Tuesday, November 18, 2008

Memori bersama Sahabat STAM 2006, MADA

Aku tak menyangka pada har ini (17 November 2008) pemikiran ku di bawa oleh seorang teman ku ke masa lalu. Apa yang dimaksudkan disini ialah memori semasa aku menduduki kelas STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia ) di Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka,Kelantan (MADA).


Aku sangat menghargai zaman ini kerana aku adalah seorang pelajar baru disekolah itu, sebelum ini aku merupakan pelajar dari Maktab Pengajian Islam,Kelantan yang sekarang ini dikenali sebagai Maahad Pengajian ISlam (MPI), dari Saff Awal(Tingkatan peralihan) hingga ke SPM aku di sana.

Aku memasuki sekolah itu terus dengan retu pihak pentadbiran nya kerana pada masa itu aku kenal dengan Penolong Kanan 1 yang kini sebagai Pengawai Khas kepada Exco Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Ust Nasaruddin Mahmud Mahyiddin anda bolh layari blog beliau : http://annasru.wordpress.com. Selalunya pelajar yang ingin bertukar sekolah hendaklah menerusi pihak Yayasan Islam Kelantan yang merupakan "Master Mind" kepada sekolah agama dibawah kerajaan negeri.

Aku masih ingat lagi, semasa aku mula-mula menjejaki kekelas itu, dalam hati ku berkata "macam ini rupanya perasaan jadi budak baru ek". Aku dan seorang lagi kawan aku Ilyas bersama masuk ke MADA walau di mendaftarkan diri lebih awal.

Pada masa itu aku hanya tahu memerhati sahaja sahabat-sahabat baru yang kebanyakannya dari negeri lain bagaikan itu bukan sekolah di Kelantan. Selepas itu seorang demi seorang menegur aku sampai la aku menunjukkan taring siapakah aku sebenarnya.

Aku masih ingat sepanjang proses pembelajaran kami, kerana kami kuat tidur. Semasa guru mengajar, masing-masing kusyuk walaupun dah ada yang lentok dan selepas guru keluar.... ape lagi masing-masing menyusun barisan dibelakang Syahid. Kelas kami tempat duduk di atas tingkat macam tangga..macam bilik kuliah cuma kecil je. dan belakang sekali ada Karpet yang Softy he..he..

Peristiwa yang menunjukkan kenakalan ku ialah semasa perkampungan STAM dimana pada masa itu semua pelajar STAM kena berkampung di sekolah selama sebulan. Minggu pertama aku tidak membawa motor,disebabkan kesusahan yang amat, minggu kedua aku membawa motor kesekolah. Olehsebab aku ada motor, pada suatu malam Wahidi merupakan rakan sekelas dari Melaka yang fasih Kelantan mengajak aku ke Pesta Komputr di Balai Islam.

Pada mulanya kami takut juga kerana pelajar tidak boleh keluar dari kawasan sekolah, pada masa itu juga dalam organisasi perkampungan itu, aku memegang jawatan ajk khadiran. He..he. anda mesti tau apa yang terjadi selepas itu. Bila kami keluar tak ada la orang yang nak ambil kedatangan kelas "Prep" malam. Satu lagi kami terserempak ustaz di Pesta Komputer, dan kami cepat-cepat sembunyi.

Pada keesokkan harinya seorang ustaz datang dan menanyakan tentang ada sape-sape yang pergi ke pesta komputer semalam? dah tu pe lagi kantoi la ingatkan ustaz tak "check"
he..he..tapi tak ambil apa..apa tindakan hanya nasihat sahaja.

banyak lagi peristiwa pahit manis sepanjang mnjadi pelajar MADA walaupun mula-mula agak kaku di tampat orang, lama kelamaan orang kenal kita.

Berbalik kepada asal kenapa aku tiba-tiba teringat semasa zaman STAM dahulu? teman aku yang juga pelajar sini, yang juga bekas pelajar MADA menunjukkan majalah MADA 2006 iaitu masa tingkatan 6. Kami pelajar zaman itu tak dapat majalah tersebut kerana terdapat masalah teknikal, dan aku mesti dapatkan majalah tersebut di sekolah bila cuti nanti...

Wassalam

0 comments: