Friday, August 29, 2008

Aku Bimbang.....

Aku bimbang….

Antara tanda akhir zaman ialah Allah akan mengangkat Ilmu dengan mematikan ulamak-ulamak atau orang yang mendalami ilmu agama. Manusia pada zaman itu berada didalam kesesatan terumbang-ambing dalam mengejar dunia yang sementara ini, Segala kemungkaran yang telah berlaku pada zaman nabi-nabi terdahulu kembali pada zaman ini, zina, hubungan sejenis, bunuh kanak-kanak, perang saudara, penindasan orang yang bawah, pemimpina yang zalim dan sebagainya.



Aku Bimbang…

Kerana timbul persoalan, adakah tiada seorang pun ustaz atau orang yang tahu agama berada pada zaman tersebut? Aku pernah berbincang dengan guru, ustaz serta pensyarah ku, mereka masing-masing menyatakan pada zaman tersebut, ada orang yang mengaji agama, ada ustaz, ada ulamak, ada mufti, ada Ngo islam akan tetapi mereka hanya sekadar nama, mereka bercakap tentang Islam tetapi hanya sekadar melepaskan batuk ditepi tangga tetapi tiada perlaksanaan.



Aku Bimbang…

Hari ini kita sudah boleh tengok dengan jelas kesan atau tanda-tanda ini berlaku didalam negara yang kebanyakannya beragama Islam. Ada antara mereka berani mencabar hudud dengan mengatakan hudud tidak “releven” untuk dilaksanakan dalam negara sedangkan dia lepasan pengajian Islam. Pucuk bercambah elok daripada benih yang elok, turun temuruh ia tumbuh dengan elok sekali akan tetapi bila sampai masanya, hanya berpucuk tetapi akar sudah dimamah oleh virus-virus dimana jika pohon itu ia berbuah akan mendatangkan kemudaratan kepada si pemakan.



Aku Bimbang…

Sebab sekarang ini ramai sahabat-sahabat berada dialam bidang pengajian Islam dalam dan luar negara dalam pelbagai bidang seperti Usuluddin, Syariah, Dakwah, Al-Quran Dan Sunnah, Qiraat Serta Bahasa Arab. Akan tetapi dalam jumlah yang ramai ini tidak semua berbuah dengan subur iaitu menampilkan ciri-ciri pelajar agama bermula daripada pakaian hingga kepada amalah atau perbuatan mereka seharian.



Mereka tahu bergaulan antara lelaki dan perempuan ada had dan peraturannya tetapi ada juga mereka yang berseledudukan bukan mahram, seperti makan bersama, “Study Group” kononnya, bergurau senda macam biasa serta tidak ketinggalan juga mereka yang telah terlanjur hingga ke ranjang malah juga yang selamat melahirkan anak yang comel tetapi dilahirkan oleh ibu bapa mereka yang derhaka kepada Allah dan banyak lagi kes-kes atau perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pelajar berpendidikan Islam.



Yang paling Aku Bimbang…..

Penyataan diatas tadi banyak memberi gambaran kepada masyarakat sekitar dan kepada orang lain. Tetapi bagaimana pula Aku yang juga mengambil Pengajian agama? Adakah aku termasuk bersama mereka… semoga Allah menjauhi aku dan menguatkan Iman yang terunkir di Hati agar tiak terhakis oleh hawa nafsu yang di pandu oleh Syaitan laknatullah yang direjam.



Memperbanyakkan ibadat kepada Allah, serta mengamalkan segala apa yang di ajar dengan bersama-sama rakan-rakan dalam persatuan gerakan Islam agar biah atau pendirian kita dapat dikawal dengan adanya mereka yang bersifat islamiah. Hanya doa yang makbul,kekuatan iman, menghayatan amalan dan kekuatan ukhuwwah dalam gerakan islam yang bersemangat untuk menegakkan Islam yang dapat membantu dalam pembentukan diri daripada tersasar jauh biarpun kita dipanggil lebih awal oleh Allah swt…