Tuesday, February 17, 2009

Lagi Kawan Aku Kawin...

Mungkin perkara sebegini adalah biasa dalam zaman remaja seperti aku ini, selepas sorang-sorang teman-teman aku menamatkan zaman bujangnya sebelum menamatkan pengajian mereka. Sebelum ini sahabat ku (Perempuan ) telah bertemu jodoh pada hari raya keempat dan sebelum ini puan ramai lagi.


kini seorang lagi teman yang aku kenali semasa menjadi jurulatih silat di pusat tahfiz di Pusat Bimbingan Masjid Al-Amin (PUBIMAS) yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya dengan muslimat pilihannya yang masing-masing masih menuntut di Universiti Al-Azhar,Kaherah Mesir.

Bagaimana aku mendapat tahu berita dari Mesir ini, bukan angin yang membawa, bukan dari mimpi bukan juga kad jemputan yang sampai tetapi, semasa aku membuka Friendster, tetiba kawan yang juga pernah belajar di tahfiz dan belajar di Mesir juga iaitu Syaher telah menghantar "Comment" dengan senang hati je memberitahu "salam sahabat lamo...nie..aku lupo nk oyak ko mu...kawe rapat mu shahrul hisyam tu laa..dh kawin...gambar dia akad ada kt fs aku" itulah teks yang dihantar olehnya.

Teman yang aku maksudkan itu adalah Syahrul Hisyam atau dikenali dengan nama Along. beliau merupakan anak Perak yang merantau ke Kelantan dan pernah belajar di pondok Moden,Kandis Kelantan. Selepas itu beliau sambung tahfiz di PUBIMAS,Jalan Pengkalan Chepa seterusnya menduduki STAM di Maahad Pengajian Islam,Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan. Alhamdulillah, beliau layak untuk melanjutkan pelajaran ke Kaherah Mesir, kalo tak silap dalam bidang Syariah.

Aku kenal dia semasa lepak dengan kawan-kawan yang sama-sama belajar di Maahad Pengajian Islam (MPI)yang juga menjadi penuntut tahfiz di PUBIMAS, masa tu beliau belum masuk lagi. Selepas Along masuk sana, beliau dan beberapa kawan-kawan yang lain berhasrat untuk mengambil STAM di MPI. Namun kami taksempat untuk belajar bersama-sama kerana aku mengambil STAM di Maahad Darul Anuar,Pulau Melaka.

Tak sangka, beliau lebih awal dalam perkara ini dan fenomena ini telah menjadi kebiasaan penuntut-penuntut disana. Tahniah diucapkan kepada "Hang" aku doakan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan mendapat zuriat yang sempurna lebiah-lebih lagi anak yang akan membela ISLAM di masa depan nanti.

"SELAMAT PENGANTIN BARU."



Foto By : Syaher

0 comments: