Thursday, October 30, 2008

Anak Muda dan Dunia Hiburan

Sudah menjadi sifat setiap manusia untuk berhibur, mereka akan membuat apa sahaja asalkan dapat memenuhi kehandak hati. Apa yang kami ingin utarakan disini ialah sejak akhir-akhir ini syarikat-syarikat media seringkali menganjurkan pertandingan untuk menggalakkan anak-anak muda dinegara ini menyanyi.


Bermula dengan Akademi Fantasia (AF) yang telah masuk ke 6 sekarang, sesudah itu dahulu muncul pula Mentor yang seakan-akan AF, selepas itu muncul pula Malaysia Idol, disusuli dengan One In A Milion (IOM) dan pelbagai lagi jenama-jenama pertandingan nyanyian yang melibatkan remaja.


Tak cukup kepada golongan remaja, yang terbaru sebuah pertandingan nyanyian untuk kanak-kanak pula yang diberi nama Idola Kecil atau Kids Idol, kononnya untuk mengasah bakat dari kecil lagi.


Memang tak salah untuk berhibur seperti bernyanyi ini kerana ulamak telah menggariskan syarat iaitu lagu tersebut mestilah tidak terlalu berkhayal hinggakan si pendengar beterbangan ke dunia khayalan, Keduanya lirik lagu mestilah juga tidak menggunakan ayat-ayat yang tidak logik (khayalan).


Seterusnya lagu tidak mengagung-agungkan makhluk selain Allah dan benda tidak wujud seperti perempuan, tokoh-tokoh pemimpin, Negara “Kerana Mu Malaysia” dan dewa-dewi. Berikutnya lagu atau persembahan tidak menjurus kepada maksiat seperti berpakaian yang tidak sopan dan yang terakhir sekali penyanyi bukan perempuan kerana suara mereka apabila menyanyi mereka akan menggoda nafsu lelaki.


Jika segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh ulamak-ulamak muktabar(diterima) tersebut di turuti barulah lagu tersebut boleh di mainkan. Akan tetapi tidak seharusnya kita mendidik mereka dengan hiburan semata-mata kerana ia akan memberi kesan kepada tingkah-laku serta pendirian mereka.


Anak-anak muda ini akan menjadikan hiburan adalah segala-galaanya, sedangakan tugas mereka ini masih banyak dan peranan mereka dalam pelbagai sektor juga penting. Taraf pemikiran mereka juga akan menjadi kurang matang dalam banyak hal ini kerana mereka ini seringkali memikirkan popularitinya samata-mata.


Olehyangdemikian disini Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (PKPIM-KUIS) mengesyorkan kepada syarikat-syarikat Media agar program-program sebegini khusunya pertandingan nyanyian ini dikurangkan dan dilebihkan kepada program-program ilmuan dan isu-siu semasa, agar mereka ini terlatih dengan apa yang berlaku disekeliling seterusnya mereka akan menjadi lebih matang untuk menggerakkan tompok pemerintahan Negara suatu hari nanti.



MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD,

Amir Kampus,

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( PKPIM-KUIS)

0 comments: