Selasa 27 November 2007 | 17 Dzulka'edah 1428 Hijrah
Bajet Kelantan 2008: Penjanaan ekonomi pelbagai lapisan rakyat
Nyza Ayob & Salmah Mat Hussin
Sun | Nov 25, 07 | 5:29:06 pm MYT
Kota Bharu, 25 Nov (Hrkh) - "Bajet rakyat" yang menjadi tema Bajet 2008 Bagi Tempoh Penggal Yang Ke Empat Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang ke Sebelas yang dibentangkan hari ini memberi fokus kepada penjanaan ekonomi pelbagai lapisan rakyat, pembinaan insan berteraskan Islam, pembinaan perumahan mampu milik serta pembelaan golongan dhaif dan miskin, orang kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas.
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
Bejet tersebut dibentangkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini pada jam 11 pagi tadi.
Selaras dengan aspirasi rakyat, Bajet Negeri Kelantan 2008 menggariskan beberapa strategi. Antara strategi tersebut ialah memantapkan pendekatan pembangunan yang menyeluruh dan seimbang di antara pembangunan fizikal dan rohani untuk pelbagai lapisan rakyat serta mempertahan dan memacukan pertumbuhan ekonomi negeri yang stabil serta berdaya maju dengan tumpuan kepada program-program bagi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.
Bajet tersebut juga meneruskan dasar berjimat cermat dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah serta mengembelingkan usaha untuk meningkatkan hasil negeri melalui pemantapan jentera kutipan hasil dan penguatkuasaan.
Selain itu, strategi yang digariskan ialah memantapkan urus tadbir yang baik dengan mengutamakan ketelusan dan kecekapan menerusi pentadbiran yang berlandaskan `Ubudiyyah, Mas’ulliyyah dan Itqan.
Di samping itu, prestasi industri kecil dan sederhana serta peluang-peluang baru dalam sektor pertanian akan ditingkatkan menerusi pelbagai teknik pemodenan.
Jelas Nik Abdul Aziz, belanjawan kali ini adalah penerusan kepada cita-cita dan komitmen kerajaan negeri yang telah dibentuk sejak 17 tahun lalu. Bahkan bajet yang bertemakan bajet rakyat†berhasrat untuk membawa negeri dan rakyat ke satu tahap pembangunan sosio-ekonomi dan pembangunan insan seimbang selaras dengan semangat "Membangun Bersama Islamâ€.
Beliau memulakan pembentangan dengan mengimbas kembali kata-kata yang pernah diucapkan beliau dalam persidangan Dun pada tahun 1991 yang mana Parlimen dan Dewan Undangan Negeri merupakan tempat untuk memproses pemikiran bagi tujuan mencari jalan, menyediakan perancangan bajet dan tatacara pelaksanaan berasaskan undang-undang yang dicipta Allah.
"Selaku Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, marilah kita satukan pembaharuan azam dan tekad untuk memberi khidmat yang terbaik bagi memenuhi harapan dan amanah rakyat.
"Marilah sama-sama kita berbincang dan berbahas dalam Dewan yang mulia ini dengan penuh adab susila serta memberi cadangan-cadangan yang bernas dan konstruktif bagi memajukan negeri kita yang tercinta ini demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyatnya," katanya.
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih dengan pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) pada 29 Oktober 2007 dan diharap akan meletakkan satu pancang utama ke arah pembaharuan semangat kerjasama berkonsepkan federalisme.
Dalam ucapan pendahuluannya juga beliau turut menaruh kepercayaan ekonomi negeri Kelantan pada tahun 2008 dijangka kekal selesa walaupun pertumbuhan global dijangka agak sederhana berikutan kesan kenaikan harga minyak, ketegangan geopolitik dan meningkatnya inflasi yang dijangka terus berada di paras sederhana tinggi.
Selain itu katanya, ekonomi negeri Kelantan yang didokong oleh sektor pembuatan dan perkhidmatan dijangka mampu untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negeri di samping perkembangan positif dalam pelbagai aktiviti pertanian termasuk akuakultur, hortikultur dan ternakan yang dijangka akan mampu meningkatkan pertumbuhan dalam sektor pertanian. - mns
Tuesday, November 27, 2007
Bajet Kelantan 2008: Penjanaan ekonomi pelbagai lapisan rakyat
Posted by
SyahiranMuhd
at
12:55 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment