Debat adalah satah satu daripada konsep perbincangan tetapi lebih tertumpu kepada penegasan ketetapan pendirian masing-masing. Salalunya debat terbahagi kepada 2 pihak dan setiap mereka mempunyai pendirian dan pandangan yang berbeza. Debat merupakan cara yang terakhir untuk menentukan yang mana yang baik yang mana perkara yang tidak baik.
Sebelum ini kita sering tengok debat antara penyokong kerajaan dan pembangkang ini member I persepsi kepada kita debat adalah perbahasan perbezaan pendapat. Tetapi bagaimana pula cerita pimpinan kita iaitu Saudara Khairy Jamaluddin yang merupakan Ahli Parlimen Rembau dan juga Dato’ Khir Toyo merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dan bekas Menteri Besar Selangor, ini membuktikan mereka ini seorang yang bijak kerana pengaruh mereka yang luas.
Apa yang saya nak konsi ialah perasaan terkilan saya apabila terbaca surat khabar Sinar Harian edisi Kelantan pada 28Oktober2008 sesi Debat untuk calon-calon pempinan UMNO yang dimulakan Kahiry dan Dato’ Khir.
Saya tertanya-tanya kenapa ia perlu diwujudkan, sebab ini adalah pemilihan dalam parti yang sama atau dalam 1 platform. Adakah calon-calon UMNO ini masing-masing ingin menunjukan kepandaian atau kekuatan pengaruh yang menyebabkan mereka ini terpilih untuk menjadi calon.
Jika debat ini diteruskan ia akan menambah lagi luka kepada UMNO yang semua orang tahu parti besar ini sekarang sedang mengalami pelbagai masalah seperti rasuah, berpuak-puak dan ketaatan kepada pemimpian yang sangat kurang. Walaupun ada diantara anhi-ahlinya menafikan akan masalah yang timbul dalam UMNO ini.
Ditambah pula debat antara calon yang akan memimpin parti itu, ini akan member kesan kepada masyarakat yang akan berpandangan dalam UMNO sekarang tidak akan persepakatan dan saling bekerjasama antara pemimpin untuk menjalankan tugas sebagai pembela rakyat lebih-lebih lagi kaum Melayu.
Dalam akhbar tadi juga terdapat pendangan daripada seorang menteri yang juga Ahli Parlimen Jeli menyatakan UMNO masih belum matang untuk membuat sedemikian kerana ini akan mendedahkan lagi kelemahan UMNO yang sedia ada dan menambahkan lagi kehilangan kepercayaan rakyat kepada perti ini.
Kesimpulannya disini ternyata parti ini kaya dengan pelbagai masalah dan tidak bijak untuk menyelesaikannya kerana sistem pentarbiahan atau pimbingan daripada orang atasan yang salah dan hanya mementingkan kedudukan masing-masing sahaja. Jadi kita sabagai rakyat yang bijak perpelajaran ayuh jika baju merah ini sudah tidak muat untuk dipakai, carilah yang warna lain yang masih lagi muat dan kukuh daripada koyak.
0 comments:
Post a Comment