Friday, May 23, 2008

Ramai ahli UMNO hipokrit – Rafidah

KOTA BHARU 23 Mei – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz hari ini menyelar ahli-ahli yang bersikap hipokrit sehingga menyebabkan parti itu berterusan dilanda pelbagai kemelut.

Menurut Rafidah, sikap ’yes boss’ anggota parti yang mengiakan setiap keputusan dan kata-kata pemimpin walaupun mereka sebenarnya tidak sependapat, menyumbang kepada masalah yang bertimpa-timpa dihadapi parti ketika ini.

Dengan sikap sebegitu, katanya, tidak wajar dipersalahkan sepenuhnya Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atas kekalahan besar parti pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

``Tidak patutlah kalau nak salahkan presiden semata-mata sehingga suruh dia letak jawatan. Ahli UMNO ni ramai yang hipokrit, sebab itulah nakhoda tidak tahu mana nak pergi, dia ingat semua nak pergi satu tempat kerana di depan mereka kata ya, tak pernah ditegur, tapi belakang pula kata lain.

``Bila timbul masalah, suruh tukar nakhoda. Tak bolehlah setiap kali kapal nak karam, kita angkat nakhoda buang ke laut,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan Wanita UMNO Kelantan di sini hari ini.

Rafidah berkata, pelbagai kemelut yang berlaku dalam UMNO kini memberi isyarat kepada anggotanya bahawa sudah tiba masanya mereka berubah dan lebih ikhlas dan berani dalam perjuangan.

``Hakikatnya tidak ada sesiapa yang berani cakap perkara yang menyakitkan hati ketua mereka. Ada yang berani tegur malangnya kalau ketua mereka sakit hati, terimalah padahnya, tapi yang pentingnya, perlu ikhlas dalam perjuangan.

``Ketua pun kenalah terima teguran anak buah dan anggap itu teguran membina. Dua-dua pihak sepatutnya lebih terbuka. Tapi cara tegur tu kenalah betul,” katanya.

Menyentuh isu peralihan kuasa, Rafidah berpendapat ahli UMNO tidak wajar terlalu mendesak dan seharusnya menyerahkan soal bila ia akan berlaku kepada pertimbangan Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

``Kita janganlah nak letak banyak sangat syarat, biar orang nombor satu parti dan nombor dua berunding sebaik mungkin, mereka faham apa yang perlu dilakukan.

``Kalau sememangnya ada peralihan kuasa, biar mereka yang tentukan. Itu yang sebaiknya untuk parti, bukan baik untuk individu,” katanya.

Mengulas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar UMNO pada Isnin lepas sambil menggesa anggota parti itu mengikut jejaknya, Rafidah berkata, beliau yakin ahli lebih setia kepada parti berbanding kepada individu.

Menurut beliau, tindakan Dr Mahathir itu sesuatu yang mendukacitakan kerana sanggup menyanggah prinsip setia kepada parti seperti yang pernah diajarnya ketika memimpin parti.

``UMNO lah yang bawa dia sampai ke puncak sehingga menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Apa yang berlaku ini bukan salah UMNO tapi masalah kita yang ada di dalam parti ini.

``Kita ikut ajaran Tun (Mahathir) supaya kita setia kepada parti, tetapi dia sendiri tidak buat. Bagaimanapun, kita tidak bimbang anggota UMNO akan ikut keluar parti kerana mereka setia kepada UMNO,” katanya. – BERNAMA.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0523&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

Thursday, May 22, 2008

Keluar Tengok Bola Waktu Malam

Pada 22mei 2008, macam orang-orang muda yang lain, kami juga turut tidak terkecuali untuk merayap waktu malam, paham-paham saja la bila tinggal di luar kampus. Saya, Din.Suhaimi Dan Zubair keluar pada pukul 2pagi ke kedai Mamak Hj.Tapah untuk tengok bola.

Apabila kami sampai disana, hampir-hampir tidak kesampaian untuk tonton bola kat situ,tapi rezeki kami apabila pelayan-pelayan mamak tambah meja dekat belakang,depan dapur.tapi takapa bola punya pasal.

Bila duduk je kami oder minuman, saya teh tarik,Din Susu suam, Suhaimi The Limau Suam dan Zubair Cincau tin.Masatu rancangan dah “start” tapi banyak orang cakap-cakap dalam TV tu. Kami menuggu sampai pukul 3pagi baru perlawanan bermula.

Kami menonton tetapi mung kerana terlalu boring atau ada diantara kami yang tidak minat bola, tersengguk nasib baik tak jatuh. Tiba-tiba bunyi “Gollll” hoh M.U dah berjaya jaringkan bola kapada Liver Pool.

Kami segar buat seketika, apabila sampai pukul 3.30pagi,masing-masing dah mula layu, pandang muka masing-masing last-last balik tidur yang sepatutnya habis selepas 2jam perlawanan bermakna pukul 5pagi.

Tapi disebabkan terlalu mangatuk kami balik awal,nasib baik sempat sembahyang subuh pastu tidur sampai pukul 10pagi. Tetapi saya pagi tu ada perjumpaan pelajar usuluddin pada jam9 nasib baik sedar.









Tuesday, May 20, 2008

Sejarah Gerakan Mahasiswa Islam

Mahasiswa merupakan pewaris kepimpinan negara dan masyarakat. Sejarah membuktikan keperkasaan, keaktifan dan sifat progresif gerakan mahasiswa telah membuahkan hasil yang cukup lumayan bagi sesebuah negara pada masa depan.


Mahasiswa dilihat pendokong utama ke arah reformasi masyarakat melalui revolusi dan secara evolusi melalui penyertaan dalam pentadbiran negara. Sebagai anak muda yang mempunyai sifat kreatif, jiwa memberontak dan bersifat tergesa-gesa akan membentuk keperibadian mahasiswa yang menongkah arus dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengubah sistem yang bobrak dan korup.


Mahasiswa pengubah sistem. Itulah mitos mahasiswa dalam perjuangan mereka dan khayalan ini akan disedarkan selepas mereka keluar dari alam kampus.


Gerakan Mahasiswa Islam (GMI) bukanlah wadah pinggiran dalam perjuangan sosial, politik dan dakwah seantero dunia. Di Afghanistan, mahasiswa Islam telah menewaskan golongan Sosialis dalam pilihanraya kampus dan mempelopori penubuhan pasukan pejuang Mujahidin melawan Rusia. Ketua Ikhwanul Muslimin Afghanistan, Ahmad Niazi dan mahasiswa Islam Universiti Kabul mula mengerakkan kelompok pelajar Islam yang dikenali Juanan Muslim (kemudian dikenali Jamiyyah al Islamiyyah) pada tahun 1969.


Pada tahun 1972, kelompok pelajar Islam berjaya menguasai kerusi di Dewan Mahasiswa Universiti Kabul dan ia telah menakutkan pendokong Komunis dan Sosialis di Afghanistan. Pada tahun 1975, Mohamad Daud mempenjarakan Ahmad Niazi dan tindakan kejam rejim ini menyebabkan ramai pemimpin pelajar termasuk Rabbani dan dan Sayyaf melarikan diri ke Pakistan. Di Mesir pula, mahasiswa Ikhwanul Muslimin telah berjaya mengalahkan golongan nasionalis di Universiti Fuad I.


Di Malaysia, kebangkitan mahasiswa Islamis berputik pada awal tahun 1970an tetapi mula mengancam survival politik golongan nasionalis pada awal 1980an. Bermula awal tahun 1990an, GMI mula mendominasi politik kampus di hampir setiap universiti di Malaysia. Walaupun disekat dengan pelbagai formula, GMI di Malaysia terus meredah ranjau perjuangan semampu yang terdaya.


Di sini, penulis menukilkan sejarah awal perjuangan mahasiswa Islamis di kampus untuk memasyarakatkan masyarakat kampus dengan suluhan Islam. Penulis juga memaparkan pengolakkan antara proksi GMI dan kebangkitan dinasti kepimpinan ulama dalam politik kampus.


Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) diwujudkan pada pertengahan tahun 1950an hasil inisiatif Syed Muhamad Naquib al Attas, seorang pelajar Islam di Universiti Malaya, Singapura. Walau bagaimanapun, peranan PMIUM mula menonjol dan rancak apabila Universti Malaya berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur. Pada tahun 1960, PMIUM di bawah pimpinan Hussein Ahmad berjaya mendapat tanah untuk Masjid Ar-Rahman yang telah dibina pada tahun 1963.


Pada tahun 1962, PMIUM bergabung di bawah PKPIM dengan menubuhkan Badan al Rahmaniah atau Badan Dakwah dan Kebajikan Islam SeMalaysia. Sebelum terlaksananya AUKU, PMIUM adalah badan pelajar berautonomi dan tidak bernaung dibawah PMUM. Justeru, ia bergerak bebas tanpa terikat dengan dasar PMUM yang dikuasai oleh mahasiswa sosialis.


Pada tahun 1964, Syed Naquib pulang ke Tanah Air dan menjadi pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu. Kepulangan Syed Naquib merancakkan lagi kegiatan PMIUM apabila beliau cuba menyerap idea ‘faham Islam’ ke dalam pemikiran pelajar. Beliau telah berjaya menangkis hujah yang dikemukakan oleh golongan Sosialis dan Nasionalis dalam beberapa perdebatan ilmiah.


Syed Naquib semasa menjadi pensyarah di UM dilihat sebagai mentor kepada pelajar Islamis dimana setelah kuliah ramai pelajar Islamis berkumpul di pejabat atau rumah beliau. Beliau juga merupakan antara tokoh utama mempengaruhi ABIM-PKPIM dan tokoh lagenda gerakan mahasiswa-belia, Anwar Ibrahim. PMIUM cuba melahirkan mahasiswa yang memahami al Quran dan Sunnah yang melaksanakan prinsip Islam dan menyatukan persaudaraan Islam. Pejuangan PMIUM tersebar melalui makalah seperti Suara PMIUM dan Jurnal Sejahtera.


PMIUM adalah pertubuhan pelajar pertama beraliran Islamis di negara ini yang ditubuhkan dengan kaedah yang teratur dan diakui mewakili masyarakat pelajar Islam di kampus terulung negara, Universiti Malaya. Pada 27 Jun 1961, ditubuhkan pula Persekutuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu dan ditukar kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam (PKPIM) pada tahun 1963.


Sebelum terjelmanya AUKU, PKPIM memayungi persatuan-persatuan pelajar Islam di setiap institusi pendidikan tetapi peranan ini mula terhakis selepas AUKU 1975 mewajibkan persatuan berbentuk gabungan nasional dan dianggotai persatuan mahasiswa universiti tempatan perlu dibubarkan. Semua persatuan mahasiswa perlu berada dibawah kawalan universiti yang dikenali sebagai Hal Ehwal Pelajar [HEP].


PKPIM bernasib baik diberi peluang untuk bernafas berbanding rakan-rakan gabungan peringkat nasional seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia [PKPM, ditubuh pada 15 Mac 1958] dan Persatuan Pelajar Asia (ASA) yang telah dimansuh. Aspirasi PKPIM dilanjutkan ke luar kampus dengan penubuhan ABIM pada Muktamar PKPIM ke 10 pada tahun 1971.


Peningkatan kesedaran Islam pada awal tahun 1970an telah meletakkan PMIUM sebagai wadah penting dalam perjuangan Islam di kampus. Walau bagaimanapun, PMIUM bukanlah satu kuasa politik yang mendominasi politik kampus sebagaimana Kelab Sosialis semasa zaman keagungan gerakan mahasiswa pada awal dan pertengahan tahun 1970an. PMIUM pada ketika itu bersifat Nasionalis-Islamis yang berjuang untuk kepentingan Islam dan bangsa Melayu termasuk isu bahasa dan kemiskinan.


Siddiq Fadil Presiden PMIUM sesi 1972/73 telah berjaya mengikis semangat nasionalisme sempit dan mengarahkan semangat tersebut mengikut perspektif Islam. Kewujudan golongan Nasionalis-Islamis ini mestilah dibuktikan dengan komitmen yang tegas termasuk pelaksanaan Islam sepenuhnya serta mengamalkan amal Islami secara bersungguh-sungguh.


Oleh sebab itu, PMIUM cuba menghalang upacara kemaksiatan di Universiti Malaya seperti majlis ball night dan unsur judi dalam pestaria. Galangan bersifat anti-maksiat ini mengakibatkan PMIUM ditohmah dengan pelbagai gelaran termasuk fanatik, antisosial, perkauman, jumud dan taklid buta.


Perjuangan Islam PMIUM tidak serasi dengan aktiviti PMUM yang bercorak kebudayaan dan kemaksiatan sehingga berlaku ‘perang dingin’ antara PMIUM dengan PMUM.. Oleh sebab itu, PMIUM disingkir daripada AJK Orientasi sesi 1975/76 dan hanya diterima semula pada sesi 1977/78 tetapi pada sesi 1978/79 sekali lagi PMIUM disingkirkan. Keadaan ini mendorong PMIUM mengubah corak perjuangan dengan memasuki politik kampus agar mereka lebih progresif untuk mengambil alih tampuk pimpinan PMUM.


Cubaan pertama PMIUM untuk memenuhi cita-cita siasah dengan meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kampus. Pada tahun 1977, PMIUM meletakkan calon mereka iaitu Sidek Baba [pensyarah UIA, orang kuat ABIM], Syed Muhamad Dawilah al Idrus [pensyarah USM], Nasaruddin Abdul Jalil dan Naharuddin Abdullah. Namun, hanya Sidek Baba dan Naharuddin Abdullah yang berjaya memenangi kerusi MPP.


Konklusinya, jelaslah bahawa wadah gerakan mahasiswa Islam yang mampu mengepalai pembinaan generasi kepimpinan mahasiswa dan pemimpin masa depan negara yang berpotensi. Karismatik pemimpin mahasiswa Islam wajar digilap dan diberi ruang oleh kerajaan untuk terlibat sama dalam arus perdana perbincangan wawasan pembangunan negara. Pak lah sepatutnya menggunakan kesempatan ini untuk merealisasikan gagasan Islam Hadhari beliau. Peranan mahasiswa Islam perlu meliputi aspek berkaitan soal pendidikan, ekonomi dan sosial masyarakat negara. Mahasiswa Islam wajib tangani permasalah yang berlaku dalam ketiga-tiga aspek itu tadi.


MOHD NAZREE BIN MOHD YUNUS

Yang Dipertua
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya

Saturday, May 17, 2008

Menjadi Ajk Minggu Ta'aruf

Cuti Akhir Semester KUIS masih tinggal 1minggu lagi, saya terpaksa kembali ke Kampus awal kerana terlibat dalam Induksi Minggu Ta'aruf (Orientasi) iaitu pada 7 Mei 2008 sedangkan KUIS buka pada 14 Mei 2008.

Setelah seminggu berinduksi untuk fesilitator, seterusnya tugas pula dijalankan dalam program Minggu ta'aruf. Saya dipilih untuk menjadi Ajk Biro Teknikal & Persiapan, yangmana biro ni berfungsi sebagai membuat persiapan untuk sesuatu majlis atau program, seperti bahan-bahan teknikal atau siaraya, persembahan multimedia dan alatan-alatan keperluan lain.

Saya menghadiri temuduga sebagai Fesilitator hasil dari cadangan dari Presiden MPM dan bukanlah seorang yang mahir dalam bidang pemudahcara ini atau teknikal,tetapi untuk belajar sesuatu yang baru


Didalam biro ini saya diketuai oleh izat pelajar IT semester 4, beliaula yang mengajak saya "join" biro ini kebetulan saya tahu dalam multimedia (Slide & grafik) bersama sahabat-sahabat yang lain Saiful, Din dan Azrul . Selain itu saya juga menjaga bahagian teknikal pentas.


Program ini berlangsung selama 5 hari, Pengarah program ini ialah saudara Afnan yang juga Sekretariat Ta'aruf dan induksi Majlis Perwakilan Mahasiswa. biro-biro dalam program ini ialah teknikal,disiplin,pembangunan insan, Protokol, Makanan, Sukan & Rekreasi dan penempatan.

Begitulah selama 5 hari macam ni la kerja saya, Biro teknikal juga tidak terlibat sebagai Fesilitator tetapi sebagai "backup" jika ada kekurangan Fesi atau apa-apa kecemasan.








Tinggal Di Luar Kampus

Semester 3 sudah bermula, hari ini pendaftran "Course" dan penginapan. Apa yang ingin saya nyatakan disini iaitu saya tidak tinggal diasrama kerana saya telah menyewa rumah dengan 7 orang sahabat. Saya menyewa rumah Vista (lebih kurang rumah Flat dan apartment) di Bandar Baru Sri Putra Mahkota.

Saya memilih untuk tinggal di luar dengan kawan-kawan yang lain adalah kerana ingin mengurangkan kos sara hidup disini, bertepaan pula dengan keluarga saya yang bukan dalam kalangan orang berada.


Kos sewa rumah untuk sebulan ialah RM70 seorang jadi kalo 7 orang berjumlah RM490, keduanya mudah saya untuk keluar masuk, kerana saya selalu terlibat dengan aktiviti luar,dan kadang-kadang habis pada lewat malam.


Walaupun sewa murah tapi ia memakan kos juga pada peringkat awal dengan membeli alat-alat keperluan rumah seperti perabut dan alat letrik yang penting sahaja. Insya'allah selepas ini mungkin ia lebih jimat jika cermat penggunaan alatan keperluan.


Saya ingin merasai pengalaman hidup berdikari, almaklum la saya ni dah semakin berumur sekarang belajar peringkat IPT bukan sekolah lagi, jadi selepas ini akan menjadi masyarakat yang memerlukan banyak ilmu untuk menguruskan hidup, jadi jika tidak mula dari sekarang, bila lagi. :)

Bilik Saya Tingkat 4,Blok L

Rumah Pangsa Vista Seri Putra,Bangi

Pemandangan Dari Koridor


No Bilik


Sungguh Feeling di Koridor


Dapur

Tengah Dinner

Aku Baru Beli Almari Kain Kat Mydin

Wednesday, May 14, 2008

Tinggal Di Luar Kampus

<----(Gambar Iklan je lawa) Semester 3 sudah bermula, hari ini pendaftran "Course" dan penginapan. Apa yang ingin saya nyatakan disini iaitu saya tidak tinggal diasrama kerana saya telah menyewa rumah dengan 7 orang sahabat. Saya menyewa rumah Vista (lebih kurang rumah Flat dan apartment) di Bandar Baru Sri Putra Mahkota.



Saya memilih untuk tinggal di luar dengan kawan-kawan yang lain adalah kerana ingin mengurangkan kos sara hidup disini, bertepaan pula dengan keluarga saya yang bukan dalam kalangan orang berada.




Kos sewa rumah untuk sebulan ialah RM70 seorang jadi kalo 7 orang berjumlah RM490, keduanya mudah saya untuk keluar masuk, kerana saya selalu terlibat dengan aktiviti luar,
dan kadang-kadang habis pada lewat malam.



Walaupun sewa murah tapi ia memakan kos juga pada peringkat awal dengan membeli alat-alat keperluan rumah seperti perabut dan alat letrik yang penting sahaja. Insya'allah selepas ini mungkin ia lebih jimat jika cermat penggunaan alatan keperluan.



Saya ingin merasai pengalaman hidup berdikari, almaklum la saya ni dah semakin berumur sekarang belajar peringkat IPT bukan sekolah lagi, jadi selepas ini akan menjadi masyarakat yang memerlukan banyak ilmu untuk menguruskan hidup, jadi jika tidak mula dari sekarang, bila lagi. :)