Tuesday, September 23, 2008

Kisah Sang Hidayah.

Disini ingin saya berkongsi cerita tentang mereka-mereka yang telah dipilih oleh Allah untuk mendapat Hidayah dalam meyakini tentang kebenaran Islam dan keesaan Allah. Siapa sangka dalam dunia sekarang yang penuh fitnah ini, dan nama Islam di lebel kan dengan pelbagai keburukan masih ramai yang memeluk Islam. Ini kerana mereka-mereka ini diberi prtunjuk oleh tuhan pencipta tantang kebenaran serta kesucian Islam itu.


Hidayah ialah satu anugerah oleh Allah swt kepada hambanya yang terpilih untuk memilih serta meyakini Islam adalah jalan hidup mereka. Hidayah diperolehi dalam pelbagai bentuk, ada yang mendapat dalam mimpi, ada yang merasakan ingin berubah hanya dengan mengikuti program-program agama dan ada juga yang menerima Islam setelah menemui pelbagai keajaiban serta tanda-tanda kebesaran Allah.



Seperti peristiwa 11 September, dimana Islam telah difitnah oleh pihak Kufar kerana telah memusnahkan bangunan WTC di Amerika Syarikat dengan merampas dua buah kapal terbang dan merempuh bangunan tersebut. Berikutan kejadian itu, ramai rakyat Amerika membeli Al-Quran sehingga kehabisan stok untuk mengkaji Al-Quran dan apabila mereka kaji banyak benda serta perkara yang telah berlaku dinyatakan dalam Al-Quran,oleh sebab itu ramai antara mereka yang memeluk Islam.



Itu adalah peristiwa diperingkat “Global” dan sekarang saya ingin ceritakan apa yang berlaku disekitar pengalaman saya sendiri. Sebagaimana yang anda tahu dunia kampus ini merupakan satu perjalanan ke destinasi iaitu mendapat segulung ijazah atau diploma. Sepanjang perjanan itu semestinya akan menempuhi pelbagai rintangan dan dugaan. Ramai teman-teman kita telah tersungkur ditangah jalan dan tergoda dengan dugaan tersebut. Kita pun tidak menyangka orang yang baik pun terpengaruh dengan gejala sosial.



Tetapi lain pula kisahnya seorang sahabat saya yang dahulunya seorang “Mat Skuter” penampilan dengan berambut panjang dan suka hisap rokok bila beliau disuruh oleh ibundanya untuk megambil bidang Syariah di sebuah IPT beliau menolak sekeras-kerasnya walaupaun pad akhirnya beliau akur juga. Apa yang terjadi setelah masuk ke IPT tersebut, beliau merasakan sesuatu pada hatinya, sunguh tenang dan ringan untuk berubah.



Secara tidak disangka-sangka beliau telah berubah penampilan daripada seorang yang suka berseluar “jeans” kepada pakaian seperti budak pengajian Islam, kaki masjid, rambut yang dahulu panjang sudah dipendekkan dan merokok merupakan suatu perbuatan yang paling dibenci, dan apa yang beliau harapkan ialah Syahid… itulah kebesaran Allah.



Ini pula kisah sahabat saya yang dahulunya seorang bukan Islam yang dipilih oleh Allah dengan diberi bukti kebenaran perjuangan Islam itu dengan melihat ulamak-ulamak dan pihak-pihak yang berusaha untuk mempertahankan Islam. Budak ini kita katakan nama nya “Eh” seorang keturunan cina dan saya tak pasti tempat sekolah menengahnya dulu. Beliau masuk Islam pada tahun 2007, sesiapun tahu halangan mereka yang masuk Islam ini iaitu keluarga.



Eh ditentang oleh keluarga dan menghalaunya keluar oleh abangnya. Kini beliau tidak lagi dianggap sebagai salah seorang daripada ahli keluarga tersebut. Eh di Islamkan oleh seorang ustaz dan apa yang menyebab kan beliau tertarik kepada Islam ialah perjuang pihak-pihak tertantu dalam menegaskan Islam adalah pembawa kebanaran. Jika sesebuah Negara menggunakan undang-undang Islam pasti akan aman. Itulah yang di yakini oleh Eh dan beliau tinggal di rumah keluarga agkat yang telah mengislamkan beliau.



Hidayah Allah dimana seorang sahabat saya ini mungkin kita panggil Ansor telah mendapat pentunjuk atau gambaran keajaiban Islam dalam mimpi yang menyebabkan beliau tertarik dengan Islam. Beliau berketurunan Siam yang merupakan pengikut kuat agama Budda. Semasa beliau menjadi sami, Ansor amat benci kepada Islam dan merupakan penentang utama, saya pun tak pasti kenapa, mungkin disebabkan fitnah yang dihadapi oleh Ummat Islam sekarang yang menyebabkan beliau terpengaruh.



Allah maha berkuasa, dia berhak untuk memilih sesiapa sahaja untuk diberi pertunjuk kebesaran dan kehebatan kuasanya. Ansor telah bermimpi yang beliau sendiri enggan menceritakan. Tetapi mengikut satu lagi kisah orang yang masuk Islam dengan mimpi ini, dia bermimpi berada di tempat yang sangat indah ( mungkin Syurga) dan selepas itu dia bermimpi berada di tempat orang sangat ramai, dimana tempat itu semua orang berbaju putih dan mengelilingi sebuah binaan yang di selimuti kain berwarna hitam…itulah Mekkah.



Selepas Ansor memeluk Islam, beliau melanjutkan pelajaran ditempat saya belajar dalam bidang perniagaan dan sekarang Ansor merupakan seorang yang paling kuat dalam mempertahankan Islam, sekarang ini beliau selalu pakai jaket yang berwarna hitam yang dilekatkan label yang tertulis “ La’ilaha illallah” membawa maksud tiada tuhan melainkan Allah.



Sekadar itu sahaja yang boleh dikongsi bersama kepada pembaca beberapa kisah orang-orang yang menemui Islam dan banyak lagi sahabat-sahabat saya yang mendapat hidayah ini. Apa yang menjadi maksud artikel ini ialah bukti kekuasaan Allah, dia berhak untuk memilih untuk bersamanya dan dia berhak untuk tidak memilih sesaiapa yang tidak disukainya.



Ingat pada sifat Arrahman itu untuk semua makhluknya tidak kira yang taat atau yang kufur padanya dan sifat Arrahim itu ialah nikmat kepada mereka yang beriman kepadanya semata-mata.