Pada mulanya aku ingin bertarawih di perkarangan stadium kerana disana imamnya daripada Mesir dan aku ingin bergilir-gilir bertarawih di masjid-masjid yang ada di Kota Bharu, tetapi setelah pulang ibu selalu bersama aku untuk ke masjid, aku tak sampai hati untuk menjalankan hasrat aku kerana aku takut ini merupakan mungkin peluang kami bersama kerana aku takut tahun depan tidak berkesempatan lagi…
Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana sekali lagi pada tahun ini telah meanugerahkan nikmat Idulfitri yang penuh bermakna bagi ku berbahagia bersama keluarga, bertemu sanak saudara dan beramah mesra dengan sahabat handai yang jarang-jarang dapat diketemui.
Bagi aku Idulfitri tahun ini mempunyai keistimewaan serta sedikit kekurangan , itu bukan masalah bagi aku untuk menggunakan kesempatan ini bagi mengeratkan ukhuwwah sesame Islam dan kaum kerabat walaupun kakak yang sulong tidak bersama-sama dan beliau beraya bersama keluarga suaminya.
Setelah fajar Idulfitri menjelma, aku terjaga dari tidur apa yang aku dengar selain dari suara mak aku kejutkan aku ialah gema takbir dari speaker masjid. Aku terus mandi serta solat subuh dan bersiap-siap untuk kemasjid bagi menunaikan solat sunat Idulfitri. Selepas itu seperti raya-raya tahun lepas kami ( mak, kak ngah, dan adik perempuan) kerumah saudara terdekat ditepi jalan sebelum lorong masuk ke rumah ku.
Sebagaimana raya pertama aku selalu beraya dirumah, menunggu orang dating, tetapi disebabkan bosan yang membuak lalu aku menerima ajakan sahabat iaitu Rahaizad untuk kerumah kawan di Pasir Pekan setelah beliau menghantar sms pada ku. Selepas itu aku ke rumah teman yang terletak di Wakaf Che Yeh iaitu Farid yang ketika zaman sekolah menengah dahulu merupakan penolong ku dalam Badan Disiplin. Perjumpaan ini amat bermakna kerana kami bertukar rupa, beliau yang dahulu macam Doremon,kini “Slim” dan aku badan aku pula yang berisi. Kami betanya haluan masing-masing dan mengimbau masa silam.
Selapas itu Aku kerumah Si Rahaizad pada sebelah petangnya dan selepas manghrib kami keMustaqim dan Ilyas yang juga sahabat karib zaman sekolah menengah dahulu yang terletak di jalan Gajah Mati dan Pengkalan Chepa. Bagitulah sudahnya raya pertama ku walaupun tak sempat berjumpa dengan bapa saudara bangsu yang berkunjung kerumah semasa aku beraya.
Pada raya kedua jadual aku semakin padat, pagi-pagi lagi aku bersama Rahaizad ke rumah Aiman di Kg. Paya Senang, Telipot. Tahun ini beliau menjamu kami dengan Lontong, bukan ape tahun-tahun lepas bila raya dirumah die masti makanan pelik-pelik dan “Grand” yang aku sendiripun tak pernah makan. Selepas itu aku kerumah Fiq terletaknya di Jalan Pengkalan Chepa, beliau menjamu Mee Kari. Disana la kami bertemu dengan kawan-kawan SIP yang lain. Aku terpakse berundur selepas itu setelah solat Zohor untuk pulang kerana sanak saudara nak dating walaupun diorang bercadang nak ke rumah teman-teman yang lain.
Pada sebelah petang, penantian aku berakhir setelah saudara yang aku maksud kan sudah tiba tetapi ia cukup mengejutkan aku kerana pertama kali dalam sejarah ziarah kunjungan kerumah ku ini yang dating seramai 20orang sekali gus, patutla mak kalut menyediakan makanan. Sepupu aku bergurau kami datang untuk meminang aku. Alhamdulillah saudara yang datang ini adalah mereka yang dah lama tak jumpa setelah meinggalkan zaman kanak-kanak.
Raya ketiga aku bersama kawan-kawan yang lain dijemput oleh Markaz Siswazah Kelantan (MSK)
Untuk majlis hari raya bersama kerajaan negeri dan secara detail nya aku telah ceritakan dalam artikel yang lepas. Hari ini memang padat dengan agenda raya-merayakan kenapa? He..he.. nanti aku cerita ikut “Turn”. Selepas solat Jumaat di masjid Kubang Kerian, kami ke majlis hari raya Briged Bakti, tahun diadakan di rumah Kak Izzat jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB). Walaupun tahun ini tak semeriah tahun lepas yang diadakan bersama-sama Persatauan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) dan ABIM tetapi ia tetap meriah dengan bertemu kawan-kawan, senior atau junior.
Ha.. yang ini la maksud aku merayakan kerana selepas majlis raya BBNK tadi, kami ramai-ramai ke rumah kawan perempuan bernama Nurul Hamizah yang telah selamat di ijapkabul kan pada raya ke2. Beliau sebaya dengan aku,Siswi di UDM dalam bidang Pengurusan Pentadbiran Islam, telah dijodohkan oleh Allah yang maha alim dengan seorang jejaka yang berumur 5tahun lebih tua dari nya bernama Shahril seorang ahli Forensik di Jabatan Bomba & Penyelamat. Kami doakan agar mereka berjaya membina keluarga yang diradhai Allah..Amin..
Seterusnya kami ke rumah Puan Sharifah di Pasir Mas pada sebelah malamnya, beliau buat walimatulurus adik perempuannya.
Raya ke 4, jadual aku sedikit selesa selepas hari kemuncak pada raya ke3, hari ini aku hadiri raya bersama sahabat-sahabat dari Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan [PPIK]. PPIK merupakan badan gabungan negeri kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia [ PKPIM ] yang berpusat di Kompleks Anjung Rahmat, Gombak, Selangor. Selepas Zohor, Kak Izzat ajak aku ke rumah Arif di Jalan Lundang kerana kenduri perkahwinan abang Sulongnya. Akhir sekali aku memennuhi jemputan mak saudara lek mak di Jalan Zultanah Zainab kerana beliau buat rumah terbuka.
Maka berakhirlah Kembara Raya ku, hari raya ke5 disini keadaan sedikit demi sedikit kembali seperti sediakala. Walaupun banyak lagi yang belim aku ziarahi termsauk ustaz-ustaz maaf kan anak marid mu ini, mungkin ada hikmahnya. Walaupun begitu raya tahun ini tetap meriah seperti sedia kala. Maka kawan-kawan aku sudah kembali ke kampus masing-masing tinggal lah kami dari KUIS yang bercuti Raya+akhir semester sempai raya ke 22 he..he..
Wasslam….