Tuesday, October 7, 2008

Majlis Hari Raya Mahasiswa Bersama Kerajaan Negeri



Majlis Hari Raya yang di adakan pada 3 Syawal 1429 H /2 Oktober 2008 bertempat di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan dianjurkan oleh Markaz Siswazah Kelantan ( MSK ) ini dinamakan Aidilfitri Mahasiswa Kelantan. Aku datang bersama dua orang teman iaitu Mustaqim dan Rahaizad.


Program ini bermula pada jam 9.30pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Program iaitu Saudara Bajili yang juga sahabat aku pada zaman sekolah menengah dulu. Program ini dirasmikan oleh Ust. Burhanuddin iaitu Presiden MSK.


Selain itu, majlis ini juga turut diisi dengan dialog bersama kerajaan negeri iaitu ahli panelnya, YB. Dr. Abd. Fatah (Exco Kerajaan Negeri) dan YB Senator Mumtaz (Dewan Rakyat). Dialog ini bertajuk Peranan Mahasiswa Dalam Merialisasikan Konsep Membangun Bersama Islam.


YB. Fatah menekan bahawa tidak perlu lagi mahasiswa bila balik ke Kelantan bila sudah habis belajar bertanya apakan kerajaan boleh bagi kepada kami, tetapi sepatutnya bertanya, apakah yang kami boleh menymbang kepada negeri. Kerana masa depan negeri ini bergantung kepada anak-anak muda atau generasi pelapis negeri ini. Pihak Kerajaan negeri sedia mendengar segala cadangan oleh anak-anak negeri.


Manakala YB Mumtaz pula banyak menceritakan tentang aktivis mahasiswa kerana beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli MPP UIA pada zaman belajar dahulu.


Sesi soaljawab juga turut hangat kerana ramai dalam kelangan peserta yang tampil kehadapan untuk bertanyakan soalan yang terpendam dihati termasuklah aku.


Majlis penutupan program ini dirasmikan YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Bin Hj. Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Dalam ucapannya, beliau menekankan tentang sambutan hari raya yang labih daripada sambutan Bulan Ramadhan dan memberitahu bahawa anak-anak Kelantan yang berada di luar negeri merupakan duta-duta kecil kepada kerajaan negeri.


Selain itu, beliau juga menjelaskan tentang perisip Islam yang sangat-sangat Syumul atau luas yang merentasi segalanya, baik perkauman atau semangat kebangsaan, budaya, dan taraf sasuatu bangsa itu kerana Islam tidak menilai semua itu tetapi Islam menekan sifat perpaduan antara sesama Islam dan saling kenal-mengenali budaya antara satu sama lain.


Habis sahaja majlis ini aku bertemu sahabat-sahabat daripada KUIS yang turut hadir dan Seterusnya jamuan hari raya pada pukul 12.30 tgh serta persiapan untuk solat Jumaat di Masjid Kubang Kerian.



Peserta Perempuan Yang Hadir

Kurang daripada Lelaki


Peserta Lelaki

Moderator : Ust Fatah
Ahli Panel : YB Fatah Exco Kerajaan Negeri
: YB Mumtaz, Senator Dewan Negara