Friday, July 25, 2008

Muzakarah kepada Muqabalah

Jika di ibaratkan dengan sebatang pokok, ia tidak akan bergoyang jika tiada benda yang membuatnya bergoyang seperti angin atau binatang yang tinggal di atas pokok tersebut. Mungkin ada diantara anda yang pernah mendengar perumpamaan "Sedangakan lidah lagi tergigit." Dan mungkin juga anda pernah mendengar istilah "Gunting dalam selimut".

Tujuan saya mengutarakan istilah di atas dalam artikel ini adalah kerana ingin menjelasan perkara yang berkaitan isu Muzakarah antara dua parti Melayu dan Islam dan salah seorang pimpinan tertinggi parti antara dua itu, tidak bersetuju tentang muzakarah yang bermaksud pertemuan untuk berpakat dan beliau menegaskan agar di tukar kepada bersemuka yang hanya melibatkan peribadi bukan parti.

Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abdul Aziz Bin Hj. Nik Mat Merupakan Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebagai penasihat utama parti tersebut agar tidak terkeluar daripada dasar parti. Beliau juga merupakan Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim yang berjaya mendapatkan kembali negeri tersebut padatahun 1990 hasil gabuangan dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama-sama Parti Semangat 46, Parti Berjasa dan Parti Hanim.

Sebelum berlakunya perkara diatas, PAS telah dipelawa oleh BN pada masa itu di ketuai oleh Bapa Perpaduan kita iaitu Tun Hussein Onn, ayah kepada Dato' Hishamuddin Menteri Pelajaran yang telah menukarkan Subjek sains dan Matematik daripada bahasa kebangsaan dalam bahasa penjajah.

Pada masa itu, PAS di ketuai oleh Dato' Asri Muda dan beliau bersetuju untuk bergabung walaupun ada yang tidak bersetuju hinggakan berlaku perpecahan menjadi parti Berjasa dan Parti Hanim.

Namun kerjasama tersebut tidak lama dan PAS di tendang keluar pada 1990, maka PAS bergabung dengan parti pembangkang yang lain membentuk APU namun pakatan tadi tidak berkekalan kerana Semangat 46 dan parti gabungan yang lain sebahagiannya kembali kepada BN dan sebahagian yang lain sertai PAS, maka berlakulah pembubaran APU tinggal Kerajaan PAS yang di ketuai oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik mat hingga sekarang.

Mungkin para pembaca ada yang telah mendapat gambaran kaitan antara isu muzakrah dan ketidak setujuan tuan guru dalam hal ini. Sebelum saya melanjutkan pelajaran ke Selangor, sepanjang persekolahan saya di Kelantan saya selalu ke tempat tazkiran oleh tuan guru di Medan Ilmu dan di Masjid Pulau Melaka.

Dalam ceramah beliau, selalu menyatakan tentang peristiwa semasa gabuang PAS dengan BN dan daripada kejadian tersebut, tuan guru berpendirian tidak akan bergabung dengan parti perikatan lagi kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cuba para pembaca renungkan semasa PAS nak bergabung dengan BN, ramai yang menentang sempaikan PAS berpecah.

Tetapi oleh kerana ingin mewujudkan perpaduan dan kerjasama dengan kerajaan pada masa itu kami rela bergabung juga kerana ingin menamatkan konflik antara orang melau dan Islam. Akan tetapi bila bergabung, kami pula di tentang keluar dan nasib baik lah mereka yang berpecah masih lagi ingin bekerjasama dan membentuk satu pakatan walaupun selepas itu ada yang berpaling tadah, sudak meludah jilat kembali dengan kembali kepada BN, kenyataan tuan guru.

Harapan agar pembaca sudah dapat memahami tentang isu ini, dan saya hanya memberitahu tentang mengapa tuan guru tak setuju PAS bergabung dengan UMNO dan untuk persoalan kewajaran dan adakan PAS akan bergabung jua, itu terpulang kepada pimpinan sebab saya hanya memberi tahu apa yang saya tahu bukan seorang penyokong totok mana-mana parti.

Sekian..