Sunday, July 20, 2008

Di Kala Hujan

Hujan pada waktu malam, aku suka termenung mada waktu itu, merenung hujan dibawah sinaran lampu dalam suasana dinginan dan sunyi hanya suara titisan hujan sahaja yang dapat dikesan oleh telinga ku.

Barulah aku memahami mengapa Allah memberitahu bahawa hujan adalah nikmat kepada manusia selain ia menyuburkan tanaman, menyegarkan udara dan menurunkan rezeki ia juga memberi satu ketenangan fikiran selepas bergelut dalam dunia yang fana ini.


Pada waktu ini aku rasa cukup-cukup tenang dan pada waktu ini la aku dapat muhasabah diri,kadang-kadangaku teringat kembali perkara-perkara yang telah aku lakukan sepanjang hidup aku. Adakalanya aku tersenyum sendirian mengingat peristiwa yang mengembirakan bergurau senda bersama mereka yang bersamaku dalam kehidupan ini, keluarga, sahabat-sahabat dan telatah rakan-rakan dalam organisasi Ngo atau dalam Kampus.


Adakalanya dengan tidak terduga air mata mengalir,kerana aku teringatkan zaman Rasullah dalam berdakwah kepada orang kampung. Aku dapat merasai bagaimana cabaran,suka-duka yang ditempuhi oleh baginda untuk jadikan mereka sahabat yang begitu erat dan sanggup berkorban kerana nabi, bagaimana mereka merasakan “aura” semangat Jihad dan sanggup mati kerana mereka percaya akan dapat bersama dengan baginda dalam Syurga nanti walaupun mereka tidak pernah melihat syurga itu.


Di Kala Hujan ini, aku terfikir bagaimana semangat itu dapat kekalkan hingga ke zaman sahabat, tabi’,tabiin hingga kezaman sekarang didalam proses keruntuhan Sahsiah manusia ISLAM. Firman Alla di dalam surah Muhammad yang bermaksud:

“Barang siapa yang menolong Allah (Mempertahankan agama) nescaya Allah akan menolong mu (Mempermudahkan urusan)”.


Dikala ini juga terkenang semasa di alam anak-anak, pra-remaja hingga la sekarang. Aku terkenang peristiwa yang telah aku lalui sebagai pelajaran pelengkap kehidupan di masa hadapan, ada peristiwa mengembirakan yang tidak dapat di lupakan dan ada uga peristiwa pahit yang tak dapat dilupakan. Dulu aku terfikir pengapa aku melakukan perkara yang tak baik…Sekarang baru aku faham ia adalah pelajaran penambah pengalaman dalam kehidupan untuk menempuhi cabaran yang mendatang.


Adakalanya sebak kerana mengenangkan keadaan aku sekarang ini, jika nak dikenang dengan jalan kehidupan aku tidak layak untuk berada di tempat sekarang bersama sahabat-sahabat yang ber”Fikrah” Islam dan semangat juang yang tinggi tiba-tiba aku teringat kata-kata ustaz dizaman mula-mula jadi pengawas waktu sekolah menengah dulu, beliau menerangkan tentang pemilihan seseorang untuk ditetapkan dalam sesebuah organisasi semuanya telah di tentukan oleh-nya mengikut kadar kemampuan kita. lalu semangat itu kembali.


Setelah teringat dan mengenangakan zaman lampau, lalu fikiran aku beralih ke hadapan, bukan tentang apa yang akan terjadi pada masa itu, tetapi sempatkah aku menjadi sebagaimana cita-cita ku, sampai manakah umur aku. Perkara itulah yang serpatutnya bermain difikiran setiap masyarakat sebagai muhasabah dan mendidik jiwa supaya kenal erti rendah diri kepada Allah malah kepada menusia yang lain.


Itulah hikmat di kala Hujan segala yang berlaku di alam ini adalah tazkirah kerana Allah mengkhabarkan bahawasanya segala yang ada dilangit dan dibumi semuanya berzikir kepada Allah mengikut cara mereka masing-masing. Cubalah hayati pada ketika ini….

Wednesday, July 16, 2008

Konvensyen Mahasiswa : " Mengisi Realiti Semasa."

*klik pada gambar untuk imej penuh

Konvensyen Mahasiswa yang bertemakan “Mengisi Realisasi Semasa” bertempat di Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) pada 12 Julai 2008 hari sabtu yang lepas merupakan anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka dan Majalah Dewan Masyarakat.

Dalam Konvensyen ini aku bertugas sebagai AJK Tugas-Tugas Khas iaitu pekerjaan yang lazim yang aku lakukan dalam mana-mana program iaitu jurufoto. Selalunya dalam setiap program yang aku menjadi AJK, ditugaskan antara juruteknikal dan jurufoto,mungkin ada hikmah disebaliknya.

Pada awal konvensyen ini di rasmikan oleh Prof. Dr. Awang Sarian, Pemengang Kerusi Pengajian Bahasa Melayu Malaysia- China, Universiti Pengajian Beijing. Seterusnya forum bersama Dr. Mohd Farid Shahran Pensyarah Jabatan Usuluddin UIAM dan Faisal TehraniAku taknak mengulas labih lanjut tentang acara pada awal program kerana aku sebenarnya takminat sekadar menjadi pendengar setia .


Apa yang aku nak cerita disini ialah ialah slot bersama persuan-persatuan mahasiswa Malaysia iaitu PKPIM, GAMIS(Gabungan Anak Muda Islam SeMalaysia), GPMS( Gabungan Pelajar Melayu SeMalaysia), MPPK(Majlis Perwakilan Pelajar Kampus) dan Y4C(Youth For Change).


Tak perlula aku untuk menerangankan peranan atau matlamat persatuan-persatuan ini Cuma apa yang boleh aku simpulkan mereka hadir pada sesi dialog ini adalah kerana ingin menyampaikan hasrat masing-masing dalam membantu dan membela nasib mahasiswa(pelajar),mereka inginkan pendapat serta mendengar luahan para hadirin apakan yang pelajar handak daripada mereka dan apakah keperluan kita pada setiap persatuan tersebut.

GPMS yang mewakilkan exco antarabangsa Saudara Sahar yang menekankan tantang isu pendidikan dalam melahirkan pelajar yang intelek kerana pelajar melayu sekarang semakin mundur dalam institusi pengajian tinggi awam. Katanya lagi hanya pendidikan yang dapat mengubah situasi sebegini.


Presiden GAMIS iaitu Saudara Zulkhairi lebih menekankan pendikan agama dari peringkat awal kerana dengan didikan Islam daripada rebunglah dapat menyelamatkan remaja daripada gejala social dan bila dididik dengan agama mudah kita untuk membangkitkan semangat mereka untuk berjuang dijalan Allah serta menghapuskan apa-apa kemungkaran dalam Negara labih-lebih lagi dalam sistem kehakiman dan pentadbiran.


PKPIM melalui Presidennya Saudara Hilmi yang menegaskan agar pembincangan dalam kalangan kita (Mahasiswa) merentasi politik yang bermaksud tidak menumpukan kepada satu-satu isu sahaja kerana peranan kita ini luas dan jika kita berbincang merentasi politik ia dapat memtangkan lagi pemikiran kita sebagai pimpinan mahasiswa diMalaysia. Menurut beliau lagi Agama iaitu Islam memainkan peranan penting dalam membina budaya serta melengkapkan lagi budaya melayu yang sedia ada.


Saudara Afendi iaitu pengerusi kepada MPPK (Mewakili seluruh MPP Kampus di Malaysia) banyak menekankan tentang perlunya kuasa penyatuan mahasiswa. Beliau juga memberi peringatan tentang kemudahan yang ada di zaman moden ini dan harap tidak melepaskan peluang untuk memanfaatkan sebaiknya dijadikan alat untuk menyebarkan maklumat amnya dan Dakwah khususnya.


Manakala Presiden Y4C membincangkan tantang masalah perkauman yang smakin membiak serta isu kesamarataan kepada seluruh rakyat Malaysia (mengikut perlembangaan) tidak kira etnik. Kesemua pemimpin tertinggi persatuan tadi bersetuju supaya di sediakan satu kerusi senator perlimen untuk mewakili suara mahasiswa dan isu yang melibatkan pelajar.



Pertemuan antara persatuan pelajar ini merupakan titik permulaan untuk membangkitkan kembali suara mahasiswa yang diperlekeh kan oleh pihak-pihak yang tidak faham tentang fungsi mahasiswa sebagaimana dalam harian metro baru-baru ini anda boleh lihat dalam bolg ini yangmana menyatakan mahasiswa merupakan golongan yang kecil yang menuntut kuasa yang besar.

Monday, July 14, 2008

Kuasa mahasiswa

MESKIPUN tergolong dalam kelompok kecil dalam komuniti masyarakat, peranan dan suara mahasiswa tetap digeruni kerana boleh mengubah senario sosial dan politik sesebuah negara.

Lihat saja bagaimana kekuatan mereka menenggelamkan keamanan dan melumpuhkan ekonomi sekali gus bagaikan memberi amaran, mereka golongan kecil. tetapi berkuasa.


Mempunyai tanggapan peranan golongan ini hanya terhad dalam lingkungan kampus dan akademik semata-mata adalah tidak benar kerana mereka juga agresif ketika berdepan masyarakat jika memperjuangkan sesuatu isu.

Justeru, segelintir pihak berpendapat, golongan ini sangat berbahaya kerana boleh mencetuskan huru-hara dan perlu dikekang dengan akta atau peraturan tertentu bagi ‘merantai’ kebangkitan mereka.

Pertikaian ini secara tidak langsung memberi reaksi pro dan kontra kepada pihak bersetuju atau membantah.

Penyelidik, Paul R Brass dari Universiti Stanford, United Kingdom berkata, kebangkitan mahasiswa tidak boleh di anggap mudah kerana gabungan mereka mencetuskan ge lombang baru dalam merubah senario dunia.

Menurutnya, golongan ini mampu mengungguli perubahan kerana mereka lebih peka terhadap perkembangan sesuatu isu, lebih berpendidikan dan bersatu padu.

“Secara kasar, golongan ini dilihat seperti satu kelompok lemah yang hanya memberi fokus pada kehidupan dan tanggungjawab dalam kampus. Sesiapapun tidak kisah ke hadiran mereka kerana dilabelkan sebagai pihak berkecuali.

“Bagaimanapun, kuasa sebenar terletak pada golongan ini kerana kekuatan mereka akan terserlah jika bersatu. Pada waktu itu sudah tentu kebangkitan sukar dihalang kerana sebagai golongan terpelajar, mereka tahu mengenai hak, isu dan sebagainya.

“Kebangkitan ini sekali gus membuktikan golongan ma hasiswa tidak boleh diketepikan sesuka hati. Peranan, suara serta pembabitan dalam aktiviti perlu diberi perhatian kerana mereka boleh dikatakan sebagai kelompok yang mendo minasi perubahan,” katanya.

Kebangkitan suara mahasiswa bukan sesuatu perkara luar biasa dalam masyarakat global, malah polemik ini sudah berlarutan berabad lalu.

Mereka membawa satu revolusi baru dalam menuntut perubahan, perjuangan hak dan isu masyarakat serta mem buka mata pelbagai pihak mengenai hala tuju yang harus diperjuangkan.

Tampil dengan pelbagai idea, fahaman dan kepercayaan, golongan ini percaya mekanisme bersatu dan suara lantang yang digunakan mampu memberi tekanan sekali gus mem bawa pembaharuan.

Brass berkata, di sesetengah negara, mahasiswa percaya peranan sebagai golongan terpelajar wajar dipelbagaikan supaya masyarakat menyedari, mereka masih mempunyai barisan pejuang yang boleh diharapkan.

“Bagaimanapun, tindakan agresif keterlaluan mengundang ketakutan pada segelintir pihak lain dan turut mencetuskan keadaan huru-hara.

“Mereka kata ini perjuangan, tetapi mengapa mesti ada keganasan dan kecederaan? Apakah ini golongan diperlukan masyarakat untuk memperjuangkan masa depan atau dipilih sebagai pemimpin?” katanya.

Pendapat itu bagaimanapun disangkal profesor daripada Universiti Moi, Nairobi, Gilbert Ng’etich, yang berpendapat isu mahasiswa tidak perlu diperbesarkan dan harus dilihat dari sudut positif.

Ng’etich berkata, secara rasional golongan itu boleh di anggap berkecuali dan tidak mudah menimbulkan kekacauan tanpa alasan kukuh.

Menurutnya, kebangkitan atau sikap memprotes hanya wujud jika merasakan suara masyarakat tidak didengari dan memerlukan penjelasan.

“Menganggap mereka sebagai pencetus huru-hara memang tidak benar kerana perjuangan itu dilakukan dengan alasan konkrit dan rasional. Mungkin ada yang melakukannya kerana kepentingan diri, tetapi bukan semua.

“Faktor seperti tertindas atau konflik juga boleh men cetuskan rasa tidak puas hati. Mereka berharap menerusi cara ini ada pihak tertentu mendengar rintihan yang juga secara tidak langsung mewakili masyarakat keseluruhan.

“Prasangka segelintir masyarakat yang melabelkan mereka sebagai golongan ganas, berbahaya dan tidak bertamadun adalah keterlaluan. Anda tidak boleh melabelkan begitu kerana mereka ada kredibiliti serta maruah sebagai golongan terpelajar dan berilmu.

“Berdasarkan soal selidik dilakukan, senario dicetuskan mahasiswa seluruh dunia disebabkan ada isu tertentu yang ingin diperjuangkan. Ia jarang berlaku kerana suka-suka atau hasutan kerana mereka mampu buat penilaian sebelum bertindak,” katanya.

Revolusi itu juga boleh menjadi medan golongan muda bersuara dan meluahkan pandangan kepada pihak tertentu.

Menurutnya, cara ini secara tidak langsung boleh me lahirkan golongan berani memikul tanggungjawab, ber keyakinan tinggi serta boleh diharapkan sebagai pengganti pemimpin akan datang.

“Kebanyakan masyarakat hanya melihat kebangkitan ma hasiswa dalam aspek negatif seperti demonstrasi jalanan. Aspek negatif ini sering diperbesarkan.

“Mengapa tidak menilainya daripada aspek lain seperti melahirkan golongan muda berani menyumbang idea, ber interaksi atau menyuarakan pendapat. Sekurang-kurangnya pihak atasan tahu inilah kehendak rakyat.

“Mereka golongan muda yang mewakili suara golongan itu, pendapat mereka sewajarnya didengari kerana turut mem punyai kesamarataan hak bersuara,” katanya.

Bagaimanapun, Ng’etich bersetuju kebangkitan secara ag resif wajar dipantau kerana mencetuskan polemik bukan saja di kalangan masyarakat, tetapi mampu melumpuhkan in dustri pendidikan keseluruhannya.

“Golongan ini sudah diiktiraf sebagai kelompok disegani, sewajarnya perlakuan juga dijaga bagi menggambarkan tang gapan itu tidak silap. Meluahkan pendapat, ketidakpuasan hati, hak dan sebagainya perlu mengikut tatacara dibe narkan.


Susunan Ruhaiza Rusmin
ruhaiza@hmetro.com.my
14 July 2008
http://www.hmetro.com.my/

“Masyarakat pula jangan suka ambil kesempatan mem provokasi golongan ini kerana ia bakal memusnahkan ins titusi keseluruhan dan menyimpang daripada landasan per juangan sebenar,” katanya.

Ngo Quynh, pengerusi sebuah organisasi pelajar di sebuah universiti di Ho Chin Minh, Vietnam, berpendapat golongan terpelajar alaf baru lebih praktikal dalam menyuarakan pendapat, peka serta prihatin.

“Jika anda berpendapat kami mudah diperalatkan, itu tidak benar malah paling sukar dipengaruhi. Kami akan bertanya pelbagai soalan sebelum memulakan apa jua tindakan.

“Tanggapan skeptikal ini tidak adil tapi apa cara lain boleh kami lakukan selepas pihak terbabit tidak mahu berunding? Kami hanya memperjuangkan hak dan membantu mereka teraniaya,” katanya.

Pemuda desak siswa IPT Pakatan dibenar dekati politik

http://malaysiakini.com/bm

Angkatan Muda PKR meminta negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat supaya membenarkan para pelajar mereka mendekati politik seperti kelulusan yang diberikan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Pergerakan itu akan menulis surat kepada semua naib canselor dan menteri besar di negeri Pakatan minggu ini, kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin apabila diminta mengulas gesaan persatuan-persatuan siswa minggu lepas.

"Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan menulis surat kepada semua naib canselor dan menteri besar di negeri-negeri Pakatan Rakyat supaya membuka ruang kepada mahasiswa terlibat dalam politik di kampus," katanya.

Awal bulan ini, naib canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, dengan mendekati politik secara positif, penuntut akan terdedah kepada kemahiran berpidato, berhujah, berfikiran terbuka dan berani berhadapan dengan masyarakat.

Walaupun diberikan kebebasan itu, beliau dilaporkan yakin penuntut universitinya tidak akan melanggar AUKU.

"Setakat ini UniMAP bersih daripada sebarang rekod buruk sepanjang saya menjadi naib canselor selama enam tahun dan mereka faham hasrat universiti untuk melahirkan jurutera berkaliber dan serba boleh," Dr Kamarudin dipetik sebagai berkata.

Susulan itu, Jumaat lepas, persatuan-persatuan mahasiswa memberitahu Malaysiakini, mereka menyeru kerajaan di negeri Pakatan mengikut jejak langkah UniMAP.

PKR, DAP dan PAS - sebelum menguasai empat lagi negeri dalam pilihanraya umum Mac lalu - sering menyuarakan isu kebebasan bersuara di IPT, termasuk berkempen bagi memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Parti Mahasiswa Negara (PMN), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) menyokong sekiranya kerajaan Pakatan - misalnya Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor (Kuis) yang dimiliki kerajaan negeri - membuat keputusan mengambil pendekatan yang sama dengan UniMAP.

Shamsul mengambil contoh pengamalan di negara-negara maju yang berbuat demikian dan membolehkan penuntut mereka mencapai "kematangan idea dan pemahaman tentang demokrasi".

"Di negara-negara maju seperti di United Kingdom, ada pemuda Parti Buruh, ada pemuda Parti Konservatif sebagai sayap Pemuda. Ada juga cawangan-cawangan parti politik di kampus. Pendedahan itu akan mematangkan idea dan pemahaman tentang demokrasi di kalangan mahasiswa," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau bagaimanapun berpendapat, mahasiswa tidak harus melibatkan politik kepartian semata-mata tetapi "politik baru dan ilmiah".

"Bukan sahaja (terlibat dengan) politik kepartian, sebaliknya wacana politik ilmiah, politik baru - (keadaan) ini tidak berlalu di universiti.

"(Perdebatan) isu nasional seperti harga minyak, sepatutnya dianjurkan oleh mahasiswa, (sebaliknya) kena dibuat oleh Agendadaily.com.

"Ia menunjukkan mahasiswa sudah sekian lama ditakutkan"

Esok laman web berita itu akan menganjurkan debat berhubung isu kenaikan harga minyak antara ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menteri penerangan Datuk Shabery Cheek dan dijangka disiarkan secara langsung di dua saluran televisyen.

Wednesday, July 9, 2008

Selamat berjuang pimpinan baru TJK


Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani, selawat & salam keatas nabi junjungan SAW, para sahabat serta mereka yang berjuang di atas jalan Allah.


Pada artikel ini, saya ingin member sedikit ucapan atau ulasan kepada peserta Tamrin memandangkan saya tidak berkesempatan untuk bersama anda hingga ke akhir program.


Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah kamu semua adalah pemimpian yang akan menggantikan pimpinan kami nanti. Sepanjang tempoh kamu memegang tompok pimpinan, wajib akan menempuhi pelbagai cabaran dan halangan sebagai mana yang pernah di rasai oleh kami, matan-matan yang lepas malah perkara ini sudah manjadi sebati kepada gerakan-gerakan islam di peringakat Global.


Segala yang berlaku sepanjang program tersebut merupakan latihan dan juga pendedahan kepada kamu bagaimana untuk menggerakan organisasi secara sempurna. Saya yakin sesiapa yang menuruti segala perancangan program ini dengan hati yang ikhlas serta niat untuk menuntut ilmu yang bukan semata-mata semangat untuk menzahirkan perjuangan kalian. Saya doakan anda berjaya dalam perjuangan.


