Sudah bertahun mengembara di tempat ini, bermula pada suatu tengah hari dan entah bila masanya sampai di pintu alam kekal. Sepanjang pengembaraan ini telah banyak dipelajari erti hidup yang penuh dengan persoalan,itulah sifat manusia yang sungguh lemah.
Jika kita kembali kepada tujuan di wujudkan kehidupan ini ialah dengan diberi pelbagai tugas,sebagaimana maksud ayat quran “ Tidak aku (Tuhan)jadikan jin & manusia melainkan untuk mengabdikan kepada aku.” Dan juga seorang khalifah di muka bumi ini.
Begitulah kadang-kadang kita berjalan dengan tenang, ada juga kita jatuh tersungkur, ada yang dapat bangun dan ada juga terus tidak bangun-bangun. Hanya Iman dan hidayah yang dapat membantu sepanjang perjalanan ini.
Dulu pandangkan ini cerah terang menderang, bersama-sama rakan seperjuangan dalam membagun
Namun begitulah iman kadang-kadang bertambah dan kadang-kadang berkurang, ia di kikis dengan arus dunia akhir yang pelbagai isi yang mengelirukan kadang-kadang susah untuk membezakan antara benar dan salah.masa itu kegelapan menyelubungi.
Sudah menjadi kebiasaan manusia ada sifat ego, yang merasakan cukup dan tidak akan terjerumus, segala amalan kerohanian terkurang kerana terlalu seronok mengikut arus yang berupa kebenaran.
Arus ini terus bergerak sepanjang 1 setengan tahun hinggalah sampai disuatu cabang yang terasa ingin memegangnya.Alhamdulilah tercapai juga hajat untuk memegang cabang itu.
Sekarang ia masih diperigkat permulaan perjalanan, walaupun dianggap sebagai kereta terpakai yang terdapat bekas-bekas kisah lalu namun masih boleh bergerak jika lengkap kelengkapan pergerakkannya.
Jalan ini diyakini adalah jalan yang lurus, hanya doa yang akan membuktikan kebenaranya. Jika segala kelegkapan seorang muslim tidak ditiggalkan, insya’Allah tuhan