Thursday, January 15, 2009

Muktamar Kebangsaan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).



Pada 13 Januari 2009, bertempat Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) saya telah di jemput untuk menjadi salah seorang urusetia dalam satu himpunan terbesar yang jarang sekali di adakan iaitu himpunan badan-badan bukan kerajaan Islam (NGO Islam) atau Muktamar Kebangsaan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).

Himpunan ini bermula jam 9 pagi dan dihadiri oleh pelbagai NGO-NGO yang ada diseluruh tahan air malah dari Sabah dan Sarawak antaranya seperti Aangkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) , Jemaah Islah Malaysia (JIM), Pertubuhan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Pusat Islam UPM, PERKIM, Persatuan India Muslim, Persatuan Ulamak Malaysia(PUM), Persatuan Peguam Syar’ie Malaysia (PGSM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Hikmah Sabah, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang merupakan satu-satunya persatuan pelajar atau mahasiswa yang hadir, dan lain-lain lagi.

Muktamar atau himpunan ini dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Al-Whatiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Yang Di-Pertuan Agong Malaysia dan disusuli oleh ucaptama daripada Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) iaitu Dato’ Hj. Mohd Nakhaie Bin Hj Ahmad yang juga selaku Yang Di-Pertua YADIM yang membawa tajuk “Melestari Perjuangan Gerakan Amal Islami”.

Selain itu, himpunan ini juga diisi dengan pembentangan kertas kerja oleh dua orang tokoh iaitu Tuan Haji Yusri Mohamad yang juga merupakan Presiden ABIM dan Tuan Haji Zaid Kamaruddin yang juga merupakan Presiden JIM.

Tuan Haji Yusri membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Mengukuhkan Pertubuhan Islam Sebagai Wadah Dakwah Yang Berkesan”, dimana beliau mengetengahkan perbincangan tentang kepentingan pengukuhan gerakan Islam ini dari pelbagai aspek seperti fikrah, kualiti, kuantiti, matlamat dan lain-lain lagi dalam bergerak seperti gerakan yang dibawa Rasulullah saw dan pembentukan generasi seperti generasi Salahuddin Al-Ayubi.

Manakala Tuan Haji Zaid Kamaruddin dengan tajuknya yang telah dinyatakan diatas tadi meneragkan tentang peranan sebagai pertubuhan Islam bukan kerajaan dalam masyarakat yang pelbagai kaum dan agama ini dengan menggunakan apa sajaha kemudahan sebagai cara alternatif dalam berdakwah.

Pada pukul 2.30petang pula berlangsung mesyuarat Agung Muktamar bagi menubuhan jawatankuasa MAIM dan membincangkan matlamat dan halatuju gerakan ini dimasa kini dan di masa depan.

Harapan agar himpunan pertubuhan-pertubuhan yang berorientasikan Islam sebagai panduan gerakan dapat menjadi titik permulaan kepada penyatuan ummat Islam dalam memperjuangkan agama tidak mengira bangsa dan keturunan dan menentang sesiapa sahaja yang cuba mencabar agam Islam yang suci yang satu-satunya agama yang benar didunia ini. Himpunan ini berakhir pada jam 6 petang.



Hadirin


Sesi Soal jawab


Perbentangan Oleh Tuan Haji Zaid Kamaruddin


Pergulungan oleh Dato' Nakhaie


Tuan Hj. Yusri


Hadirin yang bertanya


Ucaptama YDP YADIM


Ahli Mesyuarat Agung MAIM


Ucapan Pengerusi tetap

Abg Khairul, Abg MK, Wasif dan Syahiran ( Wakil PKPIM)




0 comments: