Tuesday, November 27, 2007

Bajet Kelantan 2008: Penjanaan ekonomi pelbagai lapisan rakyat


Selasa 27 November 2007 | 17 Dzulka'edah 1428 Hijrah
Bajet Kelantan 2008: Penjanaan ekonomi pelbagai lapisan rakyat
Nyza Ayob & Salmah Mat Hussin
Sun | Nov 25, 07 | 5:29:06 pm MYT

Kota Bharu, 25 Nov (Hrkh) - "Bajet rakyat" yang menjadi tema Bajet 2008 Bagi Tempoh Penggal Yang Ke Empat Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang ke Sebelas yang dibentangkan hari ini memberi fokus kepada penjanaan ekonomi pelbagai lapisan rakyat, pembinaan insan berteraskan Islam, pembinaan perumahan mampu milik serta pembelaan golongan dhaif dan miskin, orang kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Bejet tersebut dibentangkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini pada jam 11 pagi tadi.

Selaras dengan aspirasi rakyat, Bajet Negeri Kelantan 2008 menggariskan beberapa strategi. Antara strategi tersebut ialah memantapkan pendekatan pembangunan yang menyeluruh dan seimbang di antara pembangunan fizikal dan rohani untuk pelbagai lapisan rakyat serta mempertahan dan memacukan pertumbuhan ekonomi negeri yang stabil serta berdaya maju dengan tumpuan kepada program-program bagi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Bajet tersebut juga meneruskan dasar berjimat cermat dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah serta mengembelingkan usaha untuk meningkatkan hasil negeri melalui pemantapan jentera kutipan hasil dan penguatkuasaan.

Selain itu, strategi yang digariskan ialah memantapkan urus tadbir yang baik dengan mengutamakan ketelusan dan kecekapan menerusi pentadbiran yang berlandaskan `Ubudiyyah, Mas’ulliyyah dan Itqan.

Di samping itu, prestasi industri kecil dan sederhana serta peluang-peluang baru dalam sektor pertanian akan ditingkatkan menerusi pelbagai teknik pemodenan.

Jelas Nik Abdul Aziz, belanjawan kali ini adalah penerusan kepada cita-cita dan komitmen kerajaan negeri yang telah dibentuk sejak 17 tahun lalu. Bahkan bajet yang bertemakan bajet rakyat” berhasrat untuk membawa negeri dan rakyat ke satu tahap pembangunan sosio-ekonomi dan pembangunan insan seimbang selaras dengan semangat "Membangun Bersama Islam”.

Beliau memulakan pembentangan dengan mengimbas kembali kata-kata yang pernah diucapkan beliau dalam persidangan Dun pada tahun 1991 yang mana Parlimen dan Dewan Undangan Negeri merupakan tempat untuk memproses pemikiran bagi tujuan mencari jalan, menyediakan perancangan bajet dan tatacara pelaksanaan berasaskan undang-undang yang dicipta Allah.

"Selaku Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, marilah kita satukan pembaharuan azam dan tekad untuk memberi khidmat yang terbaik bagi memenuhi harapan dan amanah rakyat.

"Marilah sama-sama kita berbincang dan berbahas dalam Dewan yang mulia ini dengan penuh adab susila serta memberi cadangan-cadangan yang bernas dan konstruktif bagi memajukan negeri kita yang tercinta ini demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyatnya," katanya.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih dengan pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) pada 29 Oktober 2007 dan diharap akan meletakkan satu pancang utama ke arah pembaharuan semangat kerjasama berkonsepkan federalisme.

Dalam ucapan pendahuluannya juga beliau turut menaruh kepercayaan ekonomi negeri Kelantan pada tahun 2008 dijangka kekal selesa walaupun pertumbuhan global dijangka agak sederhana berikutan kesan kenaikan harga minyak, ketegangan geopolitik dan meningkatnya inflasi yang dijangka terus berada di paras sederhana tinggi.

Selain itu katanya, ekonomi negeri Kelantan yang didokong oleh sektor pembuatan dan perkhidmatan dijangka mampu untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negeri di samping perkembangan positif dalam pelbagai aktiviti pertanian termasuk akuakultur, hortikultur dan ternakan yang dijangka akan mampu meningkatkan pertumbuhan dalam sektor pertanian. - mns

Hindraf! Ingkar arahan mahkamah


Ingkar arahan mahkamah
Oleh Hadzlihady Hassan dan Siti Norsoleha Azmi
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Penyokong kumpulan Hindu Rights Action Force (Hindraf) bukan saja mengingkari perintah mahkamah yang melarang mereka mengadakan perhimpunan, malah turut menyebabkan kecederaan kepada anggota polis dan merosakkan harta benda awam, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, seorang anggota dari Balai Polis Selayang terpaksa menerima tujuh jahitan di kepala akibat dilontar dengan batu oleh penyokong kumpulan itu yang berkumpul di Batu Caves.

Malah, penyokong kumpulan terbabit dikatakan membakar sebuah motosikal dan memecahkan cermin kenderaan milik orang awam di kawasan itu.

Selepas itu, penyokong kumpulan terbabit yang lain berkumpul di Jalan Ampang berhampiran kompleks beli-belah Plaza City Square menimbulkan kekecohan.


Mereka yang berkumpul sejak jam 5 pagi diarah bersurai oleh polis, namun berdegil menyebabkan pasukan keselamatan itu terpaksa menyembur air apabila amaran yang dikeluarkan tidak diendahkan.


Apabila melihat penyokong kumpulan terbabit meneruskan perhimpunan haram mereka jam 10 pagi, polis terpaksa menyembur gas pemedih mata dan air bagi menyuraikan mereka yang ketika itu berarak menuju ke Suruhanjaya Tinggi British.

Selepas bersurai seketika, mereka kembali berkumpul kira-kira sejam kemudian hingga menyebabkan empat anggota polis yang bertugas mengawal keadaan di Jalan Ampang mengalami kecederaan.

Empat anggota polis itu masing-masing dari Balai Polis Dang Wangi dan Sentul dilontar batu oleh penyokong kumpulan terbabit.

Anggota dari Balai Polis Dang Wangi iaitu Sub Inspektor Chew Choon Peng cedera di kepala dan menerima 11 jahitan manakala Lans Koperal Razali Redzuan turut menerima beberapa jahitan di muka.

Seorang anggota dari Balai Polis Sentul, Sarjan Mejar Harjit Singh Kishan Singh cedera di kaki kiri.

Rakannya pula, Inspektor Abd Hamid Omar hanya cedera ringan.

Segelintir daripada penyokong kumpulan Hindraf turut membaling batu ke arah jentera bomba yang lalu di situ, mengakibatkan cerminnya pecah.

Penyokong kumpulan terbabit bukan saja mencederakan anggota polis, malah mengeluarkan kata-kata kesat dan merosakkan kemudahan awam hingga menimbulkan ketakutan orang ramai.

Tindakan mereka turut menyebabkan beberapa kedai di Jalan Ampang terpaksa ditutup kerana bimbang perbuatan sebilangan penyokong kumpulan itu.

Namun, kira-kira jam 2 petang, keadaan kembali tenang dan jalan dibuka secara berperingkat kepada orang ramai selepas kumpulan perhimpunan terbabit bersurai.

Pada Khamis lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan perintah melarang lima pemimpin Hindraf dan penyokong mereka daripada menganjurkan atau menyertai perhimpunan semalam di ibu kota.

Kelima-lima mereka ialah P Uthayakumar, adik lelakinya Waythamoorthy, M Manoharan, V S Ganapathi Rao dan R Kengadharan.

Polis tidak memberikan kebenaran bagi mengadakan perhimpunan itu kerana bimbangkan keselamatan awam.

Uthayakumar, Waythamoorthy dan Ganapathi turut didakwa di Mahkamah Sesyen Klang pada Jumaat lalu mengikut Akta Hasutan kerana didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan ketika berucap dalam satu perhimpunan di Batang Berjuntai, Kuala Selangor, pada 16 November lalu.

Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu, yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun dan denda maksimum RM5,000.

Biarkan PAS Menang Di Kelantan Demi Kebaikan Malaysia-TUN DR. MAHADHIR

May 7th, 2007 · 58 Comments


Tiada yang lebih kontroversi dan boleh disalahtafsirkan di dalam ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamed di Kota Bharu selain dari kerelaannya dengan berat hati melihat PAS sekali lagi menumbangkan UMNO di Kelantan di dalam pilihanraya umum ke 12 akan datang.

Saya tidak pasti bagaimana media arus perdana akan melaporkan pernyataan Tun yang dibuat sewaktu menjawab soalan daripada salah seorang daripada hampir 500 orang yang hadir mendengar ucapannya di majlis Syarahan Perdana Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.Tetapi kenyataannya ialah sebaik sahaja Tun membuat pernyataan tersebut, hadirin yang hadir, termasuklah Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah m

enyambutnya dengan tepukan gemuruh.


Menurut Tun, sebagai ahli UMNO dan bekas pemimpin tertinggi UMNO, beliau tidak rela melihat UMNO tumbang di tangan PAS atau mana-mana parti pembangkang. Tetapi, sekiranya ketewasan UMNO adalah satu-satunya cara bagi menyedarkan kepimpinan UMNO sekarang tentang kelemahan pucuk pimpinan parti, maka, rakyat Kelantan seharusnya memberi undi mereka kepada PAS demi kebaikan negara Malaysia tercinta.

Di dalam menjawab satu lagi soalan daripada hadirin yang hadir, Tun berkata, tiada apa yang mampu dilakukan oleh Kerajaan Kelantan sekarang di dalam menghadapi globalisasi kerana masalah menghadapi globalisasi adalah satu cabaran yang hanya mampu ditangani oleh Kerajaan Pusat. Namun begitu Kerajaan Kelantan seperti mana Kerajaan Negeri-Negeri lain seharusnya terus memberi tekanan kepada Kerajaan Pusat supaya menangani cabaran globalisasi dengan lebih bijak.

Secara berseloroh, di dalam ucapannya Tun berkata, jika Kerajaan Kelantan menerajui negeri ini seperti Proton pada hari ini, ranaplah Kota Bharu. Proton di bawah teraju YM Tengku Mahaleel, seorang anak Kelantan berjaya membuat keuntungan demi keuntungan sehingga memperolehi wang simpanan tunai berjumlah RM4 billion. Malangnya, Proton di bawah teraju yang dilantik oleh Perdana Menteri sekarang hanya mampu membuat kerugian berjumlah setengah billion ringgit setiap tahun

Tun Dr. Mahathir juga menyeru rakyat Kelantan supaya tidak terpedaya dengan janji yang ditabur oleh Kerajaan Pusat yang berjumlah RM3 billion untuk pembangunan lebuhraya dan empangan di Kelantan. Sebaliknya Tun meminta rakyat Kelantan untuk bertanya, mana duitnya? Tunjukkan dahulu duit tersebut!

Ramai pemerhati politik menyangka ucapan terbaharu Tun Dr. Mahathir sebagai lanjutan kepada serangan-serangan kritikalnya terhadap Perdana Menteri Abdullah Haji Ahmad dan anak menantunya, sebaliknya satu perubahan ketara dilihat daripada ucapan Tun kali ini.Peri pentingnya majlis pada 6 Mei 2007 ini ialah, buat pertama kalinya setelah sekalian lama, Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah berkongsi pentas dan duduk sebelah menyebelah semenjak Tun memulakan serangan demi serangan terhadap kelemahan kepimpinan UMNO dan negara Malaysia sekarang. Bukan itu sahaja, Tun Dr. Mahathir kali ini memberi ucapan di atas platform yang dinaungi oleh Tengku Razaleigh Hamzah sendiri.

Satu lagi perbezaan ketara di dalam siri ucapan Tun yang bermula semenjak Jun 2006 ini, ialah ucapannya kali ini lebih bercorak amanat dan nasihat kepada rakyat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya di dalam menghadapi pilihanraya umum ke 12.

Tanpa berselindung, Tun memerli keputusan pengundi di Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Ijok yang sanggup menggadai maruah mereka untuk wang berjumlah RM200 dan mesin-mesin jahit. Tun menasihatkan hadirin yang hadir supaya mempertahankan maruah negara di dalam pilihanraya dengan menolak sebarang tawaran membeli undi mereka. Membeli undi adalah rasuah, pemberi dan penerima sama-sama melakukan kesalahan. Tun juga mahu para pengundi tidak membuat pilihan secara membabi buta kerana ia hanya akan memberi mandat kepada pemerintah untuk melakukan apa sahaja secara membabi buta.

Di dalam ucapannya kali ini Tun tidak lagi menumpu perhatian kepada mengulangi kritikan-kritikannya terhadap kelemahan Perdana Menteri sekarang, sebaliknya lebih kepada menyedarkan hadirin yang hadir tentang peri pentingnya mereka menghargai hak mereka sebagai pengundi.

Di dalam kata lain, sekiranya ahli-ahli UMNO, para pengundi dan rakyat Malaysia bersetuju bahawa kepimpinan Kerajaan Malaysia sekarang adalah lemah dan tidak berwibawa, mereka seharusnya bersedia mendesak perubahan tersebut menerusi proses demokratik dan memangkah undi secara bijaksana.Tun mengungkap kembali insiden sewaktu beliau tewas ketika bertanding di dalam pilihanraya umum Kota Setar pada tahun 1969 dahulu. Pengundi Cina di situ lebih rela mengundi parti PAS daripada mengundi beliau (UMNO) walaupun PAS membawa isu membina Kerajaan Islam. Pengundi Cina waktu itu lebih rela menerima Kerajaan Islam daripada mengundi seorang yang di cap Ultra-Malay.Adalah tidak salah bagi ahli UMNO sendiri mengundi ahli dari parti lain, jika mereka tiada pilihan lain di dalam menyuara ketidakpuasan mereka terhadap pimpinan UMNO sekarang. Demi cinta mereka terhadap UMNO dan negara, mereka perlu bersedia berkorban.

Jelaslah bahawa pilihanraya akan datang adalah satu-satunya peluang bagi rakyat Malaysia amnya dan peyokong UMNO khasnya menyuarakan protes mereka terhadap kebobrokan kepimpinan Abdullah sekeluarga.Hari ini, rakyat Kelantan telah menyaksikan kembalinya terjalin secara rasmi ikatan siratul rahim dua negarawan Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah. Membenarkan Tun Dr. Mahathir menggunakan platform naungannya untuk menasihatkan rakyat Kelantan mempertahankan maruah Malaysia sebenarnya membuktikan Tengku Razaleigh Hamzah sendiri merelakan kesinambungan pemerintah Kerajaan Negeri Kelantan sekarang.

Dengan mempertahankan pemerintahan Kerajaan PAS di Kelantan di dalam pilihanraya umum ke 12, dan mengurangkan majoriti Barisan Nasional di peringkat Parlimen dan peringkat Dewan-Dewan Undangan Negeri, adalah satu-satunya cara untuk menggegarkan Abdullah dan keluarganya. Inilah satu-satunya proses demokratik yang tinggal untuk ahli-ahli UMNO mengusulkan perubahan kepada parti mereka. Secara tidak langsung juga, Tun Dr. Mahathir menyedari, kesilapan kepimpinannya sewaktu menjadi Presiden UMNO dengan menyukarkan jawatan pucuk pimpinan parti ditandingi. Hari ini, adalah lebih mudah membawa perubahan di dalam UMNO menerusi pilihanraya umum berbanding dengan menerusi pemilihan pucuk pimpinan parti. Adalah hampir mustahil mengalahkan Abdullah Haji Ahmad menerusi sistem demokratik di dalam UMNO. Tetapi tidak mustahil untuk menumpaskan Abdullah Haji Ahmad sekeluarga menerusi pilihanraya umum ke 12.

Adakah dengan mengungkap kembali ketewasannya di dalam pilihanraya umum 1969 di Kota Setar, Tun cuba memberi jawapan kepada kita semua? Masyarakat Cina tidak seharusnya takut mengundi parti yang memperjuangkan Negara Islam, masyarakat Melayu pula tidak harus takut untuk tidak mengundi Parti yang ditubuhkan untuk membela Agama, Bangsa dan Negara. Justeru, kita semua harus berani berkorban demi Agama, Bangsa dan Negara!

http://penembakbadak.files.wordpress.com/2007/05/mahathir-speech2.jpg

MAHASISWA PERLU BANGKIT MENENTUKAN KEPIMPINAN NEGARA MELALUI PILIHAN RAYA UMUM

Pembubaran Parlimen diwar-warkan akan diadakan dalam tempoh terdekat. Ini memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dijangkakan akan berlangsung tidak lama lagi, iaitu pada bulan November 2007 tahun ini atau pada Mac 2008. Tidak kira pada bila masa sekalipun, mahasiswa seluruh negara, sama ada di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) perlu bangkit menunaikan kewajipan sebagai warganegara dan rakyat Malaysia dengan menentukan kepimpinan negara melalui PRU kali ini.

Mahasiswa perlu bijak memilih pemimpin yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara pada masa depan, kerana padah memilih salah pemimpin bakal mengundang ketidakadilan, penindasan dan kezaliman kepada rakyat, seterusnya membawa negara menuju kehancuran. Mahasiswa seharusnya menilai sendiri kepimpinan negara selama ini supaya mahasiswa tidak hanya menjadi 'pak turut' setelah disogok dengan segala bentuk kemewahan material, akan tetapi mahasiswa perlu memilih pemimpin atas kesedaran untuk mengambalikan keadilan dan kemakmuran yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat.

Sebagai contoh, Malaysia mendesak Myanmar membebaskan pejuang demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi yang ditahan oleh pemerintahan junta militer Myanmar di bawah tahanan rumahnya, untuk menunjukkan bahawa Malaysia berusaha menganjurkan demokrasi di negara tersebut. Namun, adakah demokrasi di Malaysia sendiri sudah tertegak sepenuhnya? kezaliman dalam negara Malaysia masih terus berlaku, malah semakin hari bertambah serius. Buktinya, Akta Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Act (ISA) masih terus diguna pakai dalam sistem pemerintahan negara. ISA mengandungi peruntukan untuk mengekalkan status quo puak pemerintah, malah dalam Seksyen 16 peruntukan ISA, Menteri dan pihak yang berkaitan dengannya tidak boleh diminta mendedahkan bukti atau maklumat bagi mempertahankan keputusannya membuat sesuatu penahanan. Selain itu, para tahanan tidak akan didakwa di mahkamah terbuka dan melalui peruntukan di bawah seksyen ini pula, Menteri tidak boleh mendedahkan bukti mengapa seseorang tahanan itu ditahan. Jelas di sini bahawa telah berlaku penyalahgunaan kuasa ( Power Abuse) dalam menahan seseorang TAPOL (Tahanan Politik). Adakah keadaan ini wajar terjadi di sebuah negara demokrasi seperti Malaysia?

Selain itu, mahasiswa juga perlu membuka mata terhadap isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang sudah berada di luar kawalan. Terbaru pula, trend mencacak harga minyak mentah dunia tidak dapat dipertahankan lagi oleh kerajaan. Kenaikan harga petrol dan bahan api pula dijangka berlipat kali ganda. Adakah mahasiswa selaku rakyat dan warganegara Malaysia tidak merasai keperitan ini, atau setidak-tidaknya merasai kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa kita di kampung-kampung, mencari sesuap nasi dengan menoreh batang getah saban hari yang tak tentu cuacanya?

Oleh itu, saya selaku Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), menyeru dan menggesa mahasiswa agar bangkit menentukan kepimpinan negara dalam PRU yang akan diadakan tidak lama lagi. Sedarlah bahawa insan-insan lain yang tertindas begitu berharap agar kita menjadi pembela bagi nasib mereka. Bukalah mata terhadap segala peristiwa yang berlaku di dalam negara dan celikkan minda dengan mengkaji serta menilai pemerintahan sedia ada demi menentukan sebuah pemerintahan negara pada masa depan.
Sekian.


Mohd Dzulkhairi Bin Mohd Noor,
Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS),
Sesi 2007 / 2008

http://mygamis.blogspot.com

Friday, November 23, 2007

Apa itu Keputusan fatwa & Fatwa?


KEPUTUSAN FATWA

Dari segi Bahasa
memberi jawapan/penjelasan bagi sesuatu masalah agama

Dari Segi Istilah
Penjelasan mengenai hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah agama berdasarkan dalil syarak sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara sendirian atau berkumpulan.


FATWA
Fatwa ialah keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti dan telah diwartakan oleh kerajaan negeri bagi proses penguatkuasaan undang-undang.


PROSES MENGELUARKAN KEPUTUSAN

Proses mengeluarkan jawapan dilakukan secara berjemaah samada di peringkat negeri ataupun di peringkat kebangsaan.

SYARIAT FATWA DALAM ISLAM

Islam mensyariatkan umatnya bertanya kepada orang yang berilmu sekiranya mereka mendapati sesuatu masalah itu tidak jelas hukumnya.

SKOP Fatwa

Isu atau maalah yang timbul dalam msayarakat dan belum jelas hukum mengenainya.
Pendapat yang berbeza antara ulama yang memerluan pemilihan(tarjih)
Isu-isu yang telah difatwakan di negar-negara lain yang perlu isesiakan mengikut keadaan setempat.
Isu-isu yang bersifat global dan berkaitan dengan kepentingan umat Islam.

Yusuf al-Qaradawi


(1926- ) Egyptian Muslim scholar, now working from the University of Qatar.
Qaradawi is often claimed to be a moderate on religious and social matters, one of the most influential among modern Muslims. His views are still very much to be considered conservative understanding of the Sunna, and he is often accused of really being an Islamist. Some confusion among Western observers has risen from him sometimes appearing to speak with two tongues.
How moderate he is, is often hard to detect, he clearly advocates the Islamic state and the superiority of Sharia. Still, he has opposed the strict understanding of Islam exercised by Wahhabi scholars and to some extent Islamists.
Qaradawi is strongly disputed among many of his colleagues, most likely because he is considered inclined to define regulations of Islam relatively close to a Western point of view. Yet, his ideals differ quite often from Western ideals. Much doubt was cast on his actual ability to understand Western societies when in 2006 he attempted to dictate sovereign non-Muslim societies like Denmark and Norway to change their legislation to limit the freedom of expression to better fit Sharia.
Qaradawi's views of atheism is often overlooked by Western commentators, but it is expressed on his website that atheism is the "...the biggest sin ever committed..." This wihin the framework of a theologian defending death penalty for serious crimes.
His method of working involves a revival of fiqh al waqi', which is a the modernization of a traditional Islamic method, aiming at solving contemporary problems not well regulated by Sharia.
Qaradawi has a moderate view on the differences of opinion between Muslim orientations and between scholars. He clearly defend the right to disagree and claims that Muslims should be tolerant to Muslims with views different from their own.
Among the acts alleged to indicate a moderate thinker, is having allowed women to be candidates in municipal elections, although with some restrictions for young women.
On the other hand, his views on female genital mutilation in Africa is only summed up in the weak "....whoever chooses not to do it is not considered to have committed a sin".
In matters concerning the ongoing conflict between Israelis and Palestinians, he has stated that Muslims are obliged to aid the Palestinians. He has supported the right to perform suicide attacks, yet he has claimed that the conflict only concerns territory. With this he clarifies that it is not a conflict between the two religions of Judaism and Islam, and Jews and Muslims.
He has published more than 42 books on matters concerning religion and all aspects of life. He is also the man behind the popular and influential website Islam Online.

BIOGRAPHY

1926 September 9: Born in Egypt.
1928: His father dies, and he moves to his uncle in Qatar.
1940's: Returns to Egypt, start studying at al-Azhar University.
1949: Is imprisoned for political activities, after having joined the Islamist movement of Hassan al-Banna.
1973: Receives his doctorate from the al-Azhar University.

Bersama Dr Haron: Khaidir hanya seorang Nabi


Dato' Dr Haron Din
Fri | Oct 26, 07 | 11:18:35 am MYT

Khaidir pernah wujud. Itu adalah benar (sahih). Cerita kewujudannya jelas di dalam al-Quranul Karim, dari ayat 65 hingga ayat 82, Suratul Kahfi (17 ayat semuanya).

Khusus menceritakan perihal Nabi Allah Musa a.s. yang bertemu dengan Khaidir.

Siapakah Khaidir?

Nama sebenarnya adalah Balya bin Malkaan, digelar al-Khaidir. Disebut Khaidir atau Nabi Khaidir. Jumhur ulama menyatakan beliau adalah Nabi (al-Qurtubi, juzuk 11, halaman 29). Beliau hidup pada zaman Nabi Musa a.s.

Imam Bukhari melaporkan dalam hadisnya (mafhumnya): "Nabi Musa dengan pembantunya bernama Yusha bin Nun bin Abraeen bin Yusof a.s. telah bertemu dengan Khaidir di satu tempat di tepi laut sedang berselimut menutupi seluruh badannya dengan kain hijau."

Salah satu sebab mengapa beliau digelar al-Khadri atau Khaidir, kerana al-Khadri itu bermakna hijau.

Ketika Nabi Musa bertemu buat kali pertama, Balya bin Malkaan ini memakai pakaian yang berwarna hijau.

Mujahid mengatakan, dinamakan al-Khaidir kerana ketika beliau bersembahyang, kawasan di sekitar beliau bersolat kelihatan hijau semuanya.

Selepas berkenalan Nabi Musa dengan Khaidir, mereka bersetuju untuk mengembara dan berlakulah pelbagai kisah seperti yang boleh dibaca dalam ayat Suratul Kahfi yang saya nyatakan di atas.

Persoalan, masih hidupkah Nabi Khaidir sehingga hari ini? Dalam kitab tafsir yang muktabar dan dalam hadis-hadis yang boleh dijadikan hujah, belum saya bertemu dengan nas sahih serta sarih (jelas nyata) bahawa Nabi Khaidir masih hidup.

Jika dilihat dalam al-Quran, ada satu ayat, Allah berfirman (mafhumnya): "Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia). Maka jika engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?

"Tiap-tiap diri (yang bernyawa) akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kami lah kamu semua akan dikembalikan." (Surah al-Anbiya, ayat 34-35)

Al-Maraaghi dalam tafsirnya, juzuk 17 di halaman 30, ketika mentafsirkan ayat-ayat di atas menyatakan: "Allah tidak mengekalkan seorang pun di atas dunia ini sebelum kamu wahai Muhammad, untuk menjadikan kamu kekal seperti mereka, malah semua Rasul-rasul Kami sebelum kamu tidak lagi hidup atau berada di atas muka bumi ini."

Jika ada Nabi seperti Khaidir dikatakan tidak wafat dan hidup di atas muka bumi ini, maka tentulah yang lebih aula untuk hidup kekal ialah Nabi Muhammad s.a.w. kerana baginda adalah Nabi Akhir Zaman, tiada Nabi lagi selepasnya.

Khaidir hanya seorang Nabi. Bukannya Rasul. Jika hendak dikekalkan maka Rasul-lah yang lebih utama.

Yang lebih penting daripada itu ialah Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi dan Rasul Terakhir yang tidak akan ada Nabi lagi selepasnya.

Sekiranya Nabi Khaidir masih ada lagi dan boleh ditemui di dalam mimpi dan semasa berjaga (yakazah), maka bererti masih ada lagi Nabi selepas Muhammad s.a.w.

Bolehkan berlaku ada Nabi masih hidup selepas Nabi Muhammad s.a.w.?

Atas alasan sedemikian, maka pada pandangan saya, Nabi Khaidir memang wujud, tetapi telahpun wafat. Waalhua'lam. - lanh

RampasBudu


Rampas budu
Oleh Helmy Abd Rahman
Harian Metro-23 November 2007

KELANA JAYA: Niat seorang bakal haji dari Pantai Timur untuk menikmati budu buatan sendiri di Tanah Suci, terbantut apabila juadah pembuka selera yang dibawanya itu dirampas dalam pemeriksaan ketika jemaah berkenaan melapor diri di Kompleks Tabung Haji, di sini, sebelum berangkat ke Madinah, semalam.

Ketua Bilik Gerakan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Mohd Fauzi Samsuri, berkata budu berkenaan antara bahan larangan yang terpaksa dirampas berikutan syarat baru dikeluarkan syarikat penerbangan yang melarang penumpang membawa bersama bahan berbentuk cecair atau gel melebihi 100 miligram (mg) dalam beg sandang.

Katanya, masih ramai jemaah haji ingkar dengan arahan berkenaan kerana tidak mendapat maklumat atau kurang faham garis panduan dikeluarkan.

"Pihak kami terpaksa mengambil tindakan berkenaan kerana jemaah tidak dibenarkan membawa bersama bahan seperti itu dalam beg yang diangkut mereka. Sejak hari pertama hingga kini, ada saja barangan yang dirampas setiap hari dan hampir keseluruhannya membabitkan barang keperluan dalam bentuk cecair atau gel.


"Sebenarnya, bahan seperti ubat gigi, syampu, ubat kumur, minyak dan sebagainya boleh diisi dalam beg besar, tetapi mungkin ramai tidak tahu atau keliru dengan syarat itu dan membawa bersama dalam beg sandang," katanya, semalam.


Menurutnya, semua bahan dirampas disimpan sementara dalam bilik gerakan dan bilik stor khas di kompleks berkenaan.

"Buat masa ini, kami menyimpan barangan ini di bilik ini (bilik gerakan) dan stor khas dan jika ada waris ingin menuntutnya boleh datang ke sini," katanya.

RampasBudu

Rampas budu
Oleh Helmy Abd Rahman
Harian Metro-23 November 2007

KELANA JAYA: Niat seorang bakal haji dari Pantai Timur untuk menikmati budu buatan sendiri di Tanah Suci, terbantut apabila juadah pembuka selera yang dibawanya itu dirampas dalam pemeriksaan ketika jemaah berkenaan melapor diri di Kompleks Tabung Haji, di sini, sebelum berangkat ke Madinah, semalam.

Ketua Bilik Gerakan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Mohd Fauzi Samsuri, berkata budu berkenaan antara bahan larangan yang terpaksa dirampas berikutan syarat baru dikeluarkan syarikat penerbangan yang melarang penumpang membawa bersama bahan berbentuk cecair atau gel melebihi 100 miligram (mg) dalam beg sandang.

Katanya, masih ramai jemaah haji ingkar dengan arahan berkenaan kerana tidak mendapat maklumat atau kurang faham garis panduan dikeluarkan.

"Pihak kami terpaksa mengambil tindakan berkenaan kerana jemaah tidak dibenarkan membawa bersama bahan seperti itu dalam beg yang diangkut mereka. Sejak hari pertama hingga kini, ada saja barangan yang dirampas setiap hari dan hampir keseluruhannya membabitkan barang keperluan dalam bentuk cecair atau gel.


"Sebenarnya, bahan seperti ubat gigi, syampu, ubat kumur, minyak dan sebagainya boleh diisi dalam beg besar, tetapi mungkin ramai tidak tahu atau keliru dengan syarat itu dan membawa bersama dalam beg sandang," katanya, semalam.


Menurutnya, semua bahan dirampas disimpan sementara dalam bilik gerakan dan bilik stor khas di kompleks berkenaan.

"Buat masa ini, kami menyimpan barangan ini di bilik ini (bilik gerakan) dan stor khas dan jika ada waris ingin menuntutnya boleh datang ke sini," katanya.

Seramai 549 anggota polis disiasat atas dakwaan rasuah


Seramai 549 anggota polis disiasat atas dakwaan rasuah

Roy Rasul
Wed | Nov 21, 07 | 3:43:05 pm MYT(Harakah Daily)

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Hrkh) - Seramai 549 anggota polis disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) di atas pelbagai dakwaan rasuah.


erdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, siasatan tersebut dibuat sejak tahun 2005 hingga September 2007.

Katanya, daripada jumlah tersebut seramai 269 kes melibatkan anggota polis masih dalam tindakan.

Abdullah berkata demikian, dalam jawapan bertulisnya kepada Salahuddin Ayub (PAS - Kubang Kerian) di Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Salahuddin dalam soalannya kepada Perdana Menteri dalam sesi soal jawab mengemukakan berapa ramai pegawai polis dan BPR yang disiasat kerana tuduhan rasuah?

Menurut Abdullah, dalam tempoh yang sama, tiada siasatan dijalankan yang melibatkan mana-mana pegawai BPR.

Dalam pada itu, semasa berucap dalam soalan tambahan kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri hari ini, Salahuddin mempersoal kepada kerajaan bahawa tidakkan kerajaan bercadang untuk perkenalkan konsep 'house arrest' bagi kesalah-kesalahan yang dikategorikan tidak begitu merbahaya seperti hukumana-hukuman denda kurang daripada RM2000 dan seumpamanya.

"Langkah ini adalah salah satu cara untuk mengatasinya dan ada di negara-negara lain di dunia ini yang menggunakan 'house arrest' dan didapati sangat berkesan dan dan menyesakkan penjara-penjara yang ada," katanya.

Sementara itu, semasa menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Fu Ah Kiow berkata, setakat ini kerajaan belum memikirkan pelaksanaan konsep tersebut.

Sebaliknya beliau berkata, apa yang diluluskan oleh parlimen ialah sistem 'Seaso' di mana kalau mereka terbabit dalam kesalahan kecil-kecilan mereka boleh diperintah mahkamah untuk menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat, iaitu mereka yang di bawah umur 21 tahun.

"Itu adalah pelaksanaan dan persiapan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia," katanya. - mks.

Palestin, Israel sukar sepakat


Palestin, Israel sukar sepakat

Berita harian - 23 November 2007

BAITULMAQDIS: Israel dan Palestin terbukti masih berbalah dan jauh daripada mampu menghasilkan deklarasi bersama yang diharap dapat dikemukakan pada rundingan damai tajaan Amerika Syarikat di Annapolis, Washington, Selasa depan.

Pendirian berbeza itu jelas ketara menerusi deraf yang disiarkan media Yahudi, semalam.

Malah, ini kali pertama deraf dokumen yang diharapkan menjadi asas rundingan akhir yang dijangka dapat dihidupkan semula menerusi persidangan di Amerika berkenaan, dihebahkan kepada orang ramai.


“Mesyuarat masih berterusan sehingga hari ini tetapi tiada sebarang persetujuan dicapai kerana wujud perbezaan yang besar,” kata Ketua Perunding Palestin, Saeb Erakat .

“Rundingan itu mungkin diteruskan sebelum pertemuan di Annapolis,” katanya yang membangkitkan kemungkinan rundingan di Annapolis bakal berakhir tanpa deklarasi, tetapi dua kenyataan berasingan.

Deklarasi lima muka surat didedahkan akhbar Haaretz itu, jelas memaparkan bukti perbezaan pendirian, termasuk rujukan kepada perkembangan usaha itu sendiri.


Palestin mahukannya dikenali sebagai dokumen bersama, manakala Israel lebih berminat menggelarnya ‘kenyataan bersama.’

Palestin mahu melancarkan rundingan dengan cara baik bagi memastikan ia dapat berakhir sebagai perjanjian dalam masa lapan bulan selepas tamat mesyuarat di Annapolis tetapi tidak lewat daripada tempoh akhir penggal pemerintahan Presiden George W Bush.

“Israel sebaliknya, mahukan persetujuan yang tidak terikat dengan tempoh akhir.”Rejim Zionis itu juga mahukan kenyataan penting ‘Israel adalah tanah air penduduk Yahudi dan Palestin bagi penduduk Palestin, dimasukkan.

Pihak Palestin sebaliknya menetapkan syarat ‘pembentukan dua negara sebagai penyelesaian.’ - AFP

Thursday, November 22, 2007

Catatan Ke Perkampungan Orang Asli


Pada 9 oktober 2007,saya dijemput oleh Islamic Outreach ABIM(IOA) untuk ke perkampungan orang asli
di Kampung "Pasik" dan Kampung "Pulak" dalam daerah Jeli,Kelantan.

Saya yang mewakili Skuad Ibu Pejabat(SIP) Briged Bakti Kelantan(BBNK) merebut peluang ini, sambil
menambah ilmu dan pengetahuan.Saya diminta berkumpul di pajabat IOA yang terletak di Kok Lanas, Kelantan
pada pukul 9.00pagi bagi membuat persiapan kelangkapan kenderaan.

Tujuan XPDC ini ialah untuk menghantar 22 anak orang asli yang telah diambil oleh IOA pada 20 September 2007
yang lalu,untuk mereka menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.Kami bertolak
pada pukul 9.15pagi selapas memastikan kelangkapan telah cukup dan membaca doa selamat.

Perjalanan mengambil masa selama 7 jam iaitu 4 jam diatas jalan raya dan 3 jam lagi perjalanan menyusuri
jalan bukit.XPDC ini terbahagi kepada 2 tempat iaitu ke kampung "Pasik" dan Kampung "Pulak". Saya
terpilih untuk ke kampung "Pasik".kenderaan ke Pasik 3 buah iaitu 2 Land Cruiser dan 1 Pejero ABIM
dan kenderaan ke Kampung Pulak ialah 2 buah Land Rover.

Rombongan kami tiba di kampung "Sri Permai"(nama baru bagi Pasik) pada pukul 2.10petang. Perjalanan
kami untuk ke kampung itu sungguh mencabar yang selalu bertembung dengan lori balak dan tanah runtuh
tetapi dengan pengalaman yang ada pada pihak IOA semua masalah dapat diatasi dengan mudah.

Dalam perjalanan pulang, kami diberi ujian dengan turunnya hujan yang menjadikan tanah liat yang menyebabkan
kenderaan kami tersangkut ketika untuk menaiki jalan bukit pada pukul 2.38petang.Oleh itu,
kami terpaksa menunggu selama 30minit selapas gagal dalam percubaan.Ketika itu disekitar tempat,
terdapat tapak gajah ketika selepas perjalan masuk ke kampung Sri Permai.

Kami meneruskan percubaan untuk naik jalan bukit selapas cuaca kembali panas,Alhamdulillah
cubaan kami berjaya dan meneruskan perjalanan pada pukul 4petang tapi saya masih lagi diberi
ujian iaitu kenderaan saya yang dipandu oleh Hafizi (IOA) hampir terbalik nasib baik tersekat pada
tepi bukit.Encik Abdul Azid(Ayah Zid)yang merupan orang lama dalam XPDC itu menceritakan
IOA pernah mengalami tragedi kanderaan terbalik,nasib baik tiada yang "maut".

Kami meneruskan perjalan ke Kuala Koh untuk menghantar 2 orang lagi anak orang asli.kami berehat,
mandi di air terjun dan solat di sana.Kami meneruskan perjalanan pada pukul 6.30patang untuk keluar
dari kawasan bukit yang dipenuhi hutan tapi kami terpaksa untuk berbuka di dalam hutan dengan buah
kurma dan air kosong.

Sebenarnya pada masa itu kadua orang veteren telah balik awal dengan pejero dan kami naik land cruiser
ini balik lewat sedikit untuk berehat dan mandi sebab itu la kami terpaksa berbuka dalam hutan.
kami dapat keluar ke jalan raya pada pukul 7.30petang dan berhenti makan suatu tempat pada 7.56petang
dan kami selamat sampai pada pukul 10malam di Pusat IOA,saya tidur semalaman disana.

BANTAH: Jemima, bekas isteri tokoh pembangkang dan legenda kriket Pakistan, Imran Khan menyertai tunjuk perasaan di London,


BANTAH: Jemima, bekas isteri tokoh pembangkang dan legenda kriket Pakistan, Imran Khan menyertai tunjuk perasaan di London, kelmarin.

Mahkamah Agung Pakistan lulus desakan siasat kesahihan undi

ISLAMABAD: Mahkamah Agung Pakistan, semalam menolak lima daripada enam petisyen membantah pemilihan semula Pervez Musharraf sebagai presiden negara itu, sekali gus memberi peluang kemenangan kepada beliau, manakala penganalisis melihat perkembangan ini mampu mengakhiri krisis politik negara itu.

