Pada malam ini ( Sabtu, 24 Jan 09) jam sudah menunjukkan pukul 1.42 pagi, selepas malayari internet aku rasa tak dapat melelapkan mata tidak tahu apakah puncanya, mungkin disebabkan kepala aku masih pening dari semalam lagi tambah pula perut yang rasa tak selesa dan tengkuk ini memerlukan sesuatu yang adapat dirasa.
Lalu aku teringat kepada kedai “Maple Kuning” yang dibuka hingga 24 jam dan aku mengambil jaket aku dengan berkain pelekat ke
Aku terfikir adakah malam ini mempunyai sesuatu pengalaman atau sesuatu yang berlaku. Pada waktu itu tayangan di “Skrin” kedai tersebut ditayangkan gusti WWE, aku tengok sembil terfikir macam ada yang tak kena.
Air Kopi Radix aku sudah sampai tapi masalah nya, aku mintak Radix ais tapi si maple ni bagi Radix ais tapi sudah cair aisnya sebab terlalu panas air. Nak tukar ke tak.. nak tukar ke..tak.. aku mengambil keputusan takyah lah tukar mungkin ada hikmahnya aku tak dibenarkan minum ais malam-malam ni.
Aku menghisap air itu dengan “Straw” dengan penuh nikmat walaupun tak pekat kerana ais sudah cair dan aku minum hingga habis. Tiba-tiba aku merasai sesuatu… apa kah die? Eeee… aku ni bawak tak beg duit sebab pakai kain pelekat jeni. Lalu aku meraba jaket ku kenapa kurus je jaket ni yang ada hanya henset dan name kad je dalam poket ni.
Loh…. Aku lupa nak bawak duit.. adoii.. aku pun fakir apa nak buat biar maple ni percaya sementara aku balik sekejap ambil duit. Laku aku mebuat perkara berani mati dengan memajak sekejap henset sabun aku sementara nak pergi ambil duit. Tapi alhamdulillah maple ni mempercayai aku mungki melihat wajah aku yang jujur, baik lagi hensem ni kot.
Dengan pentas aku terus berjalan kembali ke L-4-6 mengambil duit walaupun aku tau ada pelanggan kat situ memerhatikan gelagat aku ni. Sampai dirumah aku mengambil dompet dalam almari, pada masa itu si Zubir masih belum tidur rupanya. Aku terus melaksanakan amanah kesana dengan menaiki basikat Fahmi. Dengan laju aku meluru ke kedai maple kuning itu ( kadai mamak warna kuning di sri putra) dan alhamdulillah akhirnya aku dapat membayar hutang seketia itu.
Barulah aku tahu rupa-rupanya malam ini mempunyai cerita yang boleh dikongsi sebagai pedoman. Moralnya :
1.Jika selalu pakai seluar ke kedai, hati-hati semasa berpakaian kain plekat takut-takut tertinggal dompet yang selalu diletakkan dalam seluar.
- mambuat persediaan sebelum membuat apa-apa.
0 comments:
Post a Comment