Thursday, September 25, 2008

Catitan Perjalanan Pulang Raya


Selepas berhempas pulas dalam ujian akhir semester selama 3minggu, kini tibalah masanya yang dinanti-nantikan. 24September 2008 bagiku merupakan tarikh yang cukup-cukup "Special" iaitu tarikh yang ditetapkan untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya Idul Fitri bersama cuti akhir semester selama 3minggu.

Walaupun sekarang ini masih hangat dengan isu tiket yang mahal tapi aku tidak akan campur urusan mereka yang bertanggungjawab tentang soal itu. Aku bersama Rahaizad menempah tempat duduk bus yang di sewa khas oleh persatuan anak Kelantan KUIS.

Pada tarikh yang ditantukan malam, aku dan rahizad bersama teman-teman senegeri menaiki bus tersebut di tempat berkumpul iaitu di perkarangan "First Cafe" merupakan kafe ke4 daripada 5buah kafe yang ada kat KUIS. Aku pun tak tahu kenapa dia menamakan kafe nye dengan nama sedemikian, Syok sdiri kot.

Kami bertolak dalam pukul 10 selepas berlaku beberapa insiden yang menyampah untuk aku menceritakan,korang tanye la sape-sape yang ikut skali lam bus tu.

Sedikit gambaran sepanjang berada didalam bus, aku menaiki bus cap Mutiara ( yang lama), aku duduk di bawah, belakang sekali dan hujung sekali, sebelah aku Rahaizad, sebelah die Paih kentot dan selepas paih aku xkenal.

Mula-mula perjalanan masing-masing buat hal sendiri, kami tidak banyak berbual mungkin teringat kat "si dia" di kampung termasuk la teman yang sebelah aku tadi. Ada yang hanya berbual dengan orang sebelah sahaja, ada yang "stat" je bas bergerak, maka bermula la pengambaran dialam fantasi, bagi mereka yang ada laptop manfaatkan dengan main ame dan membukak wayang tetapi penonton tak ramai.

Aku waktu itu hanya memerhati sembil mendengar lagu dalam hemphone sabun aku, semua lagu ada, bermula dengan nasyid,zikir, rock dan lagu raya. Masa itu juga aku sangat bimbang kerana takut perutku buat hal, kerana makan nasi beriani pedas masa berbuka... tetapi alhamdulillah ia tak berlaku dia atas bas tetapi dirumah :D.

Kami berhenti di Merapuh pada pukul2.10pagi. Sewaktu disana aku berjumpa dengan Zaidi, beliau balik waktu yang sama tetapi naik bas di Terminal Putra. Aku mengambil kesempatan waktu makan ini dengan bersahur takut tak sempat nanti sahur kat rumah.

Kami meneruskan perjalanan hingga sampai di Gua Musang pada jam 3.16pagi. Ramai kawan-kawan aku turun di Tanah Merah dan Macang dan perhentian terakhir mane lagi Kota Baru la pada jam 6.18. Sebelum sampai lagi aku telh menghubungi mak bukan ape nak suruh datang jemput di tempat biasa iaitu di perkarangan bangunan TM.

Aku berasa amat bersyukur sekali kerana Allah telah menjaga kami sepanjang perjalanan sehingga selamat sampai ke destinasi, maka terhapuslah rasa rindu aku walaupun tak pernah "Home Sick"..... Wahai orang-prang Kelantan.... I Come Backkkk He..he..he... nantikan kemunculan ku.