Musharraf sebelum ini berjanji untuk meletak jawatan sebagai ketua tentera, satu daripada tuntutan utama pembangkang dan masyarakat antarabangsa, sebaik saja Mahkamah Agung mengesahkan kemenangannya pada pemilihan calon presiden bulan lalu.

Mahkamah yang sebelum ini disingkirkan Musharraf berikutan perisytiharan undang-undang darurat, menolak semua kecuali satu, iaitu petisyen membantah kesahihan undi yang akan didengar menjelang akhir minggu ini.

Pada masa sama, pemimpin pembangkang, Benazir Bhutto mengadakan perbincangan dengan diplomat kanan Amerika di Pakistan, selepas Washington menggesa beliau dan Musharraf kembali ke meja rundingan perkongsian kuasa yang menemui jalan buntu selepas undang-undang darurat diisytiharkan.

Benazir yang pada minggu lalu berkata beliau tidak mahu meneruskan rundingan dan berikrar tidak akan bekerjasama dengan Musharraf dalam kerajaan, menolak mengulas perkara itu dalam satu temuramah dengan saluran berita CNN kelmarin.

Beliau bagaimanapun tetap bertegas dengan tuntutannya termasuk peletakan jawatan Musharraf sebagai ketua tentera, seperti yang dijanjikan selepas pemimpin itu menang dalam tuntutan di mahkamah,

"Mahkamah menolak semua lima manakala satu lagi akan didengar Khamis ini," kata peguam negara Malik Mohammad Qayyum.

Semua media antarabangsa dan kebanyakan media tempatan, dihalang menghampiri bangunan mahkamah yang dikawal ketat.

Parti pimpinan Benazir, awal semalam berkata, ia menarik balik tuntutannya berikutan tidak mengiktiraf mahkamah baru, yang mengangkat sumpah menurut undang-undang darurat. Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada tuntutan itu termasuk lima petisyen yang dirujuk Qayyum.

Mahkamah Agung disingkirkan selepas undang-undang darurat dikuatkuasakan pada 3 November dengan bekas ketua dan kebanyakan hakim dipecat apabila enggan mengangkat sumpah baru.

Musharraf turut mempertahankan tindakannya mengisytiharkan undang-undang darurat 'demi kepentingan negara' berikrar akan mengadakan satu pilihan raya yang telus dan adil dan mengecam ancaman pembangkang untuk memulaukan pilihan raya. - AFP

berita harian 20 nov 07

Mengakses Internet Di Kawasan Terbuka


SOAL JAWAB IT bersama Bakhtiar Abdul Hamid

Pembaca yang mempunyai masalah mengenai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bolehlah mengajukan soalan ke alamat :

it@Metro, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Faksimili : 03-22848390
E-mel: itmetro@hmetro.com.my
Forum Penulis
Mengakses Internet di kawasan terbuka

SOALAN:

Selain peralatan asas seperti komputer notebook atau laptop dan talipon bimbit pintar, apakah peranti khas yang diperlukan untuk mengakses internet di kawasan terbuka seperti di padang atau gurun? Jika ada, apakah peralatan atau perisian khas itu? Bagaimana pula dengan alamat IP?


Ahmad Norzaimy
a.zaimy@gmail.com



JAWAPAN:

Perkara yang paling penting sekali untuk mencapai Internet ialah liputan "signal" dari pembekal talian sama ada syarikat telekomunikasi atau penyedia perkhidmatan Internet (ISP) atau jaringan tanpa wayar.

Jika menggunakan khidmat selular, anda perlu mendapatkan khidmat pembekal dan pastikan liputan ada di kawasan itu.

Anda boleh menggunakan telefon bimbit dan lebih baik lagi sekiranya mempunyai telefon bimbit terkini dengan fungsi 3G atau EDGE.

Secara ringkas, sambungkan telefon bimbit anda ke komputer menggunakan kaedah penyambungan Bluetooth atau kabel USB dan gunakan perisian yang dibekalkan pembuat telefon bimbit untuk memulakan sambungan ke Internet.

Alamat IP akan dibekalkan oleh pembekal selular anda.Setelah dapat alamat IP, anda boleh mencapai Internet.

Gambar yang disertakan menunjukkan perisian Nokia PC Suite dengan pilihan sambungan ke Internet.


SOAL JAWAB IT bersama Bakhtiar Abdul Hamid

Pembaca yang mempunyai masalah mengenai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bolehlah mengajukan soalan ke alamat :

it@Metro, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Faksimili : 03-22848390
E-mel: itmetro@hmetro.com.my
Forum Penulis
Mengakses Internet di kawasan terbuka

SOALAN:

Selain peralatan asas seperti komputer notebook atau laptop dan talipon bimbit pintar, apakah peranti khas yang diperlukan untuk mengakses internet di kawasan terbuka seperti di padang atau gurun? Jika ada, apakah peralatan atau perisian khas itu? Bagaimana pula dengan alamat IP?


Ahmad Norzaimy
a.zaimy@gmail.com



JAWAPAN:

Perkara yang paling penting sekali untuk mencapai Internet ialah liputan "signal" dari pembekal talian sama ada syarikat telekomunikasi atau penyedia perkhidmatan Internet (ISP) atau jaringan tanpa wayar.

Jika menggunakan khidmat selular, anda perlu mendapatkan khidmat pembekal dan pastikan liputan ada di kawasan itu.

Anda boleh menggunakan telefon bimbit dan lebih baik lagi sekiranya mempunyai telefon bimbit terkini dengan fungsi 3G atau EDGE.

Secara ringkas, sambungkan telefon bimbit anda ke komputer menggunakan kaedah penyambungan Bluetooth atau kabel USB dan gunakan perisian yang dibekalkan pembuat telefon bimbit untuk memulakan sambungan ke Internet.

Alamat IP akan dibekalkan oleh pembekal selular anda.Setelah dapat alamat IP, anda boleh mencapai Internet.

Gambar yang disertakan menunjukkan perisian Nokia PC Suite dengan pilihan sambungan ke Internet.

Tidur boleh, seks jangan!


Tidur boleh, seks jangan!
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
21 November 2007

KUALA LUMPUR: Lagak seperti perempuan jalang, namun mereka digelar ‘Minah ringan-ringan’ kerana hanya menawarkan perkhidmatan seperti menemani pelanggan bersuka ria dan menonton wayang.

Mereka juga boleh diajak tidur di hotel tapi dilarang melakukan hubungan seks.

Hubungan mesra bersyarat itu dikesan dilakukan segelintir pelajar kolej yang bersedia menjadi teman sosial kepada lelaki baru dikenali sama ada melalui rakan atau laman sembang.

Bagaimanapun, lelaki yang mahu melanggani mereka hanya dibenarkan melakukan tiga perkara iaitu memegang tangan, memeluk atau melakukan ciuman ringan tanpa membabitkan hubungan ranjang, termasuk seks oral.


Wartawan Harian Metro yang berjaya menjejaki seorang gadis terbabit, Fara, 22, mendakwa mula aktif sebagai teman sosial selepas secara tidak sengaja menemankan seorang rakan yang menceburi bidang itu sejak beberapa bulan lalu.

Terpukau lagak ‘Bonda’


Terpukau lagak ‘Bonda’
Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my
20 November 2007

KUALA LUMPUR: Menyucikan dosa dan membuang sial boleh dilakukan dengan hanya menyerahkan sejumlah wang serta barang berharga kepada seorang wanita bergelar ‘Bonda’ yang mendakwa orang perantaraan yang berkawan baik dengan wali Allah.

Dengan dakwaannya itu, wanita berusia 50-an terbabit dikatakan giat menipu ahli perniagaan, termasuk golongan kenamaan (VIP) untuk mengumpul harta dan wang.

Dia turut mendakwa suaminya jeneral tentera Indonesia, anak seorang hartawan yang juga sepupu Sultan Brunei selain sering berulang alik dari sini ke Makkah.

Lagak alimnya yang dikatakan gemar menderma ratusan ribu ringgit dan sering membaca doa serta zikir adalah lakonan semata-mata untuk mengaburi mangsa.


Dalam kes terbaru, seorang mangsa yang hanya dikenali sebagai Shah, 65, mendedahkan dia sekeluarga dipukau dan sesat akidah selepas ‘terkena’ perbuatan Bonda hingga kerugian hampir setengah juta ringgit.

Katanya, dia dan ahli keluarganya mengenali Bonda melalui menantu perempuannya yang bercerita mengenai seorang wanita alim sering menderma kepada pekerja setiap kali selepas membuat pengeluaran wang di bank.

Menurut ahli perniagaan itu, dia berkenalan dengan Bonda pada pertengahan tahun lalu untuk mencari pelabur untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

“Pertemuan pertama diatur di bilik mewah sebuah hotel lima bintang tempat Bonda menginap. Ketika itu, saya ke sana bersama isteri dan tiga anak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

“Saya dan keluarga ‘terpukau’ apabila Bonda membaca ayat suci al-Quran lalu mencelup sebentuk cincin ke dalam gelas sebelum tiba-tiba terpancar tiga warna.

“Kerana yakin, saya menyerahkan profil syarikat kepadanya dan Bonda bersetuju membantu perniagaan saya dengan bantuan awal RM1 juta sebelum Bonda menemui saya sekali lagi empat bulan kemudian,” katanya.

Dia kerap berjumpa Bonda selepas itu dan wanita terbabit mengaku dia ‘orang suci’ dengan menggunakan ayat suci al-Quran untuk menasihati dirinya dan keluarga.

“Bonda beritahu, saya dan keluarga banyak melakukan dosa besar dan tidak layak menerima wang pelaburan daripadanya selagi kami tidak menyucikan dosa terlebih dulu.

“Bermula saat itu, Bonda meminta kami memberikan wang ratusan ribu ringgit secara berperingkat sebagai syarat menyucikan dosa dan kami menurutinya tanpa banyak soal.

“Malah, saya turut menjual kereta Mercedes Benz saya,” katanya.

Bagaimanapun, apabila perasaan sangsi mula terdetik di dalam hati Shah, wanita itu segera menunjukkan ‘sakti’ dengan melonggokkan wang ribuan ringgit di depan matanya.

