Pada hari ini hati ini berasa sesuatu yang tidak kena, aku terrus mencari dimana puncanya. Alhamdulillah aku diberi petunjuk dalam sembahyang yangmana Allah telah membuatkan kata hati ini bersuara.
Aku
Setelah beberapa bulan aku terpaksa membuat satu keputusan selepas habis cuti ahkir semester dan aku kembali bersama sahabat seperjuangan dalam menegakkan agama, aku berasakan ada kekosongan yang perlu diganti dengan sesuatu walaupun terpaksa menggadaikan suatu perasaan yang aku percaya ianya ikhlas.
Aku sedar akan keadaan aku sekarang, aku seorang mahasiswa Islam yang mengambil Pengajian Islam, Aku juga salah seorang seorang aktivis gerakkan Islam dalam kampus dan juga Ngo yang dikenali di Malaysia yang menekankan tentang pentarbiahan Islamiah. Aku juga sedar kerana aku masih lagi belajar masih jauh lagi untuk aku memikirkan soal “mendirikan masjid” dan sepanjang aku bersama-sama dengan sahabat seperjuangan aku menanalisis diri ini yang masih bayak kelemahan dan perkara yang perlu dipelajari.
Aku tidak berniat untuk melulakan atau mempermainkan perasaan sesiapa, kerana keputusan ini adalah keputusan yang aku minta dari Allah demi Islam dan demi peranan sebagai pandakwah. Aku juga tidak berniat untuk memutuskannya kerana ia hanya untuk sementara tunggu bila sampai waktu yang sesuai supaya aku dapat menumpukan kepada tugas sebagai Mahasiswa Islam.
Sepuluh jari disusun ampun maaf dipinta jika ada yang terguris hati dan tersilap kata. Jika telah ditantukan ia tidak kemana dan jika ada yang terpikat insya’allah cita-cita mu tercapai.
*Dengarlah Lagu Kump. Firdaus : Cinta & Harapan