Monday, August 4, 2008

Tamrin PKPIM-KUIS

Alhamdulillah hari ini telah selesai satu program latihan untuk kami iaitu tamrin bagi pempinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (PKPIM-KUIS) pada 3 Ogos 2008, bertempat di kelas BT2114, bermula jam 8.30pagi hingga 3.00petang.

Tamrin ini dihadiri oleh Sembilan orang daripada pimpinan PKPIM-KUIS dan kami di beri latihan oleh dua orang daripada pimpinan pusat iaitu Abang Firdaus iaitu Timbalan Presiden PKPIM dan Abang Naim iaitu Setiausaha Agung PKPIM.

Program ini dimulakan dengan ucapan pembukaan atau dipengerusikan oleh Amir kampus dengan memberi kata-kata penghargaan kepada tetamu dan kepada peserta-peserta yang hadir. Seterusnya slot yangmana kami diberi sabatang jarum dan kami dikehendaki supaya mengadap pasangan (mengikut jantina) masing-masing dan seterusnya menyucuk pada pasangan.


Seterusnya ialah slot debat kami dipecah kepada dua kumpulan dan diberi tajuk yang berlawanan, kami dikehandaki berdebat tentang kebebasan mahasiswa untuk menyertai mana-mana Ngo,persatuan dan parti politik atau bebas untuk buat apa sahaja tiada had dan sekatan.


Dan slot terakhir ialah resolusi dan perlantikan rasmi jawatankuasa PKPIM-KUIS. Dalam resolusi kami hendaklah memberi ucapan harapan kepada PKPIM-KUIS dan bagaimana untuk menggerakkannya. Alhamdulillah sahabat-sahabat telah memberi harapan yang cukup tinggi dan cadangan-cadangan yang jitu serta sanggup melakukannya.


Seterusnya harapan dan pesanan daripada Abang Firdaus dan Abang Naim ialah tentang perjuangan dalam PKPIM dalam melaksanakan dakwah yang akan menempuhi pelbagai cabaran yang kadang-kadang melumpuhkan semangat, tetapi jika maklamat itu jelas sagala permasalahan yang kecil dan besar akan dapat diatasi serta peranan sebagai khalifah dan hamba Allah.

Bagi saya sendiri, perjuangan dalam menegakan agama Allah tidak berpaksikan kepada mana-mana platform dan persatuan, kerana Islam itu sendiri peranannya cukup-cukup luas dan pelbagai. Begitu juga gerakan Islam yang ada sekarang yang banyak dan pelbagai. Ia merupakan pelangkap dimana setiap gerakan Islam mempunyai peranan dan tumpuan yang berbeza, ada yang lebih menumpukan kepada pembentukan sahsiah, politik, ekonomi dan sebagainya.

Saya tidak begantung kepada sokongan manusia, kerana jika berbuat demikian, sakiranya berlaku masalah didalam organisasi dan berpecah, semangat saya tidak akan berubah kerana bergantung dengan kekuatan dan keyakinan kepada Allah yang maha berkuasa keatas setiap kumpulan, persatuan atau kerajaan (organisasi).

Maka diharap sahabat-sahabat sekalian dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya, bukan kerana Amir atau majlis tertinggi, bukan kerana inginkan pujian dan bukan kerana kita adalah PKPIM, titapi buatlah kerja dengan keinginan sendiri yang ingin melihat hasil kerjayang yang berkualiti hasil daripada kerjasama sesama kita dan ingatlah “Jika berada di daratan, berperananlah didaratan. Jika hidup dilaut, berperananlah sebagai dilaut.”


Slot 1 : Ukuwwah sesama Islam





Slot kedua : Debat





Slot Resolusi :
Nasihat daripada Timb. Presiden & Setiausaha Agung PKPIM Pusat