Ia dilakukan secara tiba-tiba selepas mangsa menuruti arahan wanita itu supaya membeli tiga penyapu lidi dan menyapu kawasan rumah serta pejabatnya.

Kata Shah, Bonda memberikan keluarganya bekas air berwarna emas didakwa mengandungi ‘air tujuh langit’ yang kononnya mujarab untuk menyembuh penyakit serta mampu menyucikan dosa.

“Saya dan keluarga sedar perbuatan ini syirik tapi ketika itu mulut kami seolah-olah dikunci,” katanya.

Menurutnya, keluarganya turut menerima jam tangan kononnya jenama Rolex, barangan kemas dan makanan, termasuk beras serta gula sebelum menyedari ia palsu selepas tersedar daripada dipukau.

“Bonda juga memberikan dua beg dan satu kotak besar yang kononnya mempunyai mata wang termasuk Ringgit Malaysia, Dolar Singapura, Dolar Amerika dan Pound Sterling yang banyak jumlahnya.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh buka beg itu selagi dosa belum habis disucikan. Jika dibuka juga, Bonda mengugut seorang daripada kami akan mati,” katanya.

Menurutnya, dia bagaimanapun melanggar ‘pantang’ itu dan apabila membuka beg serta kotak berkenaan, ia hanya berisi beras dan gula.

Shah berkata, selepas hampir dua tahun diperbodohkan Bonda, dia menyedari ditipu lalu membuat laporan polis, baru-baru ini.

Suhakam ambil tindakan terhadap kes UPM cabul hak asasi pelajar


Suhakam ambil tindakan terhadap kes UPM cabul hak asasi pelajar
Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin
Wed | Nov 21, 07 | 2:07:11 pm MYT
Berita Harian

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Hrkh) - Universiti bukan institusi yang terlepas daripada perlaksanaan sebarang undang-undang negara kata Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Prof Emeritus Dato' Dr Khoo Kay Kim.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan di pejabat Suhakam dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang melaporkan mengenai kes salah guna kuasa oleh Pegawai Keselamatan Universiti Putra Malaysia (UPM) di Menara Tun Razak hari ini.

Image"Kita harus ingat bahawa universiti bukanlah tempat yang bebas daripada undang-undang," kata Khoo sebagai maklum balas kepada laporan yang dibentangkan oleh wakil SMM.

Menurutnya, dakwaan yang dikemukakan bersabit salah laku pihak keselamatan universiti tersebut melibatkan pelaksanaan undang-undang di UPM yang beliau sendiri tidak mempunyai maklumat yang secukupnya mengenai kegiatan mahasiswa di kampus tersebut.

"Sekiranya terdapat undang-undang yang digunapakai UPM yang bertentangan dengan perlembagaan negara, maka ia adalah suatu perkara yang serius dan dikira tidak sah,"

Khoo memberi jaminan bahawa Suhakam akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai dakwaan SMM berhubung beberapa laporan yang diterima khususnya berkaitan kes mahasiswa tahun kedua kursus Bachelor Sains Komputer, Lee Song Yong yang akan mengikuti prosiding esok.

"Beliau yang telah didakwa di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 kerana enggan memberikan kerjasama dalam pemeriksaan keselamatan UPM dan mempertikaikan tugas Pengawal Keselamatan serta menghalangnya daripada menjalankan tugas, kewajipan dan fungsinya," ujar wakil SMM.

Pada 22 Ogos 2007 lalu, Lee ditahan oleh pengawal keselamatan UPM yang berpakaian seragam di pondok pengawal Anjung Putra dalam perjalanan untuk keluar daripada pintu masuk utama kampus berkenaan.

Pengawal tersebut meminta untuk memeriksa beg Lee. Namun apabila Lee memohon penjelasan daripada pengawal tersebut, beliau gagal mengemukakan alasan yang jelas.

"Kemudian, tiga lelaki yang tidak berpakaian seragam keselamatan tiba di tempat kejadian meminta Lee menunjukkan kad matrik beliau, sebaik dikemukakan mereka bertindak merampasnya serta merta,"

ImageBeg milik beliau juga dirampas oleh beliau dengan menarik secara kasar, manakala seorang daripada tiga lelaki tersebut menyekat pergerakan Lee.

Apabila beliau meminta kembali beg tersebut, beliau telah dimaki dengan kata-kata kesat. Pada akhir sesi pemeriksaan tersebut, lelaki tersebut hanya mengambil buku catatan dan kad matrik Lee kemudian beredar.

"Lee juga telah membuat satu laporan di balai polis Sri Serdang mengenai kejadian tersebut. Pihak polis juga mengesahkan bahawa tiga lelaki terbabit adalah pegawai Unit Tindakan Khas, di samping mengarahkan Lee mendapatkan semula barang rampasan daripada Bahagian Keselamatan UPM.

Pada 14 November, Lee menerima notis kehadiran prosiding bertarikh 19 November yang dilampirkan salinan terjemahan dari buku catatan peribadi beliau.

Beliau yang diiringi oleh peguamnya, Sunil Lopez serta wakil sekretariat Suara Rakyat Malaysia, Arutchelvan mengemukakan permohonan penangguhan prosiding kepada ketua pihak penguatkuasa tatatertib Prof Dr Tai Shzee Yew.

Permohonan tersebut ditolak, begitu juga peguam tidak dibenarkan hadir bersamanya sewaktu prosiding dijalankan.

Pada 19 November, terpaksa hadir prosiding tersebut seorang diri tanpa sebarang bantuan daripada sebarang pihak. Prosiding tersebut telah ditangguhkan pada 22 November jam 9.30 pagi.

Setelah mendengar laporan tersebut, Khoo menyampaikan komen peribadinya bahawa tindakan yang dilakukan oleh pegawai keselamatan tersebut adalah dibuat dengan sambil lewa.

Selain itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa kes ini mempunyai perkaitan dengan pilihan raya kampus memandangkan jarak masa yang mendekati tempoh tersebut.

Khoo turut dimaklumkan Lee kini masih lagi bergelar mahasiswa walaupun menghadapi tuduhan di bawah Auku.

Dalam memorandum yang dikemukakan kepada Suhakam hari ini, SMM berharap agar siasatan terbuka dibuat ke atas pegawai-pegawai keselamatan yang terbabit.

Mereka juga menggesa Suhakam meminta pihak pentadbir UPM untuk memberikan penjelasan terhadap mangsa-mangsa.

SMM juga mendesak pihak pentadbir UPM untuk membatalkan tuduhan terhadap Lee dengan serta merta.

Khoo juga memberi jaminan bahawa mereka akan cuba untuk membuat pemantauan dalam prosiding kes tersebut, supaya ia benar-benar mengikut prosedur.

"Setakat ini, Suhakam telah mendapat kerjasama daripada UKM dan UIA dalam memantau masalah berkaitan hal yang sama. Jika didapati bersalah, pihak universiti boleh disabitkan kesalahan melanggar undang-undang dalam menjalankan tugas," tegas Khoo pada akhir pertemuan tersebut.

Kes Lee Song Yong adalah merupakan salah satu daripada beberapa kes yang berlaku akhir-akhir ini, selain rampasan komputer riba milik Yee Yang Yang pada 14 September lalu. - mr

IPTS Bumiputera tetap hebat


IPTS Bumiputera tetap hebat
Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaiza@hmetro.com.my 20 nov 07

Promosi bekas pelajar penting

PENCAPAIAN Malaysia sebagai satu hab pendidikan serantau sudah diakui melalui kewujudan pelbagai institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta.


Kepesatan itu menyumbang kepada pembangunan institusi pendidikan sekali gus membuka peluang kepada pelbagai pihak berdaya saing untuk memberikan transformasi ilmu terbaik.

Dalam menyahut cabaran itu, institusi yang diterajui Bumiputera juga tidak melepaskan peluang menyumbang persaingan sihat dengan institusi lain demi memartabatkan ilmu dan memperkukuhkan nama negara di persada dunia.

Ini sekali gus memperlihatkan kemampuan institusi pendidikan Bumiputera setara institusi pendidikan tempatan mahupun antarabangsa.

Presiden dan Naib Canselor Management and Science University (MSU), Profesor Datuk Mohd Shukri Ab Yajid, berkata dalam usaha memartabatkan ilmu, tidak perlu menggunakan perbezaan kaum, bangsa mahupun latar belakang untuk membentuk kejayaan.

Menurutnya, sama ada institusi berkenaan ditunjangi Bumiputera atau tidak, ia bukan persoalan kerana setiap institusi mempunyai matlamat masing-masing dalam menerajui institusi pendidikan.

“Bagaikan tidak relevan bila wujud tanggapan negatif mengenai kemampuan institusi pendidikan apabila diterajui Bumiputera. Sewajarnya, ia harus dikikis kerana bertentangan dengan matlamat memperkukuhkan konsep ilmu dalam era globalisasi.

“Janganlah kemampuan sesebuah institusi itu dinilai dengan melihat satu aspek semata-mata tapi perlu secara menyeluruh kerana tanggapan salah boleh ‘membunuh’ hasrat memartabatkan ilmu,” katanya.

Isu pengusaha institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) Bumiputera terpaksa gulung tikar pernah menjadi topik hangat dan dibincangkan di Dewan Negara hingga memaksa pelbagai pihak mencari jalan mengatasinya.

Antaranya, penggabungan IPTS Bumiputera bagi berkongsi pengalaman dan kemudahan untuk memperkembangkan institusi pendidikan selain saranan membetulkan prinsip pengurusan.

Mengulas kejayaan MSU sebagai sebuah IPTS Bumiputera unggul walaupun usianya masih baru, Profesor Mohd Shukri berkata, penekanan utama adalah kualiti dalam segala aspek.

Menurutnya, tanpa kualiti sukar memperoleh kepercayaan dan sokongan masyarakat kerana penilaian selalunya dibuat berdasarkan tahap pencapaian sesuatu institusi.

“Sejak ditubuhkan, bermula sebagai sebuah kolej, kemudian kolej universiti dan kini universiti penuh, MSU sentiasa memberikan mutu terbaik dalam semua aspek termasuk tenaga pengajar, program dan pelajar.

“Ia penting bukan saja bagi meraih kepercayaan tapi demi menepis persepsi negatif masyarakat. Jika tiada kualiti, bagaimana mahu menguar-uarkan kemampuan institusi,” katanya.

Tanggapan segelintir pihak mengenai kurangnya kemampuan IPTS Bumiputera bersaing dengan IPTS lain juga perlu dikikis kerana sudah tidak boleh diguna pakai berikutan masyarakat hari ini sudah bijak memilih dan membuat keputusan.

“Mungkin jika dibandingkan dua dekad lalu, tanggapan itu benar kerana kemudahan sedia ada terhad manakala permintaan juga tidak meningkat seperti hari ini.

“Bagaimanapun kini, sudah banyak bantuan diberikan kepada semua IPTS tanpa mengira sama ada ia milik Bumiputera atau tidak, sebab itu tanggapan berkenaan tidak boleh diguna pakai kerana sudah jauh meleset.

“Masyarakat hari ini juga sudah bijak memilih, penyebaran maklumat mengenai sesebuah IPTS sangat meluas. Saya percaya, sudah tidak ada pertikaian antara satu IPTS dengan yang lain sebaliknya masing-masing akan memberikan yang terbaik,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengakui kepentingan promosi untuk memperkenalkan sesebuah IPTS namun tetap menegaskan, ia tetap tidak akan berjaya tanpa sokongan beberapa aspek penting.

“Seperti di MSU, kami sangat mementingkan kualiti dalam pelbagai aspek dan itu juga salah satu elemen kecemerlangan dan pengukuhan nama di kalangan masyarakat.

“Buatlah pelbagai promosi, namun jika tidak mampu memberikan yang terbaik, masyarakat tidak akan percaya.

“Saya mengakui promosi juga perlu namun mesti ada sesuatu yang mampu diberikan sebagai imbalan, kalau tidak memang tidak akan berjaya,” katanya yang turut mengakui, promosi daripada pelajar yang sudah berjaya banyak membantu.

“MSU percaya, pelajar adalah antara tulang belakang penting dalam sesebuah institusi, promosi yang dilakukan mereka juga sangat membantu.

“Tidak dinafikan, pengukuhan nama MSU adalah atas bantuan pelajar yang sudah berjaya dan MSU juga sentiasa berterima kasih atas sokongan mereka.

“Pada masa sama, jika wujud masalah MSU akan tetap memberi perhatian serius kerana percaya teguran bertujuan membina dan memperbaiki kelemahan,” katanya.

Mengenai persaingan antara IPTS, beliau berkata ia sesuatu yang baik dalam usaha menyemarakkan pengembangan ilmu di negara ini.

“MSU tidak pernah meletakkan persaingan sebagai topik utama, sebaliknya menganggap kewujudan pelbagai institusi sama ada milik Bumiputera atau tidak sebagai perkembangan sihat.

“Saya percaya tujuan utama semua institusi adalah untuk membantu pengembangan ilmu dan menjadikan masyarakat lebih baik, jadi mengapa mesti memandang dari sudut negatif?

“Sebenarnya tiada istilah persaingan dalam menuntut ilmu kerana matlamatnya sudah jelas. Perkembangan itu harus dilihat dalam skop luas, bukan sebaliknya,” kata Profesor Mohd Shukri.

Pengarah sebuah institusi di ibu kota, Adam Govindasamy, berkata kejayaan sesebuah IPTS bukan terletak pada status namun penawaran bermutu yang mampu diberikan.

Menurutnya, aspek disiplin, pengurusan, permintaan majikan dan peluang kerjaya cerah pada masa depan adalah antara elemen yang perlu diberi penekanan utama.

“Elemen itu penting bagi membina kepercayaan masyarakat dan pelajar. Itu juga satu resipi untuk bertahan lama tanpa mengira taraf sesebuah institusi.

“Bayangkan, kalau serba serbinya bermasalah, berbaloikah menyambung pengajian di situ? Sebagai sebuah institusi, reputasi perlu dijaga, bukan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

“Dalam soal pendidikan, semua pelajar berhak memperoleh kualiti pendidikan terbaik. IPTS Bumiputera juga mampu menawarkannya, jadi tiada sebab mempertikaikan kemampuan itu. Yang penting, menyediakan program berdaya saing dan sentiasa memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.

“Semua IPTS sebenarnya mampu melengkapi peranan institusi pendidikan dan kemahiran awam bagi membantu kerajaan membangunkan modal insan diperlukan bagi kemajuan serta pembangunan rakyat pada masa depan,” katanya.
emel

IPTS Bumiputera tetap hebat

IPTS Bumiputera tetap hebat
Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaiza@hmetro.com.my 20 nov 07

Promosi bekas pelajar penting

PENCAPAIAN Malaysia sebagai satu hab pendidikan serantau sudah diakui melalui kewujudan pelbagai institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta.


Kepesatan itu menyumbang kepada pembangunan institusi pendidikan sekali gus membuka peluang kepada pelbagai pihak berdaya saing untuk memberikan transformasi ilmu terbaik.

Dalam menyahut cabaran itu, institusi yang diterajui Bumiputera juga tidak melepaskan peluang menyumbang persaingan sihat dengan institusi lain demi memartabatkan ilmu dan memperkukuhkan nama negara di persada dunia.

Ini sekali gus memperlihatkan kemampuan institusi pendidikan Bumiputera setara institusi pendidikan tempatan mahupun antarabangsa.

Presiden dan Naib Canselor Management and Science University (MSU), Profesor Datuk Mohd Shukri Ab Yajid, berkata dalam usaha memartabatkan ilmu, tidak perlu menggunakan perbezaan kaum, bangsa mahupun latar belakang untuk membentuk kejayaan.

Menurutnya, sama ada institusi berkenaan ditunjangi Bumiputera atau tidak, ia bukan persoalan kerana setiap institusi mempunyai matlamat masing-masing dalam menerajui institusi pendidikan.

“Bagaikan tidak relevan bila wujud tanggapan negatif mengenai kemampuan institusi pendidikan apabila diterajui Bumiputera. Sewajarnya, ia harus dikikis kerana bertentangan dengan matlamat memperkukuhkan konsep ilmu dalam era globalisasi.

“Janganlah kemampuan sesebuah institusi itu dinilai dengan melihat satu aspek semata-mata tapi perlu secara menyeluruh kerana tanggapan salah boleh ‘membunuh’ hasrat memartabatkan ilmu,” katanya.

Isu pengusaha institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) Bumiputera terpaksa gulung tikar pernah menjadi topik hangat dan dibincangkan di Dewan Negara hingga memaksa pelbagai pihak mencari jalan mengatasinya.

Antaranya, penggabungan IPTS Bumiputera bagi berkongsi pengalaman dan kemudahan untuk memperkembangkan institusi pendidikan selain saranan membetulkan prinsip pengurusan.

Mengulas kejayaan MSU sebagai sebuah IPTS Bumiputera unggul walaupun usianya masih baru, Profesor Mohd Shukri berkata, penekanan utama adalah kualiti dalam segala aspek.

Menurutnya, tanpa kualiti sukar memperoleh kepercayaan dan sokongan masyarakat kerana penilaian selalunya dibuat berdasarkan tahap pencapaian sesuatu institusi.

“Sejak ditubuhkan, bermula sebagai sebuah kolej, kemudian kolej universiti dan kini universiti penuh, MSU sentiasa memberikan mutu terbaik dalam semua aspek termasuk tenaga pengajar, program dan pelajar.

“Ia penting bukan saja bagi meraih kepercayaan tapi demi menepis persepsi negatif masyarakat. Jika tiada kualiti, bagaimana mahu menguar-uarkan kemampuan institusi,” katanya.

Tanggapan segelintir pihak mengenai kurangnya kemampuan IPTS Bumiputera bersaing dengan IPTS lain juga perlu dikikis kerana sudah tidak boleh diguna pakai berikutan masyarakat hari ini sudah bijak memilih dan membuat keputusan.

“Mungkin jika dibandingkan dua dekad lalu, tanggapan itu benar kerana kemudahan sedia ada terhad manakala permintaan juga tidak meningkat seperti hari ini.

“Bagaimanapun kini, sudah banyak bantuan diberikan kepada semua IPTS tanpa mengira sama ada ia milik Bumiputera atau tidak, sebab itu tanggapan berkenaan tidak boleh diguna pakai kerana sudah jauh meleset.

“Masyarakat hari ini juga sudah bijak memilih, penyebaran maklumat mengenai sesebuah IPTS sangat meluas. Saya percaya, sudah tidak ada pertikaian antara satu IPTS dengan yang lain sebaliknya masing-masing akan memberikan yang terbaik,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengakui kepentingan promosi untuk memperkenalkan sesebuah IPTS namun tetap menegaskan, ia tetap tidak akan berjaya tanpa sokongan beberapa aspek penting.

“Seperti di MSU, kami sangat mementingkan kualiti dalam pelbagai aspek dan itu juga salah satu elemen kecemerlangan dan pengukuhan nama di kalangan masyarakat.

“Buatlah pelbagai promosi, namun jika tidak mampu memberikan yang terbaik, masyarakat tidak akan percaya.

“Saya mengakui promosi juga perlu namun mesti ada sesuatu yang mampu diberikan sebagai imbalan, kalau tidak memang tidak akan berjaya,” katanya yang turut mengakui, promosi daripada pelajar yang sudah berjaya banyak membantu.

“MSU percaya, pelajar adalah antara tulang belakang penting dalam sesebuah institusi, promosi yang dilakukan mereka juga sangat membantu.

“Tidak dinafikan, pengukuhan nama MSU adalah atas bantuan pelajar yang sudah berjaya dan MSU juga sentiasa berterima kasih atas sokongan mereka.

“Pada masa sama, jika wujud masalah MSU akan tetap memberi perhatian serius kerana percaya teguran bertujuan membina dan memperbaiki kelemahan,” katanya.

Mengenai persaingan antara IPTS, beliau berkata ia sesuatu yang baik dalam usaha menyemarakkan pengembangan ilmu di negara ini.

“MSU tidak pernah meletakkan persaingan sebagai topik utama, sebaliknya menganggap kewujudan pelbagai institusi sama ada milik Bumiputera atau tidak sebagai perkembangan sihat.

“Saya percaya tujuan utama semua institusi adalah untuk membantu pengembangan ilmu dan menjadikan masyarakat lebih baik, jadi mengapa mesti memandang dari sudut negatif?

“Sebenarnya tiada istilah persaingan dalam menuntut ilmu kerana matlamatnya sudah jelas. Perkembangan itu harus dilihat dalam skop luas, bukan sebaliknya,” kata Profesor Mohd Shukri.

Pengarah sebuah institusi di ibu kota, Adam Govindasamy, berkata kejayaan sesebuah IPTS bukan terletak pada status namun penawaran bermutu yang mampu diberikan.

Menurutnya, aspek disiplin, pengurusan, permintaan majikan dan peluang kerjaya cerah pada masa depan adalah antara elemen yang perlu diberi penekanan utama.

“Elemen itu penting bagi membina kepercayaan masyarakat dan pelajar. Itu juga satu resipi untuk bertahan lama tanpa mengira taraf sesebuah institusi.

“Bayangkan, kalau serba serbinya bermasalah, berbaloikah menyambung pengajian di situ? Sebagai sebuah institusi, reputasi perlu dijaga, bukan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

“Dalam soal pendidikan, semua pelajar berhak memperoleh kualiti pendidikan terbaik. IPTS Bumiputera juga mampu menawarkannya, jadi tiada sebab mempertikaikan kemampuan itu. Yang penting, menyediakan program berdaya saing dan sentiasa memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.

“Semua IPTS sebenarnya mampu melengkapi peranan institusi pendidikan dan kemahiran awam bagi membantu kerajaan membangunkan modal insan diperlukan bagi kemajuan serta pembangunan rakyat pada masa depan,” katanya.
emel

Ketagih ‘gas ketawa'

Ketagih ‘gas ketawa'
Oleh Hadzlihady Hassan dan Mohd Azizi Mohd Sunip
Harian Metro 20 November 2007

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila segelintir remaja dikesan menggunakan ubat penyembur otot yang biasanya digunakan atlit ketika mengalami kekejangan, untuk berkhayal dan melepaskan gian.

Ubat penyembur otot atau digelar ‘gas ketawa’ di kalangan remaja itu membuatkan penghidunya ketawa tanpa henti beberapa minit sebelum fikiran menjadi kosong dan khayal.

Malah, dalam beberapa kejadian, ada remaja yang khayal selepas menghidu bahan terbabit berubah perangai dan menangis teresak-esak apabila terlebih dos.

Difahamkan, ubat penyembur otot mudah didapati di kedai ubat dan farmasi dengan harga hanya RM17 untuk sebotol kandungan 100 mililiter (ml).


Harian Metro difahamkan, ubat penyembur otot kebanyakan dihidu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kononnya untuk menghilangkan tekanan ketika belajar.
Ubat penyembur otot terbabit dikenali sebagai ‘Ethylchlorid Spray.’

Difahamkan, golongan berkenaan menyembur terlebih dulu cecair dalam botol pada sehelai kain atau tuala kecil sebelum menghidu bau yang dikatakan boleh mengkhayalkan.

Menurut seorang remaja yang juga penagih ubat kejang otot, dia serta beberapa rakan kolejnya sering menghidu ubat terbabit jika menghadapi tekanan, lebih-lebih lagi ketika menjelang peperiksaan.

Dia yang enggan dikenali berkata, ubat berkenaan diperkenalkan seorang rakan yang juga pelajar di kolejnya beberapa bulan lalu.

“Ubat ini mudah didapati. Kami hanya membelinya di pasar raya atau farmasi dan tiada siapa mengesyaki ia boleh menyebabkan ketagihan dan membuatkan kami khayal.

“Selalunya, kami akan menghidu ubat berkenaan bersama rakan yang juga kaki lentok,” katanya.

Menurutnya, sebotol ubat terbabit hanya mampu bertahan tidak sampai sejam jika dihidu beramai-ramai.

Ketika ditanya pengalamannya ketika menghidu ubat terbabit, remaja itu mendakwa kesan khayal daripada ubat itu sama dengan menghidu gam.

Katanya, ‘gas ketawa’ boleh menyebabkan individu yang mengambilnya ketawa terlebih dulu selama beberapa minit sebelum mengalami kesan khayal.

“Namun, pernah terjadi seorang rakan yang mempunyai masalah peribadi menangis teresak-esak ketika menceritakan masalahnya kepada kami selepas menghidu ubat terbabit.

“Ketika itu dia terlebih dahulu menghidu ubat berkenaan yang mungkin menyebabkan fikirannya tidak dapat dikawal lagi,” katanya.

Difahamkan, mereka yang pernah menghidunya akan ketagih dan resah jika tidak dapat menghidunya.

Ubat penyembur otot itu diimport dari Jerman berdasarkan tulisan pada botol dan turut mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namun disalahgunakan remaja untuk tujuan khayal.

Duit dibalas tubuh

Duit dibalas tubuh
harian metro 22 nov 2007


SAYA pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Umur saya 20 tahun dan kini berdepan masalah yang tidak mampu saya hadapi dan ia semakin menekan perasaan.

Apabila tidak tahan, saya menjerit sekuat hati, tak pun saya menangis. Masalah saya berpunca daripada perkenalan saya dengan seorang lelaki. Biar saya namakan dia sebagai M.

Sebenarnya saya tidak suka dia, tapi saya hanya berpura-pura suka kerana dia selalu memberi saya duit. Saya pula membalasnya dengan tubuh saya.

Selepas kejadian itu, saya nekad meninggalkan dia dan menjalin hubungan dengan lelaki lain. Dia menerima semua itu dengan hati terbuka.


Selepas putus dengan M, saya berkawan dengan lelaki bernama A. Dia terlalu mengambil berat mengenai saya. Saya ada menceritakan yang saya pernah tidur dengan lelaki lain. A pun teringin juga. Saya pun apa lagi.


Selepas saya tinggalkan A, hadir pula seorang askar sebagai teman lelaki saya. Dengan diapun saya buat (seks). Selepas itu saya kenal pula lelaki bernama I. Saya ceritakan apa yang berlaku pada saya dan dia pun buat juga dengan saya.

Dia kemudian berjanji untuk bertanggungjawab di atas apa berlaku, tetapi sekarang dia menyepikan diri tanpa berita.

Kini, saya berkenalan pula dengan lelaki bernama R. Saya beranikan diri untuk cerita dengan dia apa yang berlaku pada diri saya dan saya tanya dia: “Awak pun nak buat juga ke?”

R menjawab, dia memang mahu tapi bukan sekarang, sebaliknya apabila kami sudah berkahwin. Dang Setia, apa perlu saya lakukan? Saya tidak berdaya lagi. Emak dan ayah tidak tahu apa yang berlaku pada saya. Yang tahu hanya kakak saya.

Lagi satu Dang Setia, saya tak pernah menyintai mereka yang saya kenal. Entahlah, hati saya sebenarnya masih untuk insan yang tiada lagi di dunia ini.

Apabila mereka yang saya kenal bertanya: “Sayang tak kat saya?” Saya jawab: “Memang saya sayang.” Apa perlu saya lakukan demi menjaga nama baik emak dan ayah? Saya tidak mahu mereka tahu apa yang saya lakukan kerana saya tidak mahu hati mereka terguris. Saya tidak mahu mereka menangis kerana saya.

INSAN SEDIH
Shah Alam, Selangor

Sedih dan kecewa Dang Setia apabila seorang siswi IPTA yang dianggap bijak pandai, dipandang tinggi oleh masyarakat dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa depan, jauh terpesong dengan menjalani kehidupan sumbang dan penuh noda.

Maaf jika bahasa Dang Setia kasar dan leteran ini menjengkelkan saudari, namun Dang Setia berasa perlu untuk membangkitkan hal ini kerana teramat kecewa dengan masalah sosial di kalangan remaja sekarang, termasuk pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi.

Pertama sekali, Dang Setia wajib menasihatkan saudari supaya bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah di atas segala keterlanjuran saudari. Saudari orang bijak pandai dan ada akal yang cerdas dikurniakan Allah.

Gunakan akal itu sepenuhnya. Bukan saja ketika belajar dan mengambil periksa kita perlu menggunakan akal, tapi kita juga perlu berfikir panjang dalam membentuk perlakuan dan menjalin apa juga hubungan sesama manusia.

Kita kena berfikir bahawa hidup kita di dunia hanya sementara, semua yang kita buat, sama ada baik atau jahat, ada balasannya oleh Allah dan jika kita ingkar perintah Allah, azab yang bakal menimpa kita sangat perit.

Hanya dengan cara itu kita mampu menjaga perlakuan dan tidak mengikut hawa nafsu.

Tidak keterlaluan jika Dang Setia katakan, saudari bertindak hanya berpandukan nafsu dan bukan akal.

Sebab itu saudari seolah-olah tidak kisah untuk berzina bersilih ganti dengan beberapa lelaki dan begitu mudah mengucapkan kata sayang tanpa ada perasaan.

Dang Setia berpendapat, saudari jadi begitu kerana jiwa kosong. Sebenarnya, masalah jiwa atau rohani sebenarnya turut berkaitan dengan amal ibadat kita sebagai seorang Islam.

Jika tidak menunaikan solat, tidak membaca al-Quran, tidak berzikir dan tidak berpuasa, jiwa atau rohani kita akan sakit kerana semua amalan itu perlu untuk menyihatkan jiwa.

Jiwa yang sakit mudah dipengaruhi nafsu dan tunduk kepada godaan syaitan. Hanya jiwa yang sihat berkat amal ibadat berterusan mampu menundukkan nafsu serta menepis godaan syaitan.

Oleh itu, rawat dan bersihkan jiwa saudari dengan beramal dan seterusnya bertaubat kepada Allah.

Insya-Allah jika saudari berusaha menghampiri Allah, Allah akan membantu saudari menempuhi kehidupan akan datang, termasuk memelihara nama baik ibu bapa tercinta.
emel