Sunday, July 20, 2008

Di Kala Hujan

Hujan pada waktu malam, aku suka termenung mada waktu itu, merenung hujan dibawah sinaran lampu dalam suasana dinginan dan sunyi hanya suara titisan hujan sahaja yang dapat dikesan oleh telinga ku.

Barulah aku memahami mengapa Allah memberitahu bahawa hujan adalah nikmat kepada manusia selain ia menyuburkan tanaman, menyegarkan udara dan menurunkan rezeki ia juga memberi satu ketenangan fikiran selepas bergelut dalam dunia yang fana ini.


Pada waktu ini aku rasa cukup-cukup tenang dan pada waktu ini la aku dapat muhasabah diri,kadang-kadangaku teringat kembali perkara-perkara yang telah aku lakukan sepanjang hidup aku. Adakalanya aku tersenyum sendirian mengingat peristiwa yang mengembirakan bergurau senda bersama mereka yang bersamaku dalam kehidupan ini, keluarga, sahabat-sahabat dan telatah rakan-rakan dalam organisasi Ngo atau dalam Kampus.


Adakalanya dengan tidak terduga air mata mengalir,kerana aku teringatkan zaman Rasullah dalam berdakwah kepada orang kampung. Aku dapat merasai bagaimana cabaran,suka-duka yang ditempuhi oleh baginda untuk jadikan mereka sahabat yang begitu erat dan sanggup berkorban kerana nabi, bagaimana mereka merasakan “aura” semangat Jihad dan sanggup mati kerana mereka percaya akan dapat bersama dengan baginda dalam Syurga nanti walaupun mereka tidak pernah melihat syurga itu.


Di Kala Hujan ini, aku terfikir bagaimana semangat itu dapat kekalkan hingga ke zaman sahabat, tabi’,tabiin hingga kezaman sekarang didalam proses keruntuhan Sahsiah manusia ISLAM. Firman Alla di dalam surah Muhammad yang bermaksud:

“Barang siapa yang menolong Allah (Mempertahankan agama) nescaya Allah akan menolong mu (Mempermudahkan urusan)”.


Dikala ini juga terkenang semasa di alam anak-anak, pra-remaja hingga la sekarang. Aku terkenang peristiwa yang telah aku lalui sebagai pelajaran pelengkap kehidupan di masa hadapan, ada peristiwa mengembirakan yang tidak dapat di lupakan dan ada uga peristiwa pahit yang tak dapat dilupakan. Dulu aku terfikir pengapa aku melakukan perkara yang tak baik…Sekarang baru aku faham ia adalah pelajaran penambah pengalaman dalam kehidupan untuk menempuhi cabaran yang mendatang.


Adakalanya sebak kerana mengenangkan keadaan aku sekarang ini, jika nak dikenang dengan jalan kehidupan aku tidak layak untuk berada di tempat sekarang bersama sahabat-sahabat yang ber”Fikrah” Islam dan semangat juang yang tinggi tiba-tiba aku teringat kata-kata ustaz dizaman mula-mula jadi pengawas waktu sekolah menengah dulu, beliau menerangkan tentang pemilihan seseorang untuk ditetapkan dalam sesebuah organisasi semuanya telah di tentukan oleh-nya mengikut kadar kemampuan kita. lalu semangat itu kembali.


Setelah teringat dan mengenangakan zaman lampau, lalu fikiran aku beralih ke hadapan, bukan tentang apa yang akan terjadi pada masa itu, tetapi sempatkah aku menjadi sebagaimana cita-cita ku, sampai manakah umur aku. Perkara itulah yang serpatutnya bermain difikiran setiap masyarakat sebagai muhasabah dan mendidik jiwa supaya kenal erti rendah diri kepada Allah malah kepada menusia yang lain.


Itulah hikmat di kala Hujan segala yang berlaku di alam ini adalah tazkirah kerana Allah mengkhabarkan bahawasanya segala yang ada dilangit dan dibumi semuanya berzikir kepada Allah mengikut cara mereka masing-masing. Cubalah hayati pada ketika ini….