Monday, October 13, 2008

Ingatkan Permata Rupanya Kaca

Setelah beberapa hari berhari raya, bermaaf-maafan dan bermesra antara satu sama lain, tiba-tiba kita di hangatkan oleh pihak media yang menandakan bermulanya musim pemilihan seluruh pimpinan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu atau dalam bahasa inggerisnya Union Malay Nation Organization ( UMNO) selepas parti ini melepasi beberapa pilihan raya yang agak redup (mungkin anda ada istilah yang lebih sedap ).


Hampir setiap hari, media daripada T.V, surat khabar mahupun sahabat blogger memperkatakan tentang hal ini dan mempersoalkan siapakan yang bakal naik dan siapa yang bakal lumpus. Dalam Buletih Utama T.V3 yang sempat aku tengok, untuk ketua pemuda, Dato’ Mukhris mendahului Khairi Jamaluddin dan Dato’ Dr. Khair Toyo, Manakala untuk Sayap Wanita Umno, Dato’ Sri Shahrizat manjadi pilihan ramai daripada Dato’ Sri Rafidah dan yang paling jelas ialah Dato’ Sri Abdullah Badawi (Pak Lah) telah bersetuju untuk tidak mempertahankan jawatannya dan akan menyerahkan kepada Dato’ Sri Najib (Pakcik Najib kot ) dan beliau tidak akan terus memegang jawatan Perdana Menteri (PM) sampai bulan Mac tahun depan.


Apa yang ingin aku perkatakan kepada pembaca yang cerdik dan berpelajaran sekalian ialah jika kita perhati ia bagaikan sebuah musim menunjukkan pengaruh masing-masing dalam merebut jawatan, yang ini nak jawatan itu, yang itu pun nak gak jawatan yang sama dan yang bawah pun nak gak jawatan yang agak tinggi.


Aku terkilan adakah mereka masih belum sedar selepas terhempas dalam 2 musim pilihanraya yang sebelum ini masing-masing bergoyang kaki diatas singgahsana nun disana tidak menghiraukan kebanyakan rakyat yang masih memerlukan pertolongan daripada pemimpinnya yang dipilih pada PRU-11 yang lalu ?


Sekarang ini mereka masih lagi berani menunjukkan kelemahan dalaman parti iaitu perbezaan kesefahaman dalaman parti yang amat ketara dimana, setiap pemimpin Umno mempunyai konco2 masing2 dengan menggunakan ayat yang sopan, pendek kata berpuak la.


Sebelum ini kita telah dipertontonkan dimana parti dalam Kompenan BN menunjukan bantahan kepada Umno, dimulakan dengan SUPP dengan mengemukakan unti tidak percaya, selepas itu PPP ( Parti Progresif Penduduk Malaysia) dan Gerakan menyatakan hasrat untuk keluar daripada parti kompenan tersebut.


Segala kenyataan aku ini hanyalah daripada pemerhatian dalam media pihak kerajaan dan pro kerajaan juga, kalau salah, marahlah kat mereka dan ini suara aku sebagai salah seorang masyarakat Negara Malaysia ini untuk bebas bersuara walaupun dengan menggunakan mesin ini, kalau dengan memberi pendapat dengan cara sebegini juga masuk ISA… tak taula dan pihak berkuasa jangan risau saya tidak akan dipukul oleh masyarakat, tetapi berhati-hati lah anda pula mungkin akan dipukul pada suatu hari nanti oleh masyarakat dan pada masa itu kebenaran akan lahir.


Wasalam…