Monday, September 15, 2008

Alhamdulillah, ahkirnya hajatku tercapai untuk mengadakan sekurang-kurangnya satu program untuk sahabat-sahabat PPIK yang berada diluar kelantan, iaitu ihya' ramadhan yang di adakan di Kolej Dar Al-Hikmah, Kajang.

Biarpun program ini tidak mendapat sambutan malah peserta daripada UIA Gombak dan PAUIA, Nilai sahaja tetapi aku dapat merasai suasana program itu walaupun hati ini ada sedikit tercalar selepas ramai kawan-kawan rapat tidak dapat hadir. tetapi tidak mengapalah aku anggap mereka tidak dipilih oleh Allah dan ia juga sebagai ujian kepada ku.