Wednesday, July 23, 2008

Kisah Ulat Dalam Batu

Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar laporan dalm berita di kesemua stesyen televisyen tentang apa yang berlaku di dalam tanah air yang tercinta ini yangmana pelbagai perkara, kes-kes dan tragedi yang di luar jangkaan berlaku seperti kes rogol, rompak/pecah rumah, pecah amanah, rasuah, dan gejala sosial semakin berleluasa.



Ingin saya mengajak anda untuk mengimbas kembali suasana atau corak perubahan politik atau pentadbiran negara kita. Jika anda kembali melihat sejaran pada mula-mula kita mendapatkan kembali tanah air, timbul masalah untuk mencari persepakatan antara kaum majority di tanah melayu sebagai syarat untuk menyerahkan Negara kepada orang bumiputra deripada pihak kerajaan British, lalu Tengku Abdul Rahman Inbn Putra Al-Hajj memanggil wakil MCA dan MIC untuk duduk berbincang bagi mencari titik persekefahaman lalu persetujuan termaktub maka merdekalah Negara daripada tanah melayu kepada Malaya seterusnya Malaysia



Tetapi pada pemerintahan Tun Razak, masih lagi wujud masalah perkauman yang dikenali sebagai peristiwa berdarah selepas tidakan daripada wakil sesebuah kaum yang menyuarakan suaya kaum mereka juga boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri. Masa itu, kaum Melayu amat marah sampaikan bila jumpa orang cina ingin di bunun atau di tembak mati. Di Perlis UMNO membuat demonstrasi yang di kepalai oleh Ketua Pemuda Negeri masa itu Dato’Sri Shahidan Kassim bekas Menteri Besar Perlis. Di Kampung Baru juga tidak ketinggalan membuat demonstrasi yang melibatkan Ketua Pemuda UMNO pada masa itu iaitu Dato’Sri Najib Tun Razak dan turut teribat Dato’ Ibrahim Ali.



Peristiwa itu dapat di selesaikan oleh Menteri Keselamatan pada masa itu iaitu Tun Dr. Mahadthir Muhammad dimana beliau mengerahkan anggota Polis untuk menangkap semua mereka yang terlibat termasuklah Mat Sabu, Mahfuz Omar dan dau, tiga orang lagi daripada DAP dan PAS masukkan dalam ISA. Tetapi mereka dilepaskan semula satua persatu dimulakan dengan orang-orang yang memulakan demonstarsi iaitu UMNO tadi dan akhiri dengan PAS dan peristiwa ini berlaku pada tahun 1987.



Seterusnya ke zaman Tun Hussein Onn yangmana pada waktu itu zaman wujud perpaduan antara UMNO dengan PAS sampaikan PAS berpecah kepada Parti Hanim dan Parti Berjasa. Tetapi kerjasama itu tidak berkekalan kerana PAS ditendang oleh UMNO dan UMNO juga berpecah dengan menubuhkan Semangat 46 yang di sertai oleh ahli Veteren UMNO di tunjangkan oleh Tengu Razaleigh Hamzah (KuLi) dan kesemua parti pembangkang tersebut mewujudkan pakatan iaitu Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Hasil kerjasama itu tertekluklah negeri Kelantan dibawah pembangkang.



Berita baik kepada pembangkang itu juga tidak berpanjangan kerana sekali lagi APU berpecah kepada dua pihak iaitu separuh masuk dalam PAS dan sebahagian yang lain menyertai BN hingga ke hari ini.

Sesiapa yang pernah dengan peristiwa Memali? Orang Kedah khususnya panduduk daerah Baling pasti tidak akan lupakan peristiwa ini yangmana peritiwa ini dikaitkan oleh seorang tokoh yang dikenali sebagai Tuan Guru Ibrahim Libya. Beliau di tuduh atas label sebagai pemberontak. Olehyang demikian Perdana Menteri pada masa itu yang kini telah menjadi Tun Dr Mahathir telah mengerahkan polis dan askar supaya menangkap mereka hidup atau mati. Pada waktu kejadian Tuan Guru serta sahabat pemngikutnya duduk bertasbih dan bertahlil didalam sebuah rumah.


