Dimana-mana sekolah pun tak kira menengah atau rendah, mesti di tubuhkan sebuah badan yang di anggotai oleh pelajar-pelajar terpilih untuk melatih kepimpinan dan juga menguatkuasakan disiplin sekolah termasuk sekolah YIK ini.
Alhamdulillah, pada 2007, salah seorang anggota badan disiplin disebuah sekolah YIK yang lebih dikenali dengan Mahad Muhammadi Perempuan telah mencatat rekod dengan mendapat pencapaian tertinggi SPM di Malaysia. Ini bermakna perana beliau dalam badan didiplin dipringkat sekolah juga membantu dalam proses pembelajaran dari segi disiplin dalam menjaga masa.
Disini saya ingin mencadangkan agar pendedahan anggota badan disiplin disekolah lebih diperluaskan seperti mengasahkan lagi sifat kepimpinan mereka dengan memberi pendedahan tentang isu-isu semasa bukan sekadar politik semata-mata tetapi apa yang berlaku dalam Negara dan luar Negara.
Selain itu aktiviti kemasayarakan juga penting dengan memberi mereka merangcang untuk membuat khidmat masyarakat di mana-mana tenpat lebih-lebih lagi dirumah yang tidak berkemampuan.
Seterusnya biarkan mereka menyuarakan pendapat mereka dalaam membela nasib sahabat-sahabat di sekolah tersebut atau mereka-mereka yang tidak bernasib baik di luar
Mengapa cadangan-cadangaan ini diuatarakan adalah untuk memberi latihan mereka supaya nanti bila di IPT di dalam atau di luar Negara, mereka yang menjadi pengawas ini agar lebih matang dalaam merentasi kehidupan seorang remaja dalam alam kampus yang penuh ujian dan pancaroba.
Mengamalkan mengucapan awam yang berintipatikan petikan-petikan yang berunsur Islam,dan mengambil petikan-petikan daripada cendikiawan yang muktabar bukan hanya daripada ahli politik sahaja dan jangan hanya mengamalkan percakapan kosong.
Saya rasa jika sekolah YIK ini memulakan cara ini dengan dibimbing oleh guru-guru yang pernah berpengalaman dalam persatuan ini, kualiti pengawas di sekolah YIK lebih jauh dari pada seklah biasa yang lain dengan tidak di abaikan juga penekanan terhadap menuntut ilmu dalam kelas.
Sudah tiba masanya pihak pentadbiran sekolah YIK ini memikirkan tentang proses pembentukan masyarakat yang berkualiti yang menepati ciri-ciri dituntut Islam bukan hanya mengejar pencapaian banyak “A”, kerana tokoh-tokoh yang ternama tidak ada yang bergelar pelajar perbijak atau banyak “A” ia terpulang kepada kematangan pelajar tersebuat untuk menilai sesuaatu dangan ada yang pernah mereka amalkan disekolah.
Oleh,
Mohd Syahiran Bin Muhammad
Mantan Ketua Pelajar,
Maahad Pengajian Islam 05/06
0 comments:
Post a Comment