya politik wang dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata hanya anggota parti yang boleh membuat aduan kepada lembaga itu.

“Itu atas dia (sama ada buat laporan kepada BPR). Saya tak boleh nasihat dia, dia sangat bijak, beliau patut tahu apa yang perlu dia buat,” katanya. - Bernama

http://www.bharian.com.my/


Penangan kopi reggae

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my


ALOR STAR: Segelintir mak nyah di sekitar bandar raya ini dikesan mengambil kopi yang dikenali sebagai ‘kopi reggae’ untuk memberi kekuatan seksual bagaikan kuda hingga mampu melayan lebih 10 pelanggan dalam satu malam.

Golongan homoseksual itu yang ditemui wartawan Harian Metro mendakwa kopi itu juga mampu membantu mereka bersengkang mata sepanjang malam, sekali gus dapat memberi layanan hebat kepada pelanggan.

Seorang mak nyah yang dikenali sebagai Syazliyana, 20-an, mendakwa kopi itu memberi kesan pantas untuk memulihkan tenaga serta rasanya agak berbeza dengan kopi lain.

“Apa yang penting pada saya adalah tenaga dapat dipulihkan sepenuhnya selepas seharian penat bekerja dan jika tidak meminum kopi itu, mustahil saya mampu berjaga sampai lewat malam.

“Malah, ada kalanya saya mencecah awal pagi untuk melayan pelanggan,” katanya ketika ditemui di sekitar Stesen Keretapi Alor Star di sini, yang menjadi lokasi golongan itu menjual tubuh.

Difahamkan, bagi menambah kekuatan, kopi itu dicampur dengan dadah seperti syabu atau ganja. Bagaimanapun, bagi menjimatkan kos, mereka mencampurkan serbuk daun ketum kerana lebih murah dan boleh dibeli dengan harga RM30 sekilogram.

Ramuan kopi itu disediakan ibu pondan yang menjaga kawasan terbabit dan memberinya secara percuma kepada golongan mak nyah di situ.

Menurut Syazliyana, biarpun mengetahui minuman itu dicampurkan dengan dadah, dia tidak mempedulikannya kerana disediakan secara percuma oleh ibu pondan.

“Lagipun, kami memberikan sedikit wang kepadanya. Setahu saya, dia mencampurkan beberapa jenis barangan terlarang seperti serbuk daun ketum dan sedikit syabu dalam kopi terbabit.

“Mana tidaknya, kalau hendak diharapkan kopi itu saja untuk bersengkang mata sepanjang malam adalah sesuatu yang mustahil,” katanya.

Setiap kali meminum kopi itu kesannya akan dapat dirasai kira-kira lima minit kemudian.

Ia membuatkan tubuh berasa lebih segar dan ringan untuk melayan pelanggan selain berada dalam keadaan khayal.

Sementara itu, bagi mendapatkan pandangan kesan sampingan minum ramuan kopi itu, wartawan Harian Metro menghubungi pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby.

Kata Dr Ismail, minum kopi yang dicampur pelbagai bahan terlarang memang mampu bertindak pantas kerana ia lebih cepat menyerap dalam tubuh badan berbanding dadah yang diambil dalam bentuk kapsul.

“Perbuatan itu bukanlah suatu perkara baru dalam kelompok mereka (mak nyah). Hanya kaedah dan bahan yang digunakan berbeza mengikut situasi semasa.

“Apapun, dalam jangka panjang individu terbabit akan mengalami kesan negatif pada anggota badan biarpun kuantiti barangan terlarang seperti pil kuda, Ecstacy, serbuk daun ketum, syabu yang dicampur dengan kopi itu sedikit jumlahnya.

“Selagi ada unsur dadah dalam minuman yang diambil, ia akan menjejaskan kesihatan pengamalnya,” katanya.

Menurutnya, kesan yang akan dialami pengamal minuman itu seperti sakit buah pinggang, hati selain merosakkan otak.

“Dalam kes kopi itu, kesannya akan menyebabkan otak berada keadaan tertekan sehingga mampu mengakibatkan maut sekiranya kuantiti diambil dalam jumlah besar,” katanya.

Friday, December 19, 2008

Anda kenal lelaki ini?

SUSPEK...dikehendaki.
SUSPEK...dikehendaki.

SHAH ALAM: Polis mengedarkan lakaran wajah lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan penculikan seorang budak perempuan malam Sabtu lalu.

Penculikan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu pada jam 8.30 malam berlaku kurang 50 meter dari rumahnya di Kampung Selayang Baru ketika dalam perjalanan pulang dari kedai runcit bersama adik lelakinya berusia lima tahun.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, berkata budak perempuan itu bagaimanapun tidak dicabul ketika diculik selama tiga jam.

“Dalam tiga jam itu, penculik membawanya ke beberapa tempat sebelum meninggalkannya di sebuah surau dekat Selayang,” katanya, semalam.

Khalid berkata, lelaki itu dipercayai Melayu dalam berusia 30-an, berkulit gelap, bermisai serta janggut dan mempunyai motosikal warna hitam.

Beliau berkata, polis sedang menyiasat sama ada penculik itu ‘pencabul Kampung Baru’ atau seorang yang meniru kegiatannya. - Bernama



http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20081219093927/Article/index_html

Lelaki buat kecoh di Parlimen ditahan

KUALA LUMPUR: Keadaan di luar bangunan Parlimen, di sini, gempar seketika apabila berlaku kejadian tolak-menolak antara seorang penyokong kumpulan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan polis pagi semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku jam 11.50 pagi sejurus beberapa penyokong Jerit mengayuh basikal memasuki bangunan terbabit untuk menghantar memorandum kepada Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Namun, keadaan tiba-tiba bertukar kecoh apabila berlakunya insiden tolak-menolak dan polis terpaksa menahan lelaki berusia 30-an terbabit kerana menimbulkan kekecohan serta mengganggu pihak berkuasa menjalankan tugas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abu Samah Mat, berkata keadaan bagaimanapun, berjaya dikawal sepenuhnya oleh puluhan anggota polis bertugas dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Lelaki berkenaan ditahan kerana cuba mengganggu tugas polis selain bertindak kasar terhadap anggota kami.

“Kita sedang menjalankan siasatan dan belum memutuskan untuk mengambil tindakan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/

Cubaan guling PM Iraq gagal

50 pegawai rancang rampas kuasa kerajaan Syiah kena tahan

BAGHDAD: Iraq menahan kira-kira 50 pegawai Kementerian Dalam Negeri yang didapati merancang rampasan kuasa terhadap kerajaan Syiah, kata seorang pegawai kanan keselamatan Iraq, semalam.

"Kira-kira 50 pegawai awam Kementerian Dalam Negeri, termasuk pegawai kanan, ditahan sejak tiga hari lalu kerana cubaan menjatuhkan kerajaan Perdana Menteri, Nuri al-Maliki," kata pegawai berkenaan kepada AFP.

Antara mereka adalah Jeneral Ahmad Abul Rif, ketua keselamatan kementerian berkenaan, katanya.

"Mereka dikaitkan dengan Al-Awda (Pengembalian), sebuah kumpulan sulit yang berusaha untuk mengembalikan kuasa Parti Baath," katanya.

Pemimpin Iraq, Saddam Hussein dan Parti Baath disingkir ketika serangan yang diketuai Amerika Syarikat pada 2003 lalu.

Akhbar New York Times melaporkan seorang pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri berkata, mereka yang ditahan kerana kaitan dengan Al-Awda dikatakan membayar sejumlah wang untuk menjadi ahli. Pegawai keselamatan menemui sejumlah wang dalam serbuan yang dilakukan.

Pengkritik Maliki menuduh Perdana Menteri itu mengambil tindakan menahan musuh politiknya bagi memperkukuhkan kuasanya menjelang pilihan raya wilayah bulan depan, kata akhbar berkenaan.

Maliki sendiri dikenakan tindakan oleh rejim Sunnah Saddam, tetapi lima tahun selepas serangan itu, ratusan ahli bekas Parti Baath mulai kembali kepada kehidupan awam di Iraq.

Awal tahun ini, Majlis Presiden Iraq meluluskan rang undang-undang membenarkan bekas ahli Parti Baath kembali bertugas dengan kerajaan dalam pentadbiran Syiah yang ada sekarang.

Langkah itu diambil bagi menyatukan beberapa puak yang ada dan usaha untuk membetulkan semula kesilapan yang dilakukan oleh Amerika selepas zaman Saddam.

Keputusan awal Amerika untuk membubarkan tentera Iraq dan memecat semua ahli Parti Baath daripada kerajaan bagi menghapuskan pengaruh Saddam menyebabkan kebangkitan penentangan antiAmerika selepas serangan ke atas negara berkenaan. - AP

Korban pertama demam Chikungunya

Oleh Azrina Ahzan, Riadz Radzi dan Omar Osman
bhnews@bharian.com.my

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 46 tahun dari Kampung Perak, Bukit Selambau dekat sini, dipercayai menjadi korban pertama deman Chikungunya yang merebak sejak seminggu lalu.

Ismail Md Noor, meninggal dunia di rumahnya awal pagi semalam, dua hari selepas dibenarkan keluar daripada Hospital Sik (HS).

Isterinya, Siti Azizah Nayan, 49, berkata Ismail dimasukkan ke HS pada Ahad lalu selepas seminggu demam serta mengalami sakit sendi dan lemah seluruh badan. Sebelum itu, suaminya mendapat rawatan di klinik kesihatan berdekatan.

Beliau mendakwa ketika dibawa pulang ke rumah dua hari lalu, keadaan Ismail masih lemah serta tidak mampu berjalan, tetapi jururawat memberitahu suaminya sudah sembuh dan doktor membenarkannya keluar dari hospital.

"Keadaannya bertambah teruk awal pagi tadi (semalam) dan saya menyedari dia sudah tiada ketika hendak menukar lampin pakai buangnya kira-kira jam 7 pagi," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Hasnah Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima laporan mengenai kes itu dan siasatan akan dijalankan.

Di PUTRAJAYA, Pengarah Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata sepanjang minggu lalu (7 hingga 13 Disember) sebanyak 158 kes Chikungunya dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 38 kes di Kelantan, Kedah (34), Perak (31), Johor (23), Selangor (18), Pahang (tujuh), Kuala Lumpur (tiga), Negeri Sembilan (dua) dan masing-masing satu kes di Perlis dan Melaka.

Dalam kenyataannya, Dr Hasan berkata kawasan terbabit mempunyai kadar pembiakan nyamuk Aedes yang tinggi dengan tempat pembiakan utama ialah pasu bunga, tong sampah dan tin kosong.

"Kita juga mengeluarkan 294 kompaun bernilai RM32,550 sepanjang tempoh berkenaan," katanya.

Mengenai demam denggi, beliau berkata dua kematian dilaporkan sepanjang tempoh sama, iaitu masing-masing satu kes di Selangor dan Terengganu.

Katanya, kes terbaru itu menjadikan jumlah kematian akibat denggi di seluruh negara sehingga 13 Disember lalu meningkat kepada 100 kes, berbanding 96 tahun lalu.

Beliau berkata, lima negeri mencatat peningkatan kes denggi iaitu Wilayah Persekutuan Labuan (100 peratus), Perak (62 peratus), Wilayah Persekutuan Putrajaya (lapan peratus), Terengganu (lapan peratus) dan Kelantan (tiga peratus).

Ujian HIV wajib 2009


Datuk Seri Najib Razak

Bakal pengantin Islam jalani saringan ketika ikuti kursus

KUALA LUMPUR: Peraturan yang mewajibkan bakal pengantin beragama Islam menjalani ujian saringan HIV, akan dikuatkuasakan di semua negeri di Semenanjung, mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata saringan itu akan dijalankan ketika bakal pengantin mengikuti kursus pra perkahwinan.

"Langkah ini selaras dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan kes HIV, terutama di kalangan wanita yang kini menunjukkan peningkatan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Aids di bangunan Parlimen, semalam.

Ketika ini, hanya beberapa negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan Kelantan, mewajibkan bakal pengantin beragama Islam menjalani saringan HIV.

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan turut turun padang untuk berjumpa penagih dadah dalam usaha mengurangkan kes jangkitan HIV.

Najib berkata, jawatankuasa itu membuat keputusan memberi fokus kepada kumpulan berisiko tinggi, yang pendekatannya akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang.

"Mesyuarat juga menetapkan supaya Majlis Aids Malaysia menjadi ahli jawatankuasa Kabinet itu. Sebelum ini, majlis itu menganggotai Jawatankuasa Teknikal Mengenai Aids yang dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan," katanya.

Beliau berkata, menerusi usaha yang lebih tersusun di bawah Pelan Strategik Kebangsaan mengenai Aids 2006-2010, Malaysia berjaya mengurangkan kes jangkitan HIV sebanyak kira-kira 50 peratus daripada 6,756 kes pada 2003 kepada 3,452 kes tahun ini.

Antara faktor terbesar yang menyumbang kepada pengurangan itu ialah program pengurangan mudarat oleh Kementerian Kesihatan membabitkan penggunaan methadone sebagai penggantian dan program penukaran jarum bersih serta khidmat kaunseling.

Bagaimanapun, Najib berkata program itu perlu diperhebatkan supaya dapat mencapai sasaran mengurangkan jangkitan HIV/Aids kepada 11 kes bagi setiap 100,000 penduduk menjelang 2015, berbanding 12.8 kes bagi setiap 100,000 penduduk sekarang.

Timbalan Perdana Menteri turut menyuarakan kebimbangan berhubung trend jangkitan HIV di kalangan wanita yang meningkat daripada 5.02 peratus pada 1997 kepada 16.7 peratus pada 2007.

Secara kumulatif pula, kes HIV sehingga kini berjumlah 83,527 dan daripada jumlah itu 14,317 adalah pesakit Aids dan 12,245 orang sudah meninggal dunia.

"Oleh itu, kita perlu menganggap Aids sebagai ancaman serius dan mengikut Tabung Aids Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAids), Malaysia dikategorikan sebagai negara dalam kumpulan berisiko tinggi," katanya.

Beliau berkata, UNAids juga mengambil maklum usaha yang dijalankan Malaysia dan sejak beberapa tahun lalu, status negara ini ditukar daripada negara yang kurang kesungguhan politik memerangi Aids kepada yang mempunyai kesungguhan tinggi memerangi Aids.

"Ini menandakan Malaysia sudah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa," katanya.



http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/BeritaUtama/20081219000648/Article

Obama bakal umum senarai penuh Kabinet hari ini

CHICAGO: Presiden Barack Obama dijangka mengumumkan senarai penuh barisan Kabinetnya, hari ini dengan terakhir bagi jawatan Wakil Perdagangan Amerika dan Setiausaha Buruh dan Pengangkutan.

Obama akan mengumumkan senarai lengkap itu selepas satu taklimat jam 1.15 tengah hari ini (1915 GMT) di Chicago, sebelum bersiap untuk ke Hawaii, esok bagi menyambut percutian bersama keluarganya.

Ron Kirk, Datuk Bandar berkulit hitam pertama di Dallas, Texas, disebut-sebut akan dilantki sebagai Setiausaha Perdagangan.

Kirk, yang juga seorang peguam dan ejen pelobi, pernah menjadi setiausaha negeri Texas.

Ahli Kongres California, Hilda Solis, yang berusaha menangani dan memperjuangkan hak pekerja, soal keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta isu alam sekitar ketika menjadi Wakil Dewan selama tujuh tahun, bakal dinamakan sebagai Setiausaha Buruh.

Obama juga akan memasukan seorang lagi wakil Republikan dalam pentadbirannya dan nama yang disebut-sebut ialah Ray LaHood sebagai Setiausaha Pengangkutan. - AFP


Wednesday, December 17, 2008

Algebra tampil imej berserban


TIDAK segan berserban, sebaliknya Algebra bangga menjadikannya sebagai imej mereka dalam bidang muzik. Gambar JEFFRI IRAN


DI KALA ramai artis remaja masa kini yang berasa bangga kerana tampil dengan pelbagai imej menjolok mata, tetapi pada masa sama, masih ada juga di kalangan rakan sebaya mereka yang berfikiran sebaliknya.

Kumpulan nasyid baru yang menggelarkan diri mereka sebagai Algebra misalnya, cukup bangga dengan imej berserban yang ditampilkan ketika muncul mengadakan persembahan pentas ataupun semasa berada di khalayak ramai.

Menurut penyanyi kumpulan itu, Ahnaf Jamal, beliau bersama rakan-rakannya bukan sahaja tidak segan tampil dengan imej berserban, sebaliknya bangga kerana mempunyai inisiatif bagi mempopularkan serban di kalangan generasi muda.

"Bagi kami, serban bukan sahaja melambangkan salah satu imej atau pakaian orang Islam, tetapi secara tidak langsung ia juga merupakan suatu fesyen yang cantik untuk diikuti termasuklah di kalangan remaja hari ini.

"Walaupun kami memakai kemeja-T atau seluar jeans tetapi kami tidak berasa janggal untuk mengenakannya dengan serban. Kami berasa bangga kalau fesyen yang sihat ini menjadi ikutan remaja kelak," katanya.

Algebra yang bermaksud salah satu cabang ilmu matematik yang dicetuskan oleh ilmuwan Islam, Al-Khawarazmi banyak mencetuskan unsur-unsur nasihat dan ketuhanan menerusi lirik lagu-lagu nyanyian mereka.

Dengan imej berserban itu, lima anggota remaja berusia 19 hingga 24 tahun ini ternyata tidak menghadapi masalah sama ada ketika mengadakan persembahan pentas mahupun semasa muncul bertemu para peminat di khalayak ramai.

Malah, Algebra yang bukan setakat menyanyi tetapi bermain alat-alat muzik seperti keyboard, gitar, dram dan perkusi turut tidak menghadapi masalah ketika mereka tampil mengadakan persembahan dengan imej tersebut.

"Pada mulanya, ramai juga penonton yang terasa janggal apabila melihat kami berserban bermain alat-alat muzik di atas pentas sambil menyanyikan lagu nasyid. Tetapi, apabila melihatkan gaya persembahan kami yang sederhana, ia memang bersesuaian.

"Apatah lagi, kebanyakan lagu-lagu kami membawakan mesej yang positif. Sebab itu, kami tidak menganggap serban sebagai penghalang sewaktu beraksi di atas pentas. Sebaliknya, kami bangga dengan imej ini," ujarnya.

