Friday, February 22, 2008

Peristiwa itu kembali lagi….


Peristiwa itu kembali lagi….

Pada 17 februari 2008,ia peristiawa itu kembali lagi, selepas peristiwa pada ogos 2005 yang mana kisah pemergian sahabat karib ke rahmatullah dengan sekip mata sahaja tanpa meniggalkan tanda dan masa itu, aku masih di tingkatan 5.

Di perigkat IPT, tak sangka ia kembali, iaitu sahabat sebilik ku, juga pergi pada suatu tengah hari. Baru pagi td aku tengok dia tidur atas katil dan selepas tu aku keluar kemasjid untuk “Study”. Tp… sedang aku memetik “key board” laptop ku, tiba-tiba, kawan sebilik,Rahaizad telefon dan mengatakan,sahabat ku telah pergi, aku berdiam seketika sambil berbisik dalam hati “eee… jgn bergurau”… aku tanyepergi mana? Dia kata, pergi tak kembali. Dia telah kemalangan di Nilai….

Tiba-tiba aku tersentak,dan menahan perasaan ucap”innalillah…” dan aku ucap terima kasih kepada kaan aku kerana memberitahu. Sahabat yang telah kembali itu, orang nya baik,walau mulutnya sedikit “leser”. Dia telah banyak menolong aku dan suka belanja kawan-kawan sebilik. Dia masuk KUIS dalam Ijazah Sarjana Muda Syariah semesta 1 bulan 10 tahun2007,dan dia pergi sebelum exam final yang akan bermula pada keesokkan harinya.

Apa yang aku nak bagitahu kat sini, ialah bukti yang mana kita ini makhluk yang lemah dan ada yang lebih kuat iaitu yang menciptakan kita..ALLAH. dengan kuasanya sekejap sahaja berlalu walaupun tak tercapai oleh logik akal fikiran kita.Bayang kan kawan anda yang baru sahaja berbual tadi dan sekarang terima panggilan dia telah tiada….

Firman Allah:

“Biarpun kamu berselindung sebalik tembok yang tinggi,nescaya mati PASti dapat mengejar mu.”

Jadi fikir-fikirkan lah, jika Allah boleh buat kat dia, apatah lagi kita, sentiasa bersiapsedia dengan amalan yang baik didunia dan amalan rohani untuk akhirat,hidup kita ini terikat kepada 5 hukum iaitu:

1.Wajib

2. Sunat

3.Haram

4.Harus

5.Makruh

Setiap yang kita lakukan akan dikira antara 5 hukum ini,nilailah….ingat malaikat sifatnya tak tidur dan sangat taat kepada Allah.

0 comments: