Teringat akan diri ku pada amanah yang di beri oleh pusat terhadap anak-anak Kelantan yang berada di luar negeri. Sesuai dengan bulan yang mulai ini aku terus menghantar sms kepada kawan-kawan yang berada di setiap kampus untuk mengadakan ihya’ ramadhan PPIK dan memberi makluman kepada mereka untuk mengadakan perbincangan berkaitan dengan program tersebut.
Hujung minggu itu kami telah sepakati untuk mengadakan perbincangan yang bertempat di Anjung Rahmat lalu aku memberitahu kepada Kak Mija tentang hasrat kami, beliau bersatuju.
Pada hari yang dinantikan, perbincangan tersebut bermula dengan dihadiri oleh teman-teman daripada UIA,Gombak dan KUIS walaupun aku seorang berlainan jantina tetapi oleh kerana perjuangan, aku tidak malu untuk meneruskan tugas. Bersama kami dalam membantu ialah Kak Mija dan Abg Khairul.
Hasil perbincangan sudah terjawab iaitu 14 september merupakan tarikhnya dan Kolej Dar Al-Hikmah merupakan tempatnya. Aku diminta menjadi pengarah dan menguruskan tempat, penceramah serta VIP.
Aku terus menghubungi Abg Afzan sebagai penceramah untuk memberi pengenalan tentang PPIK namun beliau tidak dapat hadir kerana ada kelas pada hujung minggu di OUM manakala ust faisal memberitahu beliau akan datang.
Tentang tempat aku berhubung dengan staff Kolej Dar Al-Hikmah iaitu kak Lid dan En. Hafiz, Aku amat mengugumi cara mereka berinteraksi dengan orang awam cukup mengambil hati terus terang aku nyatakan aku tidak pernah dilayan seperti itu dan semudah itu untuk mendapatkan tempat program tidak seperti KUIS yang kurang ajar, nak buat program untuk pelajar sendiripun susah.
Selepas itu aku bertanyakan laporan tentang peserta, iaitu emy yang encharge memberitahu kemungkinan 20 orang yang akan hadir ke program, aku mengatakan tidak mengapa. Bukan apa pada asalnya kami target seramai 80orang.
Untum menggantikan abg. Afzan aku cadangakan Dr Asyraf Wajdi yang juga bekas YDP PPIK di kampus UIA dan juga Presiden PKPIM tetapi beliau tidak dapat hadir juga kerana berada di
Selama sebelum hari kejadian aku rasa relax je, kadang-kadang ada gak rasa macam ada yang tidak kena kenapa aku ada program tetapi mecem biase je.. Rupa-rupanya pada hari kejadian sedikit demi sedikit masalah yang timbul, mula-mula ajk daripada kuis sendiri tidak dapat hadirkan diri kerana balik kampong. Masa itu aku masih bersabar yang teguh kerana mungkin ia satu ujian kepada ku.
Ust Faisal juga tidak dapat hadirkan diri, tetapi beliau tidak memaklumkan lebih awal, aku juga salah sebab tidak “follow up” tentang perkara ini. Aku mengetahui akan perkara ini selepas pada malam kejadian aku ingatkan ust. Faisal telah menaiki bas dan mungkin sampai pagi, kak mija suruh pastikan. Aku call tetapi tidak dapat dan aku hantar mesej. Keesokan harinya baru beliau balas. Aku ni panas baran faham-faham la keadaan aku pada masa tu.
Penganti kepada ust faisal aku jemput abg khairul, beliau tidak dapat hadirkan diri dan digantikan dengan abg Hasnul Hanip tetapi timbul masalah tentang penceramah kedua, nasib baik emy cepat bertindak berhubung dengan kak lid untuk menceramah dan alhamdulillah dapat abg Saripuddin exco penerangan ABIM yang sudi hadir.
Aku cumba untuk mengawal diri ku untuk bertahan daripada rasa kecewa dan lemah semangat walaupun aku hanya dapat sembunyikan perasaan itu, apa yang ada dalam fikiranku hanya la waktu maghrib sselepas itu tugas ku selesai.
Sepanjang aku berada disana fikiran ku bagaikan terhimpit, ia mula terjadi pada “meeting” final touch malam kejadian, aku di tekan oleh Kak Mija, itu…ini semua aku sedangakan ramai lagi ajk, seperti beliau nak buli aku nak mainkan aku, tetapi demi PPIK aku pasrah je..
Sampaila kepada slot akhir iaitu pembentukan ahlijawatankuasa PPIK luar kampus, pada mulanya aku agak tidak berminat tentang benda ni sebab Pengerusi perhubungan kampus hanya sebagai pemantau ahli PPIK di sini (luar negeri) tetapi apabila aku melihat semangat adik-adik untuk PPIK aku bersetuju sahaja.
Pada masa itulah semangat aku kembali apabila melihat adik-adik PPIK bersemangat berbincang untuk mngadakan pelbagai aktiviti seperti rehlah walaupun mereka melantik aku sabagai pengarah tetapi mereka semua bergerak sendiri untuk membuat program serta “create” pengisian.
Aku pada masa itu terkaku sehinggakan tidak berkata apa-apa kerana aku pun sebenarnya kurang pengalaman dalm membuat program ini, malu pun ada semasa itu.
Begitulah sedikit gambaran program yang aku telah buat dari seorang yang tidak mahir dalam bidang ini, hanya ini sahaja yang aku mampu lakukan.
Buat YDP ABIM dan PPIK, aku memohon ampun sekiranya aku tidak menjalankan tugas secantik mungkin ini sahaja yang aku mampu, manakalan buat sahabat-sahabat PPIK segala kekurangan harap dapat di maafkan , salah dan silap harap di lupakan. Aku terpaksa menulis dalam blog kerana hanya ruangan ini sahaja aku dapat meluahkan apa yang ada dalam hati ini….
Salam… Perjuangan…
Kak mija (Peace) dengan ajk yang lain + peserta yang hadir
Abg Saparuddin ( Exco Penerangan ABIM)
Bergambar Bersama AJK Ihya' Ramadhan PPIK