Monday, June 30, 2008

Teguran Menteri Wanita Kepada Kerajaan Kelantan Tak Matang

Pada hari ini iaitu 28 jun 2008, dalam surat khabar Sinar (Selangor) ada satu artikel keterangan daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat yang menegur kerajaan negeri Kelantan yang mengenakan etika pemakaian kepada kaum wanita dinegeri tersebut.

Beliau menyatakan bahawa kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS iaitu YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Hj. Nik Mat ini tidak patut membuat peraturan etika pemakain kepada kaum wanita seperti tidak boleh bersolek, memakai gincu, pakaian tidak ketat dan lain-lain.

Menteri tersebut iaitu Datuk Dr. Ng Yen Yen mengeluarkan statement menegur kerajaan negeri hendaklah memikirkan bagaimana nak menguragkan kes yang melibatkan kaum wanita dengan tidak menyekat hak mereka untuk memakai macamanapun. Dan beliau akan menghantar surat teguran ini kepada kerajaan Kelantan melalui kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Selepas saya membaca artikel dalam surat khabar Sinar (Selangor) itu, saya merasakan menteri ini ingin mencabar undang-undang yang sebenarnya daripada apa yang Islam ajar untuk menyelamatkan Kaum HAWA ini. Kenapa pihak MPKB-BRI mengenakan tindakan sebegitu rupa kerana ingin menguragkan kes yang melibatkan oleh kaum wanita, seperti etika pemakaian, wanita hendaklah berpakaian yang tidak ketat mengikut bentuk tubuh bukannya tidak membenarkan wanita berpakain selain daripada jubah atau baju kurung.

Saya terkilan mengapa masih ramai lagi kaum wanita tidak faham tentang isu ini? Tentang nafsu lelaki, saya terpaksa menceritakan tentang lelaki bila melihat seorang wanita, terus terang saya katakana lelaki walaupun perepuan itu memakai baju kurung atau jubah sekalipun masih ada lagi rasa rangangan nafsu mereka, apa tak lagi mereka yang pakai pakaian ketat atau pakai saluar dan baju singkat paras pinggang.

Wanita bersolek, berkasut tumit, berpakaian ceria dan senyuman mereka akan menjadi satu penarikan lelaki bukan sahaja daripada kecantikan, malah tarikan batin bermula daripada meraka yang baru baligh hingga la kepada pakcik-pakcik.

Apa yang saya boleh nyatakan disini kebanyakan kes-kes yang melibatkan kaum hawa seperti rogol, cabul, ragut, semuanya daripada pakaian. Saya tidak nafikan ada juga yang berpakaian elok berjubah juga terlibat dalam kes ini, tetapi ia terjadi daripada kehendak empunya badan itu sendiri, seperti cerita pengalaman daripada seorang penceramah ,dimana masa tu ust yang pencerita itu sedang memandu kereta lalu terlihat laseorang pelajar siswi sebuah ipt duduk seorang di stesen bus, ust tersebut Tanya “kenapa duduk seorang? Pelajar itu kata tunggu kawan, ust tersebuat membiarkan la, tiba-tiba Nampak tergerak-gerak dalam kain pelajar tersebuat, ust tadi pergi siasat rupanya-rupanya seorang orang berkulit hitam dan ak perlu lagu saya menjawab soalan mengapa. Faham-faham jela.

Walaupun cerita tadi tidak melibatkan pakaian wanita tetapi ia melibatkan akhlak seorang pelajar yang beragama Islam, yang terpaksa menggadaikan maruah untuk menampung pembelanjaan pengajian beliau. Itu mungkin topic lain.

Walaubagaimanapun langkah yang diambil oleh pihak kerajaan Kelantan itu adalah wajar dalah usaha untuk membanteras kes-kes yang melibatkan wanita ini. Saranan saya kepada pemimpin-pemimpin saya, yang tinggal di atas sana harap kaji semula statement yang anda keluarkan itu kerana itu merupakan salahsatu daripada ajaran agama kami dan sudah menjadi tanggung jawab pemimpin tempatan untuk membela rakyatnya.

Thursday, June 19, 2008

Buat Kalian....

Dalam artikel ini aku ingin memberitahu sesuatu tentang harapan aku sebenarnya tentang sahabat-sahabat seperjuangan dalam gerakan kampus. Hasrat aku itu tidak terkeluar bila bersama-sama mereka malah dalam mesyuarat juga aku kadang-kadang terlupa tentang hal ini, mungkin aku berasa cukup-cukup teruja sampaikan tak terkata dengan mereka.

