Thursday, June 19, 2008

Buat Kalian....

Dalam artikel ini aku ingin memberitahu sesuatu tentang harapan aku sebenarnya tentang sahabat-sahabat seperjuangan dalam gerakan kampus. Hasrat aku itu tidak terkeluar bila bersama-sama mereka malah dalam mesyuarat juga aku kadang-kadang terlupa tentang hal ini, mungkin aku berasa cukup-cukup teruja sampaikan tak terkata dengan mereka.

Artikel ini khas buat sahabat seperjuang yang mungkin ada yang sudi melayari blog aku ini. Pada semester ini merupakan musim terakhir pimpinan persatuan termasuk Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM), Persatuan kami juga tidak terkecuali dalam hal ini.

Sepanjang disaat akhir ini selepas program terbesar kami iaitu “Karnival Jom Ke Majid” yang juga anjuran bersama 5 persatuan yang ada di kampus ini, aku akan menggunakan waktu yang ada ini dengan sebaiknya dan membuat satu acuan untuk pelapis kami nanti.

Masih ingat lagi pada awal pertemuan kami yang diatur oleh majlis syura’ aku tak sangka akan berkerja sekali dengan orang yang selama ini tak disangka-sangka akan bermesra, makan setalam, bergurau-senda, tidur sebantal , ada juga yang menjadi teman setia SMS dan ada diantara mereka yang aku jadikan tempat luahan jika memerlukan teman pendengar setia walaupun melalui sms.

Pada awal dulu aku ada juga taksuka kepada seseorang yang suka mengkritik kerja orang, paham-paham la bukan mudah nak buat kerja media ini, ada juga yang jenis tak suka dengan pendapat orang, ada ku yang jenis tak faham etika-etika dalam masyurat tidak boleh membezakan waktu bergurau dengan waktu kerja. Sampaikan aku menelefon seseorang yang berpengalaman untuk membanteras hal ini.

Kadang-kadang aku juga marah dengan mereka semua yang tahu memuji kerja orang tetapi diri sendiri tidak buat kerja yang tahu hanya bercakap dan memerintah yang membuatkan kau pening kepala yang mana satu presiden sebenarnya lalu aku menetapkan hanya akan mendengar arahan dari Presiden yang dilantik sahaja dan Pengurus sebagai penasihat Presiden.

Selang tidak lama selepas kami membuat pelbagai program seperti XPDC ke Gunung Angsi, Program Keluarga Angkat di N9 dan usrah-usrah yang dijalankan fahaman kami semakin meyerlah, yang pahit menjadi tawar dan lama-kelamaan ia manjadi suatu yang cukup manis sehinggakan susah untuk dilupakan.

Pada suatu hari, salah seorang senior mengajak aku ke Mesir dengan sijil STAM selepas Perjanjian MOU Kerajaan Mesir-Malaysia di tarik balik kerana pelajar pengajian Islam tidak memenuhi pasaran kerja ( Menteri Pertahanan Malaysia). Tetapi aku menolak kerana aku senang dan sayang untuk meninggalkan suasana sebegini.

Pada sautu hari aku merasakan aku akan meneruskan tampok pemerintahan ini, hati ini terasa sesuatu yang tidak kena, aku terus memberitahu kepada mereka yang pasti akan meminggalkan

Aku bukan tak mahu untuk bersama berjuang dalam ALAM ini, tetapi aku tak suka di kawal, dianggap sebagai orang suruhan sampaikan aku tak sempai untuk mengulangkaji, memang semester lepas aku mengaku krang mengulngkaji pelajaran dan ponteng kelas, insya’ allah sem ini aku akan baiki peristiwa yang lepas.

Aku harap kepada majlis Syura’ faham tentang keadaan aku sekarang ini, masih ramai lagi yang berkebolehan dalam seni grafik n media ini. Selepas aku mendapat result, aku terus berjumpa dengan Ust Abu Zaki Ketua Jabatan Usuluddin dan sebagai Pensihat ALAM, beliau banyak memberi semangat, beliau tidak pernah suruh aku berhanti dari aktif dalam persatuan malah beliau pun memberi tip-tip untuk mebagi masa dengan menceritakan kisah semasa menjadi pimpinan di peringkat kampus UM.

Aku tetap mengambil keputusan untuk berehat seketika untuk semester depan daripada ALAM tetapi jika ada yang perlu aku bantu, aku akan cuba.

Akhirnya, terus terang aku nyatakan, aku senang dengan sahabat-sahabat dalam ALAM, aku mengaggap antum sebagai adik-beradik , jika ada sedikit berkelahi anggaplah ianya asam garam sebagai adik beradik, kadang-kadang jika ada masalah aku ada luahkan kepada beberapa sahabat dalam ALAM dan “Syukran “ sebab sudi menjadi pandengar yang baik dan memberi nasihat yang baik. Teruskanlah perjuangan jangan jadi macam aku, tetapkan pendirian kuat kan semangat, pentingkan masa dan yang paling penting jangan hanya tahu bercakap sahaja, buatlah apa yang dikatakan.

“Salam Perjuangan”