Thursday, February 28, 2008

Warkah Buat Sahabat...

Seketika pada dahulu, di suatu tempat cahaya ilmi yang juga satu temujanji allah kepada kita, pada masatu aku hanya seorang budak yang amat terpinggir dari dunia yang luas yang menanti kita dalam satu amanah perjuangan agama, pada masatu aku dh mula bergerak keseorangan kemana aku pergi disitu aku jadi, alhamdulillah aku ialah aku sekarang, bermula pada peringkat permulaan di sekolah menengah aku bersahabat rapat dengan yang boleh dikatakan sahabat,tetapi ia mungkin di takdirkan berpisah, dia ke negeri sembilan aku kekal di situ, aku ingat ia akan kembali, tetapi dia telah tercelup dengan suasana di sana yang jauh dari fikrah asal sebagai pelajar agama.

Aku meneruskan perjuang, aku tak tahu aku merupakan seorang yang di nanti oleh guru-guru pada suatu hari menjadi pimpinan pelajar, aku tak tahu yang segala yang aku tempuhi merupakan guru yang mengajar risiko yang akan ditempuhi, sepanjang perjuangan aku telah ramai yang menemani ku tetapi tidak lama, aku tertanya-tanya dimana orang yang sepatutnya bersama ku dalam perjuang Islam?

Pada ketika aku jadi pimpinan pelajar sekolah ku, aku buat apa yang patut belajar dan mencari ilmu hidup,dan aku pada masa itu bersam a senior aku dalam pimpinan sekolah,aku marangcang pelbagai program untuk adik-adik ku, dan juga target perjuangan dimasa depan dan kami sentiasa bersama, tetapi ia tak kekal sebab sahabatku itu pergi begitu sahaja,dia kemalangan pada 2006….

Alhamdulillah aku sempat belajar Ilmu tauhid dan Aqidah segala yang terjadi ini ada hikmahnya, betul memang ada hikmah iaitu setiap manusia akan pergi tanpa disedari dan janji tinggal janji… selepas itu aku meneruskan perjuangan , belajar bagaimana kepimpinan Islam, sebab aku berminat dalam Politik Islam, aku tertarik dengan pemimpinnya yang berjaya menawan Kelantan, aku nyatakan begitu sebab aku tahu asal usulnya yang meengharuungi pelbagai rintangan untuk sampai ke sini.

Pada zaman sekolah itu kepimpinan terikat dengan 3 sekawan yang menjadi harapan sekolah labih-lebih lagi guru penasihat Badan Dakwah pada masa itu, seorang diletak di Badan Redaksi, Seorang di Badan Dakwah dan aku Di badan Disiplin, ye itu la yang diharapkan, tetapi allah lebih bisa menetapkan sahabat yang sepatutnya memegang Badan Dakwah yang menjadi harapan sekolah itu… menolak,kerana prinsin nya pada masa itu “Bagaimana kita nak berdakwah kepada orang sedangkan diri kita sendiri tak terjaga”. Aku tak faham, aku hanya boleh tersenyum sebab aku menghormati pendirian dia, rancangan ku selepastu hanya nk dia bagi pendapat dan komitmen dalam organisasi tersebut sahaja,tapi alhamdulillah dia dipilih untuk jadi Timbalan Presiden Badan Dakwah, dan aku harapkan satu kerjasama yang luar biasa dalam tarbiah pelajar dan membangkitkan sekalilagi kegemilangan MPI…

Namu…ku ingat kucing rupanya Harimau yang makan sahabatnya sendiri, terus terang aku katakan pada masa itu aku lumpuh kerana tiada “support” dari sahabat sebenar,pada masa itu mereka macam ingin merebut program diluar bidang, aku tiada pegangan dan aku… jatuh… sekali lagi aku bagitau aku jatuh… sebab sahabat yang dulu bersama kini(masa itu) melepaskan ku.

Aku pada waktu itu seorang yang cepat mengalah dan lemah semangat,tak apa aku masih ada ahlijwatankuasa ku, tapi kecewa tak disangka-sangka sejarah yang baik bertukar keruh, orang bawahanku berpecah kepada 2 pengaruh, dan Sahabat yang Timbalan Presiden juga lupuh tiada pegangan, aku pada waktu itu seperti seorang yang bengkrap yang berjalan ditepi jalan,lalu tersepak sahabat ku yang dulu bersamaku, aku memberi bantuan dan sokongan kepadanya sebab memori… sebab memori…pada masa itu aku lupakan apa yang terjadi pada aku.

Pada waktu itu mereka yang berkuasa terus berkuasa kami hanya menonton je.. biarlah kami buat-buat gagah biarpuh sekeliling tinggal kosong, tak apa SPM lebih penting, tapi alhamdulillah ALLAH bersama orang yang bersabar, aku berjaya membalas dendam yang sepatutnya terkena kepada kami.

Aku pada waktu itu hanya menuggu “ exam” je. Tetapi aku tidak pernah ptus asa untuk kembalikan semula kepimpinan MPI kepada asal dengan tingkatan 6 untuk kekalkan jawatan tetapi halangan aku terlalu besar tentang dari guru sendiri yang dulu pernah bersama dalam perjuangan, lalu senior ’02 berjumpa denagan ku dan nasihat,berudur… aku pada waktu itu dalam keadaan tertaksa,menerima dan terpaksa menghancurkan impian kepada adik-adik ku.

Selapas itu kami berpecah dia mengambil keputusan pergi ke Poli Tech, yang pada mulanya ingin bersama aku di Darul Anuar, tapi takmengapa aku menghormati keputusannya tanpa mengkritik sebab sebelum ini dia berjanji ikut bersama.

Aku mula kan pengajian di sana, dan sekolah itu sekolah menteri besar kelantan jadi aku lebih kepada bidang politik…pada masa yang sama aku sahabat ku tadi dan 2 lagi sahabat yang bekas sekolah dulu ingin menyertai bidang sukarelawan,ye…kami “join” dan dengan jayanya pihak sana memuji kerja kami. Sampai la kehari ini kami masih menyertainya.

Pada suatu hari sahabat ku yang politech ini balik,dan mengajak aku ke satu IPT di selangor, aku kata tengok lu,disebab kan aku rasa STAM ku tak cemerlang aku menyahut ajakan nya dengan niat dia sahabat aku.

Kami pun diterima untuk ke ipt tersebut dan meneruskan pengajian di peringkat tinggi dalam bidang masing-masing,pada mula nya kami bersama dan lama-lama jarang makan sekali, aku ingat tanggapan nya pada sejarah sekolah dulu dah berubah tetapi masih ada,dengan cara selalu memandang rendah dan mengaggap pendapat ku ini tak boleh pakai, selalu main-main dan mengaggap jika aku memberi pandangan, semuanya jenaka. Memang aku turut ketawa sebab menang aku menghormatinya, terus terang aku katakan jika hal-hal agama aku rujuk kat dia, tetapi takkan tak ada bidang yang boleh dia rujuk kat aku? Bodoh sangat ke aku ni? Sepanjang aku hidup stat dari kepimpinan sekolah adakah tak ada yang boleh aku kongsi?

Nak cerita bukan nak promosi diri, tetapi pemjelasan, pada suatu hari aku dalam bidang sukarelawan yang aku sertai pada hari itu, ada sedikit pertengkaran psikologi, jadi aku kurangkan ikut program, aku duduk dipejabat, semua orang pejabat tahu pasal masalah aku dan semua mereka bersetuju.

Aku memang jenis yang suka buat kerja, aku mencari dan buat apa yang patut disana, aku belajar bagaimana protokol dipejabat dan dalam program, aku jadi urustia program besar. Aku banyak belajar dan banyak kenal orang atasan masatu aku join ABIM, selepas itu aku banyak jadi urusetia program berbentuk dakwah, aku mula terpikat dengan organisasi ini yangselari dengan kehendak aku.

Aku didedah dengan aktivis peringkat mahasiswa dipanggil PKPIM(persatuan kebangsaan pelajar islam malaysia) aku banyak masuk mesyuarat diorang, dan belajar bagaimana suasana kerjasama dan fahaman dalam mesyuarat yang serius(tidak main) kepada apa yang dibincang, hormati pendapat orang lain dan menegur dengan tidak sakitkan hati jika ada kesilapan.

Aku selepas itu aku dedahkan kepada sahabat aku yang pada masa itu tidak tunjukkan reaksi positif (sebab memandang rendah pendapat aku) takapa dia setai seperti terpaksa, aku masa itu memang hormati pendapat dia hanya teruskan apa yang dirancang untuk aktif di selangor.

Hampir 1 tahun aku di KUIS bersamanya, pada masa sebelum ini aku ingat dia dah ubah tanggapan aku seorang yang tidak patut direspek. Aku bersabar dengan caranya dan aku dengan cara aku, aku terpaksa buat begitu sebab aku ada agenda dan amanah yang berlu laksanakan, dia tak tahu pasal apa yang berlaku pada aku, apa yang aku lalui.

Sampai sekarang aku tidak boleh tahan lagi perasan aku yang selalu diperkcil kan, aku terpaksa berjuahan dengannya, sebab aku takut lemah semangat habis segala yang dirangcang tinggal begitu sahaja, aku tak nak kecewakan orang yang mengharap kepadaku dan percaya kepada ku

Sampaila di KUIS sekarang aku sertai satu persatuan bawah masjid, pada mula nya aku ingat biasa kerana ia jauh berbeza dari organisasi ku sertai sebelum ini, dari segi pengurusan dan siqah. Aku pun ingin guna pengalaman aku untuk membentuk suasana yang matang di sini dengan bidang dan tugas kau sebagai Exco penerangan aku buat dan aku guna segala kemahiran yang ada dalam mutimedia

Alhamdulillah ia diterima oleh semua walau ada yang terpaksa dan mengatakan mengikut syura’ aku tidak tahu mana silapnya susah untuk puas kan hati semua orang ni, lama-kelamaan aku mulain suka dengan persatuan ini. Aku mempunyai ramai sahabat yang sangat memberi komitmen kepada ku aku selesa bersama mereka walaupun mereka asal dari negeri yang kurang penganut Islam iaitu Borneo, daripada sahabat senegeri yang membanggakan serambi mekkah itu.

Dan pada masa itula pendirian aku mula berputik yang lebih tegas dan pimikiran ku hanya kepada perjuangan Islam yang hanya memerlukan mereka yang serius sahaja dengannya. Sekarang pendirian aku LAWAN TETAP LAWAN yang bermaksud perjuangan perlu diteruskan walaupun dugaan yang sangat besar dihadapan. Alhamdulillah aku dah dapat ramai kawan yang sefikrah dengan aku, mereka faham aku suka atau tidak suka akan sesuatu perkara, dan begitu jua aku.

Dan aku tetap aku yang akan meneruskan amanah ini, aku tidak berbalah dengan sesiapa Cuma ingin menjauhkan diri agar semangat ku kekal, aku sepakat diatas perkara yang diepakati, dan perjuangan Islam akan ku teruskan sampai ke akhir hayat ku…. “Jika kamu membantu agama allah, nescaya allah membantu mu”.(Surah Muhammad)……….

Wednesday, February 27, 2008

JEMAAH ISLAM

Seperti kata-kata Saidina Ali (ra), “Janganlah kamu kenali sesuatu kebenaran itu kerana orangnya, sebaliknya kenalilah kebenaran tersebut dahulu, nanti kamu akan kenali orangnya”. Hatta, dengan jemaah juga, seseorang itu harus mengetahui terlebih dahulu ciri-ciri jemaah tersebut sebelum menggabungkan diri kedalamnya.

Artikel ini adalah berdasarkan huraian Sheikh Mustafa Mashyur dalam bukunya, ‘Contoh Tauladan Sepanjang Jalan Dakwah’ dan ‘Dakwah Fardiah’. Perkara-perkara yang dihuraikan hendaklah diambil sebagai panduan atau rujukan bagi sesiapa sahaja yang ingin membuat pilihan dan menggabungkan diri dalam sesebuah jemaah untuk menunaikan tanggungjawab dakwah yang diwajibkan keatasnya.


Pilihan seseorang itu memerlukan perincian yang halus, hikmah, penjelasan yang terang dan meyakinkan dan tidak terburu-buru. Dalam medan dakwah masakini, terdapat banyak jemaah-jemaah yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, dan huraian ini juga tidak bertujuan untuk menimbulkan perbezaan dan persengketaan antara jemaah yang sedia ada, tetapi sebaliknya mengharapkan ianya dijadikan sebagai titiktolak bagi sesebuah jemaah tersebut untuk kembali kepada hakikat kesatuan ummah sejagat berdasarkan ciri-ciri haraki Islam yang dihuraikan.Dua puluh (20) perkara asasi yang perlu ada pada sebuah Jemaah Islam.


Contoh ialah :

1) Tujuan menegakkan jemaah ini ialah kerana Allah dan memiliki segala ciri-ciri Rabbani, serta mencari keredhaanNya (mardhatillah). Jemaah ini jauh dari matlamat keduniaan seperti mencari kemasyhuran, kedudukan atau suka menonjol diri. Jemaah ini hendaklah juga jauh dari dorongan-dorongan Jahiliyyah seperti taa’sub kelompok (assabiyah), batas-batas geografi atau kenegaraan (nationalisma), dan umpamanya.


Perkara seperti ini akan merosakkan amalannya dan membawa jemaah ini kearah kegagalan.

2) Jemaah Islam ini hendaklah menggunakan AlQuran dan Sunnah sebagai sumber rujukan, dan menjaga dirinya supaya ia tidak tunduk dibawah kehendak orang tertentu, kerajaan ataupun apa sahaja, sekiranya ia memberi kesan buruk kepada kepada gerakan dakwahnya atau mempengaruhi mesej dakwahnya.


3) Jemaah itu dibangunkan atas tujuan yang menyeluruh dan bersepadu yakni untuk menegakkan agama Allah dibumi ini dengan mendirikan Daulah Islamiah Alamiyyah (Negara Islam Sedunia). Manhajnya (methodologi) adalah berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah (saw) untuk mencapai tujuan ini, dan juga apa yang disyariatkan oleh Islam (ijmak atau qias). Jemaah tidak sepatutnya mengongkong dirinya dalam ‘perkara-perkara juzuk’ dalam Islam seperti ekonomi, politik, ibadah dan sebagainya.


4) Kefahaman jemaah ini terhadap Islam hendaklah menyeluruh (kesyumulan Islam) dan pendekatan dakwah yang digunakan juga adalah bersifat menyeluruh (syamil). Kefahaman Islam, cara dan mesej dakwah yang dibawa mesti bertepatan dengan Quran dan Sunnah Rasulullah (saw), dan bersih dari sebarang kesamaran, penyelewengan dan perbezaan pendapat yang boleh memecah-belahkan orang-orang Islam.


5) Jemaah ini mestilah bersifat universal (alamiyyah) dan tidak tertakluk pada batas-batas negeri dan suku bangsa, kerana dakwah Islam adalah ditujukan kepada sekelian alam. Jemaah ini juga menekankan bahawa orang-orang Islam semuanya adalah umat yang satu (wahdatul ummah) dan sentiasa bergerak kearah kesatuan ummah. Dengan sifat alamiyyahnya, jemaah ini berjuang untuk menegakkan Negara Islam Alamiyyah dengan menggunakan Kaedah Sulbah, bukan Negara Islam Geografi sahaja. (sila rujuk karangan Ustaz Said Hawa, ‘Durus Fil Amal AlIslami’)


6) Jemaah ini mestilah mengikut kaedah perjuangan yang digunakan oleh Rasulullah saw ketika baginda mendirikan Negara Islam. Kaedah yang digunakan oleh Rasulullah (saw) adalah berperingkat (marhalah), beransur-ansur (tadarruj), kejelasan risalah dakwah, kemampuan ahli, melaksanakan hikmah dan kewaspadaan dalam setiap langkah, serta mengambil kira faktor persekitaran (waqi’).


Baginda mementingkan perkara-perkara seperti kemantapan aqidah, iman dan ibadah, mengutamakan kekuatan persaudaraan dan penyatuan umat Islam, mengambil kira prinsip jihad dan ketenteraan, tarbiyyah, dan lain-lain lagi. Jemaah ini mesti menekankan Kaedah Sulbah yakni, membina individu Islam, keluarga Islam, masyarakat Islam, negara Islam dan baharulah Dunia Islam.


Perlu ditegaskan bahawa penggunaan kekuatan senjata sebelum aqidah, tarbiyyah dan penyatuan umat Islam akan membawa kepada perpecahan umat Islam dan kemudharatan yang besar. Sesungguhnya, pembinaan yang membesar secara tabii (Kaedah Sulbah) itu bermula dari dasar (individu) dan bukan dari puncak (negara).


7) Jemaah ini hendaklah menjaga amalannya dari mencari propaganda dan menunjuk-nunjuk, kerana ini boleh menghilangkan sifat keikhlasan dan ganjaran pahala. Setiap anggota jemaah itu hendaklah mengutamakan dirinya untuk terus berdakwah dan bekerja untuk Islam dan menghindarkan dirinya dari sebarang sifat tercela (mazmumah), perdebatan, prasangka, menabur fitnah dan ‘tajassus’ dan apa sahaja yang boleh menimbulkan perselisihan dan kurang daya produktif dalam berdakwah.


Firman Allah swt, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum itu merendah-rendahkan kaum lain kerana mungkin kaum lain itu adalah lebih baik… jauhilah prasangka… janganlah kamu mencari-cari kesalahan atau mengunjing orang lain; sukakah kamu memakan daging saudaramu yang telah mati? Hai manusia, Allah telah mencipta kamu lelaki dan perempuan, bangsa-bangsa, suku-suku supaya kamu saling berbaik. Sesungguhnya, orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu” (Surah Hujurat:11-13)



8) Jemaah ini bekerja mengikut perancangan yang sempurna dan realistik. Segala tindakan yang diambil bukan lah secara spontan ataupun hanya reaksi yang tidak dikaji terlebih dahulu kerana ini boleh mengakibatkan risiko atau natijah yang buruk. Membangunkan individu, keluarga, dan masyarakat dalam semua lapisan umat Islam dilakukan atas dasar taqwa sebagai persediaan sebelum mendirikan Negara Islam.


9) Jemaah ini mengambil berat tentang semua aspek pendidikan dan pekerjaan yang dikehendaki, yakni aspek rohani, jasmani, mental, dan ilmu. Dari segi politik, jemaah ini hendaklah melahirkan suara Islam dengan jalan kesedaran politik, dan tidak semestinya dengan cara berparti dan jauh sekali dari mengamalkan putar-belit ataupun kemelut parti sekular. Dari segi komunikasi, jemaah ini mementingkan peranan sebaran am, akhbar, penulisan serta apa jua cara yang dapat menyebarkan kan dakwah serta menolak kekeliruan yang boleh timbul dari fitnah musuh atau sesiapa sahaja.


10) Jemaah contoh ini jangan sekali-kali meninggi diri serta sentiasa membuat perbandingan dengan jemaah-jemaah Islam yang lain dan tidak menganggap jemaahnya sahaja yang sempurna dan benar, entara jemaah lain adalah sesat. Jangan memperkecil-kecilkan usaha jemaah-jemaah lain atau melihat jemaah lain sebagai saingan atau lawan, tetapi sebaliknya carilah ruang-ruang untuk bekerja sama.


Hendaklah dia sentiasa berusaha kearah penyatuan (wahdatul ummah) dengan jemaah-jemaah lain dan sentiasa bersabar, berlapang dada dan menerima segala kritikan dengan baik. Dengan izin Allah swt, kita semua mengharapkan akan tiba masanya, hilanglah semua nama-nama, gelaran dan perbezaan teknikal antara semua jemaah yang ada sekarang dan akan digantikan dengan satu Jemaah Muslimun.


11) Jemaah ini hendaklah bercampur-gaul dengan semua orang dari segenap lapisan tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa ataupun pangkat, demi mematuhi konsep alamiyyah yang disarankan. Mereka adalah ladang dakwah dan tapak semaian yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum mendirikan Negara Islam.


12) Jemaah ini mempunyai peraturan yang kemas serta organisasi (tanzim) yang tersusun, yang menentukan tujuan kerja dan cara-cara berdakwah. Anggota jemaah adalah terdiri daripada mereka yang telah dididik (tarbiyyah) sepenuhnya, membentuk barisan-barisan yang terpilih dan berkeperibadian Islam, dan tidak dicampuri anasir-anasir yang tidak sihat, demi menjamin penerusan serta mesej dakwah yang dibawanya.


13) Konsep syura hendaklah diamalkan dalam setiap peringkat dan menggalakkan ahlinya supaya terus berbincang dan mengeluarkan pendapat serta kritikan yang membina kepada orang-orang yang memegang tanggungjawab tertentu atau pimpinan. (muhasabah) Konsep ketaatan dan kepatuhan dalam perkara yang bukan maksiat sentiasa ditekankan


14) Jemaah ini sentiasa bersifat sederhana dan tidak melampau, samada dalam aspek pemikiran seperti isu kafir-mangkafir dan isu perbezaan jemaah-jemaah Islam; atau dalam aspek gerakan seperti menggunakan kekerasan dalam tindakan, mengeluarkan kecaman-kecaman, dan fitnah dengan sewenang-wenangnya, yang mana boleh membuatkan orang Islam lari ataupun benci kepada Islam. Segala tindakan yang diambil hendaklah berteraskan kasih sayang (mahabbah), waqii (persekitaran) semasa, tawazun (keseimbangan), hazar (waspada) dan tasawwur (prospek) amal yang jelas. Dari segi aqidah dan ibadah, jemaah ini tidak bertolak-ansur sedikitpun..


15) Sentiasa memeriksa tanggungjawab serta mengikuti isu-isu semasa yang dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia dan sama-sama memberi sumbangan sekadar mampu. Sentiasa menyeru orang-orang Islam agar sama-sama memberi sumbangan bagi tujuan menghidupkan semangat perpaduan serta sama-sama merasa tanggungjawab terhadap apa yang berlaku pada umat Islam keseluruhannya.


16) Jemaah ini sentiasa berwaspada dengan tipu-helah musuh Islam, sentiasa bersabar, tetap bekerja, berkorban dan banyak bermunajat kepada Allah apabila menanggung penderitaan dan kecaman semasa berdakwah.


17) Jemaah ini sentiasa menekankan kepentingan dakwah dan penegakan Negara Islam Alamiyyah kepada anggotanya. Kegiatan dakwah yang dilakukan adalah sebagai saham yang berharga kepada generasi akan datang. Ganjaran daripada Allah akan datang kepada mereka yang beriman dan bersabar, didunia ini dan juga diakhirat sebagaimana firman Allah swt dalam surah AlHadiid: 28, “Hai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya, nescaya Allah akan memberi rahmatNya kepada kamu dua (2) bahagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan, dan Allah akan mengampunimu”.


18) Jemaah ini sentiasa memikirkan langkah-langkah masa depan serta bergerak (muharriq) untuk menyediakan kemahiran dalam berbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, perundangan, dakwah, kesihatan, ketenteraan, sosial dan lain-lain lagi.


19) Jemaah ini hendaklah mengambil kesempatan dalam setiap penerokaan baru samada dalam bidang pemikiran, pengalaman-pengalaman dakwah, ataupun kajian sains selagi ia tidak menyalahi prinsip Islam.


20) Jemaah ini sentiasa menketakutan yang dialami. Mereka ini akan terus beribadat kepada Allah dengan tidak mempersekutukanNya dengan apa sekalipun. Dan ingatlah, sesiapa yang kufur atau engkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka”.


Demikianlah penjelasan yang terperinci mengenai marhalah ini. Apa yang baik itu sesungguhnya bersumberkan dari Allah swt, dan segala kekurangan itu adalah merupakan kelemahan diri saya sendiri. Wasallam.

Jadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan pembangunan

Semua kerajaan yang ada di dunia ini adalah milik Allah kerana Dialah pencipta yang berkuasa ke atas sekalian makhluknya.

usteru, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta agar semua pihak khususnya pentadbir agar menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan terpenting dalam menjalankan sesuatu proses pembangunan

"Semua yang terjadi di atas dunia ini, sama ada projek dan usaha pembangunan telah tercatat pada kertas kerja Allah. Pernah suatu ketika dahulu, ada sesetengah pihak yang kurang yakin dengan kita (PAS) untuk menjalankan aktiviti pembangunan, tetapi hari ini kita buktikan ianya adalah tidak mustahil dengan izin Alah," ujarnya dalam satu Majlis Pecah Tanah Kompleks Pejabat Majlis Daerah Pasir Mas dan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas di Bandar Baru Pasir Mas, Lubuk Jong pagi tadi.

Jelasnya, proses kejuruteraan negeri adalah untuk memajukan Kelantan dengan berpegang kepada manifesto kerajaan negeri iaitu Itqan Mas'uliyyah' yang telah diperkenalkan kepada semua penjawat awam untuk memastikan segala yang dijalankan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah semata-mata.

"Selain itu, kita juga hendaklah mengendalikan segala masalah yang berkaitan dengan manusia ini dengan kembali kepada ajaran Islam kerana menjaga negeri ini adalah bererti menjaga manusia," katanya.

Nik Aziz yang juga merupakan calon Dun Cempaka menegaskan bahawa sejak PAS menerajui Kelantan, pelbagai perubahan telah dijalankan.

"Pada peringkat awal, kita telah meminta semua urusan kewangan perlu dipindahkan daripada menggunakan bank konvensional kepada bank Islam bagi mengelakkan bercampur dengan unsur riba yang dilarang oleh Allah," ujarnya.

"Tiada sebuah kerajaan di negara Asia yang melakukan tindakan sedemikian melainkan kerajaan negeri Kelantan," ujarnya lagi.

Tambahnya, apa jua yang telah diperintahkan oleh Allah tidak kira apa jua bentuk suruhan dan larangan adalah untuk kebaikan hambaNya, kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya itu.

"Ia adalah sebagai suatu usaha untuk mencapai keberkatan Allah khususnya bagi membangunkan negeri ini selari dengan kehendak Allah," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Wip Majlis Daerah Pasir Mas, Osman Zakaria menyatakan kos pembangunan projek tersebut menelan belanja RM14.8 juta bagi membina kawasan perumahan, rumah kedai, kafeteria, kompleks pejabat, surau, taman permainan dan sebagainya yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2012.

"Ia akan dilengkapi dengan kemudahan prasarana yang akan menjadi tarikan bagi industri pelancongan selain merupakan koridor pembangunan yang berupaya menaiktaraf sosioekonomi penduduk Pasir Mas," ujarnya.

Menjelaskan mengenai kedudukan projek tersebut, Pengarah Projek tersebut, Ir. Suharto Mohd Nasir menerangkan 80 peratus Fasal Pertama projek itu telah siap dengan 34 unit kedai dan 75 peratus daripadanya telah habis dijual.

"Ia bukanlah suatu projek bagi mencari keuntungan, kerana ia adalah untuk membantu membangunkan Pasir Mas oleh syarikat Taman Semasa Sdn. Bhd," katanya.

Turut hadir dalam masjlis tersebut ialah Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Takiyuddin Hassan, Pengerusi Eksekutif Taman Semasa Sdn. Bhd, Dato' Albert Tan, calon PAS Parlimen Rantau Panjang serta Dun-dun sekitarnya, iaitu Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, calon PAS Bukit Tuku, Abdul Fatah Haron, calon PAS Dun Meranti, Ustaz Nasurudin Daud, calon Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali, Calon PAS Dun Tendong, Ustaz Mohd Daud dan calon PAS Dun Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad.

Pada majlis yang sama juga, Nik Aziz telah menandatangani plag tapak majlis pecah tanah projek serta menggali tanah sebagai simbolik kepada upacara perasmian majlis pecah tanah itu.

harakahdaily.net

Dr Shafie Abu Bakar menarik nafas lega berjaya menempuh halangan dan 'ujian' daripada SPR


BANGI, 25 Feb (Hrkh) - Calon PAS Dun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar menarik nafas lega apabila beliau berjaya menempuh halangan dan 'ujian' daripada SPR bermula petang Khamis lalu sehinggalah tengah malam tadi.


Katanya, pada penamaan calon kali ini SPR benar-benar menguji kesabarannya dan juga calon-calon pembangkang yang lain bagaimanapun berjaya dapat diselesaikan tepat pada waktunya.

Menurut beliau, berbagai-bagai karenah yang dilakukan oleh SPR di saat-saat akhir antaranya dikenakan duti setem bahkan setem itu pula hendaklah mengunakan setem yang 'hidup'.

"Karenah SPR ini buat kita menggelabah juga sebab banyak pejabat yang tutup, dan dalam masa yang sama kami terpaksa banyak kali mengisi borang yang diperlukan, bahkan 12 malam tadi kita ke pejabat daerah untuk selesaikan perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas proses penamaan calon yang diadakan di Kompleks Sukan Bangi, Bandar Baru Bangi.

Bagaimanapun, katanya, karenah SPR itu tidak mematahkan semangat dan perjuangan parti PAS untuk merealisasikan 'Negara Berkebajikan'.

Beliau turut bersedia kemungkinan akan berlaku beberapa perubahan yang dilakukan oleh SPR dalam tempoh berkempen sehinggalah hari mengundi.

"SPR boleh keluarkan arahan baru untuk proses penamaan calon di saat-saat akhir dan tidak mustahil mereka boleh buat arahan baru pula untuk tempoh berkempen dan hari membuang undi," katanya.

Mengulas karenah SPR itu, Shafie berkata, sebagai sebuah badan yang lama dan berpengalaman sepatutnya lebih profesional.

"Kalau SPR tidak menyusahkan kita, kenapa kerajaan melanjutkan tempoh persaraan Pengerusi SPR dari 65 ke 66 tahun, dah jelas ada tujuan mereka di sebalik itu," katanya.

Jelasnya, pada hari ini mereka telah lulus satu tahap bagaimanapun satu tahap yang lebih penting bagi PAS adalah hari membuang undi.

"Sekarang kita bukan lagi bekerja dari hari ke hari tetapi dari jam ke jam perlu diisi dengan gerak kerja, kemuncaknya adalah semasa pilihan raya," katanya.

Shafie juga mengingatkan kepada para petugas parti inilah masa yang paling baik untuk PAS merebut kemenangan dalam pilihan raya kali ini memandangkan banyak krisis yang tidak dapat diselesaikan oleh BN.

Kira-kira 2,000 para penyokong PAS berarak mengiringi Dr Shafie ke pekarangan kompleks sukan jam 8.45 pagi. Tepat jam 9.00 pagi beliau menyerahkan borang penamaan calon.

Suasana di dalam kompleks sukan agak terkawal memandangkan penyokong BN dan PAS dipisahkan sejauh sebuah padang bola sepak antara satu dengan lain.

Walaupun dalam cuaca yang agak panas ketika itu, penyokong PAS mahupun BN masing-masing tidak berganjak dan bersabar menunggu pengumuman daripada Pegawai Pengurus SPR.

Dalam tempoh hampir empat jam menunggu pengumuman para penyokong PAS masing-masing membaca doa memohon keberkatan Allah yang dikepalai oleh Hj Mohamad Kaus Abdul.

Di samping itu, lagu PAS turut dimainkan bagi menaikkan lagi semangat para penyokong Dr Shafie diikuti laungan takbir 'Allahuakhbar', 'Lawan, lawan, Lawan BN, dan 'Reformasi'. - mks.

Cerita Air - Belum diketahui kesahihanya

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.


Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar ttg air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya " Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah.

Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik... maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :

"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".

Asma Ul Husna

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu
Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.
32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa
disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....

45. "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....

60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...

68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".

72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.

77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.

82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.

92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai
kejayaan.

Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.

Ada Apa Dengan Cinta?

"La yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi"

"Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya."

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ini adalah antara hadis-hadis pendek tetapi banyak memberikan kesan kepada kehidupan manusia seluruhnya sekiranya ia dihayati sepenuhnya.

Cinta itu adalah kasih-sayang. Cinta itu merupakan elemen motivasi yang paling kuat dalam hidup manusia. Orang yang hidup tanpa wujudnya perasaan cinta di dalam dirinya kehidupannya adalah kosong dan sia-sia.

Kalau kita ini pembaca komik-komik kungfu Cina, kita akan dapati seorang hero itu akan melakukan apa sahaja demi menyelamatkan kekasihnya dan orang-orang yang dicintainya. Dengan semangat cinta itu juga dia berjaya mencapai kedudukan tertinggi dalam ilmu persilatan yang dipelajarinya.

Kerana cinta jugalah, kita mendengar kata-kata, "Lautan api sanggup ku renangi demi untuk membuktikan cintaku padamu." atau kata-kata, "Ambillah kapak dan belahlah dadaku ini." Orang yang tidak bercinta tidak akan sanggup mengeluarkan kata-kata yang membunuh diri seperti ini.

Seseorang itu adalah menipu sekiranya mengatakan dirinya tidak memerlukan cinta. Kerana cinta itu satu perasaan luhur anugerah Allah kepada semua hamba-hambanya. Orang yang bercinta merasakan hidupnya berwarna-warni dan sentiasa merasakan keseronokan kerana dilamun perasaan cinta.

Maka alangkah ruginya sekiranya dalam diri kita ini tiada langsung apa yang dinamakan perasaan cinta dan kasih sayang.