Ramai peminat, malah tokoh-tokoh agama dan ahli-ahli politik yang pernah menyaksikan persembahan Algebra dengan imej berserban itu setakat ini menyambut baik pendekatan imej lima remaja terbabit.

"Pada 28 November lalu, kami telah mengadakan persembahan di Bangi, Selangor dengan disaksikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di mana tiada apa-apa rungutan atas imej mahupun persembahan kami itu," jelasnya.

Selain Ahnaf, Algebra turut dianggotai Nur Mohd. Alieff Ayub (dram), Raja Mohd. Farhan Raja Shaifulzaman (keyboard), Ahmad Syauqi Ahmad Shabir (gitar) dan Mohd. Hafiedz Samsuri (perkusi).

Kekuatan mesej lirik-lirik lagu yang dimuatkan dalam album sulung mereka berjudul Yang Benar Tetap Benar terserlah apabila hampir kesemuanya ditulis oleh bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Dr. Maza).

Antara lirik lagu tulisan Dr. Maza yang dimuatkan menerusi album ini ialah Aku Rela, Islam Di China, Aku Bukan Musuh Harta, Daerah Ini, Puisi Dunia, Suara Tajdid Kami dan Yang Benar Tetap Benar.

Selain menyanyikan kesemua lagu dalam album tersebut, Ahnaf turut bergabung tenaga dengan penyanyi seperti Aishah, Kopratasa dan Dakmie (Barongan) dalam beberapa buah lagu menjadikan album ini pelbagai daripada segi variasi vokalnya.

Menyentuh tentang penyampaian lirik-lirik lagu ciptaan Dr. Maza dalam album Algebra itu, beliau menyifatkannya sebagai suatu penghargaan dan tawaran yang sukar untuk ditolak oleh artis baru seperti mereka.

"Sebagai artis baru, kami rasa begitu bangga dan seronok kerana berpeluang menyanyikan lirik-lirik lagu ciptaan seorang tokoh agama dan mufti seperti Dr. Maza. Lirik-lirik lagu beliau memang padat dengan mesej-mesej yang berguna.

"Selain itu, saya juga terasa cabarannya ketika mahu merakamkan karya beliau. Sebagai contohnya, saya mengambil masa dari tengah hari hingga ke malam hanya untuk merakamkan lagu berjudul Aku Rela.

"Saya juga terpaksa merakamkan lagu itu sebanyak empat kali kerana menghadapi sedikit kesukaran untuk mendapatkan penghayatan sewaktu merakamkan lagu tersebut," katanya lagi yang paling banyak berbicara pada pertemuan dengan Hits itu.

Abhisit ketuai Kewangan

http://www.utusan.com.my/


ABHISIT menerima sejambak bunga daripada seorang wanita Islam yang menyokong beliau di ibu pejabat Parti Demokrat di Bangkok semalam. - AP


BANGKOK 16 Dis. - Perdana Menteri baru Thailand, Abhisit Vejjajiva akan mengetuai pasukan ekonomi dalam Kabinet, selaras dengan pendirian kerajaannya untuk memberi keutamaan kepada usaha merangsang ekonomi Thai yang tidak bermaya.

Setiausaha Agung Parti Demokrat, Suthep Tuagsuban hari ini memberitahu wartawan bahawa portfolio kewangan masih dibincangkan dan barisan Kabinet baru dijangka diumumkan pada akhir minggu ini.

"Abhisit akan mengetuai pasukan ekonomi kerana kerajaan ini memberi keutamaan kepada isu-isu ekonomi," kata Suthep.

Menurut beliau, kementerian-kementerian akan diagihkan antara Parti Demokrat dan wakil daripada parti-parti komponen yang telah membantu Abhisit dipilih sebagai Perdana Menteri dalam pengundian di Parlimen semalam.

Abhisit, 44, telah menyatakan bahawa beliau akan menyelia hal-ehwal ekonomi yang menjadi keutamaan setelah negara ini dilanda krisis politik selama berbulan-bulan.

Perdana Menteri itu enggan memberi keterangan lanjut mengenai jawatan Kabinet sehingga Raja Bhumibol Adulyadej berkenan melantik beliau secara rasmi sebagai Perdana Menteri Thai ke-27.

Lepasan Oxford itu hanya menyatakan kesediaannya untuk bekerja keras dan menunaikan kewajipannya.

"Saya masih belum biasa dengan orang memanggil saya Perdana Menteri," katanya berseloroh.

- AFP

'Saya tidak campur tangan selepas serah tugas Mac'


Abdullah Ahmad Badawi melangkah keluar dari kafe Dewan Rakyat selepas minum petang dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional di Bangunan Parlimen, semalam.
- Gambar MOHD. NAIM AZIZ

http://www.utusan.com.my/utusan/

PUTRAJAYA 16 Dis. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji tidak akan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac depan.

''Saya tidak akan jadi macam itu," tegas Abdullah dalam pertemuan dengan Agendanews di kediamannya di sini hari ini ketika ditanya kemungkinan beliau akan memantau kerajaan selepas bersara nanti.

Pada masa sama, Presiden UMNO itu yang tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Mac ini dan akan diisi Najib yang diisytiharkan menang tanpa bertanding, tidak terfikir mengenai jawatan Menteri Kanan.

Ia tidak seperti mana Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong yang menyandang jawatan itu selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Singapura.

''Biaq pi kat depalah," kata Abdullah yang menggambarkan tidak pernah terlintas di fikirannya mengenai perkara itu.

Abdullah sebelum ini pernah menyatakan akan menyerahkan tugas-tugas Perdana Menteri kepada penggantinya beberapa hari selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO yang ditetapkan pada 24 hingga 28 Mac depan.

Menguatkan hujah itu, beliau pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 9 Disember lalu menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa akan berlaku perubahan dalam pelan peralihan kuasa yang dipersetujui dengan Najib pada Mac depan.

Sebaliknya, tegas beliau, semua perkara yang dipersetujui antara mereka berdua sebelum ini tidak akan berubah dan Abdullah akan berpegang kepada pelan berkenaan.

Justeru beliau meminta semua pihak agar tidak lagi menimbulkan sebarang persoalan atau khabar angin berhubung pelan peralihan kuasa itu.

Sementara itu, dalam pertemuan itu, Abdullah memberitahu bahawa beliau akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sehingga ke saat-saat akhir beliau memegang jawatan Perdana Menteri.

Perdana Menteri menegaskan perkara itu sebagai peringatan bahawa beliau tidak akan lari daripada tanggungjawabnya dan hanya duduk diam sahaja menjelang Mac depan sebelum melepaskan jawatan Perdana Menteri.

''Saya akan terus berada di sini sampai akhir," katanya.

Mengenai perkara yang mengecewakannya sepanjang menerajui kerajaan dan UMNO, Abdullah berkata, jika ada pun rasa kecewa terhadap ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) ialah sikap mereka yang terlalu diselubungi dengan persepsi negatif dalam usaha beliau melakukan perubahan sepanjang tempoh berkenaan.

''Mereka hanya melihat sesuatu pembaharuan itu daripada sudut negatif sahaja tanpa mahu memahami apa yang tersirat di sebalik hasrat," katanya merujuk kepada pembentangan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di Parlimen ketika ini.

Saksi jenayah boleh tukar identiti baru

Intipati Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi 2008.


- Program Perlindungan Saksi akan disenggarakan oleh Ketua Pengarah serta dibantu timbalannya yang terdiri daripada anggota perkhidmatan awam.

- Saksi yang mahu menyertai program boleh memohon kepada Ketua Pengarah atau mengemukakannya melalui sesebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.

- Pemohon perlu mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai semua obligasi undang-undang yang belum selesai termasuk rekod jenayah, tunggakan cukai dan hutang serta prosiding sivil terhadapnya.

- Saksi kes jenayah berat dilindungi daripada diancam dan diugut termasuk dengan mewujudkan identiti baru.

- Identiti asal saksi yang diberikan identiti baru tidak akan didedahkan dalam apa cara sekalipun.

- Saksi akan disediakan tempat tinggal, pengangkutan bagi urusan pemindahan, bayaran yang setara dengan pendapatan dan jika tidak bekerja, diberi bayaran sara hidup, bantuan mendapatkan pekerjaan dan pendidikan.

- Tiada seorang pun boleh mempunyai akses kepada daftar dan dokumen yang disimpan oleh Pendaftar kecuali Menteri, Peguam Negara, Ketua Pengarah dan orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Peguam Negara.

- Hanya Peguam Negara mempunyai kuasa muktamad untuk memutuskan sama ada seseorang saksi itu hendak dimasukkan ke dalam program atau sebaliknya, berdasarkan syor Ketua Pengarah.

- Jika didapati memberikan maklumat palsu semasa memohon, seseorang itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

‘Bukan mabuk glamor’

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

wanasr@hmetro.com.my


Akhil bekas anggota kumpulan rock, D'riyadh pada era 80-an, begitupun selepas memilih untuk bergerak solo sudah mengecapi kejayaan menerusi album Nasyid Lagenda yang terjual lebih 40 ribu unit dan Di Bawah Satu Cahaya (lebih 25 ribu unit).

Atas sambutan itu juga, dia turut menerbitkan album seperti Nasyid Lagenda 2, Kembara Sufi selain aktif menghasilkan album kompilasi berbentuk zikir, selawat dan doa.

Namun seperti dilalui kebanyakan selebriti tanah air sepertinya, Akhil tidak lari daripada gosip sebagai asam garam dunia hiburan. Selepas timbul cerita mempunyai hubungan intim bersama Waheeda, timbul pula persepsi negatif masyarakat terhadap penampilannya ketika menjayakan persembahan pentas.

Sebelum ini, Harian Metro menerusi ruangan Soseh Soseh pada 10 Disember lalu melaporkan mengenai tindakan ustaz popular yang menanggalkan ketayap.

Penampilannya yang dikatakan tanpa ketayap, serban dan jubah seakan-akan menunjukkan mahu kembali kepada kemunculan asalnya dalam bidang seni. Perkara itu juga menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan peminat dan menyifatkannya mengejar populariti.

“Memang kita tidak boleh menutup mulut dan menidakkan persepsi masyarakat. Begitupun, kita perlu melihatnya dari pelbagai aspek. Mungkin imej saya berambut panjang menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa pihak. Corak pakaian dan penampilan saya bergantung kepada majlis tertentu.

“Untuk majlis ceramah dan motivasi saya masih mengenakan pakaian serban, ketayap dan jubah. Begitupun, untuk majlis komersial penampilan saya mungkin berbeza sedikit kerana tidak mahu menimbulkan persepsi masyarakat terhadap individu bergelar ustaz. Mentaliti masyarakat kita menganggap ustaz hanya berada di masjid dan belajar di sekolah pondok.

“Sebagai pendakwah dan artis saya memainkan peranan berbeza. Soal mabuk glamor tidak timbul. Glamor itu penting bagi pendakwah. Kalau orang tidak mengenali kita bagaimana hendak berdakwah? Glamor bagaikan tarikan kepada masyarakat untuk mendengar ceramah atau dakwah.

“Orang kenal Ustaz Nik Aziz, Ustaz Harun Din dan Ustazah Siti Norbahyah.

“Saya berceramah mengenai agama supaya masyarakat mendengar dan mengambil iktibar daripadanya. Secara tidak langsung saya juga menggunakan saluran yang ada sebagai ustiz (ustaz campur artis) dalam berdakwah,” katanya.

Tambahnya, mungkin mereka yang melihat penampilannya tanpa memakai ketayap, serban dan jubah pada majlis tertentu membuat penilaian atau persepsi berbeza.

Menurut bapa kepada lima anak itu, soal pakaian itu ditentukan mengikut majlis, begitupun dia sentiasa berhati-hati dan menganggap perkara itu sebagai cabaran bagi setiap pendakwah sepertinya.

Selain aktif berceramah, Akhil turut terbabit dalam sitkom Kafe Akhil Hay yang memasuki musim kedua disiarkan di Astro Oasis. Akhil juga dijangka menjayakan watak Ustaz Rock dalam sebuah telemovie tidak lama lagi.

Sukar kekang aktiviti pelacuran gadis warga asing

myMetro » Setempat

KUALA LUMPUR: Pergerakan ‘bohsia pagi’ secara berkumpulan, malah ada yang menawarkan seks jalanan secara individu antara faktor menjadikan pihak berkuasa sukar mengekang aktiviti pelacuran yang ditawarkan mereka.

Ini kerana gadis warga negara asing itu sebelum ini menawarkan perkhidmatan seks secara sembunyi berikutan pendedahan Harian Metro melalui artikel ‘Gadis Kuaci’.

Namun, sejak kebelakangan ini, kumpulan wanita seksi itu kembali menguasai sekitar Pasar Pudu malah bergerak secara bersendirian berbanding tinggal di bilik kecil yang dijadikan tempat memuaskan nafsu lelaki.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Penguat Kuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rolan Abd Rahman, berkata kegiatan bohsia pagi ini kurang jelas berikutan taktik mereka yang sering bertukar-tukar.

“Dahulunya mereka menawarkan perkhidmatan seks kepada lelaki di bilik kecil sekitar Pasar Pudu dan hanya keluar sekiranya ada permintaan.

“Namun kini, mereka semakin berani malah secara terang-terangan menawarkan hubungan seks kepada lelaki hanya berumpankan sepinggan mi goreng dan secawan kopi,” katanya.

Rolan berkata, usaha membanteras kegiatan terbabit boleh dibanteras namun perlu melalui kaedah penyelesaian yang berkesan.

“Kami akan berbincang dengan pihak lain termasuk Jabatan Imigresen, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) termasuk Polis bagi merancang strategi terbaik bagi membanteras kegiatan ini.

“Hasil keputusan perbincangan terbabit akan dimaklumkan, namun tarikh sebenar belum dapat dipastikan, “ katanya.


Tanam150 susuk berlian pikat VIP

Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Persaingan sengit untuk mengejar pelanggan VIP mendorong segelintir pelayan pelanggan (GRO) sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk kelihatan cantik luar biasa dengan memasang susuk berlian di seluruh anggota badan, termasuk kemaluan.

Mereka sanggup mengetepikan ajaran Islam yang melarang amalan terbabit semata-mata bimbang pelanggan tetap beralih kepada GRO lain yang lebih jelita dan menggoda.

Perbuatan memasang susuk itu didedahkan seorang bekas GRO dikenali sebagai Nita, 20, kepada wartawan Harian Metro yang melakukan siasatan mengenai amalan susuk di kalangan wanita, apatah lagi GRO.

Nita mendakwa memasang lebih 150 susuk berlian pada seluruh anggota badan, termasuk 30 susuk berlian di muka dan kemaluan untuk hidup dalam dunia GRO yang serba mewah.

Katanya, dia hidup mewah dengan wang simpanan lebih RM200,000 apabila sering menjadi buruan golongan VIP yang tertipu dengan kecantikan dan layanan istimewanya.

“Saya bekerja sebagai kakitangan di sebuah bank dan disebabkan mahu mencari wang tambahan, saya membuat kerja separuh masa sebagai GRO di kelab malam di ibu kota.

“Persaingan dengan GRO lain yang muda, menggoda dan jelita menyebabkan saya cuba mencari jalan supaya sentiasa laku serta tidak putus-putus mendapat pelanggan.

“Selepas dipengaruhi beberapa rakan yang memasang susuk berlian, saya mengikut jejak mereka untuk kelihatan cantik,” katanya.

Nita berkata, dia memasang susuk berlian berharga RM150 sebiji secara berperingkat dengan seorang bomoh susuk di Chow Kit sejak berusia 18 tahun hasil kerja sebagai GRO.

Mulanya dia takut, tetapi kerana terdesak mahu mendapat pelanggan kaya, semua halangan tidak diendahkan.

“Hidup saya dilimpahi kemewahan ketika menjadi GRO dengan upah mencecah RM3,000 sekali melayan pelanggan. Saya turut dilayan seperti VIP jika berada bersama mereka,” katanya.

Bagaimanapun, selepas dua tahun terjebak menjadi GRO, dia terlantar hampir seminggu di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta akibat sakit teruk dipercayai terkena ilmu hitam.

Dia sakit teruk yang tidak dapat diketahui punca selepas melayan seorang VIP.

“Selepas sihat, ada beberapa peristiwa berlaku menyebabkan saya insaf dengan dosa yang dilakukan lalu mengambil keputusan tidak menjadi GRO lagi.

“Saya mencari bomoh terbabit bagi mengeluarkan semula susuk berlian yang dipasangnya, tetapi dia enggan berbuat demikian,” katanya.

Lantaran itu Nita berjumpa seorang ustaz yang diperkenalkan seorang rakan.

“Saya tidak mahu mati dalam keadaan memakai susuk walaupun ada mendakwa tidak mungkin ada bomoh lain dapat mengeluarkannya kecuali bomoh yang memasangnya.

“Namun, dengan izin Allah selepas hampir enam jam, semua susuk berlian dikeluarkan ustaz berkenaan,” katanya.

Nita berkata, dia bersyukur kerana sedar perbuatan memakai susuk hanya membawa keburukan pada diri sendiri.

“Bayangkan, saya sanggup memasang lebih 30 susuk berlian di kemaluan semata-mata bagi membuatkan pelanggan saya ‘angau’ dan tidak melupakan saya selepas kami melakukan hubungan seks,” katanya.

Sementara itu, ustaz terbabit yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 40-an, berkata dia mengubati Nita selepas bomoh yang memasukkan susuk berlian kepadanya enggan mengeluarkannya kerana berpendapat susuk berlian halal sehingga mendakwa pemakainya boleh menunaikan haji.

“Selepas mengubatinya dan membaca ayat suci al-Quran, ratusan susuk berlian yang dipasang berjaya dikeluarkan,” katanya.

Pinggan pakai buang ubi kayu

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my


Pinggan pakai buang yang boleh dimakan, dihasilkan daripada ubi kayu.

Hasil keluaran NHI berbeza dengan pinggan polistrin kerana pinggan ubi kayu lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tempoh 28 hari

UBI kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan seperti kerepek selain dijadikan kanji memekat kuah masakan.

Di Brazil, tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia digoreng, dipanggang dan dipercik dengan santan manakala di Amerika Syarikat pula, ubi kayu diuli kecil bersaiz dua hingga tiga milimeter (mm) untuk dijadikan perhiasan seperti mutiara.

