Friday, February 22, 2008

Biodata Diri-ku


Latar Belakang

Pada tanggal 4 April 1987, merupakan satu peristiwa bermakna bagi pasangan suami isteri iaitu kelahiran insan yang bernama MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD bertempat di KAMPUNG LORONG MINYAK GAS, Jalan Sultanah Zainab,KOTA BHARU,Kelantan.

Pasangan iaitu MUHAMMAD BIN DERAHMAN DAN WAN AZIZAH BT. WAN JAAFAR sekali lagi dapat menimang cahaya mata yang ketiga daripada 4 orang anaknya,SUHAIRA (Sulong),NUR MAIHAN(Ke-2), dan NUR SYAMIMI (Bongsu). Suhaira merupakan Siswazah Kejuruteraan Awam,UPM, Nur Maihan Siswazah Arkitek,UPM dan Nur Syamimi pada tahun 2008 masih belajar di Sekolah Menengah Agama Arab MAAHAD PENGAJIAN ISLAM(MPI),Kota Bharu dalam tingkatan 4.

Pasangan tersebut tinggal di Lot 593 Kampung Paya Rambai Jalan Bayam,15200 Kota Bharu Bandar Raya Islam,Kelantan Darul Naim yangmana Muhammad bekerja sebagai Bilal Masjid Mukim Paya Rambai,manakala isterinya seorang suri rumah dan kehidupan mereka sederhana.

Mohd Syahiran atau Nama Manja “YANG” mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas,Kampung tersebut iaitu pada umur 6 tahun.Proses untuk masuk tadika amat susah kerana YANG ni takut kepada cikgu yang garang yang pernah diceritakan oleh kakak sulongnya. J Tetapi Alhamdulillah YANG telah melalui zaman tadikanya dengan jayanya.

Pendidikan

Tahun 1993 : Mohd Syahiran memulakan pengajiannyan di Tabika Kemas di Kampung Paya Rambai,Jalan Bayam yang berdekatan dengan Masjid Paya Rambai.

Tahun 1994-1999 : Meneruskan pengajian di peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (2),Jalan Pekeliling,Kota Bharu,Kelantan.

Tahun 2000-2005 : Pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama(Arab) Maktab Pengajian Islam (Maahad Pengajian Islam),Kota Bharu.

Tahun 2006 : Mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), di Sekolah Menengah Agama(Arab) Maahad Darul Anuar(MADA),Pulau Melaka,Kota Bharu.

Tahun 2007-Sekarang : Meneruskan pengajian di peringkat Diploma Pengajian Islam (Usuluddin) di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Penglibatan dalam Ko-kurikulum/kepimpinan

Di Peringkat persekolahan :

Tahun 1999 : Ketua Petrol,Pengakap Sekolah Randah dan Pengawas koperasi sekolah.

Tahun 2000 : Timbalan Pengerusi/Koperal dalam Pasukan Briged Bakti Remaja.

Tahun 2001 : Ketua Kelas.

Tahun 2002 : Pengerusi/ Sarjan Pasukan Briged Bakti Remaja.

Tahun 2003 : Pengawas Sekolah, Bendahari Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong ( PSSPGM).

Tahun 2004 : Setiausaha Agong Badan Disiplin,Timbalan Presiden Badan Dakwah, Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong ( PSSPGM),Biro Badan Redaksi sekolah.

Tahun 2005 : Ketua Pelajar sekolah dan Ketua Badan Disiplin.

Peringkat Aktivis Sosial :

Tahun 2006 : Sukarelawan Skuad Ibu Pejabat(SIP),Pertubuhan Briged Bakti Negeri Kelantan.

Tahun 2007 : Ketua Unit Media,Pertubuhan Briged Bakti,Kelantan, jurulatih silat gelanggang Pusat Bimbingan Masjid Al-Amin (PUBIMAS),Jalan Pengkalan Chepa, Aktivis ABIM.

Tahun 2008 : Jurulatih silat gelanggang Pusat Bimbingan Masjid Al-Amin (PUBIMAS), Penolong Setiausaha/Ketua Exco Kampus,Persatuan Pempimbing Pelajar Islam Kelantan(PPIK), Aktivis Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Cita-cita masa hadapan :

-Ingin menjadi seorang cendikiawanIslam,Mufti Negeri Kelantan,Ahli Politik

-Bersama-sama pemimpin Islam dalam menegakkan agama Islam di muka bumi.

Kegemaran :

-Minat dalam seni grafik komputer (Adobe Photoshop,Micromedia Flash dan Ulead Video Studio dan Adobe Premier.

-Minat dalam pembikinan dan penulisan Blog.

-Minat dalam perundangan Islam.

-Suka mendengar ceramah agama.

-Suka membaca buku-buku agama.

Tokoh Ikutan :

-Muhammad Rasulullah SAW

-Khalifah Arrasyidin.

-Salahuddin Al-Ayubi

-Prof. Dato’ Dr. Haron Din ( Pemikir Islam)

-Tuan Guru Dato’ Sri Abdul Hadi Awang

-Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

- Ustaz-ustaz dan pensayarah.

Perinsip Diri :

1. Aku banyak menyertai organisasi berteraskan Islam,tetapi aku tidak pernah memperjuangkan sesuatu persatuan atau organisasi tetapi aku memperjuangkan perinsip ataupun matlamat sesebuah organisasi itu jika ia kearah memperjuangkan dan menegakkan Agama Islam.

2. Aku hidup bukan kerana manusia atau teman hidup dan juga kerana kawan, aku hidup kerana diberi oleh Allah amanah untuk menjaga agamanya. Aku akan ikut siapa yang bersama dengan aku dalam matlamat ini. Jika ada yang tak setuju, terpulang… “LAWAN TETAP LAWAN.”

Sahabat yang disukai :

Seorang yang faham akan pendirian sahabatnya, tidak memandang rendah akan perbuatan atau pendapat sahabatnya dan orang lain, sanggup bersama walau apa jua keadaan, yang sama-sama berjuang menegakkan Islam, pandai ambil hati dan bagi nasihat yang tidak menyakitkan hati dan bernas jika dalam sesusahan dan jika ada buat silap.**masih tiada lagi sahabat yang semacam itu…

Makanan/minuman Paling Digemari :

Nasi ikan goreng+kicap manis, Nasi dagang, McFlurry (McD), Air Milo Ais, Air teh tarik, dan seterusnya semua makanan yang halal.

1 comments:

cool girl said...

Ya Allah
jglah shbatku ini,
kuatkanlah kakinya d jln Mu,
kuatkan jasadnya dlm rahmat Mu,
kuatkan rohnya dgn bimbingan Mu,
buatkan ia tersenyum hingga d syurga Mu....
Amin.........