Wednesday, February 27, 2008

Perarakan Sempena Menyambut

Perarakan Sempena Menyambut Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-4, yang bersidang pada 13 hingga 14 April 1982 bertempat di Dewan Syarahan Masjid Negara Kuala Lumpur telah
mengeluarkan keputusan bahawa percampuran perarakan lelaki dan perempuan di dalam perayaan adalah tidak diharuskan.

Semenjak dari tahun 1982, perarakan Maulidur Rasul
seluruh negara telah dihentikan. Oleh yang demikian,adalah dinasihatkan agar sambutan Maulidur Rasul dibuat secara yang lebih bermanfaat dan tidak dilarang oleh
syarak. Syariat Islam mengutamakan kaedah seperti
berikut untuk mencapai kebaikan:

Menghindarkan keburukan didahulukan dari mendapatkan kebaikan
Adalah dinasihatkan agar sambutan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. diisi dengan sesuatu yang lebih bermanfaat seperti majlis syarahan dan sebagainya.

t.t. DATO’ SERI (DR) HJ HARUSSANI HJ ZAKARIA
MUFTI NEGERI PERAK
DARUL RIDZUAN

1 comments:

cool girl said...

salam.
mmg dlm islam pn haram p'gaulan bebas antara lelaki dn pmpuan.tp mcm mn p'himpunan bersih.buknkh p'campuran jgk antara laki dn pmpuan..