‘Resume’ ubi kayu di seluruh dunia memang hebat. Justeru, tidak hairan apabila sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI) yang menjalankan penyelidikan selama tiga tahun berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu. Lebih unik, pinggan yang dihasilkan itu boleh dimakan.

Sejak diperkenalkan pada awal Oktober lalu, NHI menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin mengetahui keistimewaan pinggan ubi kayu. Dengan dihasilkan daripada bahan semula jadi dan mesra alam, pinggan pakai buang ubi kayu memang ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai buang yang ada di pasaran sekarang.

Memang diakui di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenama pinggan pakai buang yang kebanyakannya dihasilkan daripada bahan buangan. Ada juga yang dihasilkan daripada bahan petroleum. Justeru, dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana ia mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara 120 hingga 80 hari untuk terbiourai.

Doh perlu diuli selama 30 minit.

Pinggan daripada ubi kayu agak berbeza kerana ia lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat, iaitu 28 hari.

Pengarah Urusan NHI, Ramaness Parasuraman, berkata pinggan daripada ubi kayu bukanlah satu-satunya produk keluaran NHI, sebaliknya syarikat itu akan menghasilkan mangkuk, sudu, garfu selain bekas makanan dan talam daging daripada bahan itu mulai tahun depan.

Ramaness berkata, matlamat utama syarikat itu menghasilkan pinggan ubi kayu bertujuan untuk memberi pilihan produk yang mesra alam kepada pengguna.

“Pinggan ubi kayu adalah pilihan terbaik bagi kempen cintai alam sekitar. Ia mudah lupus kerana dibuat daripada bahan semula jadi selain sisanya boleh dijadikan makanan ternakan,” katanya.

P Ramaness (kanan) berbangga dengan produk pinggan ubi kayu mesra alam hasil penyelidikan selama tiga tahun.

Pinggan ubi kayu memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu mikrobnya akan lupus secara semula jadi menjadikan saiznya mengecil daripada saiz sebenar.

Ramaness berkata, syarikat itu menghasilkan pinggan ubi kayu berasaskan pemerhatian selain pembangunan dan penyelidikan yang dilakukannya.

“Dulu ubi kayu popular sebagai kerepek. Sekarang, ia boleh dibangunkan menjadi pinggan sekali gus membantu meningkatkan ekonomi petani. Penggunaan pinggan ubi kayu juga bersesuaian dengan polisi sesetengah negara yang menggalakkan produk mesra alam,” katanya.

Beliau berkata, polisi kebanyakan negara barat yang mengharamkan penggunaan bekas makanan daripada polistrin membuka ruang kepada produk berkonsepkan mesra alam seperti pinggan ubi kayu.

“Ketika kami membawanya ke Amerika Syarikat buat pertama kali, ia mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Malah, kami menerima tempahan dari sebuah rangkaian hipermarket di negara itu dan mulai tahun ini kami akan meningkatkan pengeluarannya,” katanya.

Selain Amerika Syarikat, konsep mesra alam pinggan ubi kayu ini turut menarik perhatian syarikat pengendali kereta api China, iaitu China Railways Road yang menyediakan ribuan kotak makanan sehari untuk penumpangnya menggunakan pinggan pakai buang, polistrin.

Bekas makanan itu biasanya sukar diuruskan kerana jumlahnya yang banyak dan mengambil masa lama untuk dilupuskan.

Ramaness berkata, selain mempromosikan produk mesra alam untuk menembusi pasaran antarabangsa, pengeluarannya pinggan ubi kayu boleh meningkatkan taraf hidup petani di negara ini yang mengusahakan tanaman itu.

Ketika ini kebanyakan bekalan ubi kayu yang diperoleh NHI dibawa masuk dari Thailand. Namun, menjelang tahun depan bekalan mentah ubi kayu juga dijangka diperoleh dari ladang tempatan seperti Kelantan.

NHI kini beroperasi di Nilai dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 1.5 juta unit sebulan. Oleh kerana sambutan sungguh menggalakkan daripada pasaran tempatan dan luar negara, NHI akan memperbesarkan saiz kilang, menambah lima buah mesin yang dibeli dari Jerman.

Peningkatan taraf kilang dijangka mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 48 juta unit pinggan. Untuk memenuhi permintaan dari negara luar antaranya Amerika Syarikat dan China, NHI juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dan menjadi wakil pengedar.

INFO: Pinggan ubi kayu

  • Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu

  • Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit.

  • Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong.

  • Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan.

  • Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius.

  • Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap produk memiliki ukuran standard.

  • Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang.

  • Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari.

  • Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun.

  • Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi.
  • Macam-Macam: China awasi kasut wartawan

    BEIJING: Jurucakap Kementerian Luar China berkata beliau akan memerhatikan wartawan yang menanggalkan kasut ketika menghadiri sidang akhbar, selepas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dilempar dengan kasut di Baghdad Ahad lalu.

    Bila ditanya mengenai kejadian itu yang turut menyaksikan wartawan berkenaan memanggil Bush ‘anjing’, jurucakap berkenaan, Liu Jianchao berkata semua pemimpin harus dihormati.

    “Mungkin saya perlu memerhatikan bukan saja mereka yang mengangkat tangan tapi juga yang menanggalkan kasut,” kata Liu. - Reuters

    7 pilihan ajar Sains, Matematik


    TIMBALAN Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong (kanan), mempengerusikan Mesyuarat Terbuka Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris di PICC, Putra Jaya, semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom. - Foto Izhari Ariffin

    Pakar rumus masa depan pelaksanaan PPSMI

    PUTRAJAYA: Persidangan Meja Bulat Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang berakhir di sini semalam, merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI.

    Pilihan itu ialah:

  • Meneruskan PPSMI seperti sedia ada.

  • Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah.

  • Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah.

  • Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah.

  • Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah.

  • Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah, dan

  • Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.

    Pilihan itu dirumuskan selepas lima sesi Persidangan Meja Bulat PPSMI diadakan, yang disertai tokoh akademik, penyelidik, parti politik dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

    Pakar dari Lembaga Pentaksiran dan Kurikulum Victoria, Australia (VCAA), William Perrin, turut menyertai persidangan semalam.

    Ia diadakan bagi meneliti serta membahaskan semua laporan kajian, tinjauan dan pemantauan berkaitan PPSMI yang mencetuskan kontroversi berikutan desakan sesetengah supaya kerajaan mengkaji semula pelaksanaannya.

    PPSMI yang bermatlamat meningkatkan kecekapan pelajar sekolah rendah dalam bahasa Inggeris dimulakan dengan projek perintis lima tahun pada 2003.

    Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong, pada sidang media selepas mempengerusikan persidangan itu, berkata laporan rumusan berkenaan akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, secepat mungkin sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri.

    “Hishammuddin sedang melakukan lawatan kerja ke luar negara dan dijangka balik dalam masa beberapa hari ini untuk meneliti opsyen yang ada.

    “Saya ingin tegaskan bahawa persidangan meja bulat atau keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 tidak menentukan keputusan mengenai PPSMI, tetapi ia akan dibawa ke peringkat Jemaah Menteri untuk keputusan muktamad,” katanya.

    Mengenai persiapan untuk pengajaran Sains dan Matematik bagi sesi persekolahan akan datang, Wee berkata, dasar PPSMI tidak akan diubah sehingga pengumuman dibuat di peringkat Jemaah Menteri.

    “Jika tidak ada pengumuman, maka secara konvensinya tiada perubahan akan berlaku (pada sesi persekolahan akan datang). Sehingga ada pengumuman, apa yang perlu diubah akan disusuli dengan tindakan sewajarnya,” katanya.

    Beliau juga berkata keputusan mengenai PPSMI tidak akan dijalankan atas kepentingan politik, tetapi dibuat secara profesional.

    “Datuk Seri Hishammuddin sendiri mengecualikan diri daripada persidangan meja bulat siri pertama hingga kelima supaya beliau pada peringkat akhir dapat menerima pandangan semua pihak.

    “Jadi saya tidak mahu ada yang sangka bahawa kerajaan membuat keputusan mengenai PPSMI tanpa menerima pandangan pelbagai pihak,” katanya.

    Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan yang turut menyertai persidangan itu, berkata perkara penting yang diambil kira dalam merumuskan pelaksanaan PPSMI adalah untuk memastikan pelajar dapat memahami dan menguasai dengan mudah kedua-dua mata pelajaran terbabit.

    "Ini penting supaya pelajar dapat memahami sepenuhnya konsep pembelajaran Sains dan Matematik, sekali gus meningkatkan kebolehan mereka berfikir dengan lebih kreatif dan inovatif.

    "Penggunaan bahasa Melayu sudah terbukti mampu melahirkan ramai golongan profesional dan saintis sebelum diperkenalkan PPSMI. Di negara maju, contohnya Jepun, Perancis dan Korea, mereka tetap boleh membangun walaupun menggunakan bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada Berita Harian.

    Beliau berkata, pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris pula boleh terus dipertingkatkan menerusi pendekatan lain, seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), selain memantapkan penguasaan bahasa itu oleh tenaga pengajar.