Saya ingin memohon maaf jika ada yang terasa dengan cara saya sepanjang berada dalam program tersebut, ini kerana saya hanya ingin mendidik anda supaya daapat membezakan bagaimana suasana normal dengan suasana menuntut ilmu yang memerlukan ketekunan serta kesabaran. Saya juga ingin mengajar sebahagian daripada kalian supaya belajar erti rendah diri bukan hanya semangat meninggi semata-mata.


Dan yang terakhir sekali, diharap apa yang di pelajari dalam hari tersebut supaya amalkan atau praktikkan apa yang dipelajari dan jangan mengamalkan cakap sahaja tetapi tidak dilaksanakan. Buat kerja dengan tidak banyak bercakap lebih baik daripada bercakap berapi-rapi tetapi tidak melaksanakan apa yang dikatakan.


Kamu masih muda, masih banyak lagi yang perlu belajar, jangan berasa cukup untuk belajar labih-lebih lagi dengan menerima pendapat orang lain dan belajarlah daripada pengalaman supaya ia dapat mematangakan anda untuk lebih utama kan yang perlu didahulukan dengan perkara-perkara kecil.


Wallahua’lam,

Bilik rawatan bustanul ariffin.

Thursday, July 3, 2008

Elak terlibat ritual berbau syirik

http://www.utusan.com.my

Firman Allah: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. (An-Nisaa’: 48).


Ayat ini memberi amaran keras kepada sesiapa yang cuba-cuba mensyirikkan Allah sama ada secara terang-terangan melalui perbuatan dan tindakan atau pun melalui percakapan.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, ZAIRI menemu bual Ketua Jabatan Usuluddin, Akademi Islam ( A.I) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), ABU ZAKI ISMAIL untuk mengupas isu ini.

MEGA: Apakah maksud syirik kepada Allah?


ABU ZAKI: Dalam bahasa Melayu, syirik bermaksud menyekutukan Allah. Dari perkataan syirik terbit kalimah syarikat iaitu perkongsian. Maka syirik juga bermaksud mengatakan Allah itu ada rakan kongsi atau ada yang setanding dengan-Nya.


Dari segi istilah, syirik bermaksud menyamakan Allah dengan sesuatu sama ada dari segi rububiah, uluhiah atau nama dan sifat.


Syirik dalam rububiah adalah menyamakan Allah dengan makhluk lain dari segi ciptaan atau kekuasaan-Nya. Syirik dalam uluhiah pula menunjukkan pengibadatan, kepatuhan, kecintaan dan amalan yang sepatutnya dilakukan kerana Allah kepada benda lain.


Yang ketiga, menyamakan Allah dari aspek nama dan sifat. Contohnya, apabila mengatakan ada makhluk lain yang sifat dan namanya sama dengan Allah. Inilah yang dikatakan syirik.


Dalam Islam, kita diwajibkan mempelajari usuluddin dan dikatakan awal agama itu mengenal Allah. Soalnya, mengapa ada golongan berpendidikan agama turut terlibat dalam kerja-kerja syirik?


ABU ZAKI: Soal iman atau tauhid kepada Allah adalah asas paling penting. Sebab itu, sebagai Muslim kita wajib mengetahui siapa Allah, sifat-sifat-Nya, nama-nama-Nya dan hak Allah untuk disembah, ditaati dan dicintai.


Di dalam tauhid, konsep keesaan Allah tidak ada kompromi. Semua aspek sama ada uluhiah atau rububiah hanyalah untuk Allah. Tidak boleh ada perkara atau benda lain yang mengatasinya.


Sebab itu dalam sirah Rasulullah pun dapat kita lihat bagaimana usaha mengukuh dan memantapkan akidah itu berlangsung sekian lama iaitu 13 tahun sewaktu baginda di Mekah. Pada waktu itu hanya ibadat solat yang disyariatkan. Ibadat lain, datang selepas penghijrahan baginda ke Madinah.


Persoalan mengapa orang berpendidikan agama pun boleh syirik, ini kerana sebagai manusia kita sentiasa diuji oleh Allah. Walau setinggi mana pun seseorang menuntut ilmu agama, dia tidak akan terlepas daripada ujian Allah.


Ini ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, “Kami beriman” sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan). (al-Ankabut: 2)


Mari kita mengimbas kisah sirah seorang Abid Bani Israel yang kuat beribadat tetapi akhirnya mati dalam mensyirikkan Allah iaitu Barshisho.


Beliau adalah seorang yang kuat beribadat tetapi apabila diuji dengan iblis, beliau tewas. Iblis yang menyamar sebagai manusia menunjukkan dirinya lebih kuat beribadat berbanding Barshisho. Lalu Barshisho bertanya bagaimana dia dapat meningkatkan ibadatnya seperti itu.


Iblis memberitahu, untuk meningkatkan ibadat kamu perlu membuat dosa terlebih dahulu. Lalu iblis menawarkan Barshisho memilih antara berzina, membunuh atau minum arak.


Walaupun Barshisho memilih minum arak tetapi akhirnya akibat terpedaya dengan iblis, dia turut berzina dan membunuh wanita yang berzina dengannya.


Ujian dalam bentuk hasutan iblis itu tidak berhenti di situ. Sebaliknya sewaktu beliau hendak dihukum rejam kerana berzina, iblis turut berjaya memperdayakannya agar menyembah iblis agar dia dapat dilepaskan daripada hukuman tersebut.


Akhirnya selepas bersetuju menyembah iblis dengan menggunakan isyarat kelipan mata, dia pun dihukum rejam. Lalu matilah dia dalam keadaan syirik, nauzubillah.


Benarkah syirik ini terbahagi dua iaitu syirik jali dan khafi? Apa pula contoh-contohnya?


ABU ZAKI: Memang betul. Syirik jali ialah syirik yang nyata. Contohnya menyembah selain Allah seperti berhala, Nabi Isa, busut, pokok, manusia, dewa-dewa yang tidak nampak atau pun benda-benda yang dikatakan adalah perantaraan kepada Allah.


Syirik khafi pula ialah syirik yang tersembunyi. Para ulama menafsirkan syirik ini sebagai riak. Mengenai riak ini, Rasulullah bersabda, “Riak itu ibarat semut yang hitam, di atas batu yang hitam pada malam yang gelap gelita.”


Maksudnya, riak itu sukar dikesan secara zahir kerana ia melibatkan hati. Hanya tuan punya diri dan Allah yang tahu mengenainya.


Contohnya, melakukan ibadat, bersedekah dan berbuat baik dengan niat menunjuk-nunjuk kepada manusia atau supaya dikenali ramai.


Dalam banyak hal, umat Islam memang sedar bahawa perbuatan seperti menyembah berhala atau menyembah api itu haram. Bagaimana pula dengan mengambil bahagian dengan aktiviti seperti larian obor?


ABU ZAKI: Berhala dan api adalah unsur sembahan manusia apabila jauh terpesong daripada Islam. Sejarah berhala bermula pada zaman Nabi Nuh.


Pada asalnya, patung-patung dibuat untuk memperingati para ulama yang mewarisi ajaran nabi-nabi sebelum Nabi Nuh seperti Wadd, Yaguth, Suwa dan Nasr. Kemudiannya, patung-patung itu dihormati dan akhirnya, disembah.


Api pula mengikut sejarah adalah sembahan kaum Majusi di Parsi. Mereka melihat api boleh marak dan membesar, jadi ia dipuja. Ia juga ada kaitan dengan asal kejadian jin dan syaitan yang cemburu dan marah dengan pemilihan manusia sebagai khalifah. Lalu, mereka sentiasa cuba menggoda dan memperdaya supaya melanggar perintah Allah dan mensyirikkan-Nya.


Sebagai Muslim, kita perlu sedar yang kedua-dua perkara ini adalah unsur sembahan purba. Sebab itu Islam amat menjaga kedua-dua hal ini sehingga timbulnya larangan membuat patung kecuali patung mainan kanak-kanak.


Manusia yang terpesong mudah terpegun kepada binaan patung yang besar-besar. Sedangkan logiknya, patung dan api itu boleh dibuat atau dinyalakan oleh manusia. Mengagungkan kedua-dua benda ini menunjukkan kelemahan minda orang yang berkenaan.


Dalam bab larian obor ini pula ramai yang berkata ia hanyalah simbolik. Tetapi bila kita membaca sejarah Nabi Nuh, syirik menyembah berhala juga bermula dengan acara simbolik untuk mengenang jasa ulama.


Dalam hal ini, kita wajar melihat hadis Rasulullah yang bermaksud: ...tidak akan hilang malam dan siang (berlaku Kiamat) sehingga disembah kembali berhala Latta dan Uzza. (riwayat Muslim). Berhala Latta dan Uzza adalah antara berhala yang paling masyhur pada zaman Jahiliah di Tanah Arab. Ini bermakna sembahan berhala dan api akan berulang.


Sebagai alternatif, kita boleh menggantikan upacara yang sedemikian dengan majlis bacaan doa memohon kesejahteraan. Bagi para pahlawan yang gugur, kita boleh mendoakan supaya Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.


Allah menegaskan bahawa Dia akan mengampunkan dosa hambanya kecuali mereka yang syirik. Apakah falsafah di sebalik amaran keras ini?


ABU ZAKI: Orang yang mensyirikkan Allah bakal menghadapi tiga hukuman. Pertama, dosanya tidak akan diampunkan. Kedua, segala pahala amalannya pula akan dihapuskan. Ketiga, mereka kekal diazab dalam neraka.


Falsafah di sebalik hukuman keras ini ialah Allah tidak suka disamakan dengan benda lain. Allah sebagai pencipta, pemberi rezeki dan nikmat percuma kepada kita tidak layak disekutukan dengan apa perkara atau makhluk sekalipun.


Orang yang syirik ini tidak berterima kasih sebaliknya mengundang kemurkaan Allah. Maka sebab itu layaklah mereka diazab.


Analoginya, seorang anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan susah payah oleh ibu bapanya wajib berterima kasih kepada keduda-duanya. Andainya apabila dewasa, anak ini menganggap ibu bapanya sama sahaja dengan orang lain. Sudah tentu, perbuatan iniamat menyakitkan mereka dan mengundang kemarahan ibu bapanya.

Tuesday, July 1, 2008

JOM BUAT BLOG SENDIRI

Ruangan Diskusi Blog ini bukanlah hanya membincangkan tentang blog semata-mata, bahkan beberapa material tambahan yang bermanfaat akan dikongsi dan dimanfaatkan oleh kita. Sebagai contoh, bagaimana untuk mewujudkan web video, chatting box, chatting online, radio online, dan lain-lain. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk kita sama-sama mencerakinkan teknologi ini semaksima yang boleh. Banyak perkara yang dapat kita manfaatkan dari internet. Cuba kita sama-sama melihat video ini sebagai gambaran kepada rakan-rakan semua tentang apakah benar dengan internet, segala maklumat dapat diperolehi sehebat ungkapan istilah Dunia di hujung Jari......


Langkah 2 : Menguruskan Dashboard dan laman Utama

Assalamualaykum wbt... Apa khabar? Bertemu lagi kita di ruangan diskusi Blog. Pada ruangan yang lalu, kita memperbincangkan tentang kaedah untuk mewujudkan akaun blog. Dan saya yakin, rakan-rakan sudah pun memiliki akaun blog masing-masing. Siri kedua Tekno Daie kali ini, akan saya terangkan bagaimana untuk menguruskan blog anda.

[ Baca seterusnya ]


Langkah 1 : Mewujudkan Akaun Blog

Jika dahulu media cetak seperti akhbar dan majalah menjadi tumpuan remaja berkarya dan meluahkan pendapat, kini mereka memilih untuk menggunakan penulisan dalam blog. Sudahkah anda memiliki blog?

[ Baca seterusnya ]



Pengenalan Blog : Kearah Menjana Idealisme melalui Penulisan Blog.

Assalamualaykum wbt..

Tahukah anda Revolusi Teratai Puteh di negara China hasil daripada nota-nota kecil yang ditanam dalam kuih bulan yang dijual kepada seluruh rakyat China. Apabila rakyat China faham (isi kandungan nota-nota kecil) , gelombang rakyat memuncak.
Ungkapan fakta di atas cukup menarik perhatian saya untuk mengajak rakan-rakan untuk mekaji kaitan fakta di atas dengan artikel pengenalan Siri Tekno Daie – Diskusi Blog yang di kendalikan oleh saya dalam ruangan ini..

[ Baca Seterusnya ]