Thursday, July 24, 2008

Tahniah : Website Terbaru MPM


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani, Selawat dan Salam keatas Nabi junjungan besar Muhammad SAW, kepada para sahabat serta kepada mereka yang memperjuangakan agama Allah di bumi ini.


Firman Allah :

" Serulah ( Muhammad) ke jalan tuhan mu dengan cara berhikmah "


Para pembaca, sahabat seperjuangan yang berada di dalam mana-mana gerakan atau persatuan yang memperjaungan agama yang di hormati sekalian,


Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangaor (MPM) kerana telah berjaya menggunakan peluang yang ada di zaman moden atau IT ini dengan mewujudkan laman wab rasmi .


Bagi saya sebagai Exco Penerangan Al-Azhar Members (ALAM) mewakili ALAM dan juga sebagai pelajar amat mengalu-alukan dan menyokong alternatif yang di ambil oleh MPM dalam menyampaikan suara dan maklumat kepada pelajar-pelajar itulah salahsatu yang sepatutnya dilakukan oleh pimpinan pelajar supaya para pelajar melihat MPM ini marupakan satu organisasi perwakilan yang dipilih oleh mereka, memainkan peranan masing-masing.


Teringat saya tentang satu kisah yang juga merupakan hadis Rasulullah SAW dimana pada suatu hari sahabat baginda Abu Dzar datang bertemu dengan baginda dan menawarkan diri untuk menjadi pembesar disebuah negeri, lalu Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Kamu lemah, nabi menyambung lagi, Jawatan merupakan satu amanah, dan di akhirat kelan ia menjadi satu kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi mereka yang mendapat jawatan atau amanah ini dengan cara yang hak ( jujur) dan dia berhak untuk memegang amanah ini."


Begitulah betapa beratnya untuk menjalankan satu-satu amanah ini, jika sepanjang dalam memegang satu-satu amanah dengan baik maka insya'Allah jawatan itu menjadi satu kebanggan di akhirat kelak begitulah disebaliknya.


Cadangan saya dalam memberi pendapat untuk menambah baik yang juga untuk kemudahan kami sebagai pelajar di kuis ini agar diperbanyakkan info-info terkini tentang KUIS dan Setiap Sekretariat MPM, jadikan website itu tempat tumpuan pelajar-pelajar dalm menantikan sesuatu yang baru.


Seterusnya memperbanyakkan artikel daripada ahli MPM sendiri labih-lebih lagi warkah atau perutusan daripada Presiden sendiri dan tidak ketinggalan juga artikel Islamik yang sekarang telah di "publish" dalam website MPM.


Sebagai akhirnya harapan kami dalam ALAM ini agar sama kita barusaha untuk membantu mahasiswa kuis ini tidak kira dalam mendidik atau sebagainya dalam membantu pihak KUIS untuk melahirkan Mahasiswa KUIS ini yang berkualiti dalam segi sahsiah dan keterampilan mereka, Sekian

Sila Lawati
http:// www.mpm-kuis.org