  • http://www.bharian.com.my/

    Terpulang kepada Iraq hukum wartawan: Rumah Putih

    WASHINGTON: Rumah Putih hari ini berkata, terpulang kepada pemimpin Iraq untuk menghukum wartawan tv negara itu yang melempar kasut ke arag Presiden George W Bush pada lawatannya ke Baghdad, kelmarin.

    "Presiden percaya Iraq sebagai negara berdaulat dan demokrasi mereka mempunyai undang-undang untuk diikuti," kata jurucakapnya, Dana Perino.

    Muntazer al-Zeidi, 29, dianggap 'hero' oleh dunia Arab selepas insiden melemparkan kasutnya ke arah Bush ketika mengadakan sidang akhbar sempena lawatan perpisahannya ke Iraq, Ahad lalu.

    Al-Zeidi yang melompat dengan berteriak 'anjing' kepada Bush sebelum melamparkan kasut kepada pemimpin Amerika itu.

    Kerajaan Iraq dalam reaksinya menyifatkan al-Zeidi sebagai 'amat memalukan' dan meminta majikannya yang berpangkalan di Mesir agar memohon maaf.

    Abang Zeidi, Durgham berkata, Zeidi dibawa ke hospital Baghdad dengan tangan, mata dan kakinya patah serta luka akibat dipukul anggota pengawal keselamatan Bush.

    Jabatan Negara Amerika pula selepas itu mengeluarkan kenyataan yang mengutuk sekiranya benar wartawan berkenaan dipukul dan dicederakan oleh pengawal Presiden.

    Perino juga berkata, Bush berpuas hati dengan langkah keselamatan yang diberikan kepadanya oleh Agensi Perisikan Negara.

    "Presiden tidak marah berikutan kejadian itu. Ia tidak lebih daripada sepasang kasut," katanya. - AFP

    Monday, December 15, 2008

    Aku tak dapat raya

    Alhamdulillah..pada hari ini (14 Disember 2008) aku selamat kembali ke kampus selepas 1 minggu bercuti sempena hari raya Aidil Adha.

    Sebagaimana yang aku bagitahu dalam catitan pulang beraya, Aidil Adha tahun ini tidak lah semeriah tahun-tahun sebelum ini kerana tahun ini kakak sulong tidak bersama kerana suaminya kena bekerja lagipun beliau baru sahaja melahirkan orang baru

    Tahun ini juga aku tak dapat menyambut hari raya kerana bila sampai sahaja ke kampung, badan aku terasa panas pada sebelah malamnya, nasib baik lah aku sempat juga keluar bersama kawan-kawan ke Tesko malam itu.

    Badan ini rasa lemah sangat, pada waktu malam aku tak dapat lelapkan mata kerana dalam kepala ini terasa bising sangat, macam ada orang yang bercakap sesama sendiri, pening dan muntah-muntah. Aku tak tahu kenapa semasa demam aku tidak boleh makan apa-apa lauk dan nasi, rasa macam nak muntah dan ia memang berlaku jika aku makan juga.

    jadi apa yang aku lakukan ialah makan makanan ringan sahaja, seperti roti cicah gulai tetapi aku sempat makan sekeping sahaja kerana deria rasa aku hilang, tak dapat menikmati rasa sesuatu makanan. Tapi tak apa lah anggaplah ia sebagai alas perut.

    Sepanjang demam aku tak boleh berdiri lama atau tegak, badan rasa nak baring sahaja. Aku tak dapat buat apa-apa pun melainkan tidur walaupun aku rasa sangat-sangat rugi.

    Aku telah terlepas banyak perkara seperti malihat Korban dan seperti biasa yang aku lakukan iaitu mengambil daging untuk dibawa pulang. Selain itu aku terlepas untuk bersama ADUN Bunut Payong dalam majlis korban pada raya kedua, pastu berjalan-jalan kerumah teman dan lain-lain laigi.

    aku memohon maaf kepada sahabat-sahabat kerana tak dapat hadir kerumah dan kepada Ust Nasaruddin maaf tak dapat hadiri program itu dan kepada mereka yang menghantar sms maaf sebab tak dapat membalas mesej kerana mood aku tak da semasa demam.

    Aku menganggap sakit ini sebagai hikmah kerana Allah memberi rehat kepada aku, kalo tak demam memang tiap-tiap hari aku keluar tak balik-balik dan Allah nak memunjakkan kasih sayang mak dan ayah kepada aku bagaimana diorang membawa aku ke hospital dan melayan karenah aku semasa dalam demam yang susanh nak makan.

    Saya bukan gengster

    http://www.hmetro.com.my/

    KUALA LUMPUR: Di sebalik gemerlapan dunia hiburan, penyanyi dan pelakon, Awie, yang kini berpangkat Ayahanda dalam Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), terpalit dengan kontroversi apabila dicop kepala samseng ala kongsi gelap yang dinamakan Kumpulan Naga.

    Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 40, dikatakan menuntut layanan istimewa ala kepala gengster, selain mengutip wang keahlian RM3,600 bagi setiap ahli baru.

    Penyanyi rock yang mencapai kegemilangan bersama kumpulan Wings pada lewat 1980-an itu dikaitkan dengan kegiatan samseng, memakai baju lambang naga bersama ahli kumpulannya serta berlagak seperti ketua kongsi gelap apabila duduk di kerusi besar ketika bermesyuarat manakala ahli lain perlu berdiri.

    Malah, kedudukan beliau sebagai Ayahanda dalam Pekida juga dipertikaikan oleh sesetengah pihak.

    Bagi mendapatkan kepastian terhadap dakwaan itu, Metro Ahad menemui pelakon watak antagonis filem Antoo Fighter yang kini ditayangkan di pawagam, sekali gus buat pertama kalinya Awie mendedahkan pada umum mengenai pembabitannya dalam Pekida.

    Ikuti penjelasan Awie kepada wartawan Metro Ahad, ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan SHAMRAN SARAHAN.



    “JANGAN fitnah saya begini, saya bukan orang tepi jalan. Saya dah okey. Saya memilih menyertai Pekida untuk mengajar saya menjadi penyabar.

    “Di bawah majlis saya, saya dilantik sebagai ayahanda pengerusi di Ukay Perdana.

    “Apa yang kita lakukan, kita menjaga kebajikan jemaah, daripada segi silaturahim, ekonomi dan kebajikan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

    “Orang kata saya samseng, saya tak akan cakap apa. Perbuatan lebih logik daripada bercakap. Orang boleh cakap apa saja.

    “Saya akan buktikan dengan cara saya, bukan dengan cakap saja. Biar semua orang di bawah (ahli Pekida) dapat informasi sebenar.

    “Saya terkejut dapat berita ini. Saya sudah tunjukkan dan buktikan saya tidak terbabit dengan pelbagai dakwaan yang dilemparkan.

    “Saya tidak tahu bagaimana boleh timbul dakwaan saya ketua kumpulan Dragon (Naga),” katanya.

    Awie turut mengandaikan namanya dikaitkan sebagai kepala Kumpulan Naga kerana dulu beliau pernah menyertai kelab motosikal, Dragon Malaya.

    “Apabila terpaut dengan nama ini (Naga), saya ambil kesempatan pakai nama itu buat kumpulan bersama Man Kidal, Yan dan Jojet. Selepas itu keluar pula (album Wings) Naga Keramat.

    “Apa salah orang nak pakai naga. Di merata tempat ni orang pakai lambang naga untuk pelbagai tujuan.

    “Saya orang paling taat (Pekida). Saya ikut apa saja yang saya belajar. Saya tak pernah lari daripada kebenaran,” katanya.

    Awie menjelaskan, dia menyertai Pekida di atas hasrat untuk bersatu padu dalam satu pertubuhan Melayu yang memperjuangkan hak dan kebajikan di atas nama Islam.

    “Saya duduk dalam Pekida nak bersatu dengan orang Melayu, bukan nak menghancurkan.

    “Macam mana dia (pihak berkenaan) boleh cakap saya duduk macam raja (duduk di kerusi khas dan orang lain perlu berdiri).

    “Ini semua tidak betul. Tidak pernah saya buat macam tu. Gila ke?

    “Apa yang dikatakan saya duduk di kerusi besar, kepala gengster? Saya pakai topeng pun orang kenal, itu Awielah. Gila saya nak buat!” katanya.

    Menceritakan sejarah pembabitannya dengan Pekida, Awie berkata, dia mula menyertai Pekida pada 2001 dan bermula dari bawah hingga dilantik sebagai Abang Long dan Ayahanda.

    “Saya dinaikkan oleh Majlis Tertinggi pada 2004 sebagai Ayahanda.

    “Saya tolak pada mulanya, tapi kerana hormat pada Ayahanda Haji Malik Ranting dan Ayah Pa, saya terima.

    “Saya ada watikah (pelantikan sebagai Ayahanda) dan saya boleh buktikan. Saya tak pernah minta dengan sesiapa,” katanya.

    Awie berkata, sebagai artis, lingkungan kehidupannya adalah di kelab malam dan pentas, namun apabila menghadiri majlis tertentu anjuran Pekida, beliau amat berdisiplin.

    “Saya boleh buktikan dengan gambar, aktiviti yang pernah saya lakukan. Saya terbabit dengan aktiviti kebajikan anak yatim, membantu sekolah agama di Johor.

    “Adakah pihak berkenaan (yang menuduh) ambil peduli atau membantu semua ini?

    “(Dakwaan) itu memfitnah dan menganiaya saya. Bagaimana orang boleh berkata mengenai saya, sedangkan saya tak pernah jumpa mereka seumur hidup.

    “Mereka tak tahu apa gerakan dan aktiviti yang saya lakukan selama bersama Pekida,” katanya.

    Menurut Awie, beliau teraniaya dengan pelbagai fitnah hingga pernah ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan pelakuan jenayah.

    “Hidup saya memang teraniaya dengan benda-benda macam ini.

    “Pernah satu ketika saya diambil pada jam 1 pagi oleh polis kerana 10 orang yang ditahan di lokap ‘petik’ (kaitkan) nama saya.

    “Saya tak kenal pun siapa mereka. Apabila saya jelaskan keadaan sebenar, baru saya dilepaskan dan polis pun faham.

    “Ia menjadi tanda tanya kenapa mereka ‘petik’ nama saya.

    “Kalau betul tuduhan yang dilemparkan kepada saya, saya sanggup koyak kad keahlian. Selama ini saya dikenali pun bukan kerana Pekida.

    “Saya selesa dengan hidup saya. Saya sayangkan Pekida. Kalau pentadbir (Pekida) tidak okey, saya masih dengan Pekida. Namun dengan cara dan permainan saya.

    “Kalau orang kata Pekida jahat, saya kata tidak.

    “Inilah pertubuhan yang menyatukan anak Melayu. Kalau nak mempolitikkan NGO, inilah jadinya,” katanya.

    Berhubung dakwaan bahawa beliau meminta diberi penghormatan layanan berstatus Ayahanda sebagai syarat menghadiri Perhimpunan Agung Pekida Ke-15, Awie berkata:

    “Memang saya Ayahanda, apa mereka cerita? Mereka gila ke apa?

    “Saya masuk Pekida kerana jalan ini yang saya suka. Mereka memburukkan saya untuk mencari nama dalam Pekida, mereka ini dayus.

    “Kenapa tak berdepan dengan saya? Kenapa mesti memfitnah?

    “Saya tak pernah buat permintaan itu. Lan Gajah (Pengerusi Pekida Daerah Bukit Bintang, Roslan Dahaman) yang telefon saya, tetapi saya tak dapat nak pergi.

    “Dia (Lan Gajah) tawarkan untuk bawa wakil sebagai ahli keselamatan.

    “Ketika itu saya tak dapat hadir kerana ada di luar kawasan.”

    Awie berkata, beliau berpegang pada amalan berbaik dengan semua orang dan menjauhi penganiayaan terhadap hidup orang serta jangan menyusahkan hidup orang.

    “Kalau baik dengan orang, orang akan bantu kita dan dari situ datangnya ekonomi. Kalau kita hidup susah, adik beradik lain akan membantu.

    “Kalau seorang bagi seringgit, 10 orang sudah 10 ringgit, kalau 100 sudah 100 ringgit.

    “Jadi, ekonomi kita dapat dibantu kalau dalam keadaan terdesak.

    “Apa yang diminta Allah di akhirat nanti adalah kebajikan kita.

    “Kita ada sekolah agama yang dibantu, ahli majlis bersatu. Anak yatim yang patut diraikan, kita raikan,” katanya.

    Menteri Alam Sekitar persenda Bush

    POZNAN: Mesyuarat peringkat menteri berhubung perubahan iklim di bandar raya Poland ini semalam menyaksikan Presiden George W Bush bukan saja dikecam tetapi menjadi bahan ketawa.

    Mesyuarat anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu tidak langsung memberi penghormatan kepada Bush yang akan berundur bulan depan selepas lapan tahun di Rumah Putih.

    "Saya tidak tahu bagaimana nak menyatakannya tetapi berbanding presiden sebelumnya yang kuno, kemunculan Barack Obama adalah satu sebab bagi kita untuk mengadakan perayaan," kata pakar ekonomi iklim, Nicholas Stern.

    "Selamat tinggal, George," katanya disambut sorakan hadirin.

    Menteri Alam Sekitar Afrika Selatan, Marthinus van Schalkwyk berkata:

    "Ia adalah tempoh lapan tahun yang menyukarkan. Tempoh pentadbiran Bush adalah bencana kepada perubahan iklim," katanya kepada AFP. Bush dibenci pencinta alam sekitar kerana menolak Protokol Tokyo yang bertujuan menangani fenomena pemanasan global.


    Setiausaha agung PBB, Ban Ki-moon turut tidak dapat menyorok kehampaan terhadap pentadbiran Bush. "Mereka seharusnya lebih proaktif dengan menyertai Protokol Tokyo," katanya.

    Duta Iklim Perancis tidak mahu secara terang mengecam Bush tetapi berselindung di sebalik cerita lawak yang pernah didengarnya.

    Katanya: "Seorang lelaki ke Rumah Putih bertanyakan kepada pengawal untuk jumpa Bush. Beliau diberitahu bahawa Bush tidak tinggal situ lagi.

    "Dua hari kemudian beliau sekali lagi ke Rumah Putih dan meminta untuk berjumpa Bush. Pengawal itu memberi jawapan yang sama. Pada hari keempat beliau datang lagi dan pengawal dengan nada marah berkata berapa kali saya mahu memberitahu awal Bush tidak lagi tinggal di sini.

    "Saya tahu, saya tahu tetapi seronok saya mendengar Bush tidak lagi menginap di Rumah Putih." � AFP

    Ratusan ribu penyokong Hamas rai ulang tahun


    PENYOKONG berarak sambil mengibar bendera Hamas di Bandar Gaza, semalam.

    Penduduk kibar bendera pergerakan di Bandar Gaza

    BANDAR GAZA: Puluhan ribu penyokong Hamas memenuhi Bandar Gaza semalam bagi meraikan ulang tahun ke-21 penubuhan pergerakan Palestin yang menguasai Semenanjung Gaza sejak tahun lalu.

    Bas yang dipenuhi penduduk memenuhi bandar itu sambil mengibarkan bendera hijau Pergerakan Perjuangan Islam.

    "Hamas sudah berubah daripada zaman menggunakan batu sebagai senjata kepada penggunaan senjata api dan roket, daripada jumlah penyokong hanya beberapa ribu orang kepada jutaan dari negara Arab dan di seluruh dunia; ia juga berjaya memerangi keganasan Israel," kata seorang daripada pegawai kanan pergerakan itu di Gaza, Mahmud Zahar, di dalam laman web Hamas.

    Hamas menang kecil dalam pilihan raya parlimen Palestin pada Januari 2006 tetapi tetap disenaraihitamkan sebagai 'organisasi pengganas' oleh Kesatuan Eropah (EU), Amerika serta Israel.

    Stesen televisyen Hamas menyatakan jumlah penduduk yang berhimpun di Dataran Katiba di pusat bandar itu kepada ratusan ribu orang.

    Pemimpin Hamas di Gaza, Ismail Haniya, dijangka memberi ucapan sempena perhimpunan itu yang dipercayai diadakan bagi menunjukkan kekuatan sokongan terhadap mereka kepada pesaing mereka iaitu pergerakan Fatah pimpinan Presiden yang berkuasa di Tebing Barat, Mahmud Abbas.

    Haniya dijangka akan menetapkan pendirian Hamas dalam rundingan damai dengan Israel yang bermasalah selama enam bulan. Pergerakan itu menuduh Israel gagal memenuhi permintaan mereka iaitu mengurangkan sekatan yang melumpuhkan bantuan terhadap Gaza menyebabkan mereka enggan memenuhi rundingan damai itu.

    "Tidak perlu lagi melanjutkan rundingan damai apabila musuh tidak lagi menghormati rundingan itu, malah terus mengepung Gaza," kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum. � AFP

    http://www.bharian.com.my/

    Rombakan subjek akademik


    Datuk Alimuddin Mohd Dom


    Ilmu komunikasi pelajaran berteras kesenian diperkenal di sekolah rendah

    http://www.bharian.com.my/

    KUALA LUMPUR: Beberapa mata pelajaran bersifat akademik di sekolah rendah akan digugurkan dan digantikan subjek baru yang memberi penekanan terhadap latihan amali selaras dengan transformasi sistem pendidikan yang akan dilaksanakan mulai 2010.

    Mata pelajaran baru yang akan diperkenalkan termasuk komunikasi dan subjek berteras kesenian, seperti drama serta tarian.


    Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian bagaimanapun belum memuktamadkan mata pelajaran yang akan digugurkan kerana kajian mengenainya masih dijalankan.

    "Ia akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Langkah memperkenalkan subjek baru bersifat praktikal ini bertujuan menilai kebolehan pelajar secara lebih menyeluruh serta adil dan bukannya berdasarkan peperiksaan semata-mata.

    "Ia bagi menyamaratakan peluang antara pelajar bandar dan luar bandar mencapai kecemerlangan lebih seimbang, selain memastikan pelajar seronok mengikuti pembelajaran serta tidak dibebani pelajaran tidak perlu," katanya kepada Berita Harian, semalam.


    Beliau mengulas pengumuman Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Dewan Rakyat, Khamis lalu, mengenai transformasi pendidikan pada peringkat sekolah rendah yang bakal dirintis mulai 2010.

