Monday, February 23, 2009

Ilmu hitam RM30-Harian Metro

http://www.hmetro.com.my/Monday/BeritaUtama/20090223083644/Article
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Salman Hamat

am@hmetro.com.my
snin, 23 Februari 2009

KUALA LUMPUR: Pelbagai jenis ilmu pembomohan dijualnya, bahkan berunsur jahat semata-mata untuk mendapatkan wang.

Dengan hanya membayar RM30, sesiapa saja boleh mempelajari ilmu seperti perangsang, (membangkit berahi wanita), menghilangkan diri, pelaris, membuat minyak pengasih, penunduk, tarik duit, cinta berahi dan memikat suami yang ditawarkan sebuah laman web ilmu pengasih.

Laman web itu bagaimanapun mencampur adukkan ayat suci al-Quran dengan pelbagai mentera yang dianggap menyeleweng daripada ajaran Islam.

Ini seolah-olah memperdagangkan ayat suci al-Quran untuk kegiatan ke arah kesesatan.



Ilmu pembomohan itu tidak ubah seakan tuisyen gaya pos yang popular satu masa dulu apabila individu boleh mempelajari sendiri ilmu berkenaan selepas menerima panduan dikirim menggunakan e-mel pelanggan.

Bagi mengumpan pelanggan, pengendali laman web terbabit turut mendakwa ilmu ditawarkan bukan saja laris di pasaran tempatan tetapi juga luar negara.

Antara pelanggan luar yang dikatakan menempah ilmu terbabit dari New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat, Britain serta beberapa lagi negara Eropah.

Dakwa pengendali itu lagi, ada pelanggan dari luar negara yang taksub mempelajari ilmunya sanggup berbual melalui telefon berjam-jam untuk mendapatkan petua, keberkatan serta menjamin kemujaraban ilmu dipelajari daripadanya.

Bukan itu saja, dia yang mendakwa sudah berkahwin menceritakan kisah hidupnya sebelum ini yang dipenuhi peristiwa duka.

Tetapi, kini, kehidupannya berubah selepas dia mengamalkan pelbagai ilmu berkenaan daripada seorang guru.

Apabila merasakan hidupnya mulai senang, dia mengambil keputusan untuk berkongsi amalan terbabit dengan menjualnya kepada umum melalui online.

Bagi individu berminat melanggan produknya, mereka diperlukan membuat bayaran menggunakan akaun bank atau kad kredit.

Curiga dengan laman web terbabit, wartawan Harian Metro cuba menghubungi pengendali laman web berkenaan menggunakan telefon bimbit tertera.

Namun, panggilan tidak dijawab dan sengaja diputuskan.

Sementara itu, pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, ketika diminta mengulas kewujudan laman web aneh itu, berkata teknik pembelajaran sedemikian tidak digalakkan agama berikutan boleh mengakibatkan akidah umat Islam disongsangkan.

Katanya, doa daripada ayat suci al-Quran serta mentera yang diragui maksudnya boleh menyesatkan umat Islam.

“Ia dicurigai menyeru makhluk lain jika diamalkan tanpa meminta nasihat daripada pakar agama.

“Lebih merisaukan mengikut hadis Rasulullah, teknik pembelajaran tanpa berguru boleh diibarat seperti berguru dengan syaitan, khasnya jika diamalkan golongan muda yang masih mentah serta kadang-kadang terlalu ghairah mempelajari ilmu seperti itu.

“Berikutan itu, bagi mereka yang ingin mendalami ilmu agama hendaklah berguru agar kesilapan atau sebarang perkara tidak jelas boleh dirujuk terus pada guru masing-masing,” katanya yang menjelaskan aktiviti jual beli ayat suci al-Quran adalah ditegah.

Menurutnya, beliau sendiri hampir terjerat dengan ilmu pembomohan apabila diminta menghuraikan maksud mentera dalam bahasa jawa dicampur aduk dengan ayat Kursi dan Al-Fatihah kononnya untuk menghalau jin oleh seorang wanita.

“Ketika mula dibaca, saya merasakan ia gabungan ayat yang mantap, bagaimanapun selepas dikaji mentera terbabit, didapati mengarut kerana turut memuja makhluk halus bagi membantu menghalau makhluk halus mengganggu manusia,” katanya.

Berikutan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu taksub dengan tawaran mendapatkan ilmu dengan harga serendah RM30, sebaliknya merujuk pada pakar agama.

Sunday, February 22, 2009

Bengkel Penyelarasan SKT Modul Dakwah NGO Islam


Pada 21 hingga 22 Feburai 2009, aku telah menghadiri satu perjumpaan Ngo' anjuran Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ), bertempat di Hotel De Palma, Ampang, Selangor. Aku menemani Abang Khairul Anuar mewakili Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM) bersama sahabat dari Persatuan Pemimbimbing dan Pendidik Islam Wilayah dan Selangor ( PEPIAS).

Bengkel yang dipanggil Penyelarasan Sasaran Kerja Tahunan ( SKT ) dan Persediaan Modul Dakwah NGO Selangor ini dihadiri oleh 32 NGO daripada negeri Selangor antaranya ABIM, PKPIM, PEPIAS, PUM, Yayasan Amal, LKPIS, Macma, Hunafa', MIM, JIM dan lain-lain lagi ini bertujuan untuk membincangkan Modul latihan dakwah untuk diadun untuk pihak MAIS dalam menyumbangkan juga dalam dawah secara didikan ini.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan program itu berakhir pada 22 Febuari jam 12 tengah hari dan perasmian penutup oleh YBhg Prof. Dr. Siddiq Baba.








Friday, February 20, 2009

Menempuhi Ujian Akhir Semester


Alhamdulillah, pada 16 Febuari 2009, Penuntut –penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS) akan menempuhi peperiksaan akhir semester yang merupakan ujian untuk kesemua mata pelajaran yang diambil dalam semester itu.

Aku juga termasuk dalam menduduki ujian ini, sungguh tak meyangka semester ini di ambang penutup dan apa yang penting cuti semester 3bulan akan datang lagi he..he.. Walaupun banyak lagi mata pelajaran yang masih aku belum ulang kaji, dalam masa yang berbaki ini aku akan menggunakan sebaiknya. Dan aku masih ada masa lagi kerana aku hanya menduduki kertas pada 16Febuari sahaja sebelum menduduki kertas seterusnya pada seminggu selepas itu.

Aku berada di semester 4 dan aku masih ada 2 semester lagi, namun begitu terusterang aku nyatakan didalam banyak-banyak semester, semester inilah yang paling mencabar dari segi penyampaian pensyarah 95% dalam bahasa arab untuk mata pelajaran agama dan arab, dan bahasa inggeris untuk subjek Inggeris.

Tetapi jika aku ditanya semester mana yang paling “bes” aku akan bagitahu semester ini la yang paling seronok kerana pertamanya, subjek tak banyak dan banyak waktu terluang, keduanya semester ini la aku mula belajar mata pelajaraan yang khusus pada bidang yang aku ambil iaitu Usuluddin dan subjek nya ialah Falsafah, Aqidah dan Mantiq.

Insya’Allah ujian kali ini aku akan berusaha untuk tingkatkan prestasi dan cuba menghayati ilmu-ilmu yang dipelajari. Aku mengaharapkan doa daripada guru-guru,kenalan dan rakan-rakan seperjuangan agar hati aku ini tenang daripada sebarang masalah dan dapat menjawab dengan jawapatn yang tepat.

Terima kasih juga kepada Ibu Bapa kerana sentiasa member semangat dan dorong dalam apa sahaja yang aku ceburi sepanjang berada ditempat orang ini dan mayakini segala yang aku lakukan dan aku sertai.

Wassalam..

Thursday, February 19, 2009

Bung Mokhtar Biadap, Gelar Pejuang Bahasa “Anasir”

Sumber:http://anwaribrahimblog.com/2009/02/17/bung-mokhtar-biadap-gelar-pejuang-bahasa-anasir/#more-5625

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kesal dengan tindakan ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar kerana “tidak menunjukkan akhlak yang mulia” dengan menggelar pejuang bahasa sebagai “anasir”.

“Sebagai seorang pemimpin yang duduk di dewan yang mulia (parlimen), beliau (Bung Mokhtar) sepatutnya berbahasa dengan cara yang baik, dengan ketinggian akhlak dan adap sopan,” kata setiausaha gerakan itu, Hasni Abas.

Sehubungan itu, Hasni mendesak ahli Parlimen itu membuat permohonan maaf secara terbuka “sebagai orang yang berbudi bahasa”.

Dalam kejadian kira-kira Jam 12 tengah hari tadi, Bung Mokhtar ditemui pemimpin GMP - diketuai pengerusinya, Datuk Hassan Ahmad - ekoran kenyataannya di dalam dewan hari ini yang didakwa menyifatkan pejuang bahasa sebagai “anasir”.

Bung Mokhtar dipercayai mengulas tindakan GMP hadir ke Parlimen hari ini bagi menyerahkan memorandum mendesak pemansuhan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kepada ahli Parlimen pelbagai parti.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Hasni berkata, ahli-ahli parlimen lain yang ditemui mereka tidak berkelakuan sebegitu - termasuk pemimpin Umno lain - seperti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, dan Menteri Pelajaran sendiri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Hasni yang berada di situ ketika kejadian itu, juga menjelaskan, dalam pertemuan ringkas hampir sepuluh minit itu, wujud ketegangan apabila kedua-dua pihak berselisih pandangan.

‘Minta keluar’

Perkara itu, katanya, menyebabkan Bung Mokhtar meminta mereka keluar dari parlimen atau beliau akan memanggil pengawal bagi menghalau mereka.

Ketika kejadian, tambah Hasni, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Abu Bakar Chik dan tokoh bahasa, Ainon Mohd paling lantang ke depan berhujah dengan Bung Mokhtar.

Sasterawan Negara A Samad Said, profesor matematik Shahril Mohd Zain, profesor bahasa Abdullah Hassan turut berada di situ ketika peristiwa itu berlaku.

Mengulas respons pemimpin-pemimpin BN yang menerima memorandum itu, beliau berkata: “Biasalah, mereka kata akan telitilah.”

Pagi tadi, GMP menggerak kira-kira 20 aktivis bahasa dan sastera berarak ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada ahli parlimen, meminta mereka menyuarakan bantahan terhadap PPSMI di dalam persidangan dewan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS turut menerima memorandum tersebut di sebelah pagi bagi kali kedua selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu.

Wednesday, February 18, 2009

Amat Wajar Eliberth Letak Jawatan

Malaysia cukup unik dalam pelbagai fenomena baik dalam ekonomi, masyarakat, budaya, industri, hiburan dan politik. Tetapi antara yang paling popular disini adalah isu politik yang telah mencerminkan demokrasi negara ini . Pelbagai isu telah timbul baik perkara baik dan juga yang sangat memalukan, seperti isu rasuah, lompat parti, tukar kerajaan, demonstarsi, politik dan agama diasingkan dan ada juga isu YB melakukan perkara terkutuk.

Ada diantara masyarakat dalam negara ini mengaggap segala perkara ini adalah biasa malah sesiapa yang melakukannya tidak merasakan satu kesalahan atas isu politik. Anggapan sebegini dalah salah sama sekali kerana telah mencabagkan sesuatu perkara itu ada yang baik dan buruk.
seperti isu seorang menteri telah melakukan perkara terkutuk didalam kereta dan ianya terbongkar, sepatutnya perkara itu tidak sepatutnya berlaku ketas seorang wakil kepada rakyat dan sesiapa sahaja akan mengatakan senbegitu, akan tetapi ada juga yang masih menyokong beliau dan enggan mengambil tindakan.

Dalam isu terbaru, perkara yang sama berlaku keatas seorang wakil rakyat dan juga seorang exco kerajaan negeri Selangor. Beliau sendiri menyatakan behawa tidak malu melakukan perkara ini kerana dia tidak kawin. Kanapa beliau menyatakan begitu? adakah agama mereka mengharuskan benda sebegini? saya berani menyatakan dalam semua agama menentang perkara-perkara buruk dan boleh mendatangken kemuadaratan kepada penganutnya dan ini juga termasuk dalam naluru setiap manusia yang sukakan perkara-perkara yang baik.

Amat wajarlah ADUN Bukit Lanjang itu meletak jawatan sebagai exco malah wakil rakyat sendiri biarpun ada yang tidak setuju dengan perletakan sebagai wakil rakyat atas alasan beliau telah di lantik oleh rakyat. Memang benar beliau telah dilantik oleh rakyat, tetapi pada masa itu rakyat masih lagi belum mengenali beliau, cuba nada bayangkan sebelum pilihan raya, YB Eliberth membuat perkara ini? Sesiapapun akan memikirkan untuktidak mengundi beliau.

Segala isu-isu ini diharap dapat diambil aktibar oleh pemimpin negara agar mengenali diri anda sekarang dan tugas anda sekarang bukan orang biasa tetapi lebih tumpu kepada keselesaan rakyat dan pembelaan mereka, bukan sebaliknya.

Tuesday, February 17, 2009

Lagi Kawan Aku Kawin...

Mungkin perkara sebegini adalah biasa dalam zaman remaja seperti aku ini, selepas sorang-sorang teman-teman aku menamatkan zaman bujangnya sebelum menamatkan pengajian mereka. Sebelum ini sahabat ku (Perempuan ) telah bertemu jodoh pada hari raya keempat dan sebelum ini puan ramai lagi.


kini seorang lagi teman yang aku kenali semasa menjadi jurulatih silat di pusat tahfiz di Pusat Bimbingan Masjid Al-Amin (PUBIMAS) yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya dengan muslimat pilihannya yang masing-masing masih menuntut di Universiti Al-Azhar,Kaherah Mesir.

Bagaimana aku mendapat tahu berita dari Mesir ini, bukan angin yang membawa, bukan dari mimpi bukan juga kad jemputan yang sampai tetapi, semasa aku membuka Friendster, tetiba kawan yang juga pernah belajar di tahfiz dan belajar di Mesir juga iaitu Syaher telah menghantar "Comment" dengan senang hati je memberitahu "salam sahabat lamo...nie..aku lupo nk oyak ko mu...kawe rapat mu shahrul hisyam tu laa..dh kawin...gambar dia akad ada kt fs aku" itulah teks yang dihantar olehnya.

Teman yang aku maksudkan itu adalah Syahrul Hisyam atau dikenali dengan nama Along. beliau merupakan anak Perak yang merantau ke Kelantan dan pernah belajar di pondok Moden,Kandis Kelantan. Selepas itu beliau sambung tahfiz di PUBIMAS,Jalan Pengkalan Chepa seterusnya menduduki STAM di Maahad Pengajian Islam,Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan. Alhamdulillah, beliau layak untuk melanjutkan pelajaran ke Kaherah Mesir, kalo tak silap dalam bidang Syariah.

Aku kenal dia semasa lepak dengan kawan-kawan yang sama-sama belajar di Maahad Pengajian Islam (MPI)yang juga menjadi penuntut tahfiz di PUBIMAS, masa tu beliau belum masuk lagi. Selepas Along masuk sana, beliau dan beberapa kawan-kawan yang lain berhasrat untuk mengambil STAM di MPI. Namun kami taksempat untuk belajar bersama-sama kerana aku mengambil STAM di Maahad Darul Anuar,Pulau Melaka.

Tak sangka, beliau lebih awal dalam perkara ini dan fenomena ini telah menjadi kebiasaan penuntut-penuntut disana. Tahniah diucapkan kepada "Hang" aku doakan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan mendapat zuriat yang sempurna lebiah-lebih lagi anak yang akan membela ISLAM di masa depan nanti.

"SELAMAT PENGANTIN BARU."



Foto By : Syaher

Saturday, February 14, 2009

What and Who's Valentine?

Saint Valentine (in Latin, Valentinus) is the name of several martyred saints of ancient Rome. The name "Valentine", derived from valens (worthy), was popular in late antiquity.[2] Of the Saint Valentine whose feast is on February 14, nothing is known except his name and that he was buried at the Via Flaminia north of Rome on February 14. It is even uncertain whether the feast of that day celebrates only one saint or more saints of the same name. For this reason this liturgical commemoration was not kept in the Catholic calendar of saints for universal liturgical veneration as revised in 1969.[3] But "Martyr Valentinus the Presbyter and those with him at Rome" remains in the list of saints proposed for veneration by all Catholics.[4]

In the Eastern Orthodox Church, Saint Valentine the Presbyter, is celebrated on July 6,[5] and Hieromartyr Saint Valentine (Bishop of Interamna, Terni in Italy) is celebrated on July 30.[6]

The name "Valentine" does not occur in the earliest list of Roman martyrs, compiled by the Chronographer of 354. The feast of St. Valentine was first established in 496 by Pope Gelasius I, who included Valentine among those "... whose names are justly reverenced among men, but whose acts are known only to God." As Gelasius implied, nothing was known, even then, about the lives of any of these martyrs. The Saint Valentine that appears in various martyrologies in connection with February 14 is described either as:

The first representation of Saint Valentine appeared in the Nuremberg Chronicle, (1493); alongside the woodcut portrait of Valentine the text states that he was a Roman priest martyred during the reign of Claudius II, known as Claudius Gothicus. He was arrested and imprisoned upon being caught marrying Christian couples and otherwise aiding Christians who were at the time being persecuted by Claudius in Rome. Helping Christians at this time was considered a crime. Claudius took a liking to this prisoner -- until Valentinus tried to convert the Emperor -- whereupon this priest was condemned to death. He was beaten with clubs and stoned; when that didn't finish him, he was beheaded outside the Flaminian Gate. Various dates are given for the martyrdom or martyrdoms: 269, 270, or 273.[8]

The official Roman Martyrology for February 14 mentions only one Saint Valentine.