Artikel ini khas buat sahabat seperjuang yang mungkin ada yang sudi melayari blog aku ini. Pada semester ini merupakan musim terakhir pimpinan persatuan termasuk Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM), Persatuan kami juga tidak terkecuali dalam hal ini.

Sepanjang disaat akhir ini selepas program terbesar kami iaitu “Karnival Jom Ke Majid” yang juga anjuran bersama 5 persatuan yang ada di kampus ini, aku akan menggunakan waktu yang ada ini dengan sebaiknya dan membuat satu acuan untuk pelapis kami nanti.

Masih ingat lagi pada awal pertemuan kami yang diatur oleh majlis syura’ aku tak sangka akan berkerja sekali dengan orang yang selama ini tak disangka-sangka akan bermesra, makan setalam, bergurau-senda, tidur sebantal , ada juga yang menjadi teman setia SMS dan ada diantara mereka yang aku jadikan tempat luahan jika memerlukan teman pendengar setia walaupun melalui sms.

Pada awal dulu aku ada juga taksuka kepada seseorang yang suka mengkritik kerja orang, paham-paham la bukan mudah nak buat kerja media ini, ada juga yang jenis tak suka dengan pendapat orang, ada ku yang jenis tak faham etika-etika dalam masyurat tidak boleh membezakan waktu bergurau dengan waktu kerja. Sampaikan aku menelefon seseorang yang berpengalaman untuk membanteras hal ini.

Kadang-kadang aku juga marah dengan mereka semua yang tahu memuji kerja orang tetapi diri sendiri tidak buat kerja yang tahu hanya bercakap dan memerintah yang membuatkan kau pening kepala yang mana satu presiden sebenarnya lalu aku menetapkan hanya akan mendengar arahan dari Presiden yang dilantik sahaja dan Pengurus sebagai penasihat Presiden.

Selang tidak lama selepas kami membuat pelbagai program seperti XPDC ke Gunung Angsi, Program Keluarga Angkat di N9 dan usrah-usrah yang dijalankan fahaman kami semakin meyerlah, yang pahit menjadi tawar dan lama-kelamaan ia manjadi suatu yang cukup manis sehinggakan susah untuk dilupakan.

Pada suatu hari, salah seorang senior mengajak aku ke Mesir dengan sijil STAM selepas Perjanjian MOU Kerajaan Mesir-Malaysia di tarik balik kerana pelajar pengajian Islam tidak memenuhi pasaran kerja ( Menteri Pertahanan Malaysia). Tetapi aku menolak kerana aku senang dan sayang untuk meninggalkan suasana sebegini.

Pada sautu hari aku merasakan aku akan meneruskan tampok pemerintahan ini, hati ini terasa sesuatu yang tidak kena, aku terus memberitahu kepada mereka yang pasti akan meminggalkan

Aku bukan tak mahu untuk bersama berjuang dalam ALAM ini, tetapi aku tak suka di kawal, dianggap sebagai orang suruhan sampaikan aku tak sempai untuk mengulangkaji, memang semester lepas aku mengaku krang mengulngkaji pelajaran dan ponteng kelas, insya’ allah sem ini aku akan baiki peristiwa yang lepas.

Aku harap kepada majlis Syura’ faham tentang keadaan aku sekarang ini, masih ramai lagi yang berkebolehan dalam seni grafik n media ini. Selepas aku mendapat result, aku terus berjumpa dengan Ust Abu Zaki Ketua Jabatan Usuluddin dan sebagai Pensihat ALAM, beliau banyak memberi semangat, beliau tidak pernah suruh aku berhanti dari aktif dalam persatuan malah beliau pun memberi tip-tip untuk mebagi masa dengan menceritakan kisah semasa menjadi pimpinan di peringkat kampus UM.

Aku tetap mengambil keputusan untuk berehat seketika untuk semester depan daripada ALAM tetapi jika ada yang perlu aku bantu, aku akan cuba.

Akhirnya, terus terang aku nyatakan, aku senang dengan sahabat-sahabat dalam ALAM, aku mengaggap antum sebagai adik-beradik , jika ada sedikit berkelahi anggaplah ianya asam garam sebagai adik beradik, kadang-kadang jika ada masalah aku ada luahkan kepada beberapa sahabat dalam ALAM dan “Syukran “ sebab sudi menjadi pandengar yang baik dan memberi nasihat yang baik. Teruskanlah perjuangan jangan jadi macam aku, tetapkan pendirian kuat kan semangat, pentingkan masa dan yang paling penting jangan hanya tahu bercakap sahaja, buatlah apa yang dikatakan.

“Salam Perjuangan”

Cinta & Harapan


Pada hari ini hati ini berasa sesuatu yang tidak kena, aku terrus mencari dimana puncanya. Alhamdulillah aku diberi petunjuk dalam sembahyang yangmana Allah telah membuatkan kata hati ini bersuara.


Aku cuba memilih cara ini, iaitu memutuskan satu pertalian yang dijangka berkekalan namun akhirnya aku sendiri yang memulakannya. Aku sebenarnya amat bersyukur kerana masih ada insan yang suka pada hati ku ini.


Setelah beberapa bulan aku terpaksa membuat satu keputusan selepas habis cuti ahkir semester dan aku kembali bersama sahabat seperjuangan dalam menegakkan agama, aku berasakan ada kekosongan yang perlu diganti dengan sesuatu walaupun terpaksa menggadaikan suatu perasaan yang aku percaya ianya ikhlas.


Aku sedar akan keadaan aku sekarang, aku seorang mahasiswa Islam yang mengambil Pengajian Islam, Aku juga salah seorang seorang aktivis gerakkan Islam dalam kampus dan juga Ngo yang dikenali di Malaysia yang menekankan tentang pentarbiahan Islamiah. Aku juga sedar kerana aku masih lagi belajar masih jauh lagi untuk aku memikirkan soal “mendirikan masjid” dan sepanjang aku bersama-sama dengan sahabat seperjuangan aku menanalisis diri ini yang masih bayak kelemahan dan perkara yang perlu dipelajari.


Aku tidak berniat untuk melulakan atau mempermainkan perasaan sesiapa, kerana keputusan ini adalah keputusan yang aku minta dari Allah demi Islam dan demi peranan sebagai pandakwah. Aku juga tidak berniat untuk memutuskannya kerana ia hanya untuk sementara tunggu bila sampai waktu yang sesuai supaya aku dapat menumpukan kepada tugas sebagai Mahasiswa Islam.


Sepuluh jari disusun ampun maaf dipinta jika ada yang terguris hati dan tersilap kata. Jika telah ditantukan ia tidak kemana dan jika ada yang terpikat insya’allah cita-cita mu tercapai.


*Dengarlah Lagu Kump. Firdaus : Cinta & Harapan

Anwar sacking to be probed in Malaysia court

http://malaysia.news.yahoo.com/afp/20080617/tap-malaysia-politics-opposition-anwar-0193655.html

KUALA LUMPUR, June 17, 2008 (AFP) - The dramatic 1998 sacking of former deputy premier Anwar Ibrahim will be probed after Malaysia's highest court agreed to hear a legal challenge to the dismissal, officials said Tuesday.

Anwar was ousted by Prime Minister Mahathir Mohamad in September 1998 and subsequently charged with corruption and sodomy in a court case where he famously appeared with a black eye after being beaten by the police chief.

After spending six years in jail and finally having the sex charges quashed, he has made a spectacular return to the political stage at the helm of a resurgent opposition alliance.

Anwar's Keadilan party confirmed the Federal Court had given the green light for him to challenge the constitutionality of his sacking, which he says was carried out improperly without the king being first advised.


Rather than being aimed at having Anwar reinstated, the case is designed to probe the incident which reverberates through Malaysian politics to this day, said Keadilan's information chief Tian Chua.

"It will enable to us to understand a little bit how the events unfolded during the days of Anwar's sacking," he told AFP. "Mahathir might have to be called to justify or to explain the process."

"It will be a moral victory," he added.

The Federal Court did not fix a date for the appeal on the case, which was rejected by the High Court in 1998.

"It's not an issue of reinstatement because we know that the reshuffling of cabinet is the right of the prime minister," said Tian.

"The grounds is that he was sacked without the constitutional rules being followed."

The opposition alliance claimed a third of parliamentary seats and five states in March general elections, shaking the Barisan Nasional coalition which has ruled for half a century.

Anwar says he is now poised to form a new government with the help of government defectors.

Tuesday, June 17, 2008

Pelajar lepasan Maahad Tahfiz Sains jadi rebutan IPT

KOTA BHARU, 17 Jun (Hrkh) � Maahad Tahfiz Sains yang diwujudkan kerajaan negeri enam tahun lalu kini menjadi rebutan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) dengan menawarkan tempat untuk pelajar lepasan sekolah agama tersebut.

Lebih membanggakan lagi apabila difahamkan pelajar sulung yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini sudah diberi tawaran.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap ibu bapa menjadikan Maahad Tahfiz Sains dan Maahad Tahfiz al Quran yang dikendalikan di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) menjadi tempat untuk anak-anak belajar.

Image �Ini kerana sekolah berkenaan merupakan tempat untuk belajar al-Quran dan sains sebagai cabang ilmu yang diperlukan untuk manfaat manusia,� ujarnya selepas merasmikan majlis perletakan batu asas asrama kedua Maahad Muhammadi Lelaki dan Pelancaran Kelab TaHa Lembaga Tabung Haji, di sekolah berkenaan semalam.

Maahad Tahfiz Sains terletak di Tanah Merah, Tumpat dan Kok Lanas. Maahad Tahfiz Sains di Tanah Merah dilengkapi kemudahan pembelajaran yang lebih sempurna.

Manakala Maahad Tahfiz al Quran pula terdapat di Pulai Chondong, Pasir Mas dan Pasir Puteh.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berharap pelajar sekolah di bawah Yik dan Jabatan Pelajaran Negeri menabung dalam Tabung Haji bagi menyemaikan sikap suka menabung dan persediaan awal bagi menunai haji ke Makkah.

�Wang simpanan tersebut boleh digunakan untuk kepentingan lain apabila ia diperlukan. Saya juga salah seorang pendeposit dalam TaHa,� ujarnya.

Beliau juga berkata, Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan menjadi tumpuan utama masyarakat luar Kelantan menghantar anak-anak mereka belajar di sini.

Sementara itu, Menteri Besar menyumbang derma peribadinya sebanyak RM3,000 di mana RM2,000 daripadanya diniatkan untuk kedua ibu bapanya yang telah lama meninggal dunia.

Menurutnya beliau sengaja mendedahkan sumbangan berkenaan dengan niat supaya menjadi contoh kepada orang lain.

Beliau juga mengingatkan rakyat Kelantan tidak menyayangi harta kekayaan kerana manfaatnya besar di akhirat kelak sekiranya mengamalkan secara ikhlas.

�Jangan fikir wang hanya untuk dunia sahaja, sebaliknya ingat juga harta kekayaan dapat membantu kita di akhirat nanti melalui amalan menderma.

�Bila kita ingat soal akhirat, kita tidak fikir lagi tentang dunia seperti harga beras dan barangan keperluan lain pun mahal sekarang,� ujarnya. - mj _

Caj 3 peratus PTPTN dikurangkan

Masdar :http://pmium.org/

KOSMO
: PUTRAJAYA - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi jaminan bahawa caj tiga peratus bagi perkhidmatan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diturunkan bagi mengurangkan beban kepada peminjam, malah penurunan caj berkenaan dijangka mencecah sehingga 50 peratus.

Khaled memberitahu, pihaknya akan mengumumkan jumlah tersebut dalam masa dua minggu ini setelah ia dibentangkan ke Kabinet selepas kajian semula dilakukan terhadap kadar caj yang dikenakan itu.

"Saya memberi jaminan bahawa kadar caj tersebut akan berkurangan selepas kajian terperinci dijalankan sejak April lalu dan yang pasti, kadar baru tersebut tidak akan membebankan peminjam untuk membayar semula pinjaman.

"Tapi soal mengenai berapa banyak kadarnya, saya akan umumkan kemudian. Saya akan cuba bawa ia pada mesyuarat Kabinet minggu depan," katanya selepas melancarkan pelan transformasi kementerian di sini semalam.

Isu caj perkhidmatan PTPTN mula diperkatakan orang ramai dan persatuan-persatuan pelajar sejak setahun lalu kerana dianggap membebankan kepada graduan untuk membayar semula pinjaman selain didakwa pihak tertentu sebagai berunsur riba.

Ini kerana, penerima pinjaman pelajaran PTPTN dikenakan caj perkhidmatan tiga peratus bagi pinjaman itu dan mereka diperlukan membayar balik pinjaman bersama caj berkenaan enam bulan selepas menamatkan pengajian.

Caj perkhidmatan itu dikenakan bertujuan menampung kos pengurusan, pentadbiran tabung serta sebagai sumber pendapatan PTPTN untuk memberi pinjaman kepada pelajar lain pada masa depan.

Hasrat untuk menurunkan kadar caj itu dibuat ekoran gesaan beberapa pihak yang mahukan supaya kadar tersebut dikurangkan atau dimansuhkan terus kerana ia membebankan kepada pelajar baru yang memasuki alam pekerjaan.

Bilangan peminjam PTPTN di seluruh negara ketika ini berjumlah 1.2 juta, manakala dana yang terkumpul pada masa ini ialah RM23 bilion.

PTPTN ditubuhkan di bawah Akta Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1997. Perbadanan itu beroperasi sejak 1 November 1997.

Monday, June 16, 2008

Isu Minyak: Jangan aniaya rakyat (PKPIM)

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyifatkan kenaikan harga minyak sebagai satu penganiayaan kepada rakyat dan membebankan kehidupan mereka.

"Justeru, PKPIM menyeru kerajaan menimbang dan menilai semula keputusan menaikkan harga minyak tersebut," kata Setiausaha Agung PKPIM, Abdul Muntaqim Zulkipli.

Kerajaan telah menaikkan harga minyak petrol sebanyak 78 sen menjadi RM1.92 seliter manakala diesel dinaikkan RM1 menjadi RM2.58 seliter.

"PKPIM berharap harga minyak di negara ini dapat diturunkan ke paras yang munasabah dan sesuai dengan kemampuan rakyat seluruhnya, dan sesuai dengan status negara sebagai negara pengeluar minyak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, katanya, PKPIM berpendapat adalah amat tidak wajar untuk rakyat membayar harga minyak yang tinggi sedangkan harga minyak di negara-negara pengeluar minyak yang lain adalah jauh lebih rendah.

"PKPIM juga meminta pihak kerajaan dan badan-badan berkaitan yang lain agar membuat penilaian secara lebih terperinci terhadap langkah-langkah yang telah dicadangkan bagi mengurangkan bebenan kenaikan harga minyak kepada rakyat.

"Adalah mustahil kenaikan harga minyak tidak akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain.

Kongsi hasil minyak

"Oleh sebab itu, di samping langkah-langkah yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan seperti pemberian rebet tunai kepada pengguna kenderaan, PKPIM juga berharap langkah-langkah lain yang releven, seperti menaikkan gaji dan elauan pekerja, memberi pendidikan percuma sehingga ke peringkat pengajian tinggi dan menghapuskan tol," katanya.



Menurutnya, suasana panik jelas kelihatan di merata tempat di seluruh negara pada malam harga minyak akan dinaikkan.

"Hal ini jelas membayangkan betapa rakyat begitu terkesan dengan kenaikan tersebut, terutama bagi rakyat berpendapatan rendah dan mempunyai ramai tanggungan," katanya.

Sebagai sebuah negara pengeluar minyak, tambahnya, seharusnya rakyat negara ini dapat bersama-sama berkongsi keuntungan dan hasil jualan minyak negara.

Sehubungan itu, Abdul Muntaqim berkata, PKPIM akan mengumpulkan cadangan dan pandangan mahasiswa untuk diajukan kepada kerajaan.

Untuk tujuan itu, katanya, PKPIM telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas mahasiswa menangani isu harga minyak.

Menurutnya, cadangan-cadangan yang sesuai akan diserahkan kepada kerajaan untuk diambil tindakan selanjutnya.

Isu Minyak: Jangan aniaya rakyat (PKPIM)

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyifatkan kenaikan harga minyak sebagai satu penganiayaan kepada rakyat dan membebankan kehidupan mereka.

"Justeru, PKPIM menyeru kerajaan menimbang dan menilai semula keputusan menaikkan harga minyak tersebut," kata Setiausaha Agung PKPIM, Abdul Muntaqim Zulkipli.

Kerajaan telah menaikkan harga minyak petrol sebanyak 78 sen menjadi RM1.92 seliter manakala diesel dinaikkan RM1 menjadi RM2.58 seliter.

"PKPIM berharap harga minyak di negara ini dapat diturunkan ke paras yang munasabah dan sesuai dengan kemampuan rakyat seluruhnya, dan sesuai dengan status negara sebagai negara pengeluar minyak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, katanya, PKPIM berpendapat adalah amat tidak wajar untuk rakyat membayar harga minyak yang tinggi sedangkan harga minyak di negara-negara pengeluar minyak yang lain adalah jauh lebih rendah.

"PKPIM juga meminta pihak kerajaan dan badan-badan berkaitan yang lain agar membuat penilaian secara lebih terperinci terhadap langkah-langkah yang telah dicadangkan bagi mengurangkan bebenan kenaikan harga minyak kepada rakyat.

"Adalah mustahil kenaikan harga minyak tidak akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain.

Kongsi hasil minyak

"Oleh sebab itu, di samping langkah-langkah yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan seperti pemberian rebet tunai kepada pengguna kenderaan, PKPIM juga berharap langkah-langkah lain yang releven, seperti menaikkan gaji dan elauan pekerja, memberi pendidikan percuma sehingga ke peringkat pengajian tinggi dan menghapuskan tol," katanya.



Menurutnya, suasana panik jelas kelihatan di merata tempat di seluruh negara pada malam harga minyak akan dinaikkan.

"Hal ini jelas membayangkan betapa rakyat begitu terkesan dengan kenaikan tersebut, terutama bagi rakyat berpendapatan rendah dan mempunyai ramai tanggungan," katanya.

Sebagai sebuah negara pengeluar minyak, tambahnya, seharusnya rakyat negara ini dapat bersama-sama berkongsi keuntungan dan hasil jualan minyak negara.

Sehubungan itu, Abdul Muntaqim berkata, PKPIM akan mengumpulkan cadangan dan pandangan mahasiswa untuk diajukan kepada kerajaan.

Untuk tujuan itu, katanya, PKPIM telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas mahasiswa menangani isu harga minyak.

Menurutnya, cadangan-cadangan yang sesuai akan diserahkan kepada kerajaan untuk diambil tindakan selanjutnya.

Tuesday, June 10, 2008

Kisah Seorang Pegambara


Sudah bertahun mengembara di tempat ini, bermula pada suatu tengah hari dan entah bila masanya sampai di pintu alam kekal. Sepanjang pengembaraan ini telah banyak dipelajari erti hidup yang penuh dengan persoalan,itulah sifat manusia yang sungguh lemah.

Jika kita kembali kepada tujuan di wujudkan kehidupan ini ialah dengan diberi pelbagai tugas,sebagaimana maksud ayat quran “ Tidak aku (Tuhan)jadikan jin & manusia melainkan untuk mengabdikan kepada aku.” Dan juga seorang khalifah di muka bumi ini.

Ada juga orang istilahkan kehidupan ini ibarat roda, kadang di atas, dan kadang-kadang dibawah, dan ada juga orang ibaratkan kehidupan ini sebagai langit yang tidak selalu cerah,kadang-kadang hujan,ribut,taufan ada juga yang panas terik yang menyebabkan kemarau.

Begitulah kadang-kadang kita berjalan dengan tenang, ada juga kita jatuh tersungkur, ada yang dapat bangun dan ada juga terus tidak bangun-bangun. Hanya Iman dan hidayah yang dapat membantu sepanjang perjalanan ini.

Dulu pandangkan ini cerah terang menderang, bersama-sama rakan seperjuangan dalam membagun kan Islam, diisi dengan amalan rohani pada setiap waktu dan berfikrahkan didikan Islam dalam pelbagai sudut.

Namun begitulah iman kadang-kadang bertambah dan kadang-kadang berkurang, ia di kikis dengan arus dunia akhir yang pelbagai isi yang mengelirukan kadang-kadang susah untuk membezakan antara benar dan salah.masa itu kegelapan menyelubungi.

Sudah menjadi kebiasaan manusia ada sifat ego, yang merasakan cukup dan tidak akan terjerumus, segala amalan kerohanian terkurang kerana terlalu seronok mengikut arus yang berupa kebenaran.

Arus ini terus bergerak sepanjang 1 setengan tahun hinggalah sampai disuatu cabang yang terasa ingin memegangnya.Alhamdulilah tercapai juga hajat untuk memegang cabang itu.

Sekarang ia masih diperigkat permulaan perjalanan, walaupun dianggap sebagai kereta terpakai yang terdapat bekas-bekas kisah lalu namun masih boleh bergerak jika lengkap kelengkapan pergerakkannya.

Jalan ini diyakini adalah jalan yang lurus, hanya doa yang akan membuktikan kebenaranya. Jika segala kelegkapan seorang muslim tidak ditiggalkan, insya’Allah tuhan kan membantu. Teruskan berjalan dan jujurlah dalam perjalanan jika ada buah dipokok tepi jalan petiklah ia merupakan bonus kita nanti di akhirat kelak ,jika tersalah petik makan buruk padahnya, namun begitu Allah maha pengampun biarpun nafas di hujung kerongkong.