Wednesday, November 19, 2008

Ulasa dari statement KDN : Mengapa perlu dimeminta ?

Sesiapa yang membaca akhbar semalam dalam beberapa akhbar harian melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri dimana beliau memberitahu pihak Jabatan Agama Islam tentang isu penangkapan Ayah Pin, boleh meminta bantuan pihak Polis untuk membantu untuk menagkap Ayah Pin yang di katakan telah kembali di Terengganu.



Persoalan timbul disini tentang kesedaran masing-masing dalam memahami bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga agama yang dianuti. Mengapa perlu diminta barulah membuat? adalah tugas dalam pekerjaan memisahkan tanggungjawab kita sebagai ummat Islam? Jangan Di "Sekular"kan perkara ini.

Tugas semua ummat Islam semua nya sama, tak kira diatu Menteri yang bertanggungjawab atau tidak bertanggungjawab dalam isu agama tidak, tidak kira apapun pekerjaan mereka asalakan kita orang Islam WAJIB keatas semua sama-sama untuk menjaga kesucian Islam.

Mengapa perlu diminta untuk membantu dalam menjaga agama ini? Sepatutnya semua pihak telah lama repon dalam isu ini. Bukan Jabatan agama yang perlu meminta bantuan tetapi pihak-pihak lain yang sepatutnya menghulurkan bantuan.

Disini kita boleh melihat gambaran tahap "cakna" rakyat Malaysia daripada pemimpin hingga ke masyarakat awam dalam memberi perhatian kepada Islam iaitu agama yang dianuti.

Diaharap pihak-pihak yang berkenaan dapat menilai kembali tindakan yang dikeluarkan, kenyataan menteri tersebut tidak salah cuma yang salah nya ialah ia menonjolkan sikap kita yang cuba untuk membuat penghadang antara perkara yang berlainan sedangkan ianya saling berkait. "Sekali lagi saya ingin mengulangi statement iaitu ISLAM yakni agama yang kita anuti adalah syumul(luas) dan tidak dihalang oleh mana-mana perkara yang kita lakukan di muka bumi ini dan semuanya berkait dengannya(ISLAM)."


Mohd Syahiran Bin Muhammad
Amir Kampus,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

0 comments: