Tuesday, February 10, 2009

Warkah Buat YB Dato' Sri Ir Nizar

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Segala Puji Bagi Allah, Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Junjungan Besar, Muhammad SAW, Kepada Para Sahabat Bagin Dan Juga Kepada Mereka Yang Sedang Berjuang Di Jalan Allah."

Seluruh rakyat Malaysia telah menyaksikan kisah pergolakan di Perak, disana adanya kisah katak dan mungkin adanya kanggaroo.., di sama ada juga kisah sesuka hati nak masuk kandang mana dan disitu juga ada kisah tumbang-menumbang dan panjat memanjat.

Alhamdulillah walaupun kisah itu terus berlaku wajah Dato' Sri Ir Nizar, tetap tenang biarpun pemergian rakan seperjuangannya Allahyarham Roslan Shahrum iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Perkara sebegini sudah lama berlaku seperti kumpulan yang berpaling tadah ini, sebagaimana puak-puak yang lari di medan perang yang pernah berlaku di zaman Rasululllah dan juga kisah semasa Perang Uhud, kerana harta rampasan, lupa segalanya dan kita semua tahu apa yang terjadi kepada Rasulullah.

Tetapi ia tidak menjadi penyebab untuk melemahkan perjuangan untuk mendaulatkan Islam ini dan banyak lagi kisah-kisah jatuh bangun pejuang-pejuang Islam dalam melaksanakan amanah kita di muka bumi ini sebagai Khalifah itu bukan sekadar mentadbir dunia, malah memastikan agar Islam itu sentiasa suci daripada tangan-tangan musah laknatullah.

Kumpulan berpaling tadah ini sentiasa berlaku disetiap zaman dan disetiap kisah-kisah tokoh pejuang Islam. Jika kita perhatikan, sahabat Khulafa' Arrasyidin, kesemuanya mati dibunuh puak munafiq lanatullah walaupaun banyak khilaf didalamnya.

dan ia juga dibuktikan lagi dengan penyebab kejatuhan empayar-empayar Islam selepas itu adalah disebabkan oleh orang dalam sendiri yang beragama Islam. Selain itu Imam besar dalam Gerakan Islam Assyahid Hassan Al-Banna mati dibunuh semasa menjadi wakil rakyat dalam kerajaan Mesir pada ketika itu tidak kurang juga kisah Assyahid Syed Qutb yang mati dihukum oleh kerajaaan Islam Mesir ketika itu.

Saya yakin dengan Dato Sri dalam menghadapi segala hal ini kerana Dato' Sri adalah seorang pemimpin gerakan Islam yang dipercayai akan kebolehan oleh pimpinan tertinggi Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Saya tahu Dato' Sri tidak berniat untuk melawan titah DYMM Al-Sultan Perak kerana perkara ini diapi-apikan oleh pihak tertentu akan isu ketuanan raja-raja Melayu. Kerana mereka menggunakan isu ini sebagai senjata untuk mempengaruhi rakyat untuk bersangka buruk kepada Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi Parti yang bertunjuang kan Islam (PAS).

Ini sahaja yang mampu saya lakukan kepada Dato' Sri iaitu memberi semangat bahawa masih ada malah ramai lagi yang menyokong tindakan Dato' Sri. Saya disini bukan mewakili mana-mana pihak, sebagai ahli politik atau mahasiswa atau mana-mana platform, cuma ungkin Dato' Sri boleh menganggap sebagai tanda sokongan oleh salah seorang rakyat Kelantan yang sentisa inginkan keadilan.

Kepada keluarga YB Dato' Sri Nizar Jamaluddin, diharap memahami situsai ini dan menghadapinya dengan penuh keyakinan akan kebenaran Islam. dan jika diizin Allah Suami atau ayah saudara/i boleh terus menghadapi dengan teguh bersama-sama pimpinan dan juga penyokong-penyokong dalam Parti atau parti-parti Pakatan yang lain.

Sekian,

Mohd Syahiran Bin Muhammmad,
Kota Bharu, Kelantan.
http://www.syahiranmuhd.blogspot.com



0 comments: