Monday, March 31, 2008

ULAMA vs UMARAK: MENJELANG PRU KE-12 : ULAMA' BERPOLITIK SATU ANALISIS SEBAB DAN AKIBAT

http://mygamis.blogspot.com/2008/01/ulama-vs-umarak-menjelang-pru-ke-12.html

Tahun 1999 memperlihatkan sejarah dalam perkembangan politik negara bilamana sebilangan besar tokoh-tokoh agama menyertai PAS. Antara tokoh tersebut adalah Prof. Dato' Dr. Haron Din, Dato' Ismail Kamus dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang suatu ketika dahulu sering muncul di kaca televisyen melalui rancangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Tidak ketinggalan dalam peng'hijrah'an beramai-ramai ini adalah nama seperti Ustaz Ahmad Awang, bekas YDP Persatuan Ulama Malaysia dan Ustaz Taib Azamuddin, bekas Imam Besar Masjid Negara.

Kemunculan begitu ramai ustaz dan tok guru dalam arena politik tempatan menimbulkan pelbagai reaksi. Kesan yang dilihat sangat signifikan kepada imej PAS ialah kemunculan begitu ramai golongan profesional dalam saff kepimpinan PAS yang menjadi petanda bahawa perjuangan PAS telah diterima ramai intelek Melayu. Antara nama yang tidak asing lagi adalah Dato' Dr. Hassan Ali pernah dilantik menjadi Naib Presiden PAS. Namun tidak dinafikan juga ada yang melabel golongan ulama ini sebagai pemecah-belah masyarakat, menggunakan agama untuk kepentingan politik, anti-pembangunan dan bermacam lagi tuduhan.

Sebenarnya perihal ulama yang menjadi umarak bukanlah sesuatu yang ganjil atau bertentangan dengan ajaran Islam. Khulafah al-Rasyidin yang empat iaitu Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar, Saiyidina Uthman dan Saiyidina Ali adalah pemerintah-pemerintah awal Islam yang bertaraf ulama. Malah dalam era kerajaan Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah juga terdapat pemerintah yang memegang title ulama. Contoh yang paling masyhur adalah Khalifah Umar Abdul Aziz.

Perbahasan mengenai keterlibatan ulama dalam politik tanahair berlaku apabila negara-negara umat Islam disekularkan oleh penjajah barat. Mungkin juga senario politik Malaysia yang banyak dipalit fahaman sekularisma, nasionalisma dan sosialisma telah menyempitkan ruang bagi pemahaman sistem pemerintahan Islam atau dalam istilah fuqaha', ‘Siyasah Syar'ieyyah’. Untuk mengupas sebab-akibat fenomena ini berlaku didunia dan khususnya di Malaysia, kita perlu mendalami apakah yang dimaksudkan dengan ‘Siyasah Syar'ieyyah’. Persoalan ini dapat menjawab sebahagian besar perdebatan mengenai ulama dan politik.

Tuntutan siyasah syar'ieyyah

Siyasah syar'ieyyah atau pemerintahan Islam adalah alat yang penting bagi menegakkan maqasid syara' atau matlamat syara'. Tujuan utama siyasah syar'ieyyah ialah untuk menyampai dan menegakkan syariat Islam. Hubungan agama dan pemerintahan diungkapkan oleh Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali sebagai dua entiti yang saling memerlukan. Menurutnya, agama itu adalah asas dan (kekuasaan) pemerintahan itu penjaganya. Setiap yang tiada asas akan rosak dan setiap yang tiada penjaga akkan hilang. Namun, perlu diingatkan bahawa siyasah syar'ieyyah hanyalah wasilah untuk menegakkan perintah Allah, bukannya matlamat yang dikejar sebagaimana firman Allah s.w.t. Yang bermaksud:

"Orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan." (Al-Hajj:41)

Maksud "kepada Allahlah kembalinya segala urusan" memberi isyarat kepada kita bahawa Allahlah pentadbir sebenar di muka bumi ini dan manusia hanyalah khalifah Allah untuk menjalankan segala perintah dan larangan-Nya. Sa'id Hawwa menyatakan bahawa matlamat mewujudkan khalifah dunia bukan untuk memberi kekuasaan kepada manusia tapi untuk memberi kekuasaan kepada Islam yang dilaksanakan oleh Mukmin.

Dalam ajaran Islam, agama dan politik atau urusan pemerintahan tidak dipisahkan. Inilah yang dinyatakan oleh Imam Hassan al-Banna, "Islam adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan rakyat." Fahaman yang memisahkan agama dan urusan pemerintahan digelar sekularisma. Fahaman ini amat bertentangan dengan fitrah dan aqidah Islam itu sendiri. Sheikh Mustafa Sabri, mufti terakhir Kerajaan Uthmaniah mengatakan bahawa pemisahn agama dan politik adalah jalan pintas untuk seseorang menjadi kufur. Maka jelas di sini hubungan Islam dan pemerintahan. Tetapi bagaimana pula halnya ulama dengan pemerintahan? Apakah perlunya ulama mentadbir?

Siapa ulama pewaris Nabi?

Definisi ulama adalah orang-orang yang berilmu, secara khususnya ilmu berkenaan Islam. Ulama pewaris Nabi bererti bukan sahaja golongan manusia yang mempunyai ilmu agama dan mengajar ilmu tersebut kepada orang ramai, tetapi perlu memiliki ciri-ciri tertentu yang melayakkannya bergelar pewaris para Nabi.

Ciri utama yang perlu ada pada diri seorang ulama adalah ketaqwaan. Inilah yang membezakan seorang ulama dan seorang orientalis kerana kedua-duanya memiliki ilmu dalam bidang agama. Firman Allah s.w.t.:

"Hanya semata-mata yang takut kepada Allah daripada kalangan hamba-Nya ialah Ulama." (Al-Fathir: 28)

Ciri kedua seorang ulama ialah beliau mestilah mempunyai ilmu yang mendalam tentang Islam dan pengetahuan umum dalam cabang-cabang ilmu yang lain. Hanya dengan ilmulah seseorang boleh memimpin ummah dan dengannya jualah seorang ulama dapat mendampingi masyarakat. Apabila dikatakan ulama sebagai pewaris Nabi, maka ilmu yang ditinggalkan para Nabi dan Rasul, iaitu al-Qur'an dan as-Sunnah, harus menjadi teras dalam kehidupannya. Ini amat penting kerana seorang ulama mestilah boleh berijtihad dalam hal-hal yang berkaitan kehidupan seharian manusia.

Ciri ketiga ulama adalah menyampaikan da'wah Islam. Bersesuaian sebagai waris Nabi, peranan ulama adalah menyampaikan ajaran Islam sebagaimana peranan yang dimainkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Seorang yang berilmu dan bertaqwa tetapi mengasingkan diri di pejabat-pejabat atau di tempat-tempat ibadat lebih sesuai dinamakan sebagai ahli sufi sahaja. Dari sudut keutamaan di sisi Allah s.w.t., seorang yang terjun berjihad di tengah-tengah masyarakat untuk berda'wah dan berhadapan dengan ancaman dan kecaman, lebih mulia berbanding seorang ahli sufi yang menyendiri. Ini telah ditegaskan oleh Imam Hassan al-Banna dengan katanya orang yang berjihad lebih sufi daripada ahli sufi kerana mujahadahnya lebih. Kiyai Haji Irfan Zidni (salah seorang pimpinan Nahdatul Ulama Indonesia) menyatakan bahawa jika ulama hanya bertahan di institusi pengajian tinggi untuk mengajar ilmu tetapi tidak memimpin umat, maka beliau belum boleh digolongkan sebagai ulama pewaris Nabi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Perumpamaan para ulama di muka bumi seperti bintang-bintang di langit yang memberi petunjuk kepada musafir dan pelayar di waktu malam, apabila terlindungnya bintang tersebut mereka akan terpinga-pinga kehilangan petunjuk." (Hadith Riwayat Imam Ahmad).

Ciri terakhir seorang ulama adalah dia mesti berani mempertahankan yang benar, amar ma'aruf dan nahi munkar. Ciri terakhir inilah yang membezakan ulama sebenar daripada ulama as-su' atau ulama jahat, seperti yang dicatat oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin. Melalui sifat ini jugalah seorang ulama memperolehi wibawanya. Keberanian sebegini adalah syarat bagi seorang ulama menjawat jawatan penasihat pemerintah atau menjadi wakil dalam Parlimen agar tidak dijadikan boneka oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

Tanggungjawab ulama dalam urusan pentadbiran

Setelah menjelaskan kepentingan pemerintahan dalam Islam dan ciri-ciri seorang ulama sejati, maka semakin jelas kepada kita tanggungjawab dan peranan ulama dalam hal ehwal pentadbiran. Walaupun terdapat mitos bahawa ulama tidak pandai mentadbir, hakikatnya keupayaan ulama mentadbir sebuah kerajaan telah terbukti. Malah, tanggapan bahawa suasana huru-hara akan berlaku kiranya ulama mentadbir negara adalah satu alasan yang dangkal bagi mereka yang takut dengan pengaruh golongan ulama ini.

Sebenarnya dalam sejarah politik negara, golongan ulama telah lama berkecimpung dalam politik iaitu semenjak tahun 1940-an. Penubuhan Hizbul Muslimin pada 1948 di Gunong Semanggol, Perak dan kemudian disusuli PAS yang didokongi oleh alim-ulama yang ditubuhkan pada 1951 dan berdaftar secara rasminya sebagai sebuah parti politik 2 minggu sebelum hari penamaan calon pilihanraya umum 1955. Dalam tempoh 1955- 1999, berpuluh ulama, malah mungkin beratus, telah bergabung dalam parti Islam tersebut. Wakil parlimen PAS yang pertama di Kerian, Perak juga merupakan seorang ulama yang terkenal di utara tanah air iaitu Tuan Guru Ahmad Tuan Hussain. Hari ini parti itu telah memenangi 98 kerusi Dewan Undangan Negeri. Ini merupakan petanda yang jelas bahawa rakyat meletakkan kepercayaan kepada calon-calon parti Islam itu.

Sokongan rakyat Malaysia terhadap 'kepimpinan ulama' PAS mempunyai kesan tersendiri. Kekuatan pengaruh golongan ulama dalam masyarakat Melayu memang diperakui sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Ini kerana rumpun Melayu memang terkenal berpegang kuat kepada agama Islam. Dalam hal ini para ulama harus berhati-hati kerana dengan title 'ulama', setiap luahan pendapatnya akan diambil sebagai pegangan oleh para pengikut. Namun, mereka juga tidak boleh dipersalahkan semata-mata atas ketaksuban pengikut mereka. Sebaliknya, mereka sendiri harus menjadi khudwah hasanah dalam setiap gerak-laku dan pertuturan. Jika akhlak para pemimpin sudah cemerlang, insya-Allah, akhlak orang yang dipimpin juga akan cemerlang kerana dari sudut psikologinya, seseorang akan cuba memiliki rupa atau tingkahlaku idolanya.

Ulama yang menjadi umara tanggungjawabnya lebih besar daripada ulama yang bukan umara. Mereka bukan sahaja berperanan sebagai pewaris Nabi, malah tidak salah kalau dikatakan mereka berperanan seperti para Rasul. Ini kerana seorang Nabi tidak wajib menyampaikan da'wah kepada masyarakat tetapi seorang Rasul wajib menyampaikan Deen Islam kepada umat. Maka, ulama yang telah dinobatkan rakyat sebagai wakil rakyat perlu bersama-sama dengan rakyat.

Menurut Imam al-Mawardi dalam Al-Ahkam al-Sultaniyah, Al-Imamah atau pemimpin adalah pengganti Nabi untuk memelihara agama dan mentadbir dunia dengan agama. Tugas ini khusus untuk para pemimpin Islam, dan pastinya seseorang yang dibebani amanah yang berat ini harus memiliki ciri-ciri tertentu. Imam al-Mawardi telah menyenaraikan 7 syarat bagi seorang khalifah. Syarat-syarat yang wajib bagi seorang khalifah ialah adil, berilmu yang membolehkannya berijtihad, sejahtera pancainderanya, tidak cacat anggotanya yang mana boleh menghalangnya daripada melaksanakan tugas, mempunyai ketajaman fikiran, berani dan mempunyai kekuatan 'asobiyyah' atau pengikut yang ramai. Berdasarkan syarat-syarat ini, seorang ulama adalah calon yang paling sesuai dalam memikul peranan khalifah untuk menongkah arus cabaran globalisasi.

Hal ini lebih jelas apabila Imam al-Mawardi mengatakan bahawa: " Apabila berlaku kekosongan jawatan ketua negara, maka dua golongan masyarakat haruslah tampil ke hadapan untuk mengisi kekosongan itu. Golongan pertama ialah golongan yang mempunyai kelayakan menjadi calon ( ketua negara ) manakala golongan kedua pula ialah golongan yang layak menjadi penapis calon. Golongan yang layak menjadi calon sudah barang tentu dari kalangan ulama kerana salah satu daripada syarat-syarat kelayakan itu ialah memahami syariat sampai kepada peringkat ijtihad."

Punca ulama berpolitik : 'Ulama Sebagai Umarak

Kehadiran ulama dalam medan politik merupakan satu tuntutan semasa dengan melihat kepada senario penghakisan aqidah umat Islam di bawah pemerintahan sekular. Dalam satu kenyataannya, Prof. Dr. Sheikh Abdul Razak As Sa'di mengatakan faktor-faktor yang merosakkan aqidah umat Islam masa kini adalah serangan musuh Islam itu sendiri, orang Islam yang diperalatkan oleh musuh Islam dan kerana ulama tidak bergelanggang di tengah-tengah masyarakat. Serangan pasca-perang salib adalah dalam bentuk pemikiran dan ideologi. Serangan ini diasak masuk ke dalam fikiran umat Islam melalui dakyah orang kafir dan orientalis, termasuk kader-kader mereka yang terdiri daripada penganut agama ini sendiri yang mana pegangan agamanya ternyata rapuh. Faktor ketiga berkembangnya arus pemikiran pemisahan agama dari urusan dunia ini menurut beliau adalah kerana kelemahan pihak orang Islam sendiri, khususnya ulamanya yang enggan bermasyarakat untuk membersihkan pemikiran umat, termasuklah secara politik.

Ibn Taimiyyah berpendapat jihad menegakkan hukum Allah ke atas golongan batiniyah merupakan sebesar-besar amalan taat dan sebesar-besar kewajipan. Tambah beliau lagi, menegakkan negara Islam adalah satu kewajiban yang besar dalam agama, dan Islam tidak akan dapat ditegakkan kecuali dengan adanya sebuah negara Islam yang berdaulat. Untuk menegakkan sebuah negara Islam yang dapat melindungi aqidah, nyawa, pemikiran, harta dan maruah umat Islam, ulama harus berperanan dalam politik. Ini kerana golongan inilah sahaja yang mempunyai ciri-ciri khalifah yang dapat mengembalikan kedaulatan Islam.

Menurut Prof. Dr.Yusuf al-Qardawi, pengganti kepada hijrah wajib ke negara Islam Madinah (zaman Rasulullah s.a.w.) ialah menyertai jemaah Islam yang memperjuangkan ke arah menegakkan ad-daulah al-muslimun. Ia adalah fardhu ain kepada setiap muslim mengikut kemampuan yang ada padanya. Jemaah Islam yang dimaksudkan oleh beliau di sini adalah umumnya sebuah gerakan atau harakah Islam dengan ciri-ciri tertentu yang ada padanya, yang wajib kita mengintimakkan diri bilamana tiada sebuah khilafah Islamiyyah untuk mempertahankan kesucian Islam. Jemaah ini perlu wujud hasil kesedaran umat Islam di sesuatu daerah dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana golongan atau rasa tidak puas hati terhadap gerakan lain. Ia memperjuangkan Islam secara menyeluruh dan praktikal. Perjuangannya tidak terkeluar daripada fahaman dan perjuangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan berlandaskan al-Qur'an dan as-Sunnah. Ahli-ahlinya bersifat dengan sifat-sifat Hizbullah sebagaimana tertulis dalam al-Qur'an.

Tidak semua jemaah Islam yang memperjuangkan sebuah negara Islam mengambil bentuk sebuah parti politik. Sesetengah jemaah secara langsung adalah juga sebuah parti politik dan terdapat juga jemaah yang membentuk platform berasingan untuk berpolitik. Contohnya di Algeria dan Yaman, jemaah Islam di sana telah berubah menjadi parti politik, sebaliknya di Jordan terdapat parti (Parti Jabhah Amal Islami) yang menjadi platform politik kepada jamaah. Walau apa pun caranya jemaah itu menjelmakan dirinya dalam politik, tidak dapat dinafikan kepentingannya kepada da'wah Islamiyyah.

Dapat disimpulkan di sini ulama sememangnya harus bergerak dalam politik bilamana keadaan semasa memerlukannya. Penglibatan mereka haruslah secara tersusun dalam sebuah jemaah Islam dan mereka sendiri hendaklah bersifat dengan sifat ulama rabbani.

Kesan penglibatan ulama dalam politik

Umumnya, penglibatan ulama ke dalam politik mempunyai kesan positif dan negatif. Ini bergantung kepada cara ulama itu sendiri mengasimilasi diri ke dalam masyarakat. Jika niatnya betul tetapi kaedahnya tidak sesuai dengan realiti semasa, penglibatan ulama boleh mengeruhkan lagi keadaan dan kadang-kala menimbulkan fitnah. Dengan tindakan yang terburu-buru dan tidak berhikmah, disebalik mendekatkan masyarakat kepada Islam, dia akan menjauhkan lagi mereka dari Islam.

Ghazali Mayudin, seorang pensyarah di Jabatan Sains Politik UKM, menyatakan dalam kebanyakan ceramah politik parti-parti Islam, sebahagian besar yang hadir mungkin terdiri daripada ahli dan penyokong yang komited tetapi ada juga yang mengelak daripada mendengar ceramah politik kerana takutkan kepercayaan mereka dipertikai, keyakinan politik dipersenda dan amalan seharian mereka jadi ejekan. Kesan sebeginilah yang harus dielakkan oleh harakah Islamiyah.

Walaupun dalam Islam, mendedahkan tingkahlaku kezaliman pemimpin diharuskan, malah ada juga pendapat wajib menurunkan pemimpin yang zalim dari takhta secara aman, bukan dalam adab berpolitik Islam untuk mencaci peribadi individu. Ini bertujuan untuk memelihara kemuliaan perjuangan harakah Islamiyyah dengan memperlihatkan ketinggian syakhsiyah mereka dalam berpolitik. Sebagaimana ungkapan cendekiawan-cendekiawan Islam, "politik itu tidak kotor tetapi ahli politiklah yang mengotorinya." Apa yang perlu dilakukan ialah jemaah Islam harus mentarbiyah ahli-ahlinya dengan adab politik secara Islam untuk mengelakkan tanggapan buruk masyarakat.

Seterusnya, perpecahan di dalam masyarakat tidak dapat dielakkan apabila ulama berpihak kepada satu kumpulan sahaja. Pergerakan dan pernyataannya akan terikat dengan pendirian parti. Ulama yang tiada pendirian akan hanyut jika mereka tidak bijak mencorak hala tuju partinya. Kadangkala kita dapat mendengar ulama-ulama mengulas sesuatu isu secara tidak ilmiah. Ini akan memberi tanggapan orang ramai bahawa ulama tersebut umpama lalang yang ditiup angin. Wibawanya selaku ulama secara tak langsung akan tercemar dan masyarakat akan hilang kepercayaan kepada institusi ulama.

Ulama juga terdedah kepada mehnah dan tribulasi apabila terlibat dalam politik. Ulama-ulama terdahulu seperti Imam Abu Haniffah dan Imam Hassan al-Banna pernah dipenjara, disiksa, dibuang negeri dan malah dibunuh. Sejarah berulang hari ini apabila kaedah-kaedah yang sama juga digunakan untuk menutup mulut para ulama yang kritis menegur tindak-tanduk pemimpin yang dianggap tidak selari dengan ajaran Islam. Oleh itu seorang ulama haruslah bersedia fizikal, emosi dan mental untuk menjadi seorang ahli politik.

Akhir sekali, ulama yang berpolitik haruslah membezakan antara agenda politik daripada da'wahnya kepada masyarakat. Tujuan mereka berpolitik adalah untuk memperbaiki akhlak masyarakat dan menegakkan syari’at Allah. Jika matlamat telah dikaburi oleh alat, maka akan timbul suasana dimana da'wah telah hilang nilainya kepada masyarakat. Kita boleh lihat kesan ini hari ini apabila ulama-ulama yang bertazkirah di masjid dan surau dikecam hebat sebagai pelampau agama yang menggunakan institusi agama sebagai pentas politik. Kesan pengucapan yang tidak berhikmah, akhirnya larangan-larangan dibuat ke atas majlis-majlis ilmu dan ini amat merugikan umat Islam sendiri. Tidak ketinggalan juga ulama dipersenda dan diperlekeh.

Walaupun penglibatan ulama dalam politik kepartian mendatangkan kebaikan dari segi kesedaran rakyat dan perkembangan da'wah, ulama dinasihatkan supaya menjadi khudwah hasanah dan meletakkan kemaslahatan umat sebagai prioriti.

Rumusan

Daripada hujah-hujah yang telah dikemukakan, jelas kepada kita bahawa telah menjadi tanggungjawab alim ulama untuk bergiat dalam politik sebagai wasilah menegakkan cita-cita Islam. Namun, ulama haruslah berpolitik dalam batas-batas syara' agar satu imej yang positif dan suasana yang kondusif dapat diwujudkan. Ini amat penting untuk mencapai matlamat dalam perjuangan di medan politik dan pilihanraya.

Sultan Kelantan rakam tahniah kepada Menteri Besar

KOTA BHARU, 30 Mac (Hrkh) - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra merakam ucapan tahniah kepada Menteri Besar dan ahli-ahli Exco serta wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Oleh itu titah baginda kerajaan negeri yang baru dibentuk diharap dapat melaksanakan pembangunan bagi membolehkan rakyat hidup aman dan sejahtera.

ImageBaginda bertitah, ahli Exco perlu memainkan peranan berdasarkan portfolio masing-masing secara bijaksana mengikut saluran yang ditetapkan.

"Jadilah pemimpin yang bertakwa dan ingatlah kita akan mati dan orang di sekeliling kita tahu apa yang dilakukan.

"Elakkan pembaziran di samping mengambil langkah yang lebih berkesan dan mantap bagi menjana sumber pendapatan negeri.

"Pastikan perbelanjaan kerajaan diurus tadbir dengan baik dan cekap di samping mencari sumber baru bagi peningkatan punca hasil negeri dengan menjadikan sumber mineral seperti minyak dan emas sebagai sumber baru," titahnya pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-58 di Istana Balai Besar di sini, hari ini.

Sebelum itu baginda memeriksa perbarisan dan menerima tabik hormat daripada pasukan keselamatan di Padang Merdeka.

Sultan Kelantan juga menyeru semua pihak supaya memelihara sumber hasil negeri dengan merancang pembangunannya sebaik mungkin dan mematuhi undang-undang serta peraturan berkaitan.

Terdahulu baginda menyempurnakan Majlis Pengurniaan Kehormatan Negeri bagi Darjah Kebesaran kepada seramai 79 penerima.Image

Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali Panglima Tentera Laut, Markas Tentera Laut mendahului senarai penerima anugerah Darjah Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (S.P.K.K).

Dikuti Leftenan Jeneral Datuk Mohd Salleh Haji Ismail, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Kementerian Pertahanan dan Laksamana Madya Datuk Mohd Amdan Kurish Panglima Armada TLDM, Markas Armada, Pengkalan TLDM, Lumut.

Penerima anugerah bagi Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.) iaitu Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Shkori Mohamed.

Diikuti pula Datuk Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan.

Tan Sri Dr Zulkurnain Awang Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Datuk Hamidon Ali, Duta Besar Malaysia Ke Pertubuhan Banagsa-Bangsa Bersatu Di New York.

Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.P.M.K.), mendahului senarai penerima ialah Datuk Tan Huat @ Tan Liang Chong Pengerusi Eksekutif SBJ Binajaya Development Sdn Berhad.

ImageMendahului senarai penerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K) ialah Md Tahir Mohammed Pengarah Eksekutif Kanan Perladangan Felda Plantations Sdn. Bhd, Kuala Lumpur diikuti Razali Daud Pengarah Urusan Sentosa Jaya Development Sdn Bhd.

Sementara Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkara (D.P.K.K.), mendahului senarai penerima anugerah ialah Brigedier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim, Pemangku Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Markas ATM.

Diikuti Brigedier Jeneral Datuk Che Yahaya Idris, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Markas Tentera Udara, Brigedier Jeneral Abdul Hadi Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, dan Brigedier Jeneral Khamsan Ngari, Asisten Ketua Staf/Tentera, Markas Tentera Darat.

Penerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) seramai 20 orang dengan didahului Abdul Hadi Awang Kecil, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kuala Lumpur mendahului senarai penerimaan.

Penerima anugerah Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (P.K.K.) seramai enam orang dengan diketuai Kolonel Hasanudin Mustafa, Pengarah Kor Perkhidmatan DiRaja, Markas Angkatan Tentera Darat.

Seramai 38 orang menerima anugerah Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K.) dengan mendahului senarai penerima oleh Prof Madya Dr Ab Aziz Al-Safi Ismail pakar diabetes, USM, Kubang Kerian.

Semalam Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, jumlah penerima anugerah tahun ini lebih ramai berbanding tahun sebelumnya.

Image "Tahun ini seramai 691, paling ramai berbanding tahun lepas iaitu seramai 604 orang," katanya.

Penerima anugerah hari ini membabitkan seramai 79 penerima dan pada 14 April depan pula melibatkan 286 penerima serta 17 April seramai 326 penerima lagi.

Penerima anugerah bagi Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (B.S.K.) seramai 65 orang.

Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (A.S.K.) 92 orang.

Bintang Seri Mahkota Kelantan (S.M.K.) (41 orang), Bintang Seri Kelantan (S.K.) (63 orang), Ahli Kelantan (A.K.) (89 orang), Pingat Bakti (P.B.) (58 orang).

Pingat Setia Mahkota Kelantan - 79 orang, Pingat Ta'at - 73 orang, Pingat Perangai Baik - 40 orang, Surat Kepujian - 5 orang dan Jaksa Pendamai 7 orang. - mj/ mr

Melayu sudah hilang kuasa – Ku Li

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

KOTA BHARU 30 Mac – UMNO perlu menerima hakikat bahawa orang Melayu sebenarnya sudah hilang kuasa dan hanya mengharapkan bantuan dari Sabah serta Sarawak untuk terus kekal memimpin negara.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) berkata, parti itu perlu melakukan sesuatu kerana rakyat khususnya di Semenanjung sudah mula hilang kepercayaan terhadapnya.

Beliau berkata, UMNO kini hanya mengharapkan sokongan daripada kedua-dua negeri tersebut dan sewajarnya tuntutan mereka didengar serta dilayan.

“Kalau kita tidak mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak, UMNO tidak ada kuasa langsung di Parlimen kerana suara kita yang ada tidak sampai separuh.

“Apakah kita masih berangan-angan lagi dan tidak mahu bertindak memperbaiki kedudukan, satu perkara serius kuasa Melayu sudah hilang di negara ini.

“Kita pun tidak melayan tuntutan mereka (Sabah dan Sarawak) sebagaimana sepatutnya kerana mereka mendapat sokongan besar daripada rakyat untuk mendukung UMNO di Semenanjung yang benar-benar gagal untuk mempertahankan kedudukannya,” kata beliau ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra di sini malam tadi.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pertemuannya dengan beberapa ketua bahagian Khamis lalu, Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, ia diadakan bagi memberikan penerangan kepada pemimpin terlibat supaya satu Perhimpunan Agung Khas UMNO (EGM) diadakan.

Katanya, perhimpunan itu diadakan bagi membincangkan hala tuju parti tersebut apabila mencatatkan prestasi terburuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

“Sebelum EGM diadakan, bahagian-bahagian UMNO yang bersetuju perlu mengadakan mesyuarat agung khas untuk membawa usul supaya membincangkan keputusan pilihan raya umum dan mencari langkah mengatasinya.

“Tidak kira berapa ramai (yang datang menemuinya), semangat itu mahu kepada perubahan, saya mendengar suara mereka, kita sudah tidak ada kuasa, nak action (berlakon) apa lagi,” katanya.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan Tengku Razaleigh mengadakan pertemuan dengan kira-kira 100 ahli UMNO termasuk lebih 10 ketua bahagian di kediamannya di Kuala Lumpur.

Antara yang hadir ialah bekas Menteri Penerangan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Dr. Ibrahim Saad (Batu Kawan) dan Datuk Malek Hanafiah (Taiping).

Sementara itu, ditanya adakah beliau tetap dengan pendiriannya untuk mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak tahu berapa banyak sokongan terhadapnya tetapi apa yang penting ialah keadaan sekarang perlu diperbaiki demi masa depan.

“Sekarang ini kita hendak perbaiki kedudukan parti sebab itu kita cadang adakan EGM, dengarlah suara dari bawah, ajak semua datang kita timbang dengan serius, jangan tidak mahu jumpa langsung orang bawah, kita orang atas sudah gagal.

“Panggil mereka semua berhimpun, saya rasa ini yang patut kita buat. Jangan takut kepada penyokong dan ahli-ahli kita, saya rasa kalau kita buat EGM, dapat perbaiki kedudukan. Dulu selepas tahun 1969 kalah juga tetapi tak seteruk ini, selepas itu kita dapat inspirasi baru dengan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB),” katanya.

Difahamkan UMNO Bahagian Gua Musang akan mengadakan EGM Jumaat ini antara lain bagi membincangkan isu semasa dan hala tuju parti.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh, menegaskan bahawa UMNO masih mendapat sokongan yang kuat daripada orang Melayu.

Menurut beliau, jika berlaku masalah dalaman, tidak bermakna parti itu sudah hilang pengaruh di kalangan orang Melayu di Semenanjung sehingga terpaksa mengharap bantuan daripada Sabah dan Sarawak untuk terus berkuasa.

“Saya tidak fikir Melayu sudah hilang kuasa. Memang ada turun naik, contohnya, ada satu ketika, prestasi UMNO Sabah dan Terengganu tidak baik dan di negeri lain baik.

“Saya percaya UMNO akan dapat memperbaiki kelemahan selepas ini dan seterusnya meningkatkan kemenangan di kalangan orang Melayu,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, terpulang kepada Tengku Razaleigh untuk menyuarakan sebarang pandangan.

“Apa yang penting parti kita akan terus perbetulkan semula apa yang salah dan akan terus kerja kuat untuk kukuhkan semula UMNO,” tegasnya.

Muhyiddin tegur Zaid


BANGI 30 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim tidak sepatutnya membuat kenyataan terbuka mengenai penubuhan suruhanjaya kehakiman kerana perkara itu belum dibincangkan di peringkat Kabinet.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai menteri, sudah sewajarnya Zaid mendapat panduan ketika mesyuarat Kabinet minggu lalu yang memutuskan supaya dibezakan antara pendapat peribadi dan pandangan rasmi.

Beliau bimbang imej dan maruah kerajaan akan terjejas sekiranya seseorang menteri terus-terusan membuat kenyataan peribadi berhubung perkara penting seperti itu tetapi kemudiannya Kabinet tidak bersetuju, yang akhirnya menyebabkan rakyat menuduh kerajaan berpatah balik.

‘‘Saya tidak hendak komen panjang, saya tak nak nanti (timbul) konflik, orang kata apa ini menteri Kabinet bercanggah.

‘‘Anggap pandangan saya ini sebagai Naib Presiden UMNO supaya hal-hal yang penting seperti ini elok dibincang dahulu dan jangan seolah-olah pandangan peribadi sudah jadi pandangan rasmi kerajaan,’’ ujarnya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Sukan Antara Agensi MITI 2008 di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas kenyataan Zaid dalam wawancara khas dengan Mingguan Malaysia semalam bahawa pelantikan pengganti Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad yang akan tamat tempohnya Oktober ini diharap dapat dilakukan melalui sebuah suruhanjaya.

Zaid berkata, langkah itu amat mustahak untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman negara apabila pelantikan hakim dapat dilakukan melalui satu proses yang lebih telus, ketat dan meyakinkan.

Muhyiddin menjelaskan, semasa mesyuarat lalu, Kabinet bersetuju pada prinsipnya perlu ada usaha dibuat untuk menyusun semula sistem kehakiman.

‘‘Bagaimana bentuk dan formatnya, ini perlu dibawa kepada Kabinet, jangan dibincang secara terbuka macam sudah ada keputusan, tidak elok begitu.

‘‘Macam sudah setuju hendak tubuhkan suruhanjaya kehakiman. Saya fikir belum ada perbincangan apa-apa lagi.

‘‘Eloklah bawa dahulu ke Kabinet, pasal ini isu besar, saya cuma komen setakat ini, nanti orang kata saya berbalah, tidak ada,’’ katanya.

Sunday, March 30, 2008

Remaja 16 tahun mengaku bunuh 12 mangsa

-Utusan.com.my

SAO PAULO 29 Mac – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang disoal siasat oleh pihak polis semalam membuat pengakuan bahawa dia telah membunuh 12 mangsa di selatan negara ini.

Jurucakap polis, Inspektor Enizaldo Jose Plentz memberitahu, remaja yang dirahsiakan identitinya kerana masih di bawah umur memberitahu, dia membunuh mangsa kerana membalas dendam atau ketika sedang marah.

Malah, katanya, dalam satu kes seorang mangsa telah dibunuh kerana mengadakan temu janji dengan kakak remaja itu.

“Polis mempunyai bukti kukuh membuktikan remaja itu membunuh sekurang-kurangnya enam mangsa dengan menembak kepala mereka, sebelum melepaskan tembakan ke seluruh tubuh mangsa,” kata Plentz.

Menurutnya, pihak berkuasa masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti sama ada suspek turut membunuh enam lagi mangsa.

Remaja lelaki itu ditahan di rumahnya Rabu lalu ketika polis menyiasat pembunuhan seorang pemilik gudang berusia 39 tahun.

“Dia memberitahu kami yang dia menembak pemilik gudang itu kerana menamparnya selepas berlaku pertengkaran beberapa minit sebelum itu.

“Bagaimanapun, kami syak dia membunuh mangsa dalam satu cubaan rompak dan ketika disoal siasat, dia bercerita dalam nada penuh bangga.

“Cerita bagaimana dia membunuh kesemua mangsanya itu sangat menakutkan,’’ kata Plentz.

Remaja itu memberitahu dia hanya membunuh orang yang difikirkannya memang patut mati seperti lelaki yang hendak mengadakan janji temu dengan kakaknya, jelas Plentz.

Remaja itu kini ditahan di sebuah pusat tahanan juvenil untuk menjalani pemeriksaan psikologi dalam tempoh 45 hari.

– AP

Pengenalan Persatuan Kebanngsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

http://www.pkpim.net

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan yang berdaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan. (Pendaftaran 1569 (Selangor).

Penubuhannya bermula pada 27 Jun 1961, dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu dan pada tahun 1963 namanya ditukar sebagaimana sekarang.

Kini PKPIM telah genap 44 tahun penubuhannya dalam dasawarsa (1961-2005) dan ia terus kekal dalam usaha melahirkan generasi pelajar yang mempunyai kualiti keinsanan yang bersepadu bagi menghadapi kemelut cabaran semasa.

Dengan penuh iltizam PKPIM akan terus memberi komitmen yang tinggi terhadap pendidikan pelajar dan mahasiswa dalam usaha melahirkan generasi yang seimbang dalam pernbangunan rohani, jasmani dan mental.

Di samping PKPIM akan berperanan menyelaras pergerakan pelajar Islam di seluruh negara untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

.:Objektif PKPIM:.
Peranan PKPIM adalah :
[ Menjadi Badan Induk mewakili pelajar-pelajar Islam Malaysia dalam mengembankan dan merealisasikan cita-cita dan ]
idealisme Islam yang syumul (kopmprehensif) selaras tuntutan Al-Quran & As-Sunnah]
[ Menjadi wakil untuk mengemukakan kesulitan, permintaan, tuntutan kepada pihak berkaitan dalam masalah pelajaran,
kebudayaan, kemasyarakatan, kebajikan pelajar dan lain-lain]
[ Mengdakan kemudahan kepada para pelajar tanpa mengira perbezaan ekonomi, kaum, agama mahupun bahasa]
[ Mewakili pelajar-pelajar Islam semasa di dalam dan diluar negara, merapatkan hubungan serta bekerjasama dengan
mana-mana persatuan yang sama dasarnya dengan PKPIM]
[Mengeratkan dan merapatkan hubungan tali persaudaraan di antara semua pelajar Islam di Malaysia]

Ia digerakkan dengan jayanya melalui Badan Gabungan Negeri (BGN) PKPIM dimana disetiap negeri di Malaysia ada Organisasi tersendiri yang ditubuhkan serta bergabung dengan PKPIM sebagai payung utama.

Adun Galas kini beransur pulih

Lanjusoh
Tue | Mar 25, 08 | 5:24:28 pm MYT

KOTA BHARU, 25 Mac (Hrkh) � Adun Galas, Chek Hashim Sulaima kini semakin beransur pulih biar pun masih lagi ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Manakala anak bongsunya, Amsha, dua tahun yang juga ditempatkan di ICU sebelum ini telah dipindahkan ke wad Anggerik memandangkan keadaannya semakin pulih.

Kanak-kanak itu sudah menunjukkan tanda-tanda aktif menyebabkan pegawai perubatan memindahkan ke wad biasa.

Yang Dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkifli Mohamad berkata, Chek Hashim dapat bersalam dengan tetamu yang menziarahinya dan bercakap dengan mereka.

�Namun beliau masih menggunakan alat bantuan pernafasan bagi membolehkannya bernafas dengan lebih selesa,� katanya di sini.

Dr Zulkifli yang juga pengamal perubatan berkata, kemungkinan Adun Galas akan dipindahkan ke wad biasa dalam masa sehari dua lagi.

Katanya, beliau terus ditempatkan di wad ICU bagi membolehkannya berehat sepenuhnya dan mengelakkan kehadiran ramai tertamu.

Hari ini anggota Exco kerajaan negeri, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman menziarahinya.

Manakala isteri Chek Hashim, Aida Zakaria sudah dapat bercakap dengan anggota keluarga dan tetamu yang datang menziarahinya.

Beliau dipindahkan dari wad 28 ke wad Dahlia Ahad lalu memandangkan keadaan beransur pulih.

Petang Jumaat lalu, kereta yang dipandu Chek Hashim ketika dalam perjalanan dari Gua Musang ke Pasir Puteh bersama anggota keluarganya terbabas ke dalam longkang di Ciku 2. - mj

RPK 'buang' Maxis kerana BN

Abdul Halim Mohd Rashid
Fri | Mar 28, 08 | 10:06:38 pm MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) - Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin menukar nombor telefon tangannya kerana tidak mahu lagi menggunakan perkhidmatan Maxis yang dimiliki Tan Sri Ananda Krishnan.

"Maxis dimiliki oleh Ananda Krishnan, kroni Umno. Dan saya diberitahu bahawa dalam pilihan raya yang lalu beliau menyumbangkan beratus-ratus juta ringgit kepada Umno. Itu menjadikan beliau musuh rakyat," dakwa beliau.

Ananda, dakwa beliau lagi, 'menentang' perubahan yang dikehendaki rakyat dengan menyumbangkan beratus-ratus juta ringgit kepada Umno di dalam usaha untuk mematahkan perjuangan rakyat yang mahukan perubahan.

Mengenai tindakan memboikot akhbar-akhbar, beliau menyatakan usaha tersebut tidak sepatutnya terhenti setakat memboikot akhbar-akhbar sahaja.

"Kita (juga) mesti memboikot kesemua produk yang diiklankan dalam akhbar-akhbar tersebut. Jangan beli apa juga produk yang diiklankan dalam akhbar-akhbar Barisan Nasional (BN).

"Inilah satu-satunya cara untuk menyakitkan mereka, di bahagian yang paling menyakitkan, (iaitu) di dalam poket mereka," tegas beliau.

Menurut beliau, itulah yang dimaksudkan dengan keingkaran awam (civil disobedience).

"Boikot semua makanan, perkhidmatan dan produk yang dimilki kroni-kroni, syarikat-syarikat dan sesiapa juga yang menyokong BN dengan dana politik bernilai beratus-ratus juta ringgit. Mereka mendapat duit dari kita dan kemudian memberikannya kepada BN.

"Mengapa membantu mereka membuat duit, yang kemudiannya digunakan untuk menentang rakyat? Mulakan boikot itu sekarang. Biar keingkaran awam yang berkuasa," kata Raja Petra lagi.

Idris, 22 ADUN BN hadir angkat sumpah Ahmad hari ini

KUALA TERENGGANU 29 Mac – Kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu termasuk ADUN Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh akan menghadiri upacara mengangkat sumpah Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar di Istana Maziah di sini esok.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid berkata, kehadiran kesemua ADUN BN ke upacara berkenaan adalah bagi menunjukkan mereka menerima keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengiktiraf Ahmad sebagai Menteri Besar yang baru.

Beliau memberitahu, kesemua ADUN mendapat jemputan daripada pihak istana untuk menghadiri majlis berkenaan.

‘‘Insya-Allah semua (ADUN) akan pergi. Kami semua menerima keputusan berkenaan dengan hati terbuka,” katanya ketika ditemui selepas menyambut keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ke Terengganu dari ibu negara hari ini.

Kira-kira 10,000 rakyat Terengganu menyambut keberangkatan pulang Tuanku Mizan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini. Selain Rosol, turut berada di LTSM ialah kesemua ADUN BN yang lain kecuali Idris.

Kelmarin, mesyuarat MT yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memperakui pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar yang dibuat oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR).

Mengulas lanjut, Rosol berharap keputusan itu akan membolehkan ahli-ahli UMNO Terengganu kembali bersatu untuk kebaikan rakyat dan negeri ini selepas kemelut tersebut berakhir.

‘‘Keputusan ini menunjukkan Allah sudah membuka satu jalan dan ruang untuk kita semua kembali bersatu dan merapatkan barisan,” ujarnya.

Beliau menyifatkan kedudukan UMNO Terengganu berikutan kemelut yang berlaku ibarat ‘carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum semula’ iaitu kekuatan UMNO akan kembali utuh selepas ini.

Menurutnya, terdapat hikmah di sebalik kemelut itu termasuk sokongan padu yang ditunjukkan rakyat terhadap institusi raja.

‘‘Saya berasa bangga melihat sambutan rakyat Terengganu daripada pelbagai peringkat masyarakat terhadap keberangkatan pulang Tuanku Mizan dan ini adalah rahmat di sebalik kemelut yang berlaku,” katanya.

Saturday, March 29, 2008

Hamas dan Jihad Islami Bertemu di Mesir.


Jumaat, 28/03/08 - Delegasi Hamas dan gerakan Jihad Islami bertemu di Mesir pada pagi Khamis lepas bagi meneruskan perbincangan beberapa isu terutama mengenai perbicangan damai sementara dengan tentera penjajah Israel dan pembukaan sempadan penyeberangan Rafah.

Di dalam kenyataan ekslusif, Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas menyatakan bahawa pergerakan tersebut amat cenderung kepada perdamaian dan menyatakan bahawa setiap perbincangan damai mestilah bersifat sepakat, serentak dan menyeluruh.

Dr Abu Zuhri juga berkata bahawa ugutan berterusan daru perdana menteri Israel Ehud Olmert terhadap Gaza menunjukkan bahawa keganasan berterusan terhadap penduduk Palestin sememangnya kehendak Israel sedangkan Hamas bersedia bagi semua pilihan untuk kepentingan penduduk Palestin.

Note:
sumber : http://palestine-info.co.uk/
penterjemah : abu_raudhah

Kenangan Bersama Segar diMinda.


Dah berbulan berlalu, kenangan dalam Program Khidmat Desa (ProKhiD) anjuran Dewan Pemuda Masjid Malaysia (DPMM),pada 13-16 Disember 2007, masih segar dalam ingatan,yang menjemput mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS) untuk menyertai program itu. pada hari itu saya yang berasal dari ceruk desa negeri Kelantan Darul Naim ini tak menyangka dapat hidup beberapa hari dalam keluarga masyarakat Negeri Sembilan (N.9) darul Khusus yang 100% mengamalkan adat pepatih.

Program ini diadakan di kampung Sialang dan Bukit Kelulut dalam Daerah Bahau, saya dan beberapa sahabat yang lain iaitu Syaher (Dip. IT), Adib(Dip. Tahfiz), Zaki (Dip. Dakwah), Rahimi(Dip. Dakwah) dan Radhi ( Dip. Tahfiz) menjadi adik beradik angkat dalam sebuah keluarga angkat ibu tunggal yang ingat saya ada 12 orang anak,kebetulan pada masa itu ada dua orang adan seorang menantu tinggal bersamanya.

Ibu angkat saya bersama Hajah Rahah Bt Abdullah berumur 50tahun hehe… mak kandung pun tak seumur itu. Apa yang saya suka dengan beliau ialah seorang yang baik dan jika dia tak suka pada sesuatu perkara, dia tidak berkata dengan kasar atau marah, cukup dengan teguran dan sindiran yang membinaJ.

Pengalaman semasa bersama dengan nya dapat mengetahui cara hidup masyarakat desa N.9 yang sedrhana tetapi mewah kerana dalam adat pepatih tanah dan harta jatuh kepada adik beradik perempuan kerana menurut penghulu (pengerusi JKK) kampung itu, Dato’ Syah bandar Ali, pada masa dulu, perempuan yang bercerai dan kematian suami tidak bekerja,jadi amat patut harta bagi kepada kaum hawa bagi membantu kehidupan mereka manakala lelaki akan tarus mengembara untuk mencari makan, menurut penghulu tadi.

Salain itu juga, saya dapat mengenali antara jenis Ikan Keli dan Ikan Sombilan. Ikan Sombilan sama rupa dengan ikan keli Cuma dibawah perutnya sahaja terdapat bintik-bintik hitam kekelabuan dan pada masa itu mak sedang menyiang ikan tersebut untuk dimasak Masak Lomak ikan Sombilan yang pedas yang tahap dewa, dan ia juga menyebab kan saya betambah berat badan sebanyak 72KG hehe..

Saya juga amat merindukan anak sedara angkat yang juga cucu kepada mak, bernama Aina Amira yang begitu cute kulit berwarna “Chokolat” tetapi petah bercakap dan loya buruk, saya memang suka kepada kanak-kanak kerana mereka comel dan manja.

Dan pengalaman bersama-sama penduduk kampung berkerjasama dalam majlis kenduri, saya dapat merasai bagaimana orang luar kelantan buat kenduri, ternyata berbeza dari segi sauasana yang ceria dan hidup dengan permuafakaan macam kelantan, Cuma berbeza dari segi jenis masakan tradisi iaitu masak Lomak atau “Lompak” yang pedas tak terkata.

Bersyukur kehadrat illahi kerana mengizinkan saya menyertai program seperti ini,yang dapat membuka minda,menambah ilmu pengetahuan serta penngalaman yang amat-amat berharga… mak saya akan sentiasa merindui mu dan kami adik beradik pasti kembali…. L

Thursday, March 27, 2008

Isu MB Terengganu tiada keputusan

Oleh:NorAziah Jaafar-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0327&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

KUALA TERENGGANU 26 Mac – Kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu masih belum menunjukkan sebarang penyelesaian muktamad walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Pertemuan itu yang merupakan acara menghadap mingguan pada setiap Rabu dikatakan turut membincangkan isu pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang dibantah oleh 23 ADUN Barisan Nasional (BN) negeri ini.

Beberapa jam selepas Abdullah menghadap Seri Paduka, bekas Menteri Besar yang merupakan ADUN Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh dilaporkan menemui Abdullah selama setengah jam di Putrajaya bermula pukul 12.45 tengah hari.

Namun tiada sebarang pengumuman mengenai kedua-dua pertemuan itu dibuat oleh Abdullah yang mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.

Sehingga malam ini, kedudukan Idris dan Ahmad dikatakan belum jelas, tetapi para pegawai UMNO membayangkan isu itu sudah pasti dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan esok.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rosol Wahid berkata, semua ADUN BN Terengganu bersedia menerima apa sahaja arahan Abdullah sebagai penyelesaian kepada kemelut politik itu.

Katanya, buat masa ini pendirian mereka masih sama iaitu menyokong pelantikan Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu sebagai Menteri Besar.

Rosol menolak desas-desus yang mengatakan terdapat dalam kalangan 23 ADUN yang berdiri di belakang Idris telah beralih menyokong Ahmad yang dilantik oleh istana.

“Kita tunggu arahan daripada presiden. Apa saja yang presiden minta... apa yang dibuat sekarang pun (sokong Idris) adalah atas arahan presiden.

“Dapat saja arahan daripada Presiden, kita akan adakan perjumpaan untuk membincangkan arahan yang diberikan,” kata Rosol ketika dihubungi.

Menurutnya, kesemua 23 ADUN terlibat masih berada di ibu negara. Kecuali Idris, mereka belum dipanggil bertemu Perdana Menteri bagi membincangkan perkara itu.

Beliau percaya kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu akan mencapai jalan penyelesaian esok.

Katanya: “Berdoalah untuk penyelesaian terbaik demi kepentingan rakyat Terengganu.”

Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu melantik Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu Ahad lalu walaupun orang yang memperoleh watikah daripada Perdana Menteri untuk menjadi Menteri Besar ialah Idris.

Monday, March 24, 2008

Kebangkitan Parti Politik Islam Di Turki : Dari MNP ke AKP

Oleh Mohd Firdaus Mohd Hamsin

JK Biro Penerangan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Arus kebangkitan parti politik Islam di Turki bermula semenjak 1947, apabila kerajaan di bawah pimpinan Parti Republikan Rakyat Turki (CHP), mula melonggarkan kawalan ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam, yang telah dilaksanakan semenjak 1924. Ia termasuk memberi kebenaran untuk sekolah-sekolah agama dibuka semula serta memberikan kebebasan bersuara, yang bakal menjadi duri dalam daging kepada penganut fahaman sekular yang dipelopori oleh Kamal Attaturk.
Dasar ini dirangka bertujuan untuk mendapatkan sokongan di kalangan rakyat di kawasan pedalaman, yang rata-ratanya masih berpegang kuat dengan ajaran Islam serta tidak menyokong pemerintahan CHP, di samping sebagai tindak balas terhadap kempen parti-parti pembangkang yang mahukan kebebasan bersuara diterapkan di negara itu.


Meskipun begitu, dasar ini tidak dapat membantu CHP untuk memenangi pilihanraya umum negara itu pada 1950, yang menyaksikan kemenangan besar di capai oleh Parti Demokrat. Meskipun tetap komited untuk mengamalkan dasar sekular, ia tidak dapat memadamkan kebimbangan terutama sekali di kalangan golongan tentera, yang bertindak menggulingkan kerajaan Parti Demokrat pada rampasan kuasa 1960.

Ia berikutan daripada beberapa tindakan Parti Demokrat menggunakan imej Islam serta menjalin hubungan yang akrab dengan beberapa tokoh agama, sebagai usaha untuk menjalin sokongan di peringkat akar umbi. Situasi ini jelas tidak disenangi golongan tentera di Turki, yang menggangap diri mereka bertanggungjawab untuk mempertahankan dasar sekular negara tersebut.

NECMETTIN ERBAKAN

Sebelum penubuhan Parti Refah (Parti Kebajikan) pada 1983, Necmettin Erbakan terlibat di dalam penubuhan dua parti politik berorientasikan Islam. Selepas parti pertamanya, Mili Nizam Partisi (MNP), diharamkan pada 1970, beliau telah menubuhkan MSP (Mili Selamet Partisi), yang berhasil membentuk kerajaan campuran dengan CHP, selepas pilihanraya umum Turki 1973.

Dalam pilihanraya tersebut, MSP mendapat sokongan yang meluas di kalangan golongan miskin, yang tertarik dengan keprihatinan yang diberikan oleh parti tersebut ke atas mereka. Kerajaan campuran ini hanya bertahan sehingga September1980, apabila ia digulingkan melalui satu lagi rampasan kuasa tentera. Rampasan kuasa tersebut telah menyaksikan Erbakan dipenjarakan atas tuduhan mencabar dasar sekular yang diamalkan oleh negara tersebut.

Penubuhan Parti Refah pada 19 Julai 1983, berlaku ketika kerajaan Turki di bawah pimpinan Perdana Menteri, Korkut Ozal, mengamalkan kebebasan berpolitik di negara tersebut. Seperti MNP dan MSP, Parti Refah telah menjalinkan hubungan yang rapat dengan tokoh-tokoh agama di samping menerapkan pendekatan mendampingi golongan miskin.

PARTI REFAH


Petanda awal kebangkitan Parti Refah kelihatan, apabila ia telah memenangi sebilangan besar kerusi dalam pilihanraya peringkat bandaran yang diadakan pada 1994. Ia disusuli dengan kejayaan parti tersebut memenangi 158 kerusi parlimen dalam pilihanraya umum Turki 1995. Dengan jumlah kerusi yang diperolehi itu, Parti Refah berjaya membentuk kerajaan campuran bersama dengan Parti Haluan Benar (DYP), pimpinan Tansu Ciller, yang memperolehi 135 kerusi.

Sekaligus, Parti Refah menjadi parti politik berorientasikan Islam pertama yang berjaya membentuk kerajaan di Turki. Meskipun melaksanakan beberapa polisi seperti menggalakkan debat terbuka mengenai sekularisme, membenarkan pemakaian tudung di tempat-tempat awam serta menjalinkan hubungan rapat dengan tokoh-tokoh ulama’, namun kerajaan pimpinan Erbakan tidak sunyi daripada menghadapi kritikan.


Antara kritikan utama ialah tindakan kerajaan pimpinannya, menjalinkan kerjasama ketenteraan dengan Israel , yang dianggap bertentangan dengan pendirian yang diamalkan oleh Parti Refah sebelum ini. Keadaan ini berlaku berikutan kerjasama politik yang dijalinkan oleh Erbakan dan Ciller, yang memerlukan kedua-dua pihak untuk bertolak ansur.


Ia dapat dilihat dari pendekatan Ciller, yang dianggap bersikap terbuka terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Parti Refah. Bahkan, beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Islam merupakan sumber utama yang membentuk identiti rakyat Turki, justeru ia (Islam), tidak sepatutnya diketepikan daripada kehidupan rakyat Turki. Dengan mengambil kira latar belakang Ciller yang dianggap sebagai simbol wanita Turki moden, kenyataan ini jelas amat mengejutkan!

KEBANGKITAN AKP

Selepas Parti Refah diharamkan pada 16 Januari 1998, sebahagian besar dari bekas anggota parti tersebut telah mengasaskan Parti Fazilet, yang berjaya memperolehi 111 kerusi parlimen dalam pilihanraya 1999. Salah seorang dari ahli parlimen tersebut, Merve Kavakci, telah mencetuskan kontroversi kerana mengenakan tudung ketika menghadiri persidangan parlimen.


Ekoran daripada itu, Kavakci telah dilucutkan tarafnya selaku ahli parlimen kerana beliau memegang kewarganegaraan asing ketika bertanding. Namun kenyataan itu tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa penyingkiran Kavakci ini dilakukan atas dasar untuk memelihara institusi sekular negara tersebut. Ekoran daripada itu, Parti Fazilet telah diharamkan pada Jun 2001, atas tuduhan menjadi pelopor gerakan anti-sekular.


Parti Keadilan serta Pembangunan atau Adeletve Kolkima Partisi (AKP), telah diasaskan oleh Recep Tayyip Erdogan, yang juga merupakan bekas ahli parti Fazilet yang diharamkan. Dalam pilihanraya umum Turki yang diadakan pada November 2002, AKP telah mencipta sejarah selaku parti politik Islam pertama yang berjaya membentuk kerajaan tanpa sebarang kerjasama dengan parti politik lain.

Dalam pilihanraya tersebut, AKP telah memperolehi 363 kerusi daripada 550 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Selain daripada mendampingi golongan miskin, AKP turut mengatakan komitmennya untuk menjalankan dasar ekonomi terbuka untuk membolehkannya menjalin jaringan ekonomi di peringkat antarabangsa. Nyata dasar ini telah membuahkan hasil buat AKP, yang berjaya meluaskan sokongan parti tersebut di kalangan rakyat Turki, yang telah bosan berada di bawah kepimpinan beberapa kerajaan campuran yang tidak stabil sebelum ini.

http://www.abim.org.my/content/view/84/30/

23 Mac 2008- Pentingnya Pendidikan Dari Akar Umbi

Pada hari ini aku mempelajari satu pengalaman baru, aku di ajak oleh teman ke tempat pengajian iqra’ ibu saudaranya bertempat di jalan ke tawang ,pada hari itu mereka mengadakan majlis Maulidul Rasul, yang mana dalam majlis yang dibuat secara kecil-kecilan sesama guru dan anak murid, mereka mengadakan pertandingan nasyid,azan dan bercerita.

Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah usaha segolongan yang berusaha mendidikan anak-anak kecil belajar ilmu-ilmu agama, walaupun menghadapi pelbagai karenah daripada anak-anak murid yang rata-ratanya masih sekolah randah ini. Mereka mengatakan senang dengan suasana sebegini malah merasakan seronok, disamping mereka mencari rezeki mereka juga telah melakukan satu sumbangan besar terhadap islam iaitu menyerapkan nilai-nilai Islam kepada mereka yang masih kecil.

Apa yang saya dapat belajar ialah tidak semua orang yang boleh “hendle” kelas sebegini dan melayan anak muridnya yang pelbagai perangai dan “skill”. Allah itu maha adil, ada orang mahir dalam satu bidang, tetapi dia lemah dalam bidang lain. Sebab itu Allah memberitahu didalam Al-Quran “Berilah tanggungjawab kepada ahlinya” yang bermaksud bagi sesuatu bidang yang kita kurang mahir kepada yang tahu, seperti dalam sesebuah organisasi Ketua mestilah seorang yang berpengetahuan agama Islam, dan portfolio dibahagi kepada Ahli Y.B yang mahir dan layak memegangnya.

Betapa pentingnya memupuk anak-anak kecil dengan didedahkan ilmu-ilmu agama Islam dan membiasakan diri dengan suasana Islam bagi mewujudkan generasi yang faham akan agamanya seterusnya bersemangat untuk mempertahankan agama ini.

Sunday, March 23, 2008

Pengenalan Blog BadrulHaq.Blogspot.Com

Blog merupakan salah satu jalan atau alternatif bagi seseorang untuk berkongsi ilmu ada juga yang menggunakan blog sebagai medium untuk mengutarakan pendapat dan menegur tentang isu-isu semasa yang berlaku disekeliling mereka. Tetapi lebih menfaat jika menggunakan web blog ini sebagai salahsatu alternatif berdakwah melalui media siber dan bersesuaian dengan peredaran zaman.


Perkataan BADRUL HAQ merupakan dua perkataan yang disatukan untuk menjadi satu nama iaitu Purnama Kebenaran. Saya menggunakan Purnama kerana Bulan mengambil alih tugas matahari memantulkan cahaya kebumi untuk menerangi alam pada waktu malam. Dan saya gandingkan dengan perkataan Haq yang bermaksud kebenaran @ tiada syak.


Purnama diibaratkan dengan seorang yang berilmu yang belajar daripada gurunya seterusnya menyebarkan kepada masyarakat bagi mewujudkan modal insan yang berilmu agama dan professional yang boleh berbakti kepada masyarakat. Selain itu juga ia boleh digambarkan matahari yang memancarkan cahaya iaitu Rasulullah SAW dan Purnama itu para da’ie @ Ulamak @ Mujahid yang menyambung pencaran risalah rasul selepas pemergian baginda.


Bulan juga dapat menggambarkan seorang hamba yang bergantung kepada matahari iaitu Tuhan untuk menjalankan kehidupan didunia seterusnya memancarkan cahaya daripada matahari itu iaitu syariat Allah untuk menerangi alam iaitu melaksanakan hukum Islam bagi mewujudkan keadilan dan keharmonian dalam kehidupan didunia.


Punama ini digandingkan dengan kebenaran kerana saya ingin jadikan blog ini sebagai tempat saya berkongsi ilmu,mengeratkan ukuwwah dan yang paling penting menyebarkan dakwah alam siber yang bersesuaian dengan zaman era globalisasi dunia tanpa sempadan ini.

Tuesday, March 18, 2008

Pada Suatu Pagi Di KL Sentral

Pada suatu pagi 5 Mac 2008, saya rancang untuk balik ke Kelantan untuk mengundi dengan kereta api, alhamdulillah tiket masih ada, pada jam 8.30mlm naik di KL Sentral, pada waktu ini masih awal, jadi aku berehat sebentar di McDonald untuk makan, Aku menempah 1 set McChiken dan 1 Aiskrim Sunday Chokolate.

Aku duduk sambil makan , makanan yang telah aku tempah tadi sambil memerhatikan gelagat pelanggan disini. Apa yang menariknya aku terlihat seorang perempuan pakai baju t-shirt lengan panjang warna pink dan bertudung, perempuan tu agan cantik, pastu datang seorang lelaki dan bergek-gerak tangan,aaku perhati lagi, perempuan itu juga membalas dengan benda yang sama.

Barula aku mengerti rupanya-rupanya mereka berdua itu bisu,apa yang menariknya mereka itu macam orang sempurna, saling mengerti, itu la kelebihannya bahasa isyarat yang telah berjaya mengubah mereka yang tidak bernasib baik tetapi boleh menjalankan kehidupan seperti insan biasa.

Kesimpulannya disini, pentingnya kefahaman antara manusia, selain daripada keselarasan bahasa, kesamaan kefahaman juga penting bagi menjaga sillaturrahim sesama manusia, bak kata pujangga Rambut Sama Hitam, Tetapi Hati Lain-lain. Itu la islam mengajar kita, segala tindakan kita perlu berpandukan kepada sesuatu yang boleh memberi kafahaman dan menyelesaikan segala masalah iaitu Al-Quran.Apabila semua orang berpandukan kepada Al-Quran,Assunnah dan para ulamak tabi’tabiin. Tidak ada perpecahan antara sesama Islam.

Monday, March 3, 2008

PKPIM nafi sokong calon BN

Hilmi(tengah) & Muntaqim(kiri)


KUALA LUMPUR, 3 Mac (Hrkh) -
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menafikan kenyataan kononnya dibuat oleh Setiausaha Agung PKPIM, Abdul Muntaqim Zulkifli yang menyatakan sokongan terhadap calon Barisan Nasional bagi DUN Tumpat, Kelantan, Dr Asyraf Wajdi Dato' Dusuki.

Menurut Presiden PKPIM, Mohd Hilmi Ramli melalui satu kenyataannya hari ini, PKPIM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan dan edaran yang berupa sokongan kepada calon tersebut.

Katanya kenyataan media palsu itu diedarkan difaksakan ke jaringan dakwah PKPIM.

Tegasnya kenyataan tersebut merupakan kenyataan palsu yang direka oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dengan mengggunakan nama PKPIM.

Beliau juga melahirkan kekesalan dengan sikap sesetengah pihak yang cuba memburukkan nama PKPIM dengnan membabitkan sikap partisan PKPIM dalam Pilihan raya umum ke-12 ini.

"Sebagai sebuah gerakan dakwah pelajar Islam peringkat kebangsaan, PKPIM sentiasa mempertahankan prinsip non-partisan iaitu prinsip untuk tidak menjadi proksi atau cabang kepada mana-mana parti politik.

"Kami menghormati Dr Asyraf Wajdi sebagai mantan Presiden PKPIM tahun 1999 hingga 2001. Bagaimanapun penyertaan beliau dalam kancah politik dan menjadi calon dalam PRU kali ini adalah merupakan keputusan peribadi beliau yang tidak ada kaitan dengan PKPIM,"katanya.

Tegas Hilmi, sebagai gerakan dakwah Islam, PKPIM harus merentasi batasan kepartian dan perkauman yang sempit.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak yang bertanding dalam PRU-12 ini bertanding secara berhemat dan bersih demi memastikan kejayaan diredai Allah.

Kenyataan media palsu yang cuba meniru logo PKPIM yang tidak mempunyai nombor pendaftaran serta tidak bertarikh itu menyatakan pencalonan Asyraf adalah wajar dan layak memimpin Parlimen Tumpat.

Selain kepala surat (letter head) yang berbeza sebagaimana yang sering digunakan PKPIM dalam sebarang urusan rasmi, motto persatuan itu juga di'palsukan'.

Katanya, motto PKPIM 'Hidup Biar Berjasa dan Menuju Generasi Pemersatu Ummah' dipalsukan sebagai 'Hidup Biar Bersaja'.