English eighteenth-century antiquarians Alban Butler and Francis Douce, noting the obscurity of Saint Valentine's identity, suggested that Valentine's Day was created as an attempt to supersede the pagan holiday of Lupercalia. This idea has lately been contested by Professor Jack Oruch of the University of Kansas. Many of the current legends that characterise Saint Valentine were invented in the fourteenth century in England, notably by Geoffrey Chaucer and his circle, when the feast day of February 14 first became associated with romantic love.[9]

While a website of the Russian Orthodox Church Outside Russia and other sources give different lists of Saint Valentines, the Catholic Church's official list of recognized saints, the Roman Martyrology lists seven: a martyr (Roman priest or Terni bishop?) buried on the Via Flaminia (February 14); a priest from Viterbo (November 3); a bishop from Raetia who died in about 450 (January 7); a fifth-century priest and hermit (July 4); a Spanish hermit who died in about 715 (October 25); Valentine Berrio Ochoa, martyred in 1861 (November 24); and Valentine Jaunzarás Gómez, martyred in 1936 (September 18).[10]


http://en.wikipedia.org/wiki/Saint_Valentine

Friday, February 13, 2009

Nasionalisme (Kebangsaan)

Nasionalisme adalah fahaman yang mengutamakan tautan/hubungan kaum dan bangsa mengatasi perkara lain. Nasionalisme lahir dari perasaan kebangsaan yang tumbuh dalam kumpulan manusia dengan ikatan kuat berdasarkan bangsa, kaum atau perkongsian bahasa, sejarah dan kepentingan ekonomi. Secara analisis, ada beberapa asas yang membentuk nasionalisme:

  1. Bangsa atau kaum.
  2. Perkongsian tempat lahir dan membesar. Ia dikenali sebagai tanahair atau watan.
  3. Perkongsian bahasa.
  4. Perkongsian perasaan dan sejarah.
  5. Perkongsian kepentingan ekonomi.

Faktor-faktor ini (semua atau sebahagiannya) mengukuhkan tautan sekumpulan manusia dan menguasai minda, perasaan dan emosi mereka sehingga mereka menjadi satu hati meninggalkan orang lain. Berdasarkan asas inilah mereka saling membantu, berdamai dengan orang yang damai dengan kelompoknya dan memerangi orang yang memerangi kelompoknya.

Namun, apabila kita teliti, faktor-faktor ini akan luput dan tidak berpegang kepada kebenaran.

Bangsa dan kaum

Kebergantungan kepada bangsa dan kaum adalah perasaan yang salah. Tiada mana-mana bangsa yang boleh mendakwa mereka dapat menjaga ketulenan bangsanya selama berabad lamanya. Ini kerana bangsa-bangsa manusia saling berkait satu sama lain. Hubungan itu berlaku dalam pelbagai urusan termasuk perniagaan dan pendidikan. Bangsa Jerman pernah cuba memastikan bangsanya tetapi gagal.

Perkongsian tempat lahir

Idea ini juga berasaskan andaian singkat kerana tanah air (tempat kelahiran) seseorang manusia bertaut dengan tanah lain secara berpanjangan hingga meliputi seluruh bumi. Tanah air hanya sebahagian dari bumi. Sepatutnya manusia merasakan seluruh bumi itulah tanah airnya dan semua yang ada di bumi itu adalah saudara maranya. Setiap manusia di bumi punyai tanggungjawab dan hak yang berkait dengan saudaranya.

Perkongsian bahasa

Bahasa tidak lebih dari alat untuk berkomunikasi. Antara beberapa bangsa dan kumpulan, ia mempunyai sedikit sebanyak persamaan, justeru ia tidak mampu menyatukan pemikiran dan halatuju. Dalam konteks hari ini banyak bangsa dan kaum yang wujud tetapi tidak menggunakan satu bahasa sahaja. Satu bangsa mungkin memiliki beberapa bahasa. Oleh itu, bahasa tidak sesuai dijadikan asas untuk menyatukan manusia atau mencetuskan perbezaan dan pengasingan antara anak bangsanya.

