Wednesday, September 24, 2008

Dunia Dalam Fitnah

Dunia ini sebagaimana hadis baginda Rasulullah SAW, pada suatu hari baginda berjalan-jalan dengan sahabat lalu terjumpa bangkai kambing lalu baginda memberitahu kepada sahabatnya.. “ Aku ingin menjual bangkai ini kepada orang ramai”. Lalu sahabat membantah kerana ia hanyalah bangkai yang dibuang oleh tuannya. Baginda bersabda lagi, “Bangkai ini lah diibaratkan dunia yang kamu kejar-kejarkan “.


Fitnah adalah perkataan berasal daripada bahasa arab yang bermaksud membawa keburukan bukan menuduh orang membuat keburukan sebagaimana yang kita fahami sekarang ini.


Begitulah dunia yang penuh ujian dan dugaan bagi menapis siapakah yang berhak berada disisi Allah di akhirat kelak. Umur dunia sekarang sudah terlalu tua, ini kerana semasa Baginda diangkat kelangit lam peristiwa Isra’ dan Mi’raj, dunia paada ketika itu Allah menyamakan dengan seorang tua yang sudah bongkok enam.


Jika kita perhatikan dunia sekarang, berlaku pelbagai tragedi, perangan antara negara Islam dan yang Kufur laknatullah kembali lagi setelah diam seketika selepas zaman khulafa’ Arrasyidin. Tindas- menindas antara yang kuat dengan yang lemah kembali setelah Islam membanterasnya pada ketika dahulu.

Kita kembali melihat di negara kita sekarang kejahilan manusia semakin menjadi-jadi, kadang-kadang seorang itu pada imej dan raub wajah yang begitu tenang tidak disangka melakukan perkara kemungkaran dan kadang-kadang seseorang yang lekeh dipandang rendah dan sinis oleh mereka yang berada di atas.


Gejala rasuah seperti memudahkan untuk mendapat projek dan ingat cepat mendapat keuntungan tanpa mengira risiko dimasa depan, Peningkatan kes gejala sosial seperti bergaulan bebas sampaikan ada kes-kes terlanjuran remaja akibat pergaulan bebas berlainan jantina, gejala luar tabi’e sesama jantina, pemingkatan anak luar nikah, mat rempit, pengedaran dadah, ponterng sekolah dan banyak lagi gejala yang melibatkan remaja yang masih belajar.


Tidak kurang juga kes rompak, ragut dan bunuh-membunuh sering kita dengar dalam kaca televisyen dan di dada-dada akhbar tak lupa juga mereka yang yang peka dan memaparkan isu ini dalam blog masing-masing.


Tidak kurang juga isu-isu yang melibatkan ahli politik seperti rasuah, penyalahguna kuasa, terlibat dengan jenayah dan juga kes-kes yang tidak sepatutnya berlaku keatas pemimpin yang dilipih oleh rakyat.


Begitulah dunia sekarang segala apa kejahilan manusia yang pernah berlaku pada zaman terdahulu kembali di zaman sekarang, begitulah dunia yang penuh fitnah begitu hanpir dengan hari Qiamat. Apa yang perlu kita lakukan ialah berhati-hati dalam memilih sesuatu dan sentiasa berada dalam golong yang benar.


Bagaimana nak pasti kan ianya benar? Iaitu mereka yang masih berpengang dengan Al-Quran dan Sunnah sebagaimana sabda nabi SAW : “ Aku tinggalkan kamu dua perkara, kija kamu perpegang kepada keduanya, pasti kamu tidak akan sesat untuk selamanya iaitu Kitabullah dan sunnah rasululihi (Quran dan Sunnah).