Sempena sambutan tahun baru Islam iaitu Ma’al Hijrah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah mengadakan forum perdana Ma’al Hijrah pada 28 Disember 2008 bertempat di lapangan letak kereta berhadapan tasik KUIS. Forum bertajuk Manjana Ummah Cemerlang ini menampilkan beberapa ahli penel jemputan iaitu Professor Dato’ Dr. Haron Din, bekas pensyarah di UKM yang juga merupakan timbalan Mursyidul Am Parti Al-Islam Semalaysia(PAS) dan YB. Dato’ Dr Hassan Ali, Exco Kerajaan negeri Selangor.yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor.
Dalam pusingan pertama Prof. Dato’ Dr Haron Din ditaanya mengenai apakah yang dimaksud kan menjana ummah cemerlang ini dan prof. menyatakan sesungguhnya kecemerlangan yang dimaksudkan oleh Islam ialah kecemerlangan di sudut rohaninya seperti sebuah masyarakat yang berakhlak dengan mengambil nilai-nilai daripada Islam dan masyarakat ini kenal Allah. Tidak kira pemimpin, belia,doktor,pelajar,pemaju, guru, dan seluruh masyarakatnya mengikut perunjuk Allah dan mengikut garis panduan yang telah di tentukan dalam Islam.
YB. Dr Hassan Ali pula mempersoalankan adakah ummat Islam sekarang telah menonjolkan kecemerlangan, kerana sudah berpuluh-puluh tahunberforum dan tajuk-tajuk sebegini sentiasa dibincangkan. Akhlak serta sifat Rasulullah SAW perlu di jadikan ikutan setiap individu dalam masyarakat agar seluruhnya mengingati Allah sentiasa. YB juga menyatakan dalam membentuk atau menjana ummah yang cemerlang ini memerlukan beberapa factor, pertamanya visi dan misi perlu jelas siapakan kita, apakan peranan kita sebagai ummat Islam dan visi dan misi ini hendaklah di serapkan kesemua sektor-sektor , jabatan atau institusi.
Keduanya kepimpinan, pemimpin atau orang yang berada didepan tak kira dalam sektor kerajaan, institusi pendidikan seperti IPT, atau dalam mana organisasi perlu menjadi contoh kepada orang bawahannya dalam membawa kearah ketaqwaan kepada Allah dan yang katiga ialah sumber, dimana di Selangor ini sumbernya cukup banyak dari situ mudah untuk melaksanakan sesuatu dengan mudah dan cepat seperti kerajaan negeri ini akan menubuhkan sebuah maahad tahfiz dan banyak lagi yang boleh dilakukan untuk menjana pemikiran masyarakat biar mereka kenal apa itu Islam dan memangkin kearah kecemerlangan ummat Islam.
Dalam pusingan kedua ini, ahli panel ditanya tentang rahsia ummat Islam terdahulu. Prof. Haron Din menghuraikan hadis Rasulillah yang menyuruh ummat kini menjadikan cerita ummat terdahulu sebagai panduan. Kenapa ummat terdahulu dikatakan generansi cemerlang? Ini kerana mereka boleh menonjolkan diri kepada dunia biarpun pada waktu ini teknologi moden masih dalam peringkat kajian tetapi dengan semangat dan aqidah atau keyakinan yang betul terhadap Islam ini jenerasi terdahulu boleh mencapai kecemerlangan bermula generasi bersama Rasulullah hinggalah kewafatan baginda dibawah pimpinan khulafa’ arrasyidin hinggalah juga kepada zaman tabi’ tabi’in generasi Islam masih boleh kehadapan daripada agama-agama lain seperti generasi Salahuddin Al-Ayubi dan Sultan Muhamad Al-Fateh.
Rahsianya, mereka ini kenal seiapakan diri mereka dan apakan tugas mereka sebagai hamba dan juga khalifah di muka bumi ini dan mereka ini faham bahawa kecemerlangan ummat Islam bukan hanya didunia sahaja tetapi cemerlangan ini juga untuk akhirat dan juga nawaitu atau niat kena ikhlas terhadap menjaga kesucian agama ini. Rashia-rahsia ini lah yang masih belum diterokai oleh ummat sekarang sebab itulah kecemerlangan masih belum terselah.
Manakala YB. Dr Hassan Ali pula menggariskan faktor-fator halangan untuk mancapai kecemerlangan ini iaitu kejahilan. Ummat Islam tidak mengamalkan ajaran dan nilai islam dalam kehidupan . Keduanya ialah budaya pokok yang telah sebati dalam masyarakat Islam seperti pengaruh hiburan yang begiutu serius lebih-lebih lagi dalam Negara ini.Hampir kesemua benda disekeliling kita ini memppunyai unsur-unsur hiburan, kenapa? Kerana hendak memberitahu Malaysia ini adalah Negara aman dan menghiburkan penduduk atau rakyat ini. Mereka tidak sedar jika hiburan ini sudah keterlaluan, masyarakat menjadi musnah secara batinnya dari segi pemikiran dan pendirian.
Dan yang ketiga iaitu meruntuhkan institusi agama seperti yang kita telah tengok sekarang ini banyak sekolah-sekolah agama dibina tetapi swasta sedangkan sekolah kabangsaan ini kesemuanya dibiaya oleh kerajaan. Seain itu banyak lagi seperti serangan pemikiran dan kefahaman terhadap Islam dan sebagainya.
Sebagai kesimpulannya dalam menjana ummat Islam kearah kecemerlangan ini tidak lari dari menggunakan panduan yang telah dianjurkan oleh Islam iaitu rujukan daripada Al-Quran, berakhlak seperti rasululllah dan kisah kegemilangan generasi terdahulu.
0 comments:
Post a Comment