Perkongsian ekonomi

Kepentingan ekonomi tidak cukup untuk melahirkan perasaan perkauman. Sikap melampau dalam mementingkan kesatuan ini hanya akan menyempitkan ruang kehidupan dalam ketika berhadapan dengan pelbagai bangsa yang wujud. Ia hanya mendorong setiap bangsa bersikap terasing dan mewujudkan halangan ekonomi antara pelbagai bangsa.

Perkongsian perasaan dan sejarah

Perasaan lahir dari perkongsian dan persamaan pegangan di samping idea, pemikiran dan kecenderungan yang lahir dari pegangan tadi.

Matlamat awal fahamn kebangsaan adalah untuk menjauhkan hubungan Islam dan merungkai aspek politik dan sosial secara umum dari ikatan Islam. Kemudian ia diganti dengan falsafah lain mengisi ruang akidah itu lalu membina ikatan lain. Semuanya untuk memisahkan bangsa-bangsa Islam antara satu sama lain. Tujuannya adalah menjadikan hubungan antara satu bangsa Muslim dengan Muslim sama sahaja dengan hubungan mereka dengan bangsa bukan Islam yang lain. Seterusnya melemahkan hubungan budaya antara bangsa-bangsa Islam dan akhirnya meruntuhkan semangat persaudaraan Islam.

Cetusan fahaman kebangsaan dalam umat Islam telah membawa kepada lahiranya pelbagai unsur perkauman yang banyak, seperti semangat Kurdish di Iraq dan semangat Benggal di Pakistan. Negara-negara besar Eropah menggalakkan pertumbuhan nasionalisme Arab dalam bentuk sekular supaya mudah dijajah dan pengaruh asing dapat diperkukuhkan bahkan terus menguasai mereka.

Dua bentuk nasionalisme

Bukan semua semangat perkauman dan nasionalisme ditentang oleh Islam. Bahkan ada yang diterima dan ada yang ditentang.

Islam tidak menentang semangat kaum hanya kerana ia adalah semangat bangsa. Islam tidak menentang semangat hubungan bangsa yang menghubungkan manusia dengan bangsa, kaum, puak dan tanah airnya. Semangat kebangsaan seperti ini adalah realiti fitrah yang ada pada manusia. Manusia secara nalurinya suka kepada hubungan ini.

Islam juga tidak menentang nasionalisme dalam erti manusia cinta kepada bangsa dan tanah airnya serta mahukan kekayaan dan kemajuan padanya. Islam juga tidak menentang nasionalisme yang mahu membebaskan setiap bangsa ke arah kemerdekaan dan kebebasan serta mencapai kecemerlangan dalam kehidupan. Setiap bangsa berhak untuk bangun menguruskan kehidupan mereka sendiri. Bangsa lain tidak berhak menguasai mereka dan membolot kekayaan dan khazanah mereka.

Islam juga tidak menentang nasionalisme yang berbangga dengan Islam serta menjadikannya sistem hidup dan sumber keagungan dan kebahagiaan mereka.

Sebaliknya Islam memerangi nasionalisme totok yang dianggap oleh setengah nasionalis sebagai pegangan menggantikan akidah Islam. Mereka memilihnya dan meninggalkan perkara yang lebih baik darinya.

Islam juga memerangi nasionalisme yang dijadikan asas pemikiran politik atau aliran yang terpisah untuk kehidupan bangsa itu. Realiti ini menjadikan bangsa itu menyembah dirinya sendiri, juga mengagungkan matlamat dan kepentingan mereka lalu mengabaikan kepentingan orang lain. Mereka tidak mepedulikan keperluan orang lain.

Islam juga memerangi nasionalisme yang melampau dalam memuja bangsanya dan menafikan ikatan yang lain. Mereka menjadikannya sebagai pegangan, ekstrim kepadanya dan memerangi sesiapa sahaja selainnya, memandang rendah kedudukan agama dan para pendokongnya.

Rasulullah SAW bersabda:

عن ابنة واثلة بن الأسقع أنها سمعت أباها يقول قلت : يا رسول الله ما العصبية قال أن تعين قومك على الظلم (رواه البيهقي)


Ustaz Abu Zaki
M.A Usuluddin
Ketua Jabatan Usuluddin
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Tuesday, February 10, 2009

Warkah Buat YB Dato' Sri Ir Nizar

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Segala Puji Bagi Allah, Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Junjungan Besar, Muhammad SAW, Kepada Para Sahabat Bagin Dan Juga Kepada Mereka Yang Sedang Berjuang Di Jalan Allah."

Seluruh rakyat Malaysia telah menyaksikan kisah pergolakan di Perak, disana adanya kisah katak dan mungkin adanya kanggaroo.., di sama ada juga kisah sesuka hati nak masuk kandang mana dan disitu juga ada kisah tumbang-menumbang dan panjat memanjat.

Alhamdulillah walaupun kisah itu terus berlaku wajah Dato' Sri Ir Nizar, tetap tenang biarpun pemergian rakan seperjuangannya Allahyarham Roslan Shahrum iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Perkara sebegini sudah lama berlaku seperti kumpulan yang berpaling tadah ini, sebagaimana puak-puak yang lari di medan perang yang pernah berlaku di zaman Rasululllah dan juga kisah semasa Perang Uhud, kerana harta rampasan, lupa segalanya dan kita semua tahu apa yang terjadi kepada Rasulullah.

Tetapi ia tidak menjadi penyebab untuk melemahkan perjuangan untuk mendaulatkan Islam ini dan banyak lagi kisah-kisah jatuh bangun pejuang-pejuang Islam dalam melaksanakan amanah kita di muka bumi ini sebagai Khalifah itu bukan sekadar mentadbir dunia, malah memastikan agar Islam itu sentiasa suci daripada tangan-tangan musah laknatullah.

Kumpulan berpaling tadah ini sentiasa berlaku disetiap zaman dan disetiap kisah-kisah tokoh pejuang Islam. Jika kita perhatikan, sahabat Khulafa' Arrasyidin, kesemuanya mati dibunuh puak munafiq lanatullah walaupaun banyak khilaf didalamnya.

dan ia juga dibuktikan lagi dengan penyebab kejatuhan empayar-empayar Islam selepas itu adalah disebabkan oleh orang dalam sendiri yang beragama Islam. Selain itu Imam besar dalam Gerakan Islam Assyahid Hassan Al-Banna mati dibunuh semasa menjadi wakil rakyat dalam kerajaan Mesir pada ketika itu tidak kurang juga kisah Assyahid Syed Qutb yang mati dihukum oleh kerajaaan Islam Mesir ketika itu.

Saya yakin dengan Dato Sri dalam menghadapi segala hal ini kerana Dato' Sri adalah seorang pemimpin gerakan Islam yang dipercayai akan kebolehan oleh pimpinan tertinggi Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Saya tahu Dato' Sri tidak berniat untuk melawan titah DYMM Al-Sultan Perak kerana perkara ini diapi-apikan oleh pihak tertentu akan isu ketuanan raja-raja Melayu. Kerana mereka menggunakan isu ini sebagai senjata untuk mempengaruhi rakyat untuk bersangka buruk kepada Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi Parti yang bertunjuang kan Islam (PAS).

Ini sahaja yang mampu saya lakukan kepada Dato' Sri iaitu memberi semangat bahawa masih ada malah ramai lagi yang menyokong tindakan Dato' Sri. Saya disini bukan mewakili mana-mana pihak, sebagai ahli politik atau mahasiswa atau mana-mana platform, cuma ungkin Dato' Sri boleh menganggap sebagai tanda sokongan oleh salah seorang rakyat Kelantan yang sentisa inginkan keadilan.

Kepada keluarga YB Dato' Sri Nizar Jamaluddin, diharap memahami situsai ini dan menghadapinya dengan penuh keyakinan akan kebenaran Islam. dan jika diizin Allah Suami atau ayah saudara/i boleh terus menghadapi dengan teguh bersama-sama pimpinan dan juga penyokong-penyokong dalam Parti atau parti-parti Pakatan yang lain.

Sekian,

Mohd Syahiran Bin Muhammmad,
Kota Bharu, Kelantan.
http://www.syahiranmuhd.blogspot.com



Perutusan MB Perak, YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin

Sumber : http://anwaribrahimblog.com/2009/02/08/perutusan-mb-perak-yab-dato-seri-ir-mohamad-nizar-jamaluddin/


BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri

secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

Menteri Besar Perak