Cintanya Nabi saw kepada umatnya tidak pernah padam. Hatta sehingga saat sakaratulmaut pun, Nabi saw masih mengingati umatnya. Nabi begitu kasihkan kita sebagai umatnya sehingga umat akhir zaman ini dimohon diberikan pelbagai nikmat dan rahmat.

Umat terdahulu seperti kaum Aad telah dimusnahkan akibat keengganan mereka tunduk kepada ajaran Nabi Hud a.s, kaum Sadum pula telah diterbalikkan bumi mereka kerana mereka engkar kepada ajaran Nabi Lut a.s, kaum Nabi Nuh pula telah ditenggelamkan semua mereka yang menolak ajaran baginda.

Namun, disebabkan doa Rasulullah, umat akhir zaman ini diberi peluang untuk bertaubat sehingga ke hari Akhirat, malah di dalam bulan Ramadhan, dikurniakan pula satu malam yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Umat akhir zaman ini masih belum dimusnahkan walaupun sudah seribu satu maksiat berleluasa di muka bumi ini.

Cinta para sahabat kepada Rasulullah tiada taranya. Kisah perang Uhud membuktikan tujuh sahabat Nabi termasuh seorang wanita, sanggup mengorbankan nyawanya dengan membentuk perisai bagi melindungi nyawa baginda.

Cinta Saidina Abu Bakr kepada baginda pula, sanggup membiarkan ular mematuk tangannya ketika sama-sama bersembunyi di gua Thur. Cinta Saidina Umar terhadap baginda, hinggakan beliau tidak dapat menerima hakikat pada peringkat awalnya ketika wafatnya Nabi saw, cintanya Saidina Uthman kepada Nabi sehingga beliau sanggup membelanjakan keseluruhan kekayaannya demi perjuangan Islam. Cintanya Saidina Ali, beliau sanggup menggantikan tempat tidur Nabi saw dalam peristiwa hijrah walaupun itu adalah pilihan untuk mati.

Muazzin Rasulullah, Bilal b Rabah terus jatuh sakit dan akhirnya menyusuli kewafatan Nabi saw apabila beliau diberitahu yang Nabi saw telah tiada lagi di muka bumi. Ini semua adalah sebahagian kisah cinta generasi sahabat kepada Nabi saw.

Cinta generasi sahabat sesama mereka pula, juga dinukilkan dalam peristiwa Hijrah. Tanyalah diri kita pada hari ini, siapakah di antara kita yang sanggup menceraikan salah satu dari isteri-isterinya untuk diberikan kepada sahabat yang dicintainya? Tanyalah kepada diri kita, siapakah yang sanggup membahagikan hartanya kepada 2 demi untuk sahabat yang dicintainya?

Sedangkan cinta golongan Muhajirin dan Ansar itu, golongan Ansar sanggup menceraikan satu isteri-isteri mereka untuk menjadi pasangan saudaranya dari golongan Muhajirin. Golongan Ansar sanggup membahagi 2 harta kekayaan mereka demi cinta mereka kepada golongan Muhajirin.

Adakah cinta kita sudah menyamai cinta mereka? Berapa ramai di antara kita yang medermakan barang-barang yang paling disukai untuk diberikan kepada pelarian-pelarian perang yang seagama dengan kita? Adakah baju dan pakaian yang kita dermakan itu pakaian yang buruk dan lusuh ataupun masih cantik dan masih disukai oleh kita sendiri?

Berapa ramaikah yang sanggup memberikan derma sehingga kita sendiri tidak dapat makan untuk sehari? Sedangkan itulah yang dilakukan oleh Nabi dan para sahabat, mendermakan semua rezeki yang mereka dapat pada hari itu kepada golongan yang lebih memerlukan.

Cinta itu suci. Tetapi ia menjadi kotor bila kita sempitkan cinta itu hanya untuk cinta lelaki dan perempuan. Cinta lelaki dan perempuan itu suci sekiranya ianya telah disambung dengan ikatan pernikahan.

Sedangkan cinta itu luas. Cinta kita kepada Allah Yang Maha Pencipta, cinta kepada Rasul, cinta kita kepada ibu bapa dan cinta kita kepada saudara-saudara Islam yang lainnya.

Umat Islam hari ini telah kehilangan cinta dan kuasa cinta. Umat Islam hari ini hanya mengenal cinta yang dicorakkan oleh musuh-musuh Islam iaitu cinta asyik masyuk, iaitu cinta Valentine itulah. Cinta yang dibaluti oleh nafsu yang melesukan.

Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan membenarkan negerinya menempatkan pengkalan-pengkalan tentera untuk menyerang saudaranya.

Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan menggunakan undang-undang yang zalim untuk menindas saudaranya itu.

Umat Islam yang cintakan saudaranya akan bangkit menyahut seruan jihad bila saatnya telah tiba.

Tidak menyahut seruan jihad bererti kita tidak cinta kepada Islam. Menghalang seruan jihad menunjukkan kita sudah hilang perasaan cinta itu dalam diri kita. Takut-takut untuk menyokong gerakan jihad menunjukkan kita masih lemah imannya.

Ini semua menunjukkan cinta kita adalah cinta kepada dunia dan takut kepada maut. Tidak pernah memohon untuk mati syahid, bererti kita lebih mencintai neraka dari syurga.

Love is a verb. Maka buktikanlah cinta kita melalui perbuatan. Islam tidak akan tertegak sekiranya perbuatan kita masih tidak berlandaskan syariat.

Islam akan terus tertindas sekiranya kita masih belum memboikot barangan pemodal kapitalis-kapitalis Yahudi.

Islam akan terus dizalimi, sekiranya kita masih belum mahu bergerak dalam gerakan Islam, menyokong dan mengundi parti-parti Islam.

Islam akan terus diperintah, sekiranya ayat-ayat Quran itu hanya tercetak cantik di mushaf-mushaf dan tersusun di rak-rak.

Islam akan makin dipersenda, sekiranya kita masih menyakini kata-kata intelektual kuffar berbanding nasihat para ulama' pewaris nabi.

Islam akan terus berpecah, sekiranya kita masih diselebungi semangat kebangsaan tidak bertempat yang akhirnya menutup usaha membina khilafah yang satu.

Maka didiklah diri kita ini untuk mencintai Islam sepenuh hati kerana hati yang cinta kepada Islam sahaja yang akan terus hidup dan bersemangat untuk memastikan ketuanan Islam akan ditegakkan kembali.

Wallahu'alam.

9 Jenis Anak Syaitan

1. Zalituun


Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

12 Sifat SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu


2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik

persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan

membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan

baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau

menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan

kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan

kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga

kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Fatwa tetap Fatwa

(8 Oktober 05)

Assalamualaikum,

Kami adalah pelajar M'sia (kebanyakan nya ialah pelajar universiti di peringkat sarjana) yang datang dan bermastautin 3-4 tahun di UK sedang membincangkan isu "pengharaman meraikan Deeparaya" seperti mana yang difatwakan oleh jawatankuasa syariah negeri Perak.

Persoalannya ;

1) Apakah hukumnya kepada rakyat Perak (orang-orang yang menetap/bermastautin/bekerja dalam negeri Perak) sekiranya tidak menerima pakai/menolak fatwa jawatankuasa syariah Perak ini iaitu "haram meraikan Deeparaya"?.

2) Bagaimana caranya jawatankuasa syariah negeri Perak menangani kekeliruan yang ditimbulkan kepada rakyat (Perak) yang membolehkan/"menghalalkan" Deeparaya apabila ada tradisi/ wahabi/ salafi/ deobandi/ jemaah tabligh ?.

3) Adakah dibolehkan rakyat ISlam di negeri/negara lain menolak pengharaman Deeparaya ini ?.

-Amrey Ahmad-

Jawapan :

Waalaikumussalam.

Kepada : Amrey Ahmad

1 & 3) Untuk pengetahuan tuan, keputusan berkenaan adalah keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak dan tidak diwartakan. Ini bermakna ia bukanlah undang-undang yang mengikat rakyat. Itu dari sudut perundangan negara tetapi hukum itu tetap hukum walaupun tidak diwartakan dalam bentuk undang-undang seperti juga hukum wajib solat, haram minum arak dan sebagainya tetap hukum walaupu tidak pernah diwartakan.

2) Setakat ini kami belum menerima hujah-hujah mereka.