    Hishammuddin berkata, rombakan yang menjadi sebahagian agenda utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) itu akan diteliti pihak berkepakaran secara holistik dan antara aspek ditekankan ialah mengenai sejarah negara.

    Mengulas lanjut, Alimuddin berkata, kementerian juga akan menggubal buku teks baru serta sukatan kurikulum yang lebih relevan.

    Katanya, ketika ini sistem pendidikan sekolah rendah menyenaraikan terlalu banyak mata pelajaran dengan hampir semua subjek teras, wajib dan tambahan bersifat akademik semata-mata.

    Alimuddin berkata, transformasi yang dilakukan itu bukan saja akan memberi wajah baru kepada sistem pendidikan rendah negara, malah bakal memupuk bakat serta kecenderungan pelajar yang tidak terhad kepada akademik semata-mata.

    "Objektif utama transformasi ini adalah bagi menghasilkan modal insan yang mempunyai lebih ketrampilan, daya saing dan keyakinan diri yang tinggi, di samping mampu menempatkan diri mereka dalam suasana dunia lebih mencabar nanti.

    "Oleh itu, penggunaan sistem penilaian berdasarkan Nilai Gred Purata Komulatif (CGPA) atau sistem pengumpulan mata seperti dilaksanakan institusi pengajian tinggi (IPT) akan diperkenalkan mulai 2010 dengan markah yang diperoleh murid dari Tahun Satu hingga Enam dikumpul dan dikira bagi menentukan pencapaian pelajar," katanya.

    Beliau berkata, kementerian sudah memulakan projek perintis bagi memperkenalkan transformasi itu di 50 sekolah rendah terpilih sejak pertengahan tahun ini, manakala 500 sekolah lagi akan memulakan program itu mulai tahun depan.

    "Walaupun program perintis sudah dilaksanakan di sekolah terpilih, ia hanya membabitkan sebahagian transformasi yang digariskan dan segala kelemahan yang dikesan akan diperbaiki sehingga ia dilaksanakan di semua sekolah mulai 2010," katanya.

    Alimuddin berkata, modul latihan di institut pendidikan guru (IPG) juga dirombak selaras dengan perubahan itu.

    Parlimen Thai bakal memilih PM baru hari ini

    BANGKOK: 'Peperangan' politik Thailand hari ini akhirnya berpindah dari perhimpunan jalanan dan lapangn terbang ke Parlimen, bagi memilih Perdana Menteri baru negara itu, hari ini.

    Parlimen yang bersidang akan mengundi hari ini, selepas politik Thai dicemari dengan insiden perhimpunan antikerajaan yang berlarutan hampir sebulan.

    Parti Demokrat, yang gagal berkuasa dalam kerajaan sejak lebih lapan tahun, dikatakan yakin mendapat sokongan penuh ahli Perlimen untuk mengundi ketua parti itu, Abhisit Vejjajiva sebagai Perdana Menteri baru.

    Lulusan Oxford itu dijangka berdepan dengan saingan Parti Kuasa Rakyat (PPP), yang dipengaruhi bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang turut mendakwa mempunyai undi mencukupi untuk calon mereka, Pracha Promnok, bekas ketua polis negara itu. - AP

    http://www.bharian.com.my/

    Parlimen Thai bakal memilih PM baru hari ini

    BANGKOK: 'Peperangan' politik Thailand hari ini akhirnya berpindah dari perhimpunan jalanan dan lapangn terbang ke Parlimen, bagi memilih Perdana Menteri baru negara itu, hari ini.

    Parlimen yang bersidang akan mengundi hari ini, selepas politik Thai dicemari dengan insiden perhimpunan antikerajaan yang berlarutan hampir sebulan.

    Parti Demokrat, yang gagal berkuasa dalam kerajaan sejak lebih lapan tahun, dikatakan yakin mendapat sokongan penuh ahli Perlimen untuk mengundi ketua parti itu, Abhisit Vejjajiva sebagai Perdana Menteri baru.

    Lulusan Oxford itu dijangka berdepan dengan saingan Parti Kuasa Rakyat (PPP), yang dipengaruhi bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang turut mendakwa mempunyai undi mencukupi untuk calon mereka, Pracha Promnok, bekas ketua polis negara itu. - AP

    http://www.bharian.com.my/

    Sunday, December 7, 2008

    Catitan balik Kampung Sempena Aidil Adha

    Syukur alhamdulillah pada pagi 6 Disember 2008 aku kembali ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama-sama keluarga tercinta walaupun kakak sulong tidak dapat bersama kerana kakandanya terpaksa bekerja pada hari raya kedua, tetapi itu tidak menjadi sebab untuk saya beraya di negeri sendiri.

    Tahun ini aku balik bersama sepupu perempuan yang bekerja di Serdang memandangkan dia selalu balik keseorangan apa gunanya saudara yang berada tidak jauh . Pelbagai cabaran yang kami tempuhi sebelum tarikh 5 Disember tiba satunya semasa hendak membeli tiket. Baru je seminggu dari bulan November, tiket bas ekspress sudah habis di hentia Putra, nak tak nak terpaksa la beli bas tambahan.

    Selepas itu kami diberi ujian daripada kawan-kawan yang tinggal di negri-negeri yang tidak terlibat dengan banjir. Mereka kata “ Tak yah balik lah, kampong ko banjir tak leh nak raya gak…” he..he… betuah punya kawan. Tapi nasib baik aku tinggal di Kota Bharu yang Alhamdulillah tidak dilanda banjir.

    Kawasan yang agak teruk dilanda banjir seperti Kuala Krai, Kawasan-kawasan yang berdekatan dengan sungai Golok seperti pengkalan Kubur dan Rantau Panjang, Tahan Merah dan lain-lain lagi.

    Pada 5 Disember 2008 iaitu hari jumaat aku bertolak daripada rumah pukul 6petang, aku dihantar oleh sahabat serumah dengan menaikit motor nya ke stesen Komuter Bangi. Dari situ aku berjumpa dengan Anuar pelajar Dip. Tahfiz yang juga warga Kelantan,Pasir Tumboh dan seorang lagi sekampung yang aku tak pasti namanya.

    Dalam komuter penuh sesak dengan orang ramai, hampir-hampir aku tak dapat keluar tetapi Alhamdulillah Allah mengizin kan aku keluar di perhentian stesen Putra pada tepat jam 7 petang dan aku bersama kawan solat maghrib di stesen tersebut.

    Selepas solah aku terus ke terminal kerana sepupu aku sudah lama menunggu kerana beliau bertolak dari Serdang jam 5.30petang lagi. Sampai disana kami makan malam bersama walau pun aku tak cukup duit nak beli air, ingat kan dia faham yang aku tak ada duit last-last beli kat dia sorang je. Tetapi tak apa aku masih simpan duit untuk memberli air botol 100Plus untuk bekalan diatas bas.

    Selepas itu aku solat isya’ di surau terminal berjemaah kemudian terus kembali di tempat me nunggu takut tak jumpa tempat menunggu bas. Perhentian Bus tambahan ini tidak sama dengan bas ekspress kerana kena tunggu di luar terminal. Jangkaan aku memang betul kerana terpaksa berlari kesana-sini menanyakan orang tempat menunggu sebenar, dahla waktu naik iaitu pukul sembilan dah dekat.

    Aku menelefon Affendi iaituseorang pekerja Transnasional yang bertanggungjawab terhadap bas tambahan ini. Semasa aku menelefon beliau line masa tu tak jelas aku tak dapat mendengar maklumat yang diberitahu. Selepas itu aku ke kaunter takut-takut beliau atau orang-orang nya ada disana. Alhamdulillah aku terjumpa agennya dan beliau member tahu tempat menunggu di depan Kondominium diluar terminal.

    Aku kembali di tempat sepupu aku selepas aku tinggal kan dia sekejap he..he.. untuk mencari tempat. Satu lagi ujian aku selepas selepas 1jam kami tunggu bas masih tidak tiba-tiba, kami mula gelisah, sepupu aku yang bernama Ct Nur Fadilah (Kak Ti) anak sulong dari mak saudara ke 3 sebelah mak itu menanyakan kan aku betul ke tak tiket ni dan ejekan orang luar yang mengakatan orang Kelantan tak boleh balik kerana banjir..kurang asam..

    Alhamdulillah akkhirnya penantian kami berakhir iaitu bas yang ditunggu telah sampai pada jam 10malam dan tahun ini kami naik bas tentera (ATM) untuk pulang ke kampung. Pada awal perjalana kami masih lagi berbual setelah beberapa minit kami mula buat kerja sendiri iaitu…tido..

    Sepanjang perjalanan kami merentasi ujan renyai hinggalah sampai di hentian Merapoh aku keluar keseorangan untuk makan, baru aku tahu tidur nipun mengakibatkan lapar gak ek. Aku pergi berseorangan kerana kakti syok dengan tidurnya..lantak dia la.

    Selepas 40 minit, bas menyambung perjalanannya dan Alhamdulillah pada pukul 3.45 kami telah memasuki sempadan Negeri Kelantan iaitu Gua Musang kemudian pada pukul 7 pagi kami sampai di Kota Bharu walaupu pada mulanya kami tak sedar sehinggalah Driver bas bengang dengan membunyikan Hon. Kami turun dan menunggu bapa masing-masing dan alhmdulillah masing-masing selamat sampai kerumah.