“Jika tidak kerana bulan, takkan ada bintang disisi, Jika tidak kerana perjuangan, Takkan aku berada dini.Jika takut dilambung ombak, janganlah berumah di tepi pantai. Jika takut bertembung risiko, jangan berani bercakap tentang perjuangan.”
Bukan mudah untuk membina sebuah rumah jika setiap sudut dibuat bersendirian, dan ia mesti memerlukan ramai pekerja dan tenaga yang bersemangat dan memahami matlamat rumah jenis apa yang hendak di bina.Tetapi jika para pekerja atau kontraktor.
Bagitulah kisah si tukang rumah yang bercadang untuk membina sebuah rumah harapan yang boleh menjadi tempat teduh kepada sesiapa sahaja apabila siap. Tetapi ia memerlukan banyak tenaga dan buah fikiran, lalu si tukang rumah pun mencari pekerja-pekerja yang dianggap mahir dalam pelbagai “skill” dalam membuat rumah ini.
Ok para pekerja sudah “komfirm” dan bersedia untuk membuat kerja pada hari yang telah di tetapkan, lalu si tukang rumah pun bahagilah tugas-tugas mengikut mereka yang berkelayakan selepas menegok senarai nama yang di beri oleh sebuah syarikat membuat bangunan.
Bila sudah dekat harinya, tukang rumah tersebut pun menelefon kembali syarikat terbabit untuk mengesahkan sekali lagi tentang perkerja-pekerja yang akan membantunya dalam membina sebuah rumah harapan. Akan tetapi betapa kecewanya si tukang rumah tersebut kerana pekerja-pekerja yang pasti akan berkerja tiba-tiba tak jadi hanya seorang sahaja yang boleh hadir.
Si tukang rumah mengucap dan berserah kepada Allah, “ini ke ujian ku?” lalu dengan iman yang begitu rapuh dan sifat nafsu amarahnya yang kuat, hati nuraninya tidak mampu menghalang nafsu amarah ini untuk membuat demonstrasi keseluruh pelusuk badan, lalu di lauhkan pada pekerja yang seorang itu.
Si pekerja tadi cuba member nasihat tetapi beluai kurang berkemahiran untuk berkomunikasi, puji semacam menekan, maka mseakin semaraklah api kemarah si tukang rumah tadi. Oleh kerana tidak mampu untuk mendengar kata-kata yang cukup menyakitkan hati lalu si pekerja tadi bangkit dan inginkan penjelasan kenapa beliau yang kena marah.
Maka terjadilah suatu kisah perang mulut antara tukang rumah dan si pekerja tadi. Alhamdulillah ianya berakhir apabila si tukang rumah tadi meminta maaf, akan tetapi si pekerja tida puas hati kerana masih lagi tidak faham mengapa di pula yang terkena. Si tukaang rumah menjelaskan masalah dipihak beliau tidak dapat mengawal perasaan marah bila di tekan. Kejadian itu akhirnya selesai.
Begitulah kesudahan kisah si tukang rumah yang tinggi cita-citanya untuk membina sebuah rumah harapan untuk kebaikan semua manusia yang berada di kawasan tersebut namun ianya tidak tercapai bila tiada kerjasama daripada orang lain dan tidak mempunyai kekuatan dalaman yang kukuh dan jawapanya tumbang dengan sedikit ujian daripada Allah.
Mungkin itu yang di rasakan oleh mereka yang memahami erti perjuangan ini, jika sentiasa bergantung kepada manusia semata-mata yang tidak memahami erti perjuangan, sampai bila-bila pun tidak akan berjaya hanya kekuatan daripada Allah sahajalah yang mampu untuk membantu.