Thursday, January 8, 2009

Rentetan Hati Ini.


Hati… ya, suatu ketulan dari jenis darah yang cukup sensitif lebih-lebih lagi yang melibatkannya. Kadang-kang kita boleh Manahan atau menyembunyikannya tetapi dengan iman yang tak seberapa ini bila-bila masa ia akan koyak.


Sebenarnya ini adalah luahan dari perkara yang di nayatakan pada perenggan awal tadi iaitu hati, setelah lama menahan kesabaran walaupun dalam dirinya sudah tumbuh pelbagai persoalan mengapa, kenapa, bagaimana, bila, apakah, patutkan, jikalau, dan dalin-lain lagi.


Walaupun hati ini dapat mengagak akan jawapannya tetapi ia masih belum cukup untuk menyelesaikan masalah kerana ia pun berkaitan dengan hati dan pendirian seseorang yang lain yang terlibat dalam kes ini.

Aku tahu hati-hati “mereka” itu terluka akibat gurisan yang tidak di sengajakan kerana kau tidak menyangkan hati “mereka” ini cukup dekat dengan hati ku. Tetapi maafan dipinta kerna aku terpaksa melakukan juga biarpun ia terkena pada hati-hati “mereka” yang lain.


Kerana perjuanganku sudah di tetapkan sebelum aku dan “mereka” bersua di bumi KUIS ini. Agenda sudah lama disusun dan ada sebagaiannya sudah di penuhi dan banyak lagi yang masih memerlukan kerja keras dalam merealisasikannya.


Buat “mereka” Sebelum kaki ku mula melangkah keluar, memang hati ini lah yang banyak bertanyakn kesannya sebab itulah aku dapat rasakan apa yang akan berlaku mengikut “spesis” seseorang itu. Tetapi kaki ini memulakan tugasnya juga setelah aku dan hati ini bermuhasabah, dan bertanyakan pendapat malah ada yang berulang-ulang kali berbincang dengan abang-abang senior.


Setelah itu hati ini memberi nasihat agar telus dalam membuat keputusan, berterus- teranglah dan aku melakukannya dimulakan menistiharkan dalam perjumpaan dengan “mereka”masa itu aku lega sebab tiada respon yang negatif dari “mereka” rupanya-rupanya “mereka” ini tidak faham apa yang aku maksudkan ini.


Aku meminta restu dari ustaz yang telah banyak memberi teladan dalam pimpinan dan kematangan dalam politik ini untuk melangkah ke satu tempat yang tidak jauh beza peranannya dalam pembentukan ummat ini, Cuma pendekatannya sahaja yang berbeza. Alhamdulillah Ust. Nasaruddin merestuinya tetapi bersyarat jangan tinggalkan “ini”(jemaah), aku senyum tanda memahami dan aku pasti beliau pun faham agenda ku kerana dia juga yang ajar cara ni.


Buat “mereka” aku tahu ada dikalian anda yang tidak menyenangi akan perkara ini, tetapi terus terang aku nyatan anda masih dalam peringkat permulaan dan sebab itu semasa aku bersama dengan “mereka” masih banyak lagi yang perlu dilengkapkan sebelum memulakan agenda iaitu pengetahuan disekeliling dan sejarah. Alhamdulillah tika di akhir hayatku bersama “mereka” kalian sudah nampak apa yang aku maksudkan pada awal perjumpaan hari tu.


Mungkin sudah tiba masanya aku kembali pada agenda ku kerana rasanya sudah dapat membaantu rakan-rakan seperjuangan yang lain dalam sama-sama memartabatkan agama ini dalam dunia yang serba moden ini. Jika perjuangan hanya dengan bertengkar lidah dalam mesyuarat tidak akan mergerak matlamat jika tidak disertakan tindakan.


Aku faham akan “mereka” kerna aku sebahagian dari kalian dahulu,kini dan selamanya dan aku memberitahu kepada hati ini agar tidak memulakan apa-apa gurisan dan tidak akan mengulangi sejarah lampau. Apa yang aku kehendaki adakah kekuatan dan penyatuan ummat Islam yang kian ketara pecahannya.


Aku faham pendirian “mereka” tetapi jangan salah kan apaa yang telah wujud sekarang dengan pelbagai gerakan kerana ia sudah lama berlaku daripada perkembangan sejarah dan terang-terang ia adalaah ketantuan allah untuk memberi hikmah kepada kita adakah kaburkah ukhuwwah jika menzahir pan perbezaan lain?


Allah itu maha penolong dan mengetahui mana yang hak kerana pada suatu hari aku ditemukan dengan ustaz Abu Zaki pada mulanya aku pun kaku tetapi aku yakin beliau pun faham kerana beliu juga terlibat dalam sejarah lampau, kami banyak berbincang tentang isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan sejarah lampau dan kebanyakannya apa yang dia kata ialah apa yang aku tahu walaupun aku tahu masih ada lagi yang masih belum terurai.


Dalam agenda aku tiada sikitpun untuk mengambil alih peranan “mereka” dalam mengejar matlamat yang dahulu kita pernah persetujui kerana ia adalah sebagian daripadanya kerana manusia diatas dunia ini pelbagai citarasanya ada yang suka warna hitam dan ada yang suka warna merah jambu. Ada yang suka pakaian “skima” dan ada yang suka “low profile” ada yang suka perempuan macam ini dan ada yang suka wanita semacam ini dan ia adalah naluri dan hakikat manusia itu.


Maka cara untuk memikat dan mangikat pun pelbagai cara…… terpulanglah kepada “mereka” apa yang dinyatakan diatas adalah apa yang tersirat dalam hati ini dia(hati) rela untuk mengeluarkannya kerana kami rasa Ia telah menjadi suatu keperluan.


Aku akan terus melangkah merentasi kesemua perkara yang manusia rebutkan untuk mencapai matlamat dalam menjaga agama ini agar ia kembali memugar dalam masyarakat ini itu lah hasrat aku dengan tidak terlalu prajudis kepada mana kumpulan.


Dengan ini aku hanya serahkan kepada “mereka” untuk menilai kerana aku akan terus melangkah dalam tapak yang aku pijak ini…. Selamat Berjuang… Ukhuwwah selamanya. Dan terima kasih Allah kerana memberi pengalaman baru kepada “mereka” dalam pelajaran gerakan ini.

0 comments: