Friday, January 23, 2009

Ke Solat Hajat Selamatkan Palestin di Masjid Wilayah anjuran SBPMM


Pada 22 Januari 2009 ( Khamis ), Saya dijemput untuk menyertai satu program anjuran Sekritariat Bertindak Pelajar Mahasiswa Islam Malaysia ( SBPMM ) yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Saya di jemput atas nama PKPIM-KUIS bersama-sama sahabat-sahabat yang lain bertolak daripada KUIS pada jam 5.30 petang iaitu seramai 4 orang. SBPMM ini merupakan gabungan daripada Ngo atau persatuan pelajar dan belia sebagai pihak yang akan mengendalikan Isu-isu yang berkaitan Pelajar dan lebih-lebih lagi dalam isu yang melibatkan kesucian Islam

Antara anggota gabungan setakat ini, ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA), Pergerakan Putri Islam Malaysia (PPI) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).

Kami sampai di Masjid Wilayah pada jam 7.15petang dan mendaftar kan diri serta makan malam. Selepas menunaikan solat Yaasin, hadirin menunaikan solat hajat berjemaah dan membaca Yaasin sesudah itu.

Selepas Solat Isya', Kami ditayangkan dengan persembahan multimedia tentang kekejaman Zionis terhadap saudara kita di Palestin (GAZA). Kemudian ucapan-ucapan daripada wakil setiap Ngo yang di pengerusikan oleh Saudara Khairul Anwar yang juga merupakan setiausaha agung PKPIM.

Sebelum setiap wakil gabungan SBPMM memulakan ucapan kami di dendangkan dengan Syair oleh Ustaz Razi yang merupakan bekas penyanyi rock Melisa. Seterusnya penyampaian ucapan-ucapan oleh Tuan Hj. Yusri, Presiden ABIM, Puan Zahiran Pengerusi Pergerakan Puteri Islam, Saudara Auzan Wakil dari KARISMA, Tuan Zainal Marican Presiden GMPS, Saudara Hilmi Presiden PKPIM dan Saudara Hilman Wakil dari GAMIS.

Dalam majlis ini turut menyampaikan ucapan oleh wakil-wakil politik iaitu Ustaz Syafi'e Setiausaha Pemuda PAS dan Dato' Nazmi, ketua Biro Agama UMNO dan turut disertai oleh wakil daripada GAZA. Program ini tamat kira-kira jam 11.00 malam.


Pengerusi Majlis

Ustaz Razi

Wakil ABIM

Wakil Pergerakan Putri Islam

Wakil KARISMA

Wakil GPMS

Wakil PAS

Wakil UMNO

Wakil PKPIM


Wakil penduduk GAZA

0 comments: