Tuesday, November 18, 2008

750,000 warga Palestin berlapar bantuan PBB terputus

BAITULMAQDIS: Lebih 750,000 penduduk Gaza tidak mendapat bantuan makanan daripada agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas Israel memutuskan untuk mengekalkan sekatan ke atas wilayah Palestin itu sejak kelmarin.

Mereka juga terpaksa bergelap sejak beberapa hari lalu apabila satu-satunya stesen jana kuasa di wilayah itu terpaksa ditutup berikutan kehabisan bahan api.

Di sebalik tekanan antarabangsa yang semakin meningkat agar bekalan dipulihkan semula, Israel menunjukkan kedegilannya dengan terus menutup pintu masuk ke Gaza sebelum membenarkan penghantaran secara terhad, semalam.

Ia juga tidak membenarkan Agensi Bantuan Kerja PBB (UNRWA) dan agensi lain untuk membawa sebarang bekalan sejak 4 November lalu apabila askarnya menceroboh kawasan pantai dan memusnahkan apa yang didakwa sebuah terowong yang digunakan untuk menculik askar Israel.
SEORANG lelaki Palestin menyalurkan minyak dari sebuah terowong di kem pelarian Rafah, kelmarin.

Satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Pertahanan menyatakan. Menteri Pertahanan Ehud Barak mengambil keputusan itu selepas mengadakan rundingan dengan beberapa anggota kanan pasukan keselamatan Israel.

“Keputusan diambil selepas serangan roket dilakukan ke wilayah Israel,” kata kenyataan itu.

Roket yang dilancarkan ke Israel menyebabkan seorang cedera dan segera dibalas serangan udara Zionis menyebabkan empat pejuang Palestin terkorban.

Lebih 12 orang pejuang Palestin maut sejak dua minggu pertempuran di sempadan Gaza dan Israel, sekali gus menjejaskan perjanjian damai lima bulan yang bakal berakhir Disember. - Reuters

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Dunia/20081118085601/Article/indexworld_html


Friday, November 7, 2008

Indonesia Negara Icon?


Mungkin ada yang perasan tentang perkara ini dan ada yang belum perasan dimana sebuah Negara jiran kita yang diberi nama Indonesia telah Berjaya menjelajah Negara kita walaupun mereka tidak secara reality.


Apa yang saya maksudkan disini ialah kita telah banyak menerima apa-apa yang dating daripada Negara tersebut, secara jelas kita boleh lihat darisegi hiburan, berapa peratus anak-anak muda yang suka kepada lagu-lagu tempatan hinggakan timbul isu lagu dalam Negara kurang laku, Sampaikan kebanyakkan penyanyi kita juga banyak meniru gaya artis-artis dari Indonesia.


Itu dari sudut hiburan biasa, tidak kurang juga pengaruh kepada hiburan islamik seperti nasyid. Nasyid kita sekarang sudah terlalu jauh lari dari fungsi sebenar nasyid kerana mereka lagu mereka lebih kurang dengan lagu-lagu biasa. Tetapi penasyid-penasyid dari Indonesia masih mengekalkan nagu-lagu dakwah dan ketuhanan walaupun mereka membawa dalam pelbagai bentuk seperti Rap, Rock, dan sentimental.


Para ilmuan-ilmuan juga banyak merujuk kitab-kitab daripada Negara itu kerana intipatnya mudah difahami dan Negara itu yang mula-mula menterjemah kitab arab kepada bahasa Indonesia dan ia menjadi rujukan kepada para pelajar mahupun cendikiawan.


Dari segi serangan pemikiran juga tidak kurang hebatnya kerana Negara itu juga merupakan pengamal Islam Liberal yang pernah diperjuangkan oleh IFC kat Malaysia ini. Islam Liberal ialah satu fahaman dimana Islam mengiktiraf kesaksamaan kesemua agama. Contoh dalam satu keluarga bermula dari Ayah,mak hingga ke anak bongsi masing-masing beragama berlainan.


Ada satu lagi perkara yang sentiasa dirujuk dan dikaji ialah sejarah Wali Songo 9orang. Wali songo merupakan kumpuan pendakwah yang menybarkan agama Islam dengan pelbagai cara. Ada yang menggunakan cara alat muzik, wayang kulit, nyanyian, tarian, silat dan berdakwah biasa seperti yang kita selalu tengok.


Selain dari perkara diatas kita juga banyak bergantung kepada sumber manusia daripada Negara itu, sekarang kia boleh lihat warga Negara kita membanjiri Malaysia yang bekerja dalam pelbagai sector pekerjaan yang memerlukan keringat yang besar sebagai contoh kuli membuat bangunan seperti KLCC, KL Tower itu semua jasa mereka…he..he… sebab apa? Jawapan nya ada 2 sahaja antara rakyat kita semuanya sudah pandai dan belajar tinggi atau pun yang belajar tak pandai tetapi memilih pekerjaan yang ada “Class”.


Sama-samalah kita renungkan Negara itu juga yang kita pandang rendah, dan dari Negara itu juga yang kita ambil seperti penulis artikel ini. Saya orang Malaysia tetapi saya menceritakan kehebatan dan keburukan Negara INDONESIA…….

Thursday, November 6, 2008

Henti guris Melayu


BERSATU... Seramai 2,000 orang Melayu membaca ikrar taat setia semasa
Majlis Penyerahan Memorandum oleh Gabungan Melayu Perak kepada Sultan Perak,
Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, Perak, semalam.

http://www.utusan.com.my/

KUALA KANGSAR 5 Nov. – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta rakyat supaya berfikiran rasional dan segera menghentikan tindakan-tindakan bersifat politik secara berlebihan dan keterlaluan yang mengguris hati dan emosi orang Melayu.

Bertitah semasa menerima memorandum daripada Gabungan Melayu Perak (GMP) di Istana Iskandariah di sini hari ini, baginda menegaskan, apa yang penting pada masa ini ialah menjaga kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan.

Titah baginda, ini bermakna, keamanan dan kerukunan warga tidak harus dikorbankan hanya kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

‘‘Hari ini, jika berlaku kesilapan dan kepincangan di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan.

‘‘Oleh itu, dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.

‘‘Perbuatan demikian jika tidak dihentikan dibimbangi akan mengguris hati dan emosi orang-orang Melayu,” titah baginda.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Raja DiHilir Perak; Raja Jaafar Raja Muda Musa serta ahli-ahli Dewan Negara Perak.

Memorandum itu disampaikan oleh Presiden Gabungan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.

Kira-kira 2,000 wakil pertubuhan bukan kerajaan, ahli persatuan silat dan persatuan dari seluruh Perak dan Kuala Lumpur menyertai perarakan aman yang bermula dari Masjid Ubudiah ke Istana Iskandariah di sini bagi menyerahkan memorandum itu.

Memorandum berkenaan mengandungi hasrat dan perasaan orang Melayu yang menjunjung kasih kenyataan khas Majlis Raja-Raja ke-215 pada 16 Oktober lalu.

Sultan Azlan bertitah, kebimbangan orang Melayu dijawab melalui jaminan perundangan dengan memaktubkannya ke dalam Perlembagaan Merdeka (Perlembagaan Persekutuan).

Titah baginda, ia termasuk klausa- klausa tertentu menyentuh agama Islam, Raja-Raja Melayu, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.

Baginda menjelaskan, sebarang pindaan Perlembagaan menyentuh raja- raja serta bidang kuasa raja merangkumi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak perlu mendapat perkenan raja-raja.

Dalam hubungan ini titah baginda, institusi raja berupaya memberikan keyakinan psikologi untuk melindungi kepentingan bangsa di samping memberikan keadilan kepada warga keseluruhannya.

‘‘Institusi raja berperanan sebagai lambang penyatuan dalam kepelbagaian. Raja-raja memahami bahawa perlembagaan merdeka juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya.

‘‘Persefahaman dan persetujuan yang telah termaktub dalam kontrak sosial berkenaan telah membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan.

‘‘Negara yang aman dan warga hidup secara rukun dalam dimensi sosiopolitik yang mengiktiraf fakta dan hakikat sejarah,” titah baginda.

Sultan Perak bertitah, orang Melayu bimbang akan pencapaian taraf sosioekonomi mereka yang jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain.

Titah baginda, untuk itu orang Melayu memerlukan jaminan dan pembelaan demi memastikan kedudukan mereka sebagai pribumi tidak terancam.

‘‘Persekutuan Tanah Melayu masih wujud dalam undang-undang kita atau dengan lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan kepada sejarah Melayu, evolusi politik Melayu dan nasionalisme Melayu yang hidup subur dalam kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu.

‘‘Faktor-faktor dan hakikat inilah yang melahirkan negeri-negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia,” tegas baginda.

Wednesday, November 5, 2008

Obama becomes first black president in landslide

http://news.yahoo.com/s/ap/election_rdp


WASHINGTON –
Barack Obama was elected the nation's first black president Tuesday night in a historic triumph that overcame racial barriers as old as America itself.

The son of a black father from Kenya and a white mother from Kansas, the Democratic senator from Illinois sealed his victory by defeating Republican Sen. John McCain in a string of wins in hard-fought battleground statesOhio, Florida, Virginia and Iowa.

A huge crowd in Grant Park in Chicago erupted in jubilation at the news of Obama's victory. Some wept.

McCain called his former rival to concede defeat — and the end of his own 10-year quest for the White House. "The American people have spoken, and spoken clearly," McCain told disappointed supporters in Arizona.

Obama and his running mate, Sen. Joseph Biden of Delaware, will take their oaths of office as president and vice president on Jan. 20, 2009.

As the 44th president, Obama will move into the Oval Office as leader of a country that is almost certainly in recession, and fighting two long wars, one in Iraq, the other in Afghanistan.

The popular vote was close, but not the count in the Electoral College, where it mattered most.

There, Obama's audacious decision to contest McCain in states that hadn't gone Democratic in years paid rich dividends.

Obama has said his first order of presidential business will be to tackle the economy. He has also pledged to withdraw most U.S. combat troops from Iraq within 16 months.

Fellow Democrats rode his coattails to larger majorities in both houses of Congress. They defeated incumbent Republicans and won open seats by turn.

The 47-year-old Illinois senator was little known just four years ago. A widely praised speech at the Democratic National Convention, delivered when he was merely a candidate for the Senate, changed that.

Overnight he became a sought-after surrogate campaigner, and he had scarcely settled into his Senate seat when he began preparing for his run for the White House.

A survey of voters leaving polling places on Tuesday showed the economy was by far the top Election Day issue. Six in 10 voters said so, and none of the other top issues — energy, Iraq, terrorism and health care — was picked by more than one in 10.

"May God bless whoever wins tonight," President Bush told dinner guests at the White House, where his tenure runs out on Jan. 20.

The Democratic leaders of Congress celebrated in Washington.

"It is not a mandate for a party or ideology but a mandate for change," said Senate Majority leader Harry Reid of Nevada.

Said Speaker Nancy Pelosi of California: "Tonight the American people have called for a new direction. They have called for change in America."

Shortly after 11 p.m. in the East, The Associated Press count showed Obama with 338 electoral vote, well over the 270 needed for victory. McCain had 127 after winning states that comprised the normal Republican base.

The nationwide popular vote was remarkably close. Totals from 58 percent of the nation's precincts showed Obama with 51 percent and McCain with 47.9.

Interviews with voters suggested that almost six in 10 women were backing Obama nationwide, while men leaned his way by a narrow margin. Just over half of whites supported McCain, giving him a slim advantage in a group that Bush carried overwhelmingly in 2004.

The results of the AP survey were based on a preliminary partial sample of nearly 10,000 voters in Election Day polls and in telephone interviews over the past week for early voters.

Democrats also acclaimed Senate successes by former Gov. Mark Warner in Virginia, Rep. Tom Udall in New Mexico and Rep. Mark Udall in Colorado. All won seats left open by Republican retirements.

In New Hampshire, former Gov. Jeanne Shaheen defeated Republican Sen. John Sununu in a rematch of their 2002 race, and Sen. Elizabeth Dole fell to Democrat Kay Hagan in North Carolina.

Democrats also looked for gains in the House. They found their first in Florida, defeating Rep. Tom Feeney, and another in Connecticut, where 22-year veteran Chris Shays was swept away by the Democratic tide.

The resurgent Democrats also elected a governor in one of the nation's traditional bellwether states when Missouri Attorney General Jay Nixon won his race.

Tuesday, November 4, 2008

Filem Budak Kelantan : Realiti anak Kelantan di kota


PENGHIJRAHAN Jaha atau Azhar (kanan) ke ibu kota membawanya ke dunia penuh dengan kekerasan.


http://www.utusan.com.my/utusan/

DUA sahabat yang sekian lama terpisah bertemu semula di kota. Dua pemuda yang akrab semasa kecil di desa nyata dua individu yang berbeza apabila di kota.

Seorang terus menjadi anak muda yang jujur, bersih hati dan taat pada agama sementara seorang lagi menjadi anak muda yang licik dan keras.

Kedua-duanya menggunakan ruang dan peluang yang ada di kota untuk meneruskan kehidupan.

Buchek (Danny X Factor) yang lulus universiti berniaga sambilan sebelum memperoleh pekerjaan yang sesuai, manakala Jaha (Mohd. Asrulfaizal yang memperlihatkan lakonan yang dinamis) sekadar tamat persekolahan meneruskan kehidupannya yang keras dengan kegiatan samseng.

Buchek beruntung, di kota dia tinggal dalam lingkungan yang baik terutama dengan adanya Mat Min (Che Kem) yang sering menasihatinya, tetapi hidup Jaha dikelilingi oleh teman-temannya yang lebih mengaguminya kerana ‘gedebe’ dan kehandalannya menawan wanita hingga dia digelar Mr. America disebabkan gaya hidupnya itu.

Budak Kelantan lakon layar dan filem arahan pertama Wan Azli Wan Jusuh yang sebelum ini lebih dikenali sebagai dramatis muda yang berkemampuan dengan karyanya antara lain Aghi Ni Jadi Jahat, Kaler Magenta dan Supertui.

Filem Budak Kelantan memfokuskan kepada potret kehidupan anak muda Kelantan yang berhijrah ke kota.

Disebabkan pengarahnya sendiri berasal dari Kelantan maka sudah semestinya dia cukup memahami dalam memberikan gambaran yang realistik tentang kehidupan anak muda Kelantan di kota.

Kesan realistik ini diperkuat dengan penggunaan dialek Kelantan hampir pada keseluruhan filem ini dan dibantu oleh para pelakonnya juga hampir keseluruhan berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Tetapi kehidupan yang dipaparkan dalam filem ini melampaui dunia kecil kelompok anak muda Kelantan itu sendiri.

Filem ini bercerita tentang impian dan harapan anak muda yang sebahagiannya terperangkap dengan lingkungannya dan cuba hendak keluar dari lingkungan tersebut.

Itulah yang berlaku kepada Jaha atau nama sebenarnya Azhar yang sekian lama berada dalam lingkungan kehidupan keras.

Dia tidak berpeluang belajar ke peringkat tinggi tetapi dengan kemahiran dan kelicikannya, dia mampu meneruskan kehidupannya di kota.

Jaha menipu wanita dan melakukan jenayah untuk hidup di kota. Tetapi pertemuan dengan Buchek sebenarnya secara di luar sedar telah membawa kembali Jaha kepada kehidupan murninya semasa kecil.

Anak muda itu kembali mengingati detik-detik dia bersama Buchek semasa mengaji al-Quran atau ketika bermain dan bergaduh.

Jaha yang selama ini licik dan menganggap wanita umpama barang yang mudah diperlekeh merasa terpukul apabila dia bertemu Norlaila atau Cik Nor (Bienda) teman wanita Buchek yang cuba diganggunya, tetapi tidak mahu memaafkan dan menerima Jaha yang mula tertarik dengannya.

Budak Kelantan sebagai sebuah filem yang mengangkat tema persahabatan bergerak dalam struktur cerita yang disusun mengundur ke belakang untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku antara Buchek dan Jaha.

Cerita sebenar bermula dengan Buchek membaca surat Jaha yang diberikan kepadanya oleh Lbong (Md. Eyzendy Md. Aziz) teman serumah Jaha.

Menerusi surat Jaha yang mencurahkan perasaan dan kekesalannya itulah Buchek mengimbas semula pertemuan dengan sahabat sekampung di kota.

Pertemuan itu sedikit demi sedikit mendedahkan kehidupan Jaha yang tragis sehingga Buchek sanggup mengambil tindakan mahu menemukan Cik Nor dengan Jaha jika itu dapat menginsafkan sahabatnya kearah kebaikan.

Tetapi Jaha menemui kecelakaan sebelum sempat bertemu Buchek dan Cik Nor.

Biarpun tragedi yang berlaku kepada Jaha dianggap hukuman kepadanya, sebaliknya, ia juga merupakan peleraian yang lazim kepada filem-filem dalam genre sahabat.

Dalam filem genre begini, hubungan dua individu sahabat yang awalnya berlainan ideologi akan menemui satu titik persamaan setelah beberapa ketika melalui pertentangan.

Buchek mempunyai pegangan agama yang kuat dan pendidikan tinggi hingga ke universiti membantunya menilai erti kehidupan di kota.

Sedangkan Jaha hanya berpegang kepada keyakinan dirinya mengharung kehidupan di kota dan teman-teman sekeliling yang kehidupan mereka sama dengannya gagal membantu Jaha menilai erti kehidupan.

Dua bentuk pegangan hidup tersebut bertentangan bila mereka bertemu dan pertentangan itu merupakan perjalanan untuk mereka saling memahami dan mencapai titik persamaan ideologi.

Apabila titik persamaan itu dicapai maka individu itu juga akan menemui akhiran dalam hidupnya.

Dalam konteks analisis genre, pendekatan dan penamat yang lazim begini dapat dilihat dalam filem-filem genre sahabat (buddy movies) seperti dalam filem Easy Rider (Dennis Hopper, 1969), Scarecrow (Jerry Schatzberg, 1973) ataupun A Perfect World (Clint Eastwood, 1993).

Filem Budak Kelantan yang agak kasar dan dihasilkan secara video digital menepati konsep filem ini yang memperlihatkan kehidupan kasar anak-anak muda ini.

Filem ini sekali gus memperlihatkan potensi dan keupayaan Wan Azli dalam mengemukakan struktur dramatik yang agak terkeluar daripada pendekatan konvensional filem Melayu.

Budak Kelantan dimulakan dengan susunan plot yang baik tentang realiti kehidupan anak-anak muda Kelantan di kota. Sebagai latar gambaran, kehidupan Jaha digambar dengan cukup dramatik, tetapi susunan plot ini terganggu apabila Wan Azli mewujudkan sub plot lemah Jaha mencolek seorang gadis Cina yang sedang berjoging dan dalam suasana cemas, boleh pula ada adegan meminta nombor telefon.

Sungguhpun ia dijadikan alasan untuk kemudian Buchek berkenalan lanjut dengan gadis tersebut tetapi Wan Azli tentu mempunyai pelbagai pilihan lain untuk mewujudkan sub plotnya.

Apatah lagi hubungan tersebut tidak banyak memberi sumbangan kepada plot utama sebaliknya, melemahkan struktur cerita yang sudah sedia kuat hinggakan memberi kesan kepada adegan penamat filem ini.

Tajuk: Budak Kelantan

Arahan: Wan Azli Wan Jusuh

Lakonlayar: Wan Azli Wan Jusuh

Pelakon: Danny X Factor, Mohd Asrulfaizal, Bienda, Md. Eyzendy Md Aziz, Che Kem, Hushairi Hussein, Wan Md Zuhari, Muhd. Haqqam Hakiri, Samoza dan lain-lain.

Peragut lembik dibelasah

peragut yang diberkas peniaga Jalan Petaling, kelmarin." title="BERKAS...anggota polis merampas pisau milik dua
peragut yang diberkas peniaga Jalan Petaling, kelmarin." width="300" border="0" height="246">
BERKAS...anggota polis merampas pisau milik dua
peragut yang diberkas peniaga Jalan Petaling, kelmarin.

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Dua peragut cuba berlagak garang apabila mengacukan pisau tajam sebaik dikepung orang ramai termasuk puluhan peniaga sekitar Jalan Petaling di sini, sejurus cubaan mereka melarikan beg seorang mangsa gagal.

Dalam drama cemas jam 2 petang kelmarin, cubaan suspek menggertak orang ramai dengan senjata tajam itu sebaliknya mengundang padah apabila kedua-dua suspek akhirnya dibelasah beramai-ramai hingga tersungkur berlumuran darah.

Tindakan samseng dua penjenayah berkenaan turut hampir meragut nyawa mereka sendiri apabila orang ramai seperti cuba melepaskan geram dengan memukul suspek bertalu-talu hingga longlai berikutan marah dengan perbuatan jenayah dilakukan.

Seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Fong, 30-an, berkata, kejadian hanya disedari apabila peniaga kawasan berkenaan terdengar jeritan seorang lelaki yang cuba diragut dua suspek itu di kawasan tepi jalan.


Ketika itu seorang lelaki berusia 30-an dilihat cuba mempertahankan beg bimbit dibawa daripada dirampas dua lelaki tidak dikenali yang berusaha menariknya dari belakang.

Mangsa yang bergelut bagi menyelamatkan beg terbabit menjerit tidak henti-henti menyebabkan orang ramai terkejut dan berlari memberi bantuan.

“Ketika itu beberapa peniaga berhampiran sanggup meninggalkan gerai jualan dan pelanggan masing-masing kerana ingin membantu memberkas suspek yang dipercayai warga tempatan.

“Bagaimanapun, peragut berkenaan yang terkejut cuba menghunuskan pisau bagi mengelak mereka daripada ditangkap,” katanya yang berniaga cermin mata di kawasan berkenaan.

Menurutnya, beberapa peniaga bagaimanapun tidak gentar apabila terus menyerbu sebelum merampas senjata milik penjenayah.

“Akibatnya orang ramai yang geram membelasah dan memukul kedua-dua lelaki berkenaan bertubi-tubi. Ada yang menumbuk muka suspek termasuk segelintir yang menendang mereka tanpa memberi peluang mereka melarikan diri.

“Difahamkan sebelum kejadian, suspek menggunakan taktik dengan sengaja menepuk bahu mangsa sebelum merentap tali beg dibawa sebaik mangsa berpaling ke belakang,” katanya.

Menurutnya, orang ramai kemudian menggunakan tali untuk mengikat tangan suspek yang ketika itu sudah lembik dipukul.

“Namun, kemunculan Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong yang kebetulan melalui kawasan terbabit berjaya menyelamatkan nyawa suspek dari terus dibelasah orang ramai.

“Dia meminta supaya tindakan itu dihentikan sebelum segera menghubungi polis. Tidak sampai lima minit, dua anggota polis bersama kereta peronda muncul sebelum memberkas kedua-dua suspek lalu dibawa ke Balai Polis Dang Wangi,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu sedikit sebanyak mencemarkan imej negara berikutan ia berlaku di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong asing.

Malah, insiden suspek dipukul itu turut dirakamkan menggunakan kamera oleh beberapa pelancong asing yang kebetulan bersiar-siar di Jalan Petaling itu.

“Ini kes ragut kali kedua berlaku dalam tempoh dua minggu di kawasan ini dan penjenayah sebelum ini turut diberkas kumpulan peniaga,” katanya.

Sunday, November 2, 2008

Dah latu jangan bergaduh lagi.

Semenjak zaman baginda Nabi Adam A.S lagi manusia sering bertelingkah dan berpuak-puak sampaikan berpecah-belah hinggalah kezaman nabi junjungan besar Rasulullah SAW. Pada zaman yang di panggil Jahiliah itu masyarakat pada masa itu berpuak-puak dan saling membanggakan keturunan masing-masing.

Hinggalah datangnya Islam setelah dilantik baginda sebagai Rasullullah ( Utusan Allah) sebagai penyampai kebenaran dari sudup pegangan, kepercayaan serta dalam kehidupan. Baginda bukan membawa tawaran wang, bukan jawatan dan bukan sebagai manusia ajaib yang bolah member nikmat kepada manusia selain Allah sahaja. Tetapi baginda membawa satu pengangan untuk semua manusia di dunia ini yang dipanggil AL-ISLAM.

Alllah SWT menurunkan Islam sebagai panduan kepada manusia kepada baginda untuk menyatukan mereka, menjadikan Islam sebagai garis panduan untuk melakukaan apa sahaja dalam kehidupan ,memberi pengertian tentang nilai-nilai sebenar manusia dan yang paliang penting sekali merupakan pengangan atau kepercayaan kita kepada tuhan yang sebenar bukan daalaam kalangaan makhluk. Firman Allah : “Sesungghnya Agama Yang Diterima Disisi Allah Ialah ISLAM”.

Selepas pemergian bagindaa SAW, ummat Islam bagaikan hilang tempat untuk bertanya dan semangat untuk memperjuangakn agama. Pada masa itulah sahabat-sahabat baginda menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang berada disamping baginda. Lalu bersepakat untuk melantik khalifah atau ketua lalu wajudlah Khulafa’ Arrasyidin iaitu yang dimulakan dengan Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Othman dan seterusnya Saidina Ali.

Pada zaman inilah timbulnya pelbagai masalah walaupun ada yang pernaah berlaku semasa baaginda masih adaa seperti golongan murtad yang kembali kepada kepercayaan asal, golongan yang percaya kepada Quran sahaja daan meninggalkan Assunnah, Ijama’ serta Qias dan juga golongan Syiah yang timbul selepas pembunuhan Saidina Ali.

Daripada sinilah ummat Islam semakin hari semakin rapuh kerana masing-masing mengikut pandangan masing-masing dan saling tidak mengalah tidaak kuraang juga yang berani mengkafirkan antara satusamalain. Kesan daripada itu orang kafir yang dilaknat Allah semakin bersatu hinggakan dapat menawan Negara Islam lalu memecahkan kepada beberapa Negara sebagai mana yang kita lihat sekarang selepas berlakunya perang dua kedua.

Ada usaha daripada beberapa Negara Islam untuk mengembalikan system khalifah tetapi malangnya setelah Negara dijajah fikiran ummat Islam juga di jajah kerana masing-masing berebut untuk ingin menjadi Khalifah hasil daripada itulah seluruh Negara arab mengambil sikap “Sepakat Untuk Tidak Sepakat Antara Satu Sama Lain”.

Hinggalah yang kita lihat sekarang, ada Negara Islam ditimpa bencana titapi Negara Bukan Islam yang sebuk membantu walaupun ada sebagian Ngo-ngo daripada Negara Islam juga turut meembantu. Ada Negara Islam terang-terang diserang , walaupan hanya berjiran tetapi hanya membuka mata, mendekatkan telinga tetapi tiada tindakan.

Wahai saudara-saudara ku yang ber Aqidahkan Allah dan berpandukan AlQuran dan berpengang dengan Islam, ayuh kita bersatu kerana kita sudah semakin di tindas oleh musuh yang membalas dendam selepas kekalahan mereka dalam peperangan oleh saudara kita yang terdahulu.

Ayuh kita semarakkan kembali semangat perjuanga Islam dengan kita serang kembali mereka dengan senjata-senjata mereka sendiri. Lupakanlah sengketa lama serahkan segala-galanya kepada Allah tuhan yang kita sembah. Marilah sama-sama kita memperkasakan kembali ukuwwah kita dan bersama-sama memulihkan kembali Aqidah serta akhlak saudara-saudara kita yang sudah lama terleka dibuai oleh musuh-musuh Islam. Takbirrrr!!!!!

Wassalam

Mohd Syahiran Muhammad

Malaysia Muslim.

Rujukan : Ust. Abu Zaki M.A in Usuluddin Malaya University( Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor)

Kitab Sirah Nabawi SMU

Kitab Aqidah Islamiah

Dato’ Sri Abdul Hadi Awang ( Malaysia of Islamic Party Leader )

Dato’ Md. Daud Iraqi ( Ulama Leader in PAS)