Wallahua'lam


http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/Musykil_utama.htm

Perarakan Sempena Menyambut

Perarakan Sempena Menyambut Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-4, yang bersidang pada 13 hingga 14 April 1982 bertempat di Dewan Syarahan Masjid Negara Kuala Lumpur telah
mengeluarkan keputusan bahawa percampuran perarakan lelaki dan perempuan di dalam perayaan adalah tidak diharuskan.

Semenjak dari tahun 1982, perarakan Maulidur Rasul
seluruh negara telah dihentikan. Oleh yang demikian,adalah dinasihatkan agar sambutan Maulidur Rasul dibuat secara yang lebih bermanfaat dan tidak dilarang oleh
syarak. Syariat Islam mengutamakan kaedah seperti
berikut untuk mencapai kebaikan:

Menghindarkan keburukan didahulukan dari mendapatkan kebaikan
Adalah dinasihatkan agar sambutan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. diisi dengan sesuatu yang lebih bermanfaat seperti majlis syarahan dan sebagainya.

t.t. DATO’ SERI (DR) HJ HARUSSANI HJ ZAKARIA
MUFTI NEGERI PERAK
DARUL RIDZUAN

Fatwa Mengenai Penulisan Astora Jabat(berkenaan Azab Kubur)

Isu :

Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,menurut Subseksen 34(1)Enekmen Pentadbiran Agama Islam 1992(En.Bil 2 Tahun 1992),selepas dibincangkan dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan menurut subseksyen 37(4)Enekmen itu pada 23 Syawal 1424 bersamaan dengan 17 Desember 2003,dan adalah disiarkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut Subseksen 34(2)Enekmen itu.

Fatwa :

Bahawa menolak kepercayaan azab kubur setelah wujud keterangan dari Al-Quran dan Al-Hadith serta Ijma' Ulama adalah terkeluar daripada ajaran Islam yang sebenar dan oleh itu orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.

Keterangan :

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA SYARIAH NEGERI PERAK MENGENAI PENULISAN ASTORA JABAT BERKENAAN DENGAN AZAB QUBUR .



1. LATAR BELAKANG

1.1 Seorang penulis yang giat menulis di surat-surat khabar yang menggunakan nama pena Astora Jabat sering menulis isu-isu agama yang kontroversi

1.2 Dalam Majalah Al Islam keluaran edisi bulan November dan Disember beliau telah menulis artikel bertajuk “Tiada azab kubur selepas meninggal dunia “ dan “percanggahan hadith mengenai azab kubur

2. ASAS PANDANGAN BELIAU

2.1 Astora Jabat menggunakan beberapa asas dalam menegaskan pendiriannya seperti :-

2.1.1 Azab kubur tidak disebut di dalam Al Quran secara muktamad tetapi hanya para ulama’ sahaja yang menghurai dan mentafsirkannya.

2.1.2 Semua hadith yang menceritakan tentang azab kubur adalah hadith ahad belaka.Hadith ahad tidak boleh menthabitkan perkara aqidah.

2.1.3 Menolak azab qubur tidak kafir kerana ia hanya dithabitkan dengan hadith ahad dan tafsiran ayat Al Quran yang tidak muktamad.

2.1.4 Menggunakan logic aqal seperti mempertikaikan cara azab qubur kepada mayat yang tidak di quburkan dan mendakwa adalah tidak adil jika mayat yang mati dahulu akan diazab lebih lama dari mayat yang kematiannya lewat.









3. DALIL KEBENARAN ADANYA AZAB QUBUR

3.1 Ahli Sunnah wal Jamaah dan Jumhur Muktazilah berpandangan bahawa azab qubur adalah benar berdasarkan kepada dalil – dalil berikut :-

3.2 Dalil-dalil Al Quran

3.2.1 Firman Allah ayat 124 surah toha
ومن اعرض عن ذكرى فإن له معيشة ضنكا
Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan ku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.

Menurut Abu Said Al Khudri dan Abdullah Ibn Masud perkataan ضنكا adalah azab qubur.

3.2.2 Firman Allah ayat 47 surah Tur
و إن للذين ظلموا عذابا دون ذلك
Dan sesungguhnya untuk orang-orang yang zalim ada azab selain selain itu

Abdullah bin Masud berkata bahawa yang dimaksudkan dengan azab di dalam ayat ini adalah azab qubur.

3.3.3 Firman Allah dalam surah At Takathur ayat 3

كلا سوف تعلمون
Janganlah sekalikali begitu kelak kamu akan mengetahui

Abdullah Ibn Abbas RA mengatakan bahawa ayat ini merujuk kepada azab qubur.

3.2.4 Firman Allah yang mengisahkan keluarga Firaun dalam surah Ghafir ayat 46

النار يعرضون عليها غدوا وعشيا ويوم تقوم الساعة
أدخلوا آل فرعون أشد العذاب"

Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya Kiamat. (Dikatakan kepada malaikat) : “Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras”

دلت الآية على أن العرض قبل يوم القيامة لأن العطف يقتضى المغايرة
وليس ذلك العرض فى الدنيا قطعا فيكون فى البرزخ
Ayat ini menunjukkan bahawa pembentangan itu berlaku sebelum hari qiamat kerana عطف di situ membawa makna مغايرة yang sudah tentu tidak berlaku di dunia malah di alam barzakh.

3..2.5 Firman Allah yang mengisahkan kaum nuh dalam surah Nuh ayat 25

أغرقوا فادخلوا نارا
Disebabkan kesalahan-kesalahan mereka, mereka tenggelam lalu dimasukkan ke neraka, maka mereka tidak mendapat penolong-penolong bagi mereka selain dari Allah.

والفاء للتعقيب فدخول النار عقب الغرق مباشرة
يكون فى البرزخ وليس فى القيامة

Huruf ‘fa’ menunjukkan berturutan maka masuk neraka selepas lemas berlaku berturutan dan ianya berlaku di alam barzakh dan bukan pada hari qiamat.

3..2.6 Firman Allah dalam surah Aali Imran ayat 169-170

ولا تحسبن الذين قتلوا فى سبيل الله امواتا بل
احياء عند ربهم يرزقون فرحين بما اتاهم الله من
فضله ويستبشرون بالذين لم يلحقوا بهم من
خلفهم الا خوف عليهم ولا هم يحزنون .

Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati : bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan dengan mendapat rezeki.

Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada mereka. Dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka. Bahawa tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.


فهذا النعيم قبل يوم القيامة قطعا لان الاية ترشدنا الى الا نعتبرهم
امواتا كما تخبرنا بانهم يتطلعون الى اخوانهم الذين ما زالوا فى الدنيا
ينتظرون الشهادة .

Dalam ayat di atas kenikmatan berkenaan berlaku sebelum hari qiamat kerana kita diarahkan jangan menyangka mereka mati dan ayat berkenaan memberitahu kita, bahawa mereka menunggu-nunggu saudara-saudara mereka yang masih berada di bumi mencari mati syahid.

3..2.7 Apa yang perlu diperhatikan daripada keterangan ini , bahawa sahabat-sahabat Nabi SAW yang menafsirkan bahawa ayat ayat berkenaan adalah merujuk kepada azab qubur maka pendapat yang mengatakan ianya hanya tafsiran ulama’ sahaja adalah tidak benar.Sahabat-sahabat yang cukup terkemuka ini telah mendapat pengiktirafan Nabi SAW sendiri seperti Abdullah Ibn Abbas dan Abdullah Ibn Masud RA serta penafsiran Al Quran menurut keadah bahasa Arab yang betul menguatkan lagi ketepatan tafsiran ayat-ayat ini merujuk kepada azab qubur.

4..3 Dalil-dalil Hadith

Walaupun hadith-hadith yang berkenaan dengan azab qubur ini adalah hadith Ahad tetapi ia termasuk dalam mutawatir dari sudut makna (متواتر المعنى )

4..31 Telah meriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah Saw melintasi dua qubur lantas baginda SAW bersabda :

انهما ليعذبان وما يعذبان فى كبير اما احدهما لا يستتر من بوله
واما الاخر فكان يمشى بين الناس بالنميمة

Sesungguhnya mereka berdua tidaklah diazab disebabkan dosa-dosa besar yang mereka lakukan tetapi disebabkan salah seorang mereka tidak dapat mengetuskan air kencingnya dan seorang lagi memecah belahkan masyarakat dengan adu domba.




4..3.2 Diantara doa yang telah disepakati ma’thur dari Rasulullah SAW ialah :

اللهم انى اعوذ بك من فتنة النار وعذاب النار و فتنة القبر وعذاب القبر
ومن شر فتنة الغنى ومن شر فتنة الفقر .

Ya Allah aku berlindung dengan Mu dari fitnah api neraka, azab neraka, fitnah qubur dan azab qubur serta keburukan fitnah kekayaan dan keburukan dari fitnah kefaqiran

4..3.3 Imam Muslim meriwayatkan hadith beserta sanadnya dari Ibnu Umar

ان احدكم اذا مات عرض عليه مقعده بالغداة والعشي ان كان من اهل
الجنة فمن اهل الجنة وان كان من اهل النار فمن اهل النار يقال
: هذا مقعدك حتى يبعث الله اليه يوم القيامة .
Sesungguhnya salah seorang dari kamu apabila mati diperlihatkan kepadanya tempat duduknya pagi dan petang. Sekiranya dia bakal menghuni syurga akan dilihatnya tempat duduknya di syurga begitulah sebaliknya dan dikatakan kepadanya : Inilah tempat dudukmu sehinggalah Allah membangkitkannya pada hari qiamat kelak.

4..3.4 Mengenai kedudukan hadis-hadis yang menthabitkan ‘azab dan ni’mat kubur, yang ditakhrijkan oleh hampir semua kitab-kitab hadis utama, serta keterangan mengenainya, dapat diteliti pada kitabشرح العقيدة الطحاوية pada muka surat 572 hingga 588.
Di antara penegasan yang tersebut dalam kitab ini adalah sebagai berikut:

وقد تواترت الأخبار عن رسول الله (ص) فى ثبوت عذاب القبر ونعيمه
لمن كان لذلك اهلا و سؤال ملكين فيجب اعتقاد ثبوت ذلك والايمان
به و لا نتكلم فى كيقيته , إذ ليس للعقل وقوف على كيفيته لكونه
لا عهد له به فى هذه الدار

Telah mutawatir hadith Rasulullah S.A.W. di dalam menginthbatkan azab dan nikmat qubur kepada golongan yang layak, begitu juga sabitnya, soal dua malaikat. Maka wajib beri’tiqad wujudnya yang demikian dengan beriman dengannya. Kita tidak dapat memperkatakan keifiatnya kerana aqal tidak mampu meneroka alam berkenaan.


4..3.5 Hal yang sama dinyatakan juga dalam kitab:
فتاوى اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والافتاء المجلد الثالث
pada muka surat 444, iaitu sebagai berikut:
وقد تواترت الاخبار عن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى ثبوت سوال
الميت فىقبره وثبوت نعيمه فيه او عذابه حسب عقيدته وعمله بما
لا يدع مجالا للشك فى ذلك ولم يعرف عن الصابة رضي الله عنهم فى
ثبوت ذلك خلافا ولذا قال بثبوته اهل السنة والجماعة
Dan sesungguhnya telah mutawatir hadis-hadis dari Rasulullah S.A.W di dalam mengithbatkan soal jawab mayat keatas mayat di dalam kuburnya dan juga telah thabit (tetap) berkaitan dengan nikmat-nikmat dan azab kubur bergantung pada akidahnya (simati) dan amalannya (simati) di mana tidak ada ruang untuk ragu-ragu dalam masalah ini (nikmat dan azab kubur) dan tidak diketahui dari para sahabat khilaf dalam masalah ini. Oleh yang demikian itu Ahlus Sunnah Wal Jamaah menetapkannya (adanya azab dan nikmat kubur).

4..3.6 Berdasarkan kepada kedudukan hadis-hadis ini, Syekh Muhammad Nashiruddin Albani, menyatakan di dalam kitabnya:
سلسلة الاحاديث الصحيحة المجلد الاول القسم الاول رقم 159
Pada muka surat 294 hingga 296, selepas menuliskan hadis berikut:

إن هذه الأمة تبتلى فى قبورها فلو لا ان تدافنوا لدعوت الله ان يسمعكم
من عذاب القبر الذى اسمع منه....... أخرجه مسلم من طريق ابن علية
Sesungguhnya umat ini akan diuji di dalam quburnya seandainya kamu tidak akan ditanam (di dalam qubur ) nescaya aku meminta dari Allah supaya diperdengarkan kepada kamu azab qubur yang aku dengar daripadanya “

Faedah-Faedah Hadis :

إثبات عذاب القبر، والأحاديث في ذلك متواترة، فلا مجال للشك فيه
بزعم أنها آحاد. ولو سلمنا أنها آحاد، فيجب الاخذبها.


Beriman dengan azab kubur, dan hadis-hadis berkaitan dengannya adalah mutawatir, maka tidak ada ruang untuk ragu-ragu berkaitan dengannya, dengan dakwaan bahawa hadisnya adalah hadis ahad dan jika kita menerima bahawa hadisnya adalah ahad maka wajblah mengambil hadis-hadis itu.


ولو سلمنا أنه لايوجد في القرآن ما يشهد لها ، فهي وحدها
كافية لإثبات هذه العقيدة ، والزعم بأن العقيدة لاتثبت بما صح
من أحاديث الآحاد زعم باطل دخيل في الإسلام، لم يقل به أحد من
الأعلام ـ كالأربعة وغيرهم ـ بل هو مما جاء به بعض علماء
الكلام بدون برهان من الله ولا سلطان.

Dan jika kita menerima bahawa tidak ada di dalam al-Quran yang menunjukkan azab kubur, maka satu hadis ini sudah mencukupi untuk menetapkan akidah ini. Dakwaan bahawa akidah tidak thabit dengan hadis-hadis ahad yang sahih adalah dakwaan yang batil dan asing di dalam Islam. Tidak dinyatakan daripada mana-mana Imam yang muktabar – seperti Imam-Imam yang empat dan selain mereka – bahkan ia adalah pendapat yang datang daripada sebahagian ulama-ulama kalam dengan ketiadaan dalil daripada Allah.


5.4 Ijma’

5..4.1 Imam Abul Hasan Al Asy’ari, di dalam kitabnyaالإبانة فى أصول
الديانة
muka surat 215, menyatakan bahawa thabitnya ‘azab kubur merupakan “ ijma’ ” sahabat-sahabat Nabi SAW. Beliau menulis sebagai berikut:

وانكرت المعتزلة عذاب القبر . وقد روى عن النبى صلى الله عليه وسلم
من وجوه كثيرة و روى عن اصحابه رضي الله عنهم وما روى عن احدهم
منهم انه انكره ونفاه وجحده فوجب ان يكون اجماعا من اصحاب النبى
صلى الله عليه وسلم


Muktazilah mengengkari azab qubur sedang telah diriwayatkan dari nabi dan dari sahabat baginda SAW serta tiada seorang pun dari kalangan mereka menyanggah mengenainya maka kesimpulannhya kepercayaan azab qubur ini sudah menjadi ijma’ di kalangan para sahabat.

5..4.2 Syekh Muhammad As Shaleh Al ‘Uthaimin, di dalam bukunya
شرح العقيدة الواسطية لشيخ الاسلام ابن تيمية المجلد الثانى
muka surat 122, mengatakan bahawa thabitnya ‘azab kubur adalah ijma’ kaum muslimin. Beliau menulis sebagai berikut:
وقوله اما نعيم واما عذاب : فيه اثبات النعيم والعذاب فى القبر وقد دل
على ذلك كتاب الله وسنة رسوله صلى الله عليه وسلم بل لنا ان نقول
واجماع المسلمين

Adapun katanya samada nikamt atau azab itu menunjukkan adanya nikmat qubur atau azab qubur dan telah datang dalil yang banyak dari Al Quran dan Sunnah bahkan kita mengatakan ia adalah ijma’ kaum muslimin.



6. PANDANGAN ULAMA’ MENGENAI HUKUM MENGAMBIL HADITH AHAD DALAM TASYRI’

6.1 Apabila hadith Ahad telah terbukti kesahihannya maka ia mengambil hokum mutawatir dari sudut wajib beriman dan beramal dengan segala tuntutannya . Ini dijelaskan oleh beberapa ulama’ seperti berikut :-

6.1.1 Berkata Ibn Abi Al-‘Iz di dalam Syarh Tohawiyyah

خبر الواحد اذا تلقته الامة بالقبول عملا به و تصديقا له يفيد العلم اليقينى عند
جماهير الامة وهو احد قسمي المتواتر ولم يكن بين سلف الامة فى ذلك نزاع .
Khabar yang dibawa oleh seorang apabila diterima oleh sekalian umat sebagai amalan dan kepercayaan memberi faedah kepada ilmu yaqin disisi majoriti umah dan ia adalah salah satu dari dua kategori mutawatir. Tiada perselisihan di kalangan salaf tentang perkara ini.

6.1.2 Berkata Ibn Hajar dalam Fathul Bari

قد شاع عمل الصحابة والتابعين بخبر الواحد من غير نكير فاقتضى الاتفاق
منهم على قبول
Para sahabat dan tabien biasa beramal dengan khabar wahid tanpa ada bantahan dan mereka bersepakat mengenainya.

6.1.3 Berkata Ibn Rejab dalam kitabnya اهوال القبور

وقد تواترت الأحاديث عن النبى (ص) فى عذاب القبر ففى صحيحين عن
ام المؤمنين عائشة الصديقة بنت الصديق (ر) انها قالت : العبد اذا وضع فى
قبره وتولى وذهب اصحابه حتى انه ليسمع قرع نعالهم أتاه ملكان فأقعداه
فيقولان له : ما كنت تقول فى هذا الرجل محمد (ص) ؟ فيقول : أشهد أنه
عبد الله و رسوله فيقال : انظر الى مقعدك من النار ابدلك الله به مقعدا من
الجنة قال النبى (ص) فيراهما جميعا .
وأما الكافر أو المنافق فيقول : لا أدرى كنت اقول ما يقول الناس فيقول
لا دريت و لا تليت ثم يضرب من مطرقة من حديد ضربة بين أذنيه فيصيح
صيحة يسمعها من يليه الا ثقلين .

Telah mutawatir hadith-hadith dari nabi (S.A.W.) mengenai azab qubur. Di dalam sahihain daripada umil mukminin Aisyah (r.a.) berkata seorang hamba apabila diletakkan diquburnya dan orang lain berpaling sehingga ia mendengar derapan kasut, dua malaikat mendatanganinya dan mendudukkannya dan berkata kepadanya: apa yang kamu katakana kepada lelaki ini (Muhammad s.a.w.) Jawabnya: Aku naik saksi bahawa ia adalah hamba Allah dan pesuruhnya dan dikatakan kepadanya lihatlah tempat dudukmu di neraka, telah ditukar oleh Allah dengan tempat duduk di syurga. Adapun orang kafir dan munafiq menjawab – tidakku ketahui hanya aku berkata dengan apa yang dikatakan oleh orang. Maka ia dipukul dengan penukul besi di antara kedua telinganya lantas menjerit hingga suaranya didengari kecuali jin dan manusia.




7. ADAKAH MAYAT YANG TIDAK BERQUBUR JUGA MENERIMA AZAB QUBUR

7.1 Menurut Ulama’ , mayat yang tidak diquburkan seperti disimpan di dalam peti sejuk di rumah-rumah mayat , atau terbakar atau hancur berkecai dan ditiup angin tetap menerima azab qubur . Ini adalah kesimpulan yang telah dibuat oleh beberapa orang ulama’ seperti berikut :-

7.1.1 Menurut العلامة محمد السفارينى di dalam kitabnya لوامع الأنوار البهية

من لم يدفن من مصلوب ونحوه يناله نصيبه من فتنة السؤال وضغطة القبر
Sesiapa yang tidak diquburkan seperti disalib dan sebagainya tetap akan menerima soalan dan himpitan qubur.


7.1.2 Di dalam kitab Ar Ruh Al Imam Al Muhaqiq mengatakan :

مما ينبغى ان يعلم ان عذاب القبر هو عذاب البرزخ فكل من مات وهو مستحق
للعذاب ناله نصيبه من قبر ام لم يقبر فلو اكلته السباع او حرق حتى صار رمادا
او نسف فى الهواء او غرق فى البحر وصل الى روحه و بدنه ما يصل الى المقبور .

Suatu perkara yang wajar diketahui bahawa azab qubur itu adalah azab barzakh. Maka setiap yang mati sedang ia layak untuk diazab akan menerima habuannya sama ada ia diquburkan atau tidak walaupun dimakan binatang buas, terbakar menjadi abu, diterbangkan angin atau tenggelam di dasar lautan tetap akan sampai azabnya sepertimana orang yang diquburkan juga.

8. BAGAIMANAKAH CARANYA MAYAT YANG TIDAK DIQUBURKAN MENDAPAT AZAB

8.1 Ibn Abi Al ‘Iz telah memberi komentarnya dalam Syarh Tohawiyyah

وقد تواترت الأخبار عن رسول الله (ص) فى ثبوت عذاب القبر ونعيمه لمن كان
لذلك اهلا و سؤال ملكين فيجب اعتقاد ثبوت ذلك والايمان به و لا نتكلم
فى كيقيته , إذ ليس للعقل وقوف على كيفيته لكونه لا عهد له به فى
هذه الدار

Telah mutawatir hadith Rasulullah S.A.W. di dalam menginthbatkan azab dan nikmat qubur kepada golongan yang layak, begitu juga sabitnya, soal dua malaikat. Maka wajib beri’tiqad wujudnya yang demikian dengan beriman dengannya. Kita tidak dapat memperkatakan keifiatnya kerana aqal tidak mampu meneroka alam berkenaan.






9. IMPLIKASI MEMBINCANGKAN ISU INI SECARA TERBUKA

9.1 Walaupun isu ini masih ada ruang untuk diperbincangkan namun ianya hanya sesuai di kalangan ahli ilmu khususnya dari kalangan ahli hadith , ahli fiqh , usuluddin dan tasauf bukannya di khalayak ramai kerana ia akan membawa implikasi berikut :-

9.1.1 Ia lebih akan mengelirukan masyarakat .
9.1.2 Umumnya di Negara ini menerima dan mempercayai azab qubur memang ada dan kepercayaan ini sedah established .
9.1.3 Tidak ada untungnya isu ini ditimbulkan malah merugikan .
9.1.4 Sedikit sebanyak akan mengikis kepercayaan masyarakat yang kurang faham dengan ulumul hadith terhadap hadith-hadith khusunya yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim . Begitu juga kepercayaan terhadap para ulama’ akan luntur sedikit demi sedikit .

10. PANDANGAN ULAMA’ MENGENAI ORANG YANG MENOLAK AZAB QUBUR

10.1 Menurut kitab كبرى اليقينيات الكونية pengarang nya iaitu Dr Muhd Saed Ramadhan Albuty berpendapat selepas mendatangkan dalil- dalil kewujudan azab qubur
إذا علمت هذا فإننا نقول :
أما إنكار عذاب القبر , من أصله , فهو مزلق الى الكفر , لما ثبت من
الدليل القاطع فيه كما علمت .
وإما اقراره من حيث الأصل , مع الارتياب فى انه للروح فقط أو للروح
مع الجسم أو بعض أجزاء الجسم , فذلك امر ليس من شأنه أن ينتهى
بالباحث ال الكفر لأن التحقيق فى أن العذاب يكون للروح فقط أو للروح
والجسد معا , خاضع للنظر , وليست فيه أدلة قاطعة واضحة كأدلة
أصل التعذيب والتنعيم .




Apabila engkau mengetahui perkara ini maka sesungguhnya kami mengatakan :
Adapun mengingkari azab kubur, dari asalnya (mengingkari azab kubur secara keseluruhannya) maka dia tergelincir kepada kekufuran kerana telah thabit daripada dalil yang qatie mengenainya seperti yang engkau ketahui.

Dan adapun beriman dengan azab kubur, tetapi meragui sama ada untuk roh sahaja ataupun roh dan jasad atau sebahagian dari anggota badan, maka yang demikian itu tidak membawa kepada kekufuran kerana pendapat yang kuatnya dalam masalah azab kubur ini sama ada roh sahaja atau roh dan jasad memerlukan kepada pengkajian yang teliti, dimana tidak ada dalil yang qatie dan jelas seperti adanya azab kubur dan nikmatnya.




10.2 Di dalam kitab Fiqh Sunnah jilid awal mukasurat 311 Sayyid Sabiq menyebutkan
وقال المروزي : قال أبوعبد الله ـ يعني الإمام أحمد ـ عذاب القبر حق
لا ينكره إلا ضال مضل.

Daripada al-Marwazi : Telah berkata Abu Abdullah – iaitu Imam Ahmad – Azab kubur itu adalah benar tidak mengingkarinya melainkan orang yang sesat lagi menyesatkan.

11. KEPUTUSAN

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang untuk kali ke 161 pada 23 Syawal 1424 bersamaan 17 Disember 2003 telah bersetuju bahawa menolak kepercayaan azab qubur setelah wujud keterangan dari Al Quran dan Al Hadith serta Ijma’ Ulama’ adalah terkeluar dari ajaran Islam.