Setelah diberi arahan oleh Polis supaya menyerah diri beberapa kali, lalu Polis serta askar bertidak melepaskan tembakan serta melempar gas pemedih mata terus ke rumah tadi. Bertebaran asap sampaikan tidak nampak rupa rumah terbabit. Tetapi ada salah seorang penduduk menceritakan ada keajaiban samasa peristiwa tembak-menembak berlaku, rumah itu dikelilingi askar dan Polis, penduduk itu berkata, Polis yang menembak di sebelah depan rumah, pelurunya terkena rakannya di sebelah belakang rumahnya. Banar atau tidak Wallahu’alam dan tidak mustahil perkara itu berlaku.



Kita beralih kepada satu lagi peristiwa yang mungkin sempat dengan anda iaitu Isu Dato’ Sri Anuar Ibrahim, beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri ke tiga selepas Tun Ghaffar Baba dan Tan Sri Musa Hitam. Cerita yang saya tahu tentang Tun Ghaffar Baba, beliau telah kalah dalam pemilihan Timbalan Presiden UMNO kerana telah dirampas oleh Dato’ Sri Anuar Ibrahim lalu beliau meletak jawatan sebagai timbalan Perdana Menteri. Kisah Tan Sri Musa Hitam beliau ada kes tidak puas hati dengan Tun Dr Mahathir yang saya sendiri tidak pasti. Selepas itu diganti dengan Dato’ Sri Anuar Ibrahim sebagai TPM sampai 1998,kerana beliau dituduh atas kes liwat dengan apa nama pompuan tu…. Dan Dato’ Sri di tahan dalam tahanan ISA.



Pada waktu itu bermulanya sekali lagi zaman kereformasian rakyat Malaysia daripada penyokong-penyokong Dato’ Sri Anuar Ibrahim (DSAI). Berduyung-duyung para penyokongnya berkumpul di Dataran Merdeka memprotes penahanan DSAI. Pada zaman itu juga lah terengganu kembali menang kepada PAS dibawah pimpinan Dato’ Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.



Pada tahun 2002 merupakan tahun kejutan bagi penyokong PAS kerana pemergian AlAmarhum Dato’ Fadhil Noor yang merupakan Presiden PAS pada ketika itu kerana pemergian beliau semasa tenaga dan buah fikirannya masih diperlukan akan tetapi itulah kuasa Allah maut tidak mengira masa dan waktu, mungkin ada hikmah disebaiknya.



Pada Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 2004, pembangkang mengalami kekalahan yang teruk dimana Negeri Terengganu sekali lagi bertukar tangan pemerintahan kepada BN dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan juga banyak kawasan yang ditawan oleh BN.



Pada ketika ini juga Tun Dr Mahathir yang menjadi PM pada masa itu meletakkan jawatan selepas cubaan pertama perletakan beliau pada Perhimpunan UMNO dan di beri amanah kepada Ahli Parlimen Kepala Batas iaitu PM kita sekarang.



Lalu bermula la tugas seorang PM ke-5 ini dengan TMP Dato’ Sri Najib Tun Razak. Tetapi ada gak peristiwa yang tidak patut berlaku iaitu ketidak fahaman antara bekas PM dengan PM antaranya isu tambak Johor dimana PM sekarang telah membatalkan projek

tambak Johor. Pada masa itu juga berlakunya perpecahan kepercayaan antara PM sekarang dan Tun ( Keroni).

Dalam era pemerintahan Paklah ini berlaku bermacam-macam peristiwa iaitu Pembebasan DSAI, isu kenaikan harga minyak, isu Akta AUKU, Isu PTPTN, Isu Pembunuhan Antatuya, Isu culik dan dera seksual kanak-kanak, Isu Kes Peguam lingam dan Isu Rasuah.



Pada waktu inilah DSAI yang telah dibebaskan bangkit kembali dengan menghidupkan dan menggerakkan jentera parti PKR nya. Daripad isu-isu diatas tadi beliau cuba memberi penerangan dan berkempen kepada rakyat bahawa beliau berkata kerajaan pusat sekarang Kurap iaitu membahagikan kuntungan kepada Kroni(Pengikut) mereka sahaja.



Maka sebelum pilihan Raya ke 12 pada tahun 2008, merupakan peristiwa bersejarah dimana kebangkitan rakyat menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada kerajaan dengan berhimpung di masjid Negara ke istana Negara untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil dan menghantar memoredum kepada YDP Agong.

Maka pada pilihan raya 2008 sekali lagi mencatat sejarah kebangkitan kuasa rakyat memilih dan membuang pemimpin. Pada PRU-12 baru-baru ini anda boleh lihat beberapa negeri dibawah BN jatuh kepada pembangkang iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor manakala Kelantan menang besar dengan DUN BN hanya 4 kerusi sahaja.



Lalu atas cetusan DSAI dengan persetujuan pimpinan setiap parti pembangkang, maka bertubuhlah Pakatan Rakyat ( PR / Pakatan ). Setersnya terpilihnya Menteri dan Ketua Menteri Negeri Kelantan yang kekal dengan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, manakala negeri Kedah Dato’ Sri Azizan, Perak Tuan Ir Nizar, Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pulau Pinang Lim Guang Eng. Manakala Parlimen juga kerajaan gagal mempertahankan 2/4 majoriti.



Peristiwa terbaru, Perhimpunan Protes kenaikan harga minyak selepas itu dibantah oleh Pemuda PAS Shah Alam kerana memnggil kumpulan rock Under Ground. Berlaku pula control versi disitu. Seterusnya isu liwat Anuar dimana anda tahu tetiba seorang rakan kita ini muncul mengaku beliau diliwat oleh DSAI iaitu Saudara Saiful yang pernah menjadi pembantu kanan DSAI. Seterusnya DSAI membangkitkan isu dia di pukul dalam penjara ( Black Eye) dan menyaman Tan Sri Musa Hassan. Beliau di panggil oleh BPR, Polis tentang perkara ini.



Ok dah sampai akhirnya, sesiapa yang berjaya membaca sampai disini mungkin akan faham apa yang nak saya bacarakan, perasan tak setiap perubahan dan apa-apa yang berlaku dalam Negara semacam di rancangkan oleh sogolongan pihak yang duduk bawah under ground. Saya buktikn antaranya kes lingam yang hendak menentukan siapa yang akan menjadi hakim sedangankan itu bukan tugas dia.



Kedua anta Tun Dr Mahathir dan Paklah. Dulu zaman Tun memerintah semua taat dan patuh tanpa membantah kepada Tun, tetapi bila dan bertukar tampok wala’ (taat setia)

bertukar. Ada diantara menteri yang dulu sangat taat pada tun, mencaci beliau semasa mengkritik Pak Lah.

Ketiga, kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU lepas sangat menakjubkan kerana kemenangan mereka diluar jangkaan peanalisis dan ahli parti tersebut, semacam ada yang mengarahkan tahun ini pilih dia ni, tahun depan pangkat orang lain.



Dan banyak lagi jika anda perhati dan mengkaji corak dan lakonan manusia di akhir zaman ini yang begitu menampakkan kejahilannya banyak berlaku kemungkaran dan kebinasaan yang amat teruk, jesteru ini marilah kita kembali memperingati Allah yang menjanjikan hari kemusnahan, maka kembalilah kejalan Islam sebelum terlambat. Segala peristiwa dia atas adalah analisis saya, ulasan daripada Pensyarah KUIS, Surat Khabar Nasional, Harakah dan luahan penduduk tempatan…terpulang pada anda untuk menerima 100% atau sebaliknya. Sekian..