Saturday, January 17, 2009

Wah Besnya aku menyertai Demonstrasi Palestin…Tapi…..

Alhamdulillah pada hari ini iaitu pada 17 Januari 2009, bertempat di KUIS, sekali lagi aku dapat merasa suasana berdemostrasi sempena membantah serangan Yahudi Zionis laknatullah terhadap rakyat Palestin yangmana himpunan ini mendapat sambutan insya’allah ribuan mahasiswa KUIS yang bersama-sama.

Himpunan ini bermula di dataran First Kafe atau kafe yang terletak diantara asrama siswa dan siswi sebelum berarak ke dataran masjid Al-Azhar KUIS dengan disertai oleh ucapan-ucapan dari wakil “Penganjur” dan pensyarah yang diwakili oleh Ust Fairuz selaku timbalan dekan Akademi Islam.

Selepas laungan kalimah Allah yang bertalu-talu dengan penuh semangat dengan diiringi oleh kata-kata membakar semangat, kami berarak ramai-ramai yang juga sambil diiringi laungan takbir dan kata-kata semangat, ke dataran masjid Al-Azhar.


Aku pada masa itu bersama Rahaizad memegang banner lambang Hamas dan merasakan semangat perjuangan dengan sorakan anti Israel, berjalan hingga ke masjid.

Setelah sampai dimasjid, disusuli dengan ucapan-ucapan oleh Bakal Presiden Al-Azhar Members (ALAM) Saudara Mohd Fahmi, Bakal YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Saudara Nasrun Izad, Nazir Masjid Alp-Azhar, Al-Fadhil Ust. Farid Ravi dan ucapan yang terakhir oleh Ybhg. Ust Ahmad Shah, Timbalan Rektor Pambangunan Koprat sebelum beliau membakar bendera Israel sebagai tanda simbolik menantang kezaliman terhadap Israel.

Demonstrasi hari itu tidak terhenti setakat itu sahaja kerana ia disusuli oleh Khutbah yang di sampaikan oleh Pensyarah daripada jabatan syariah iaitu ust. Ismail yang menyampaikan khutbahnya dengan penuh semangat menghayati akan isu kanduangannya.

Dan selepas solat demonstrasi disambung lagi, kali ini mendapat kehadiran daripada pengunjung luar yang solat di situ. Dalaam himpunan itu simbolik membakar bendera sekali lagi dan disusuli dengan ucapan-ucapan oleh wakil pelajar dan wakil pensyarah antaranya ustaz Mustapha.

Sebenarnya dalam himpunan itu aku bercadang juga untuk memberi sedikit ucapan dalam bahasa inggeris biarpun semasa dalam mesyuarat bersama “pihak ALAM” ada sedikit ditertawakan tetapi aku terus dengan pendirian dengan cover perasaan pada ketika itu.

Aku diberi peluang memberi ucapan tersebut dimasjid pada mulanya, dan selepas mendapat peluang itu, aku bergegas pulang kerumah dan membuat skrip ucapan, aku faham aku bukanlah yang maahir daalam bahasa itu, tetapi semuanya bermula dengan kesusahan dan kekalahan adakah kita nak meyatakan baantahan dengan bahasa sendiri sape yang faham? Amerika? Atau Yahudi? Aku rasa mereka lebih faham loghat Kelantan he..he… bukak minda…bukak mata.

Semasa aku sedang menaip skrip tersebut tiba-tiba sampai sms menyatakan aku berucap di First kafe esok. Alhamdulillah tepat pukul 1.15pagi siaplah teks ucapan itu dan aku merehatkan diri sebelum menjelangnya subuh.

Paginya aku ada kelas, jam 10-11pagi dan sebelum itu aku berjumpa dengan Sakinah untuk memintanya “check” ayat skrip aku itu yela aku ni bukan pendai sangat dalam bahasa inggeris ini tapi sekurang-kurang nya minat nak menguasai itu ada, takde la cakap jawa sampai kemati kan. Selepas itu aku ke Pusat siber untuk print poster untuk fotokopikan.

Setelah habis kelas aku terus telefon Sakinah adakah dia telah periksa ayat teks ucapan tersebut dan kemudian aku ke Koperasi untuk mengambil poster yang telah difotokopikan itu.

Walaupun sempat membaca 4kali aku menmerima sms daripada Rahaizad, dan beliau menyuruh baku kesana untuk memulakan ucapan, akan tetapi harapan aku meleset kerana aku tidak bepeluang untuk berucap disana.

Setelah selesai berhimpun dimasjid, Abg Izad dating pada aku dan memberitahu aku boleh bercakap selepas solat jumaat nanti, pada masa itu semangat aku untuk berucap dalaam bahasa inggeris sudah “tawar” setelah 2kali dipinda, sedangan syura’ dibincangkan dan putuskan semacam lain.

Mungkin ada dalam situasi besegini dan bagi aku biarpun aku tak mendapat tempat dalam himpunan ini harap apa yang aku lakukan sepanjang itu dapat memberi sumbangan dalam menyatakan kebencian aku terhadap Yahudi yang selama-lamanya musuh ketat Islam, lagi pun aku bukan pengajur hanya bagaikan seeor semut dituip angin, semakin berjalan kehadapan tetapi bila ditiup angin kembali kebelakang balik.

Ini adalah teks ucapan aku dalam bahasa inggeris bersama maksudnya biarpun bahasanay tidaklah sempurna sangat:-

Alhamdulillah pada hari ini dengan keizinan Allah swt telah menggerakkan hati-hati kita untuk menyatakan pendirian kita cinta kita terhadap Islam dan juga ukhuwwah sesama Islam.

Alhamdulillah, today with Allah permission for movement heart to give that our standpoint and external to Islam and also the ukhuwwah either muslim.

Ummat Islam baru sahaja melangkah ke tahun baru hijrah, tetapi kita tidak meyangka hadiah tahun baru adaalaah Bom dan peluru yang telah dilancarkan oleh musuh ketat kita iaitu Zoinis Yahudi terhadap saudara kita di palestin dan kita juga turut merasakan betama perit dan sengsaranya mereka disana.

Who knows, this Hijrah new years, muslim ummah at GAZA Palestine are receive the extremely present with bomb and missile from our evelasting enemy and they are the zeonist Israel, and we at here are feel it too how their painful and suffering.

Disini kami pelajar2 KUIS ingin menyuarakan agar ummat Islam diseluruh dunia agar bersatu dalam mempertahan kan agama Islam ini yang kian dicabulm oleh musuh2 islam.

Lupakanlah persengketaan sesama kita biarpun berlainan puak,biarpun berlainan jemaah biarpun berlainan parti politik ,diatas nama Islam ayuh kita bersatu.

Here, we are selangor International Islamic University College (KUIS) want give our stand for this situation, hopeness for all muslim ummah from any jemaah or any partision or any community, if you are the muslim you must be responbility to guarding the Islam from enemy attact.

Kepada pihak PBB pihak kami berharap agar pihak anda membuka mata melihat reality sebenar yang berlaku di GAZA dan mengambil tindakan keatas pihak zionis kerana menindas rakyat serta menyerang sehabis-habisan lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak, perempuan dan orang tua yang tidak berdosa.

We are the youth generation of Islam, hopeness if the Organisation Islamic Council (OIC) to do something before its be very serious and cannot be stopped again. For United Nation we hope you open your eyes to look the real situation who are the terrorist and who are the injured like who kill kids, old lady and female.

Dan bagi menyatakan kan juga protes terhadap Amerika dan Yahudi, marilah sama-sama kita memboikot baarang-baramng mereka yang kita boleh melihatnya didalam website PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia).

And the lastly please you all, we try to scarp their economic like Amerika and Israel product boycott to stopped the fund for buying weapons and the boycott product list we can see at PPIM website.

0 comments: